Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau sudi approve cerita saya. Saya ada terbaca confession isteri yang yang bosan bila bersuamikan lelaki feminin.
Apa yang saya nampak (setakat confession sahaja) confessor mungkin serupa saya, seorang perempuan maskulin.
Saya seorang yang tegas & outspoken. Boleh berdiri di kaki sendiri & tak suka hal remeh-temeh di jadikan hal besar. Saya pemimpin pelajar masa di universiti.
Saya tak kesah kalau orang tak sambut birthday/ anniversary, tak pandai menunjukkan penghargaan secara zahir, not a sweet-talker, tak belanja gelang rantai emas, semua tu sides tu saya tak kesah dan saya pun tak pandai nak buat.
Saya lebih kisahkan benda2 ‘core’. Orang baran, pukul perempuan, sarcastic, narcissistic, tak ada integriti, buat kerja sambil lewa, tak bagi nafkah, letak semua tanggungjawab atas bahu wanita, tak ambil pusing pandangan isteri, is a major turn off for me.
Pada masa yang sama, saya rasa saya perlukan lelaki yang boleh ‘kawal’ saya & saya boleh respect dia. Seorang yang serupa ayah saya, typical asian father. That’s my expectations upon my husband.
Suami saya juga seorang pemimpin pelajar peringkat nasional. Nampak tegas & berkaliber. Bila bekerjasama sangat professional, tak rasa dia menggatal atau terlalu ‘cold’. Gentleman.
Itu yang saya nampak sebelum kawin. Kami kenal sebagai kawan biasa selama 8 tahun sebelum berkahwin.
Expectation vs reality.
Lepas kawin barulah tahu sisi sebenar seorang suami. Dalam tegas yang saya nampak, terselit hati yang sangat lembut.
Kalau berselisih faham & saya menangis, dia akan menangis sama sambil ulang2, “abang minta maaf. Abang sayang sayang sangat2. Tak pernah tak sayang. Jangan nangis sayang” sampai saya berhenti menangis.
Saya pula rasa bersalah. Patutnya, biarlah rasa sendiri luahkan perasaan. Baru datang pujuk. Tapi itulah suami saya.
Kadang saya gurau cakap, ‘abang tipu, ya!’ dah dia tarik muka 2 minit sampailah saya pujuk2 minta maaf. Manja sangat! Saya ni kuat mengusik.
Pernah saya usik ucap birthday pada tarikh yang bukan hari lahir dia, pun dia tarik muka sebab saya tak ingat tarikh lahir dia. Tapi sekejap je lah. Nak kata, little thing matters for him.
Cara dia pamerkan bahagia langsung berbeza 180′ dengan saya. Setiap bulan mesti akan tanya, “sayang, bulan ni nak vacation mana?”
Kadang tak balik lagi dari bercuti dah plan nak ke mana. Saya kena pandai pujuk biar jarak sikit nak bercuti tu. Cuti bukan banyak sangat, kena spare kalau anak2 tak sihat.
Suami juga suka nak belikan barang kemas. Dia rasa bahagia bila dapat belikan saya gelang, rantai, cincin, subang. Walhal kerja saya jenis tak boleh pakai semua tu.
Jadi saya tak kesah kalau suami tak beli & lebih suka kalau duit tu masuk investment/ simpanan. “Sayang, jom gi habib!” Allahu.. Fening mak.
Tak termasuk suruh pergi saloon & spa. Subscribe package setahun terus. Bayanglah, saya semasa anak dara pernah pergi spa sekali sahaja, tu pun betul2 sebelum kahwin.
Tak minat saya orang belek wajah dan badan saya. Ni dah kawin ada anak kecil lagi, rasa banyak kerja rumah tak settle.
Tapi suami jenis, ‘takpe, abang jaga anak2 kat luar spa ni. Takpe tak payah lipat baju. Esok2, je. Takpe, tak payah masak kita beli je’. Saya pula jenis nak benda settle on time.
Setiap kali saya bantu buat kerja rumah, suami akan sebut satu-satu, “terima kasih sayang tolong masakkan/ sidai baju/ basuh baju/ vacuum rumah/ susukan anak dan sebagainya”.
Bagi suami, kerja rumah adalah tanggungjawab dia sebagai suami. 98% kerja rumah suami yang akan urus termasuklah anak2. Memasak & lipat baju is on me.
Saya rasa macam tak kenal dengan siapa saya kahwin. Jauh benar dengan expectations saya. Rupanya suami saya punya bahasa2 cinta yang dominan:-
1) Word of affirmation – kata2 pujian
2) Quality time – spend masa bersama
3) Act of service – tolong kerja2 rumah
4) Physical touch – peluk, pegang tangan
Sedang saya punya bahasa cinta hanyalah act of service. Simple. Itulah cara saya pamerkan cinta & menerima cinta. Benda2 lain saya tak kisah sangat.
Saya sangat hargai bila suami tolong buat kerja rumah tapi jarang2 saya akan peluk suami ucap terima kasih, puji cantik/ handsome. Suamilah yang banyak beri contoh yang kini saya tengah belajar.
Kalau saya masih dengan sikap ‘keras’ saya, saya akan label suami saya manja & kuat menempek. Kalau tak ada saya, dia pun malas nak ke mana-mana.
Melepak dengan kawan lelaki pun nak kena ada saya. Mungkin saya akan label suami sebagai boros juga. Sebab dia sangat suka berbelanja untuk saya, anak2 & keluarga.
Saya lebih suka menyimpan berbanding keluar duit pergi vacation, pergi spa, barang2 kemas atau barang2 bukan keperluan.
Tapi satu benda yang saya sedar; saya semakin bahagia bila kita cuba terima perbezaan itu sebagai satu nikmat & kelebihan. Bukan perkara tak perlu/ tak penting yang di besar2kan.
Sedikit demi sedikit, saya belajar untuk menerima pemberian dan khidmat orang lain. Kalau dulu, saya jenis boleh buat semua benda sendiri, bila dah kawin saya tak boleh bersikap macam tu lagi.
Di awal perkahwinan, saya yang terlalu independent buat suami rasa tak penting. Dia nak belikan itu ini, saya kata tak perlu atau saya boleh beli sendiri.
Sebenarnya lelaki juga ada ‘ego’ untuk memberi, supaya mereka rasa diri mereka penting & berguna. Suami saya kata, lelaki yang tak kesah/ ok sahaja bila tak memberi ni ada 2 jenis;-
1) Memang suka ambil kesempatan ke atas perempuan.
2) Sudah berbelanja pada orang/ wanita lain yang bukan isterinya.
So wife, you choose.
Doakan saya terus belajar untuk mengenal suami saya & berbahagia hingga ke syurga.
– Isteri maskulin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit