Isteri & Menantu Yang Dah Penat

Assalamualaikum. Hai aku gelarkan diri aku sebagai W. Housewife, isteri dan juga seorang ibu kepada anak2 aku.

Stay dengan mertua (sejak kahwin) & adik beradik suami (awalnya cuma aku dan suami sahaja yang duduk disini, tapi since last year adik beradik suami dan balik terus duduk disini).

Mereka kerja? Tak. Duduk rumah. Jadi aku stress dengan limit aurat yang perlu aku jaga. But dont worry inshallah tak lama lagi kami anak beranak akan keluar dari rumah ini.

Sebelum ni aku cuma baca sahaja confession2 disini. Dari kisah sedih, happy, curang…. semuanyalah. Dan harini aku nak luah something yang dah lama aku pendam sepanjang aku kahwin.

Aku tak mintak banyak. Cuma mintak supaya aku kuat kuat dan terus kuat untuk anak2 aku, doakan supaya aku dapat kerja untuk aku bangun demi anak2 aku.

Dan aku juga perlukan nasihat walaupun aku tahu yang terbaik tu ialah aku kena pergi dari sini tinggalkan semua untuk kebaikan aku dan anak2. Tolong bagi aku nasihat dan kata semangat untuk sementara waktu ini.

Ok yang pertama. Macam mana kalian yang bergelar isteri ada keberanian untuk berdepan dengan partner yang sememangnya curang or buat benda yang bukan2. Tengok p*rn and lagi2 yang memang “makan luar”?

Aku hilang diri aku sejak kahwin. Aku hilang diri aku yang berani bersuara, aku hilang diri aku yang selalu ceria. Aku jadi benci dengan diri sendiri yang tiba2 jadi lembik.

Entah. Aku macam hilang kata2. Lidah aku jadi kelu sedangkan macam2 yang bersuara dalam hati aku.

Aku tak pasti sama ada bila berdepan dengan partner, aku jadi takut atau hormat. Sebab beza umur kami yang agak jauh. Aku jadi kelu. Dalam hati macam2 kata2 keluar, tapi luaran cuma air mata sahaja yang mengalir.

Ni bukan perkahwinan yang diatur. Means kami memang saling kenal dan keputusan untuk berkahwin atas dasar persetujuan dua pihak, tiada paksaan.

Sebelum kahwin ada lah beberapa kali berjumpa (sebab masatu dia di negeri lain, aku di negeri lain). Masa jumpa elok saja. Tiada lah pegang2 jadi aku assume dia orang yang baik2.

Tapi semuanya Allah tunjuk pada aku setelah hampir 2 bulan aku berkahwin.

Aku tak tahu kenapa dan macam mana tiba2 saja hati aku tergerak untuk buka pendrive suami. Masa ni suami tiada. Aku pun tak tahu kenapa tiba2 aku rasa nak buka pendrive nya.

Bila buka, tangan aku menggigil, darah aku jadi laju. Dalam tu ada banyak folder, tapi ada 1 folder yang macam suspicious. Bila aku buka, dalam tu penuh dengan folder2 lain. Aku buka semuanya satu persatu.

Penuh dengan gambar lucah, gambar private part perempuan atas bawah, penuh dengan video z1na. Yes z1na. Aku nangis. Tapi aku rasa b0d0h sebab sampai sekarang aku tak berani nak confront dengan suami aku sendiri.

Aku tak tahu kenapa aku masih stay sampai sekarang. Sebab anak?

Bila aku ada masa, aku curi2 buka lagi dan aku delete sikit2 sebab aku tak nak suami aku tengok semua tu.

Bila aku tengok history google dia, penuh dengan p*rn site. Aku yang dari tak tahu nama2 p*rn site ni, boleh jadi tahu.

Phone? Entahlah. Sentiasa ada password. Bila aku dengan dia ada isu salah faham sikit saja, mesti dia akan contact dan mesej yang sweet2 dengan skandal skandal dia.

Walaupun fon nya ada password, tapi bila tiap kali dia nak unlock fon aku akan perhatikan gerak jari dia and sebabtu aku tahu tp aku diamkan saja.

Yang buat hati aku jadi lagi hancur, bila aku tahu skandal skandal dia ni ISTERI ORANG, DATANG DARI KELUARGA YANG BERAGAMA, BERKERJAYA SEBAGAI SEORANG PENDIDIK, BERTUDUNG LABUH, BERHANDSOCK, BERSTOKIN.

Bukan janda yang seksi meksi tu ok. Kalau janda, memang aku pinangkan saja. Takyah nak buat dosa z1na lagi. Asal ada peluang saja, mesti takkan pernah lepas dari checkin hotel dan berz1na, siap record perbuatan z1na lagi.

Aku sedih sebab suami aku juga seorang pendidik, ada ilmu agama, perempuan tu isteri orang, ada anak2, seorang pendidik juga dan mengajar di sebuah sekolah menengah agama di daerah lain, tapi masih dalam negeri yang sama.

Aku jadi terfikir banyak kali macam mana seorang perempuan yang dah jadi isteri, berani membelakangkan suami sendiri?

Sanggup tinggal anak2 untuk melayan nafsu suami orang sedangkan kau pun ada suami? Btw, aku tahu mereka ni pjj.

Tak cukup ke satu? Mengajar sekolah agama, dihormati murid2, dihormati parents murid… tapi perangai hmmm. Tapi tulah setakat ada ilmu saja tak guna kalau nafsu tu mengalahkan segalanya.

Aku pernah ws perempuan tu. Dan katanya dia dah lama tak jumpa dengan suami aku. Last jumpa dah lebih dari 5 tahun yang lalu. Kelakar sebab padahal baru minggu lepas berz1na.

Bila aku beritahu semua yang aku tahu , dia minta maaf dan janji takkan ganggu dan layan suami aku lagi. Dan dia pesan pada aku tak perlu risau sebab dia tahu apa yang dia perlu dia lakukan.

Disinilah start b0d0hnya aku. b0d0hnya aku sebab percaya bulat2 perempuan ni. Suami dia sendiri dia boleh khianat, apatah lagi aku ni isteri kepada lelaki yang dia selalu menyedap.

Satu hari tu aku pelik tiba2 cek email suami, ada booking hotel date sekian sekian. Aku pun terus rasa something tak kena aku terus call dia and tanya. And yeah dia tak mengaku, katanya dia tak tahu apa2.

Aku ni bukan jenis isteri yang suka nak cek fon suami, buka itu ini. But yeah para suami silalah percaya , kalau isteri tu memang betul2 ada instinct. Dia boleh rasa ada yang tak kena dengan suaminya.

Esoknya tiba2 suami aku moody dengan aku. Password fon pun dia tukar. Dia marah aku selongkar fon dia. Marah aku call perempuan tu. Rupanya perempuan tu mengadu.

Katanya aku tak jaga maruah dia, tak fikir panjang. Habistu maruah aku? Perasaan aku? Aku ni hari2 depan mata, try lah juga dandan lawa2, kemaskan diri, jaga badan, wangi2 pakai seksi.

Beli lingerie konon nak amek hati suami tapi tak pernah dilayan pun. Penat katanya. Bila aku merajuk, aku pula yang dikatakan selfish, fikir kehendak sendiri, tak fikir orang lain.

Aku sebagai isteri yang sah, yang halal untuk kau… tak ada hak ke untuk rasa marah? Tak ada hak ke untuk nak pertikaikan? Tak ada hak ke untuk pertahankan rumahtangga kita?

Kita bina rumahtangga atas dasar cinta, tapi kau khianat masjid yang kita bina.

Kau tak hormat aku sebagai isteri, kau tak hormat anak2 kita. Sepanjang perkahwinan kita yang belum sampai 5 tahun ni, dah lebih dari 3 kali kau berz1na. Itu yang aku dapat tahu, yang aku tak tahu?

And disini aku masih b0d0h sebab percaya kan perempuan ni. Rupanya dalam pada aku betul2 percayakan dia, dia masih berz1na dengan suami aku.

Kalini aku simpan semua bukti, date, video. Dulu aku padam konon2 takut mati dalam meninggalkan aib suami sendiri.

Tapi sekarang semua aku simpan untuk keperluan satu masa nanti. Lagi2 ada mysejahtera, pantang ada peluang aku pasti akan cek bila aku rasa ada yang tak kena.

Aku nangis semahunya atas sejadah. Aku doa sungguh2 supaya Allah balas semuanya pada mereka yang mengkhianati aku. Aku alihkan, simpan frame gambar kahwin sebab aku benci tengok gambar tu.

Aku benci tengok diri aku dalam gambar kahwin tu. Aku benci sebab aku tak pernah terfikir itulah kali terakhir bibir aku ukir senyuman yang betul2 datang dari hati.

Aku nangis tengok anak2 aku. Minta maaf sebab dorang dapat bapak yang macamtu. Aku malu dengan anak2 aku.

Untuk kau perempuan, aku tak tahu macam mana aku nak maafkan kau. Sampai harini aku masih tak dapat nak maafkan kau. Hati aku betul2 hancur.

Kau perempuan, kau ibu, kau isteri.. sepatutnya kau faham apa yang aku rasa. Kau lupa kau ada anak perempuan. Tapi kau lebih pilih nafsu kau.

Terima kasih sebab buat aku menangis semahunya, tawar hati dengan rumahtangga aku sendiri. Aku tahu last time korang berdua berz1na november lepas. Masa ni aku dengan anak2 balik rumah parents aku sebab dah lama sangat tak balik.

Tahun ni tak dapatlah nak buat projek sebab rentas apa pun tak boleh kan. Syukur sebab pkp.

Oh btw perempuan tu dah pindah negeri lain, tinggal dekat dengan suami. Aku masih berharap supaya negeri tempat aku duduk ni still tak boleh nak merentas ke mana mana.

Kalau ada antara readers disini yang merupakan seorang pendidik, aku nak tanya. Adakah perbuatan ini boleh dikira sebagai salah tata tertib. Dan boleh ke kalau aku buat aduan supaya mereka2 ini dikenakan tindakan?

Bukan untuk perempuan tu sahaja, tapi pertanyaan ni termasuklah untuk suami aku sendiri. Kalau ada, tolong beritahu aku cara2 nya. Thanks.

Aku tak kenal suami perempuan tu. Tapi aku tahu fb suami dia. Biasalah perempuan, stalk sampai dapat. Banyak kali aku terfikir nak send suami gambar dan video z1na isteri dia dengan suami aku ni. Tapi aku batalkan.

Patut ke aku tunjuk pada suami dia? Aku tak dikira sebagai seseorang yang mengaibkan orang lain ke? Tindakan aku tu akan lebih mendatangkan banyak kebaikan atau keburukan?

Kalau lebih banyak keburukan yang akan muncul, berdosakan aku? Aku dikira sebagai punca nya ke? Sungguh aku keliru.

And yeah sampai harini suami aku masih layan p*rn, ig tu penuh lah dengan pempuan seksi terjojol semuanya.

Dan aku nak mintak kata2 dari isteri yang alami apa yang aku rasa.. macam mana korang cnfrnt dengan suami? Macam mana nak ada keberanian yang macam tu?

Suami aku jenis yang solat, rajin jemaah masjid, jadi imam, cakap pun lemah lembut, tak pernah naik tangan. Muka pun suci berseri.

Kadang2 ada saja yang panggil “ustaz” . Kira kalau sekali pendang tu orang takkan pernah sangka/ terfikir la dengan perbuatan dia ni.

Itu suami. Panjang lah sikit. Bab yang lain2 tu sikit saja lah aku ulaskan. Mil aku benci aku. Ada saja tak kena pada aku. Marah, benci semua ditunjukkan pada aku.

Kadang barang2 baling hempas depan aku. Aku tak kisah kalau depan aku saja. Tapi ini depan anak2 aku dia buat macam tu.

Tuduh aku itu ini. Tuduh aku macam macam. Adik beradik suami pulaulan aku. Status ws, posting fb semuanyalah tuju pada aku. Ayat yang perli perli. Loser betul aku ni.

Aku ni sejak kahwin, tak pernah sekali pun aku tulis or share apa2 posting berkenaan menantu dan mertua, tinggal sebumbung etc etc. Sekali pun tak pernah sebab aku masih jaga, fikir apa yang orang akan fikir. Aku diam, telan, pendam semuanya.

Bab mertua dan adik beradik suami aku pilih untuk abaikan saja. Sebab tak ada guna pun aku nak argue dengan orang yang acah play victim dan tak habis2 nak buat posting konon2 macam diri dia lah yang teraniaya.

Sorry kalau tulisan aku ni agak celaru. Aku baru lepas nangis sebenarnya. Nangis dapat tahu suami aku mel****ap masa aku tak ada dirumah. Mel****ap dengan tengok gambar2 skandal dan video z1na dengan skandal.

Oh ya, ada sesiapa sini dari perlis. Kalau ada kerja kosong area perlis, tolong share iklan kat ruangan komen boleh?

Kerani ke apa ke yang sesuai untuk aku yang tak pernah kerja sejak graduate ni. Kalau ada, aku nak bawak diri aku dan anak2 pergi jauh dari sini. Rumahtangga aku, aku rasa cerai sajalah kot yang paling terbaik.

Sory lagi sekali kalau cerita serabut. Thanks yang sudi baca, yang sudi bagi nasihat atau pendapat, yang sudi share kalau2 ada kerja kosong. Thanks…

Yang stress,

– W (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *