Assalamualaikum semua. Aku tak pernah membaca segala cerita dekat sini tapi aku tahu isteri aku pembaca setia.
Aku seorang ayah pada 6 orang anak. Sudah pun berkahwin lebih 13 tahun. Bekerja dalam sektor service.
Hubungan aku dengan isteri baik saja sehingga tahun lepas. Kami ada sedikit bertelingkah dan salah faham. Aku akui kebanyakan hal rumah, isteri yang uruskan. Baik dari hal barang dapur, sekolah anak, bil rumah, hutang aku pun isteri yang handle. Aku cuma bagi duit. Yang aku tahu semuanya selesai.
Kalau anak ada aktiviti sekolah, dia juga la yang setia temankan anak. Bagi aku dia contoh isteri yang terbaik. Walaupun dia tak sihat, dia tetap bangun sediakan sarapan, bekal untuk aku dan anak-anak tanpa keluhan.
Tapi aku lupa dia cuma isteri. Dia pun perlukan perhatian. Silap aku dari awal kahwin, aku selalu keluar melepak sampai lewat malam. Dia tak pernah sekalipun mengeluh. Tapi dia akan tunggu sampai aku balik. Dia risau bila aku sampai rumah lewat.
Aku tak pernah sangka akan diuji sebegini. Sewaktu kami diuji dengan salah faham tahun lepas, isteri aku mula dingin. Layan aku acuh tak acuh. Aku rasa lost. Dia masih jalankan tanggungjawab dia seperti biasa.
Waktu ni aku stalk segala social media dia, Whatsapp dia. Sampai la aku jumpa conversation dia dengan kawan baik dia. Dia mengeluh, dia penat uruskan rumah sendiri. Ada suami tapi macam dia survive sendiri dalam rumah.
Aku naik angin, aku maki dia sebab aibkan aku dekat kawan dia. Aku rasa dia terlampau kurang ajar. Sanggup dia membuka aib aku sebagai suami. Isteri apa yang macam tu.
Tapi aku rendahkan ego aku. Aku cuba dengarkan penjelasan dia. Rupanya dia simpan dendam melampau dekat aku. Waktu anak sulung aku meninggal, aku takda dengan dia waktu tu. Anak sulung aku meninggal dalam perut waktu dia 24 minggu.
Isteri aku bersalin seminggu selepas dr maklumkan heartbeat anak dah takda. Aku tahu luluh hati dia sebagai ibu. Waktu dia dapat berita tu, aku kerja. Aku tak dapat teman dia.
Waktu dia bersalin, aku masih kerja. Dia call aku, dia bagitahu dia dah sakit sangat tapi aku terperangkap dengan kerja. Dia drive sendiri pergi hospital. Bersalin sendiri.
Esoknya hospital minta tuntut baby, aku masih tak dapat teman dia sebab aku sendiri pun sakit hilang anak. Isteri yang uruskan semua hal kebumi anak. Aku tak sanggup. Dia simpan rasa marah, rasa dendam sampai sekarang. Dia cuma nak aku minta maaf sebab aku takda untuk anak aku.
Tapi kata maaf tu rasa susah nak diungkapkan sebab aku pun sama rasa sakit macam dia. Tapi akhirnya dia cuma kata dia dah maafkan aku. Apa pun, aku tetap ayah pada anak-anak kami.
Tapi waktu aku ingat semuanya baik saja. Rupanya dia dah mula contact balik dengan ex dia. Dia masih uruskan semuanya sendiri. Takda sikit pun tanda macam dia curang.
Cuma Allah nak tunjuk. Aku ternampak message dia. Dan ada satu waktu, dia akan on call waktu yang lama dan dia akan larikan diri samada dalam bilik ataupun keluar rumah.
Dugaan apa yang Kau berikan pada aku ya rabb. Aku tahu aku salah tapi bukan hak dia sebagai isteri untuk curang dengan aku. Aku tak tahu sejauh mana hubungan isteri aku dengan lelaki tu tapi aku tahu dia pernah jumpa laki tu dalam diam.
Isteri aku cumalah surirumah tapi sanggup upah pengasuh datang kerumah dan dia keluar berjumpa dengan lelaki tu. Aku haramkan duit yang dia upah pengasuh tu semata untuk berjumpa lelaki tu.
Isteri aku memang ada cari duit sendiri. Buat tutor, jadi affiliate. Dia pandai cari duit sendiri. Sebelum ni segala pendapatan dia, dia akan salurkan balik pada keluarga. Apa yang tak cukup, dia la yang cukupkan. Sekarang dia jadi sangat berkira.
Kalau tak cukup bulan tu, dia terus cakap dengan aku, itu ini habis. Sedangkan dia tahu aku pun struggle setiap bulan. Gaji aku tak sebesar mana. Hampir 6k. Tapi untuk 7 orang sekeluarga, bukan senang nak cukupkan.
Setiap bulan aku serahkan pada dia 4k. Pandailah dia uruskan semua hal rumah. Bagi aku, dah sangat banyak. Tapi lepas bayar semua hutang, dia kata duit belanja cuma tinggal 1500. Bagi aku 1500 tu dah sangat banyak kalau dia masak hari-hari.
Aku dah bagi semua pada dia tapi dia masih memilih untuk nusyuz dengan aku. Lately ni wife aku memang dah nampak lain. HP dah tak pegang sangat. Dah takda call yang misteri.
Tapi aku masih tak boleh terima dia curang dengan aku. Kalau dia boleh jumpa lelaki tu, aku confirm dia dah buat lebih dengan lelaki tu. Aku sendiri pun lelaki, aku tahu kalau lelaki nak ambil kesempatan macam mana.
Aku nak ceraikan isteri tapi aku kesian pada anak-anak. Anak terlampau rapat dan manja dengan mama dorang. Isteri aku pulak masih jalankan tanggungjawab dia macam biasa. Tapi kali ni dia layan aku extra. Mungkin rasa serba salah dengan aku.
Aku bagaikan dalam dilema. Apa patut aku buat sekarang? Aku tak mampu sentuh isteri aku. Aku rasa jijik dengan dia. Aku terbayang apa yang dia mungkin buat dengan lelaki tu.
– Doakan Aku (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Apa yang perlu dibuat ialah pergi ke pejabat agama untuk selesaikan konflik dan prasangka buruk yang ada.
Sepatutnya penulis kena muhasabah diri – terlalu banyak kekurangan yg isteri dah tolerate, kalau orang lain mungkin dah lama angkat kaki.
Ingat, duit bukan segalanya, plus setakat 4k yg diberi utk selesaikan segalanya including hutang kamu sendiri, tak semestinya cukup. Isteri yg duduk di rumah tu most of the time lagi penat, especially dengan anak yg ramai, nak uruskan rumah, masak, mengemas, beli barang etc.
Pasal anak yg meninggal tu pun, kena igt, isteri kamu sepatutnya yg lebih layak rasa sakit dari kamu, dia yg mengandungkan, bukan kamu. Tapi isteri kamu kuat, dia tetap hadap sendiri tanpa kamu yg kononnya sakit hilang anak.
Appreciate your wife. Talk to her. Ask her what is lacking from your side which I believe is a lot. Mmg apa yg dia buat tu salah, tapi mungkin dia sengaja sbb nak tunjukkan protest. Cuba fikir balik. Jangan jadikan ini semua alasan utk penulis ceraikan isteri lepas tu cari perempuan lain. Dia isteri dan ibu yg baik, susah nak dapat. Penulis hanya perlu perbaiki hubungan ni. Rendahkan ego kamu, jangan cakap kamu dah buat tapi kamu tetap maki isteri. Cakap la dgn baik. Bincang dengan baik jika kamu nak selamatkan rumahtangga. Jangan ada rasa benci terhadap isteri kamu yg dah cukup sgt bersabar selama perkahwinan kamu.
1. Anak MENINGGAL tp masih kerja. Konon ko sakit sbb hilang anak, weh isteri ko sakit 2 kali ganda, dia mengandungkan dia kehilangan lepas tu semua selesaikan SENDIRI.
2. Hal rumah, hal anak², belanja, SEMUA isteri yg urus. Walaupun dalam keadaan TAK SIHAT.
3. Kau bagi duit 4k lebih TERMASUK UNTUK BAYAR HUTANG KAU. Anak kau 5 org tau bukan anak ayam pegi beli butir jagung..Isteri ada buat side JOBS untuk salur balik pd family dia. Ko YALIN KE DIA SALUR BALIK PD FAMILY DIA SAJA? KO TAK CHECK PUN BELANJA FAMILY KO CUKUP KE TAK DGN 4K TU.
4. Ko KERAP keluar melepak sampai lewat malam.
Salah isteri ko, ko nampak..tapi salah ko, ko try to rationalize…bapak x guna laki mcm ni..