Isteri Mental

Hai semua. Nama aku Syaz (bukan nama sebenar), aku sudah berkahwin.

Aku suka baca confession dekat sini, walaupun ada panjang berjela tapi aku tetap rasa excited baca sampai habis sebab aku memang suka baca cerita panjang. Cerita aku pun panjang juga, nak baca, bacalah. Taknak boleh skip.

Aku terpanggil nak share story aku ni bila terbaca tentang gangguan psikologi dan kes pukul bini hanya sebab bini dia marah2 hal kecik,

Aku memang suka baca komen2 korang semua jadi ada satu komen ni yang buat aku tertarik, orang yang suka mengamuk tak tentu pasal ni biasanya ada masalah psikiatri.

Yes betul tepat kena dengan cerita aku, terima kasih kerana memahami.

Itulah yang aku alami tanpa aku perasan pun selama 27 tahun hidup aku ada gangguan psikologi.

Pada aku tahun pertama kahwin la yang paling teruk, aku seorang yang panas baran dan over sensitif,

Dulu aku pun tak faham lagi kenapa aku macam tu, benda yang aku tak suka suami aku buat, aku terus marah dan selalu cakap yang dia tak faham aku, even benda kecik pun buat aku merajuk dan mengamuk.

Aku akan mengamuk lagi teruk bila suami aku lawan balik dengan mulut dan selalu tak nak bagi aku explain apa yang aku tak puas hati, sebab tu aku jadi lagi baran.

Aku memang jenis straight to the point je kalau aku tak suka, aku bukan jenis pendam, bagus lah juga sebab last2 aku tak perlu makan hati, pada aku, biar gaduh sekarang, asalkan lepas tu tak gaduh lagi benda sama.

Aku mengamuk bukan setakat bagi kata2 pedas je, aku suka hentak kepala dan tumbuk dinding sampai bengkak dan lebam. Tumbuk cermin sampai berdarah tangan, genggam kaca sampai luka2 pun ada.

Suami aku kalau terdengar aku hentak kepala kat bilik sebelah, terus dia berlari dekat aku dan pujuk tak bagi aku buat lagi, last2 dia nak jugak lah bincang dan kasi settle masalah tu terus.

Aku fikir tu je cara nak bagi dia tahu yang aku ni tak suka orang yang taknak berbincang dan tak suka sikap dia yang tak nak settle terus problem tu.

Benda ni berlarutan sampai lah satu malam tu, aku merajuk sebab dia reject aku sedangkan mood aku tengah membara malam tu. Silap aku juga sebab tak faham dia penat.

Aku mula la buat perangai, aku merajuk pastu terus nak keluar bilik, konon nak tidur bilik depan, tapi dia tak bagi, memang kami tak pernah tidur asing pun walaupun bergaduh teruk sebab setiap hari sebelum tidur mesti kami saling minta maaf dan berbaik.

Malam tu saja nak bagi dia panas, aku hempas pintu kuat2 sebab marah dia tak bagi aku keluar bilik, lepas tu aku tolak kaki dia, tolak badan dia,

Aku dah geram sangat sebab dia buat bodo je sambil main facebook and tak nak pun pujuk aku, agaknya dia dah bosan dengan perangai aku, last thing aku buat, aku rampas phone dari tangan dia.

Lepas aku buat macam tu la suami aku start hilang sabar sampai dia terikut perangai aku, dia pulak hentak kepala dia kat dinding dan dia pulak yang dok ratib kenapa aku tak faham dia.

Aku dah rasa takut dan bersalah, terus tahan kepala dia sambil peluk dan mintak maaf, kalau biar kang pecah pulak kepala dia sebab malam tu memang aku dapat rasa kemuncak kemarahan dia walaupun selama ni pernah je dia mengamuk jugak sebab tak tahan perangai aku.

Sebelum ni dia pun ada naik tangan jugak sikit2 macam cekik and tarik rambut aku,pernah juga dia gigit aku, macam vampire pun ada haha.

Tapi lepas tu rasa bersalah lah sebab belasah aku dan dia bersumpah takkan naik tangan lagi kat aku, alhamdulillah sampai sekarang dia tak pernah naik tangan lagi. Dia jadi macam tu pun sebab mulut aku juga, jadi aku tak salahkan dia.

Kesabaran lelaki pun ada batas, kesian suami jadi mangsa mulut isteri, tapi tu bukan tiket untuk suami pukul sesuka hati. Betul la orang cakap lidah ni lebih tajam dari mata pisau. Jadi jaga la kata2 kita, suami pun ada hati dan perasaan.

Ok balik cerita malam tu, lepas aku tenangkan suami aku tu, dia pun tidur, lepas dia tidur tu yang buat aku terfikir nak pergi google kenapa perangai aku macam ni sebab aku betul2 taknak hilang suami aku, aku takut dia berubah.

Siapa yang sanggup hilang suami sebaik dia, caring, penyayang, tak merokok, rajin tolong isteri, selalu dahulukan isteri,

Tak suka lepak, tak suka main game, usaha tunaikan semua keinginan isteri walaupun tengah sesak, tak berkira, tak berahsia, tak tinggal solat, hormat orang tua, menantu kesayangan lagi tu. Dia sangat sempurna di mata aku.

Jadi aku klik setiap artikel yang ada, sampai akhirnya aku terbaca tentang BPD (Borderline Personality Disorder), aku pun tak tahu langsung benda ni adalah gangguan psikologi sampai la malam tu.

Bagi yang tak tahu BPD tu apa, aku ada buat carian dan aku copy & paste sini bagi korang baca.

“Secara mudahnya, BPD adalah gangguan dicirikan terutamanya oleh emosi yang kurang stabil akibat amygdala dan frontal cortex mereka yang berbeza dari manusia lain (susah untuk regulate emosi), fikiran hitam & putih yang intensif (mempercayai yang benda hanya ada dua kemungkinan dan pengakhiran;

Contoh : kau sayang seseorang tahap melampau atau kau benci tahap melampau. Orang yang BPD suka itu dianggap seperti malaikat dan yang dibencinya dianggap persis syaitan), dan hubungan dengan orang yang mereka sayangi yang sangat bergelora dan kurang stabil.

Orang yang mengalami BPD mempunyai ciri-ciri ketidakstabilan ketara dalam mood mereka, hubungan interpersonal yang sangat kuat, intensif tapi sangat tidak stabil, imej diri yang tidak konsisten dan stabil, begitu juga dengan identity diri, dan tingkah laku, dan tiada konsep “diri” (sense of self).

Walaupun secara amnya, mereka sangat menginginkan hubungan kasih sayang dengan semua orang, terumatanya sekali kepada yang mereka anggap istimewa (dalam sub-budaya BPD, orang yang disayangi ini dipanggil Favourite Person/FP)

Pesakit BPD selalu secara tipikalnya terlekat dalam situasi dimana emosi mereka yang tidak dapat dikawal, membuatkan mereka dipenuhi dengan perasaan marah, sedih yang melampau, sifat yang impulsif,

Dan attachment terhadap orang yang mereka sayangi yang persis seperti dalam ribut petir dan penuh dengan kerawakkan, dan juga mood yang selalu berubah dalam frekuensi yang tinggi yang selalu berjaya membuat orang lain tinggalkan mereka.”

Okay done copy paste. Aku teruskan balik ya cerita tadi.

Esoknya aku call kawan aku untuk mintak pendapat dia perlu ke aku pergi pakar psikiatri sebab aku cerita kat dia hampir semua simptom aku ada, aku terangkan kat dia BPD tu sebab sebelum kahwin aku pernah cerita kat dia pasal perangai pelik aku bila rapat dengan seseorang tu.

Aku tak ada lah cerita yang aku gaduh dengan suami aku tu. Aku tak pernah cerita masalah rumahtangga aku dekat kawan2 atau family, ini aku cerita kat sini sebab nak jadikan pengajaran je, lagipun korang bukan kenal aku.

Aku cerita sikit apa yang aku pernah cerita kat kawan aku dulu, masa kecik aku selalu kena buli dengan family sendiri, jadi aku rasa benci dengan dia orang, hanya abah aku je yang aku sayang.

Tapi sayang masa form 1 abah aku dah start sakit teruk dan masuk hospital berbulan2 lepas tu meninggal, aku jadi hilang tempat bermanja sejak tu.

Sejak abah meninggal aku rasa sunyi sangat, jadi bila ada orang datang dalam hidup aku lepas tu, suka layan aku, ambil berat pasal aku, mula lah aku sayang sangat, aku bagi hadiah macam2,

suka peluk2 sampai aku fikir aku ni lesbian ke,sebab semua yang aku sayang tu perempuan, tapi bila aku dah start rasa orang tu macam tak berapa layan aku, aku terus depress, lepas tu aku nekad jauhkan diri dari orang tu dengan tanam rasa benci pada dia.

Tu je cara nak lupakan walaupun sakit sangat sampai aku rasa sesak nafas, panic attack agaknya, tapi cara tu berkesan setiap kali, benci masa tu je, lepas tu aku macam tak ada perasaan langsung kat orang tu sampai lah aku jumpa orang baru.

Cycle tu keep going on sampai la aku jumpa suami aku. Dia la lelaki pertama yang aku terlalu sayang sejak tu.

Aku cuma nak kasih sayang seorang keluarga je sebab aku ni jenis manja, sebab tu aku sedih bapak aku meninggal, kalau tak dulu aku manja dengan bapak aku je. Aku pernah rapat dengan cikgu BM aku, disebabkan aku asyik kacau dia kat mesej, laki cikgu tu suruh aku stop kacau dia.

Dulu zaman main mesej lagi, lepas tu masa kat sekolah, cikgu sains aku ada bagitahu aku yang aku ni kekurangan kasih sayang, agaknya cikgu BM aku tu gosip2 kot sesama cikgu.

Biasa la perempuan kan kaki gosip. Masa tu aku tak mengaku yang aku kekurangan kasih sayang sebab aku tak tahu pun yang aku ni memang betul2 kekurangan kasih sayang.

Okay sambung cerita, atas saranan kawan, aku buat lah appointment kat klinik kerajaan, masa tu memang aku ada sakit kepala jugak, dipendekkan cerita, dekat klinik tu aku buat stress test sebab doktor tu cakap jenis sakit kepala aku tu disebabkan stress.

Lepas tu doktor cakap kronik juga depression aku sebab result test aku teruk, then aku cakap kat dia maybe aku ada BPD, aku cerita la kat dia semua simptom tu, macam aku pulak yang doktor haha. Last2 doktor tu suruh aku refer ke pakar psikiatri dekat hospital kerajaan.

Masa first appointment kat hospital tu la bermula titik perubahan untuk hubungan aku, masa jumpa doktor tu aku ceritalah masalah aku dari A sampai Z sambil nangis2.

Doktor tu diagnose aku memang ada BPD, dia cakap jarang sangat ada orang boleh perasan yang diri tu bermasalah dan perlukan pertolongan dan dia cakap selalunya orang tu pasti akan suka salahkan orang lain bila berlaku apa2 pergaduhan.

Dia cakap gitu sebab aku cakap kat dia setiap kali kitorang gaduh semua berpunca dari aku,bukannya suami aku, cuma jadi teruk sebab suami aku tak nak faham aku je and tak suka nak dengar luahan ketidakpuashatian aku untuk bagi settle problem kami.

Lepas dah nak habis sesi tu, dekat dua jam juga bersembang, doktor tu nak jumpa suami aku, so aku panggil la suami aku masuk dalam, doktor tak bagi aku ada dengar sekali so aku pulak tunggu luar,

Entah apa dia cakap kat suami aku, maybe dia ada nasihat dan bagitahu masalah aku, lepas dah balik rumah tu la aku sedar suami aku dah start nak faham aku.

Kitorang dah mula macam cuba memahami satu sama lain sebab doktor dah banyak nasihat itu ini. Berguna sangat la jumpa doktor tu.

Kadang dah lama tu kitorang jadi balik gaduh besar sampai lepas tu kitorang cakap nak kena selalu jumpa doktor dulu baru aku ok gaknya, nasib la memang aku ada appointment dengan doktor lagi lepas tu, jadi boleh la refresh balik hubungan kami dengan bantuan nasihat doktor.

Aku pergi 3 kali appointment je sebab dah tak larat lagi nak pergi dan aku rasa dah betul2 pulih.

Sebab appointment kali ketiga tu dengan doktor yang betul2 pakar, aku dengan suami aku sekali dipanggil dalam bilik tu jadi kitorang discuss la apa yang patut,

doktor tu suruh suami aku bagitahu apa yang dia tak suka aku buat, dan suruh aku bagitahu pulak apa yang aku tak suka suami aku buat untuk tahu punca masalah, then doktor tu bagi nasihat itu ini untuk perbaiki hubungan kami.

So masa discuss tu masing2 dah tahu la apa yang sebenarnya kitorang ni tak puas hati sesama sendiri dan kami cuba perbaiki la.

Alhamdulillah dengan bantuan pakar juga akhirnya kitorang dapat belajar yang komunikasi dan tolak ansur tu sangat penting dalam sesuatu hubungan.

Sekarang ni aku dah tak pernah mengamuk lagi, kitorang pun dah tak pernah bergaduh besar lagi. Setakat sikit2 tu normal la. Dia merajuk aku pujuk, aku merajuk dia pujuk, ego semua letak tepi. Masing2 dah buang ego, tak macam dulu.

Apa pun aku bersyukur sangat Allah tolong perbaiki hubungan kami. Sudah semestinya pakar psikiatri ni hanya perantara je, sesungguhnya Allah lah yang sebenarnya yang memberikan pertolongan tu.

Aku sangat pegang ayat ni, “Jika kita jaga hubungan dengan Allah, maka Allah akan jaga hubungan kita dengan manusia”. Hari2 aku doa supaya baran aku hilang. Bukan nak cakap aku baik tapi aku cuba untuk perbaiki diri.

Jadi untuk semua yang baca, cuba perhati perangai pasangan korang, kalau lain macam perangainya, jangan la cepat nak judge dulu, cuba fahami dia dan dapatkan bantuan pakar jika perlu. Kalau ada tak puas hati, jangan pendam sendiri, nanti sendiri yang sakit, luahkan, bagi si dia faham.

Sebab dalam hubungan tu, “Communication is Key”. Buang ego masing2, kalau pasangan korang tetap ego, taknak faham jugak, heret je dia sekali pergi pakar psikiatri.

Dan jangan lupa banyakkan berdoa supaya pasangan korang lembut hati dan doa supaya rumahtangga sentiasa diberi kebahagiaan dunia akhirat.

Doakan rumahtangga aku kekal bahagia sampai syurga. Aku pun doakan korang sentiasa bahagia disamping pasangan masing2. Yang belum kahwin, aku doakan korang dapat jodoh yang paling baik..Aamiin.

Terima kasih pada yang setia membaca sampai habis.

– Syaz (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *