Isteri Narsistik dan Panas Baran

Bagaimana mendepani isteri narsistik dan panas baran?

Hi saya dah berkahwin dengan isteri sudah 8 tahun dan kami dikurniakan dua cahaya mata, kami berkenalan di sebuah universiti di utara tanah air.

Perkenalan kami singkat, dan kami berkahwin selepas tamat pengajian. Isteri memilih untuk berhenti kerja selepas kami mendapat anak pertama.

Selama perkenalan kami, saya tahu dia seorang yang baik dan lemah lembut dari segi luaran.

Tapi setelah kami 6 bulan berkahwin, saya mula sedar bahawa isteri adalah seorang yang panas baran dan narsistik.

Kami selalu bergaduh hal yang remeh temeh sampai sekarang walaupun sudah 8 tahun berkahwin.

Hanya dengan perbualan kosong, jika saya kurang setuju dengan kenyataan dia atau saya ada option yang lain, dia akan mula trigger dan start meninggikan suara.

End up, dia akan start marah marah dan mula bermasam muka dengan saya, benda ni boleh berlarutan sampai berminggu minggu. Bermula lah “layanan senyap diberikan kepada saya”

Segalanya berkisar kepada dia, sampai sya sendiri dah tiada ego, segala saya buat hanya untuk pastikan dia tidak marah.

Tapi itulah, sebanyak mana saya korbankan ego saya, tetap ada masa dia akan trigger dengan saya jika kami tidak bersependapat.

Apa paling terkilan, saya seperti meletakkan ibu saya ditempat kedua,

Saya tidak boleh merajakan ibu saya kerana dia selalu nak saya dengan dia dan tidak melawan apa yang dia minta, walaupun keadaan itu boleh menyebabkan ibu saya terluka.

Saya terpaksa meletakkan isteri sebagai pertama dan ibu yanh kedua dalam segala hal, saya bernasib baik ibu faham tapi ibu selalu perasan yang isteri control saya.

Pernah saya keluar bersama ibu, dia telefon saya suruh saya balik, saya terus rasa berdebar debar dan mengajak ibu saya balik.

Saya sentiasa rasa takut apabila ada sesuatu isu yang boleh sebabkan dia trigger, tapi saya tak boleh elakkan sebab kebanyakan adalah isu kecil.

Tipulah kalau saya tak pernah trigger dan rasa marah, tapi saya hanya mampu pendam kerana saya tak nak cetuskan pergaduhan dan saya hargai masa kami dalam keadaan yang baik.

Saya merasakan saya suami yang dayus, tetapi saya tak mampu nak buat apa apa.

Dia seperti tidak kisah perasaan saya sebagai suami dan dia tak kisah kalau apa apa jadi dekat rumah tangga kami, tapi saya sebagai suami tak nak la ada apa apa jadi, kesian dekat anak.

Tolonglah saya, apa yang patut saya buat, harap jangan la kecam isteri saya, dia masih isteri yang baik bagi saya.

– Ahmad (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Bini aku mcm ko jugak..hingga tggjwb kt rumah sume aku yg buat ..dlu baju kje die jd perkara wajib utk aku iron..lepas gaduh besar die bwk aku g mahkamah aku luahkan sumenye terus die berubah baju die iron sendiri dan rajin masak..cume hal rumahtaggah tetap kewajipan aku..die main henset je sampai kesudah.basuh berak ank.bg makan anak.basuh baju angkat kain jemuran mmg aku yg buat..sbb semate2 nk jage hati die..rase aku suami yg bodoh..aku trpakse kuat krn anak dan sorg ank oku(ank exwife) selalu sgt gaduh bende remeh temeh punca xbasuh botol anak.die sanggup biarkan botol tu supaya aku yg basuh.die harap sume keje tu xperlu di suruh aku wajib buat..aku pnh suruh die iron baju kje aku..melenting die..dgn mcm2 alasan.aku blk kje mmg xdpt nk duduk terus buat kje..aku lagi sanggup masuk kje waktu cuti drp duduk rumah dgn die..klo die baran aku la mmg selalu kne pukul terajang dgn die..mulut die hina anak aku cacat berkali2..baru2 ni die playvictim kate kt famili die aku pukul die.kt mahkamah die ckp lain…cume kt belah famili die mak die yg masakah buah pinggang tahap 4 tgok aku ni mcm babi la..hari2 kne perli jantan xguna laki xboleh pakai..dh la miskin.xpadan dgn sakit…aku kuat sbb anak je..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *