Namaku Arjuna, 42 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata perempuan.
Isteriku 41 tahun, kami sudah berkahwin selama 18 tahun dan dia menghidap penyakit mental skizofenia.
Aku berkahwin dengan isteriku atas dasar cinta dan aku pernah berdoa pada Allah jika aku berkahwin dengan isteriku aku akan tinggalkan dunia sonsangku tapi aku mungkir janji.
Sebelum pertunangan kami, aku sudah ceritakan kisah silamku pada isteriku yang aku meminati lelaki. Lama dia diam.. then, dia cakap dia terima aku seadanya dan akan cuba perbaiki diriku.
Akhirnya kami berkahwin.. diusia 5 tahun perkahwinan kami bahagia dengan cahaya mata sulung kami.
Isteriku mula tertekan selepas melahirkan anak kedua tetapi anak itu meninggal dalam perut usia 8 bulan. Selepas pada tu dia mula meroyan.
Ibu mentuaku juga mempunyai sejarah mental iaitu meroyan.. Doktor bagitau mental ni keturunan, mungkin disebabkan pak mentua berkahwin 4 ketika itu.
Isteriku datang dari keluarga yang bermasalah, waktu usia dia belasan tahun dia terpaksa membantu ekonomi keluarga ketika itu seramai 7 beradik.
Isteriku mengandung anak yang ke tiga.. tetapi kali ini kami diuji anak sumbing dari bibir hingga ke lelangit yang menyebabkan susah untuk minum susu yang memerlukan puting khas,
Agak susah penjagaannya yang menyebabkan dia lebih tertekan.
Selepas itu kami menyewa berdekatan tempat kerjaku, pada awal menginap dia nampak baik..
Selepas hampir setahun isteriku mula mimpi pelik, tangan kaki lebam, lipan atas katil dan nampak ular hitam.
Aku bawa berubat cara islam jumpa ustaz, imam tiruan pun ada.. mula-mula tu oklah, lepas tu nampak teruk hingga kerap sangat nak kerumah imam tersebut,
Aku syak macam isteri aku dah diguna-gunakan sampaikan isteri aku lari keluar rumah untuk jumpa imam tersebut dimasjid padahal takde pun.
Imam tersebut minta tempatkan isteri aku dalam 1 bilik dengan kain kuning tapi aku tak layan, isteri aku yang gigih buat sebab imam tu cakap isteri aku dari jelmaan sorang puteri.
Selepas pada tu mulalah isteri aku menjerit nak keluar sehingga menganggu kerja aku.. aku minta tolong mak aku jaga isteri aku pun dia hambat mak aku guna kayu,
Halusinasi isteri aku ni macam-macam seperti nampak darah dalam rumahlah, lembaga berbululah, syaitan berkuda di waktu maghriblah,
Aku pernah bercakap dengan puteri jelmaan tu sambil buka ayat ruqyah, syok provok jin ni sebenarnya, sampaikan dia marah kat aku sampai dia jatuhkan tv dari rak yang pasang surah ruqyah tu.
Mak aku juga pernah difitnah imam tersebut dia cakap mak aku punca keretakan rumah tangga kami.. aku berdosa dengan mak aku sebab tuduh mak aku tanpa usul periksa, yelah makhluk syaitan ni memang suka musnahkan rumahtangga orang.
Lepas kejadian tu aku bawa isteri aku balik kampung, sebenarnya malu dengan jiran jiran dengan keadaan isteriku, then aku bawa isteri ku jumpa pakar pskitary dan dia makan ubat hingga sekarang walaupun kadang ok kadang tak..
Dia pernah berjalan keliling rumah 4 jam non stop, lepastu tu baru doktor bagi ubat tidur tapi itu pun kadang tak membantu.
Isteriku sering bercakap sorang sorang, senyum ketawa menangis tanpa punca, anak-anakku sering mendengar isteriku mengutukku. Isteriku pernah keluar rumah hilang 2 kali tanpa pengetahuanku hinggakan kena buat polis report.
Hampir 3 tahun duduk dikampung kami berpindah kerumah taman yang dibeli masa isteriku sihat dan aku masih dengan jalan hidup sonsangku walaupun aku tau dosa.
Aku muhasabah diri dengan apa yang berlaku ni semua sebab aku, cuma aku minta pengakhiran yang baik, aku tengah berjuang nak lawan hawa nafsuku ini dengan sering solat dimasjid dan aku block semua kenalan yang sama jenis dengan ku.
Cuma sekarang aku kadang burn out, isteriku dah lupa untuk masak, hal kerja rumah banyak yang aku kena buat syukur ada anak yang serba sikit boleh membantu, isteriku dirumah hanya tidur..
Kekadang dia rasa nak buat keja rumah dia buat, memasak memang aku tak bagi sebab anak tak makan masakan isteriku yang tak punya rasa, kadang tawar, manis, terlebih pedas, itu semua pembaziran.
Jadi aku cuba masuk dapur yang pada mulanya aku tak tau langsung masak hanya dengan tengok che nom dan khairulaming masak alhamdulillah apa yang aku masak semua jadi, dari nak beli kat luar yang tahap ekonomi yang agak membebankan.
Aku pernah berjumpa konselor agama pasal masalah aku ni, ustaz tu hanya suruh aku bersabar dengan ujian ni, walau pun aku tak tau sampai bila aku harus bertahan.
Aku ada tanya isteriku dia sayang aku ke tak dia cuma diam, perasaan aku pada isteriku kosong lebih pada kesian, berdosakah aku?
Apa harus aku buat? perlukah aku pulangkan kembali isteriku pada keluarganya?
Tapi adik beradik dia semua dah berkeluarga dengan mak ayah sakit.. Aku tak rasa mereka boleh jaga isteriku dengan baik..
Aku dalam dilema sekarang samada ingin melepaskan atau tak.
Terima kasih pembaca sekalian harap doakan saya ya. Saya memerlukan pendapat yang baik untuk bantu saya.
– Arjuna (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit
Jangan lepaskan.. Kau anggap menjaga isteri engkau ni sebagai salah satu kafarah penghapusan dosa Kaum Nabi Lut yang kau buat sampai sekarang ni.. Dunia ni fair bro,, apa je amalan kau yang lain kau rasa boleh hapuskan dosa kaum sejenis yang kau masih tak boleh tinggalkan di usia 42 ni? Imam Ghazali pernah cakap kalau umur 40+ tapi masih tak dapat stop dengan dosa kau buat sekarang ni ready masuk neraka. Kau tak rasa ke kalau kau ikhlaskan diri engkau,, struggle demi isteri engkau,, ni boleh jadi penghapusan dosa engkau? Ingat balik zaman bercinta dengan isteri engkau sewaktu dia normal Arjuna.. Aku tak tahu la apa je lagi yang boleh aku nasihatkan.. stay strong bro and fight dosa kau sekarang,, aku pernah baca iium confession ex gay yang jihad tinggalkan perangai gay dia demi isteri dia and akhirnya dia berjaya,, kau try cari kay confession dia tu..
Mcm mana kau tau owner dah buat hubungan sulit dengan kaum sejenis ni mcm kaum nabi Luth ? Owner Just ckp minat bukannya buat bukan2. Ingat dosa dengan allah boleh taubat on the spot. Dosa fitnah kene minta maaf tuan punya badan
Mcm mna kau tau owner ni dah buat hubungan sulit dengan orang lain mcm kaum nabi Luth? Owner Just ckp minat bukannya buat dah melakukan aktiviti bukan2. Ingat dosa dengan allah boleh taubat on the spot, dosa fitnah kene minta maaf Kat tuan badan
Mungkin Allah hadirkan ujian isteri untuk tuan supaya tuan boleh lupa and tinggal benda2 gay tu. Terus sibukkan diri jaga anak bini