Untuk part I, (https://iiumc.com/isteri-nusyuz/).
Assalamualaikum. Hebat komen netizen. Ramai pakat salahkan aku. Bini aku curang tu takpa pulak. Hahahaha.
Dunia zaman sekarang. Benda yang terang salah boleh korang sokong. Perempuan sekarang tak boleh nak ditegur. Mulut kalis api neraka.
Aku dah mengaku kot salah aku. Memang salah aku biar dia handle banyak benda dalam rumah. Bukannya aku tak mengaku benda yang memang salah aku.
Aku sebut pun salah, tak sebut kang confirm la ahli syurga macam korang ni kata ada la benda aku buat dekat bini aku tu.
Aku dah ulang cakap, aku tahu aku salah sebab aku biarkan dia. Aku biar dia berdikari. Kira cukup la tu. Nak tunding jugak salah tu dekat aku dah kenapa?
Takkan benda berapa lama nak pendam. Budak tu pun tak sempat jadi budak. Dah takda nyawa dalam perut. Ada lagi 5 anak lain. Takkan nak meratap yang sorang tu sampai mati kot.
Benda dah lepas, biar lepas. Fokus yang hidup. Nak simpan dendam berapa lama. Sebab dendam tu boleh jadi alasan nak curang ke? Perempuan jenis apa la siak macam ni.
Aku simpan dia lagi sebab aku fikir anak. Kalau dia mengaku salah, minta maaf dengan aku, aku boleh terima tapi memang takda dah la aku nak sentuh dia. Jangan salahkan laki pulak bila laki tu buat benda sama.
Ni la orang perempuan. Rasa dia sakit sikit, lepastu acah pergi cerita dekat orang sana sini. Mana maruah kau. Tak reti nak simpan aib.
Kau cerita dekat laki sana sini, yang laki tu pulak bagi perhatian lebih dekat kau mula la kau nak jual maruah kau. Tengok la sekarang berapa banyak kes bini kantoi curang. Ada berapa orang je dekat komen tu yang cerdik pandai.
Lagi satu pasal 4k tu. Korang boleh cakap tak cukup. Hahahaha. Habis tu kalau yang gaji 3k je tu macam mana. Boleh je manage. Tu la contoh bini yang memahami.
Korang yang cakap tak cukup ni sebab tak reti nak bersyukur. Dalam hati masing2 komplen sebab laki gaji tak cukup. Tak ikhlas bila laki bagi nafkah. Sibuk sangat tengok tiktok. Acah repost paling tersakiti.
Kira okay la aku bagi kepercayaan dekat dia untuk uruskan semua dalam rumah. Korang ingat aku enjoy gitu je ke balance lagi 2k tu.
Aku ada mak lagi la. Aku nak tanggung mak aku lagi, adik aku yang tengah study lagi. Tu tanggungjawab aku jugak. Bukannya aku bagi banyak pun. Mana mampu je aku bagi.
Dia dah dapat 4k, dia la yang tak reti nak manage. Membeli ikut keperluan, bukan ikut nafsu.
Aku cerita dekat sini sebab nak bagi dia nampak. Kalau dia ikut komen tak boleh pakai korang ni dia pun sama la pendek akal.
Yang 1-2 komen bagus tu kalau dia nampak yang tu kira baguslah nampak salah dia. Jangan nak sokong sangat benda yang dia dah buat. Curang tetap curang. Takda alasan.
Kalau ada jugak komen tak cerdik dekat sini kau cuba tengok cermin. Kau jangan nak rasa jadi bini paling power dalam rumah. Biar laki jadi pengecut.
Salam…
– MAH (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit
Eh masih tak nampak salah kau ke bang? 13 tahun dia hadap hidup dengan kau, hadap perangai kau, SENANG JE KAU CAKAP UNTUK LUPAKAN APA JADI MASA ANAK PERTAMA KAU MENINGGAL DALAM PERUT TU??!! Suami jenis apa kau ni??
Aku tak menyokong tindakan bini kau, tapi nilah RESULT apa yang kau buat.
Kalau kau rasa dah tak boleh dengan dia, kau ada bukti dia curang dgn lelaki lain, lepaskanlah dia. Kau sayang anak-anak kan, ambik la hak penjagaan anak-anak kau tu bang. Trylah jaga tanpa bini kau!! Try manage duit yang kau pernah bagi untuk anak 6 orang kau sebab kau terpaling pandai urus duit.
Sorry takda kata baik-baik untuk kau. Sebab kau masih tak nampak yang kau tu PUNCA!
Bang aku quote kata-kata kau:
“Aku simpan dia lagi sebab aku fikir anak…. Kalau dia minta maaf…. Tapi memang takde dah la aku nak sentuh dia lagi….”
Perkataan kau guna tu nampak nau ego dan narsis kau ni. ‘Simpan???’ kau ingat bini kau tu kucing nak simpan??
Kau memang bodoh tahap langit ketujuh bang. Tujuh petala lapis bodoh kau ni. Itu namanya menyeksa bini. Baik kau ceraikan dia. Kau pun bukan nak ambik tau sangat pasal dia kan? Janji dia uruskan hidup kau dengan anak2.
Camnilah bang, tak payah buat confession lagi, kau ceraikan je dia kalau rasa jijik dan geli sangat dengan bini kau tu. Kau kan hebat, apa kelas dengan bini yang kau kata curang tu. Ni kau pergi buat confession kedua siap maki netizen. Nampak sangat bodoh kau ni bang. Memang padan la kena maki dengan netizen.
bini kau memang 100% salah sebab curang. aku tak suka orang curang. tapi in realiti kau dah tanya dia depan-depan tak? tanya lah dia betul ke dia curang. kau tu dah tahap jijik nak sentuh dia, jadi kau nak netizen buat apa? duduk lah bincang dengan isteri kau. kau sendiri cakap bini kau bagi layanan extra untuk kau, tapi kau rasa jijik. rumah tangga ni seumur hidup tau, kalau kau dah rasa jijikk sekarang ni, boleh ke kau bertahan 10 tahun lagi? kau tepuk lah dada tanya diri sendiri.
lepas tu kau kata kau terbayang apa bini kau buat dengan lelaki tu. kau terbayang je? kau tanya lah, sergah bini kau, kalau selamanya hidup dalam bayangan mmg susah. biar jawapan keluar sendiri dari mulut dia, kau tak payah nak bayang-bayangkan. lepas tu kau buat lah keputusan.
itu je lah nasihat aku.
lepas aku baca . kau tuduh bini kau buat lebih daripada itu . kirenye kau tuduh isteri kau berzina sdg kn dy tkde buat camtu . lebih baek kau lepaskan aje dr menuduh . jika isteri kau tkbuat perkara trkutuk tu kau kne cerai kn bini kau scara li’an . kau ada bukti kukuh ke? ade saksi ke ? jika tiada saksi kau kne buat sumpah li’an (sumpah laknat) then kau kne cerai kn bini kau . kalau isteri kau menafikan perbuatan tu . hmm hbs la umahtgga kau . kau kte kau pon sakit ? yg kndung ank tu bini kau .. ptut kau support la dy pehal lak kau tkde disisi dy ? kau jge dy tk mse brpntg ? kau ptut tman kn dy sbgai suami . bkn kau yg kndung bby tu pon . kau selfish sbnrnye pastu kau overthinking . kau bkn seorang ibu pon just seorang bapak tp tkde hati nurani . kau tknk urus anak kau ,kau sruh bini kau lak yg urus sdg kn dy bru lps kguguran..kat mne otak kau sbnrnya ? kau tu ktua kluarga tugas kau bkn skadar cri nafkah la ..kau pmbimbing . kau la ketua urus smua bnda . bodo la jntan cmni ..da la smua kje bini buat . pe seh function kau sbgai partner dlm umhtgga ? skdr pncri nfkh? bini kau pon pncri nfkh . ank ank bini jge . mkn mnum bini jge . nfsu pon bini jge . umah pon bini jge . konon byk sgt la 4k tu? klau da thu ank rmai usaha lg..sesilap bini kau cover mne yg brlubang tu .. rerajin buat kje umah sesama jgn pmalas ngelat buat kje umah . aku nk carut aje peel kau ni ..pemikiran ape pon aku tkthu . byk sgt alasan kau bg pd bini kau tu . cerai kn jela bini kau tu sbb kau tklayak la utk dy .
kau yg bodoh tkpandai jaga bini.. tkpandai uruskan keluarga.. pandai buat ank nk jaga semua bini..kau tu kena ubah diri kau
Kalau aku dapat laki gini pun boleh gila aku. terpalingggg
Kau nampak salah kau boleh dimaffkan tapi isteri salah yang paling besar sekali.. kalau family 7 orang RM4k sebulan itu tak cukup.
Baik ko jadi mesin ATM je la bang, smpai masa gaji, bg 4k utk isteri sbb mcm tu je function ko. Hal2 rumah jaga anak termasuk kematian anak semua bg kat isteri. Nasib la isteri x meroyan dulu kematian anak semua kena hadap sendiri. Eh ke ko x ambik tau? Maklumlah ko kan suka bayang2kan je.. bayangkan dia curang, bayangkan dia ok, bahagia.. Lebih baik ko bertanya dan bincang dari membayangkan. Klau betul dia curang ha, tu salah besar dia. Tp salah besar ko sebab dr awal ko sambil lewa dlm rumahtangga. Sekian.
isteri cerminan suami
eh…?
Aha.. Sila cuba confession ke-3 yer.. tgok sampai bila nurtizen akan back up kau yg terpaling suami weiii š¤£š¤£
Haha lawak la kau ni bro. Kau nak apa sebenarnya? Proceed aje la bercerai kalau takleh terima kenyataan. Your turn pulak jaga 6 anak tu n manage sendiri 4k kau tu. Skrg mcm kau tak perlukan isteri dah, all u need is ORANG GAJI!
13 tahun kawen 6 anak, tangki emosi bini drain sokmo! Fuhh boleh gila camtu
Bro,
1st sekali aku nak cakap mmg terserlah ko laki narcisistic. Ego, takde empati dkt bini ko. Bini bersalin anak sulung sendiri2, siap uruskan pengebumian anak. Mana ko waktu dia perlukan ko. Tak pernah aku dengar pompuan bergelar isteri lepas beranak uruskan jenazah anak. Lain lah kalau dia takde laki. Ni laki hidup lagi. Siap suruh bini ko lupakan pasal anak yg dah mati. Patut bini ko mintak cerai je masa tu. Idok lah sampai kuar anak sampai 5 org yg dia kena uruskan sorang2. Ko ingat 4k tu cukup ke termasuk bayor hutang ko. Siap kata bini ko tak pandai berjimat. Entah brapa banyak duit dia sendiri dia habiskan kan utk anak2 ko.
Ko kompem ke bini ko dah projek dengan jantan lain? Ko ada bukti? Kalau setakat keluar jumpa jantan lain ex dia tak semestinya end up kat katil. Ko ingat pompuan mcm lelaki ke, asal jumpa jantan lain terus bogel serah diri. Lelaki iyelah, asal dpt peluang, mmg aim nak bawak ke katil je.
Dah lama ko seksa bini ko bro, tapi dia kuat. Mungkin dia korbankan diri dia sbb anak2 je. Ko kena ingat eh perempuan kalau dia dah give up dgn laki, hati dia tawar dah. Hilang dah semua rasa cinta sayang & hormat kat laki taguna mcm ko bro. Baik ko lepaskan dia je, biar dia cari bahagia dengan lelaki yg jauh lebih baik dari ko. Anak2 .. ko belalah since gaji ko besar kan. 6k kan. bini ko kan surirumah, mana ada gaji.
Lagi satu mak ko tu tanggungjawab bapa ko lah bagi nafkah. Adik ko pun tanggung jawab bapa ko juga. Bagus ko ada ehsan kat mak & adik ko, tapi ko kena ingat antara bini & anak2 ko dengan mak ko, tanggungjawab ko paling utama pada isteri & anak2 ko.
Penat aku menaip dah, tak pernah2 aku komen kat sini. Bila baca confession laki taguna terpaling suami terbaik padahal narcist, rasa terpanggil nak komen plak.
Aku harap bini ko baca komen aku ni. Nasihat aku untuk bini ko, TINGGALKAN laki tak guna ni. If laki narcist taguna ni refuse nk ceraikan ko, sila tuntut fasakh ya. Jgn punahkan hidup ko kerana laki taguna ni. After all dia pun kata dah jijik dgn ko. Dia simpan ko sbb dia anggap ko bibik je. Ko pulak jangan simpan laki narcist tak guna ni. You deserve be happy & better life.
Ok, bro.. ada Part 3 tak? Aku nak sediakan popcorn siap2.
Sebenarnya isu TT ni mudah je TT cuma tak tau apa nak buat bila suspek isteri curang berdasarkan mesej2 wasap dan isteri jumpa diam2 lelaki tu.. Tapi tulah bila dah cerita sekali aib2 rumahtangga (yang masing2 ada kelemahan sendiri) kat medsos, biasanya yang jadi mangsa kecaman adalah tukang post lagi2 kalau tukang post adalah seorang suami. Pembaca pula memang ramai perempuan. Haa sabar je lah yer TT
Dari TT terus dihantui dengan bayangan, apakata just tanya je terus isteri tu. Tapi jangan marah2, jangan provoke2.. Kena buat secara slow talk, turunkan ego dan minta maaf seikhlas hati atas kesilapan dan kelemahan TT di masa dulu (sampai keluar air mata lagi bagus). Lepas tu tanya dia baik2 dengan penuh sabar yang TT terbaca wasap dia, dan nak tahu siapa laki tu.. kenapa jumpa.. Minta dia jujur sebab TT memang tak boleh terima kalau dia dah terlanjur. Cakap kalau terlanjur atau dia memang dah tiada hati kat TT tapi dah suka kt laki tu, cakap TT boleh lepaskan dia.. Tengok apa jawapan dia.. Kalau dia betul2 dah terlanjur, TT ada kuasa terus untuk cerai, tak perlu marah2 dan cakap apa2, just end it there.
Tapi kalau dia kata tak ada apa2 (just mesej n jumpa borak lepak saja), tapi TT still tak puas hati dan tak percaya dan still rasa jijik, saya rasa TT tetap kena lepaskan dia sebab buat apa hidup bersama dengan perasaan macam tu.. Lama2 nanti jadi benda yang sama balik.. Kalau pisah pun bukannya tak boleh berbaik-baik jumpa sekali sekala demi anak2.. Cuma korang dah tak boleh nak hidup bersama. Also selama ni pun memang isteri yang banyak uruskan anak2, so OK je kot kalau pisah.. Cuma nanti TT jangan lupa bagi nafkah anak ye
Tapi kalau TT masih nak cuba selamatkan rumahtangga, kena redha dan sabar dan kenalah ada kepercayaan kat isteri tu, dan lepas ni kena berazamlah untuk harmonikan rumahtangga.. Belajar cara2 nak faham dan handle emosi dan perasaan wanita. Jangan lah selalu keluar lepak dengan kawan tinggalkan isteri sorang2 urus rumah. Isteri pula mungkin jenis memendam kot tapi jangan lah take her for granted.. Pastu suburkan rumah dengan banyak solat jemaah, ngaji, pasang ceramah2 agama.. Boleh jadikan jumpa kaunseling seminggu atau sebulan sekali ke sebagai rutin.. Haa camtulah cadangan saya..
Kau ni sebenarnya taknak ceraikan isteri kau sbb kat tahu kau tak mampu nak uruskan semuanya. Tak perlu jadi lelaki lemah dan dayus. Tolong guna akal, buang ego, ada empati. Buat malu kaum lelaki je kalau kau terus meroyan macam ni
mengaku salah tapi tak belajar daripada kesilapan pun tak berguna juga. sepatutnta kena perbaiki segala kesilapan yang awak dah buat tu,
Tengok cara kamu tulis confession ni pun dah tau sbb apa isteri kamu curang. Terpulang, nak ikut ego tinggi melangit atau nak muhasabah diri.
Dari cara encik post kali kedua ni memang nampak encik jenis tak boleh terima pendapat orang. Ego. 4K untuk 6 anak? Pernah tanya khabar isteri? Pernah tanya isteri encik penat tak? Alhamdulillah encik bukan suami saya. Dari ayat encik āaku simpan dia lagiā¦ā, kalau saya, saya minta cerai ješ
13 tahun kahwin & 6 orang anak macam tu je encik label isteri encik. Semoga Allah lembutkan hati encik utk lepaskan isteri encik dgn baik.
bodoh pny jantan.
Dok la ulang² dgn bangganya ckp bagi 4k..bini tak reti manage..hoiii bukan ke yg 4k tu la jgk bayar hutang² kau..balance 1.5k je utk 7orang sebulan..watdehek la
KESIAN nyerr saya dgn Encik MAH ni, saya pon dah baca penjelasan isteri dia. Saya amat yakin yg isteri Encik MAH TIDAK berzina spt yg diTUDUH. Ingat, menuduh perempuan muslimah yg baik melakukan zina tanpa ada bukti itu satu DOSA BESAR. Klu Encik MAH rasa tuduhan Encik MAH itu benar, kenapa tak heret dan dakwa isteri pergi ke mahkamah? Lepaskan dia dgn cara baik, bukan kah itu yg agama kita ajar dan anjurkan? Klu yakin tuduhan itu benar sila kemukakan bukti & saksi, soal hak jagaan anak2 jgn risau klu mahkamah dapati tuduhan Encik itu benar, pasti hak jagaan anak2 akan jatuh ke tangan Encik. Saya juga seorg suami & ayah, klu isteri call minta tolong sbb dia sakit, saya pasti akan berusaha utk tolong terutama jika melibatkan keselamatan anak2. Kalaupon saya jauh atau benar2 tak boleh tolong, saya akan usahakn agar ada ahli keluarga atau rakan2 yg boleh membantu, tapi Encik MAH sanggup melabel isteri sbg attention seeker & biarkan isteri dan anak2 tersadai ditepi jalan. Sampaikan isteri Encik MAH terpaksa meminta tolong dengan org lain demi keselamatan nyawa anak2. Dari penjelasan dan tuturkata isteri Encik MAH saya rasa dia sudah lama bersabar dgn perangai encik. Tak apa Puan, saya yakin puan akan berjaya walau tanpa suami terAMAT terSAKITI ni. Jgn bersedih, Allah pasti bersama org2 yg benar.
Pastu cite dia sekarang ko nak ape? Nk hadiah ke? Cerai jela bini tu ko pun suami gagal.
Dia nak hadiah penghargaan & pingat kebesaran sbg suami yg Teramat Tersakiti Sedonia
Sial punya narcissist! Pada dia apa yg dia buat kat bini tu hal kecik, say sorry dah lah. Sial! Mudah hidup kau kan! Anak Pertama pulak tu yg meninggal. Ibu yg mati anak ni sampai mati rasa kehilangan dia kau tau ke hanat? Bonding ibu mula dari baby mula jadi dlm perut lagi. Dari hospital, teran keluar arwah baby, sampai ke kubur ko biarkan dia urus sorang! Sial lah kau! Nak cover perangai kimak kau tu, ehh dan2 ko setting kata terbayang bini curang main dgn jantan. Puki mak hang lah! Dasar anak anjing, anak haram!
Hahaha š kelakar nye si anjir menyalak sbb takut dgn bayang2 sendiri
Kau tau tak isteri kau tu baik sebenarnya sebab tu dia sanggup bertahan sampai sekarang dengan kau?
Kau je yg rugi sebab tak nampak betapa beruntungnya kau dapat isteri macam tu. Tapi terpulanglah kalau kau masih nak layan ego kau dari cuba nak selamatkan rumahtangga kau.
Anyway, she deserve better. Lelaki ni Allah jadikan kuat, untuk jadi pelindung. Kan wanita tu diciptakan dari tulang rusuk lelaki, untuk dilindungi. Tapi silap terbesar kau selalu takde waktu isteri kau betul2 perlukan kau. Kau ignore trauma dia, kau takde empathy.
Nampak dah kan perangai narsistik ni. Dia kata taknak lepas sebab ANAK, ha kan, sebab xde bibik free nak jaga anak2 dia yg berderet tu. Dia tau, kalau dia ceraikan isteri dia, takkan 4K tu cukup nak sara anak2 dia. Hahaha mmg psycho dia ni. Sibuk kata isteri curang kan, tapi dia xde usaha nak lepaskan isteri curang tu, sebaliknya dia nak ambil kesempatan utk khidmat bibik percuma tu sambil seksa mental isteri dia. Sambil2 tu dia dok meratib isteri curang, isteri curang. Hahaha bodoh piang ni namanya. Bagus la ya, teruskan la. Kau ingat akibat perbuatan kau ni hanya akan menyusahkan isteri sorang je, tapi kau tak sedar ya kau dan anak2 kau pun terkena getahnya nanti. Kesian kat anak2 kau, tapi nak buat mcm mana, dah bapaknya bodoh, gitu la. Kena faham ya, isteri tu dah ada masalah mental dan orang yang ada masalah mental ni ibarat ‘time-bomb’. Dia akan cuba bertahan pada mulanya. Dan lain org, lain la coping mechanism dia. Sebab tu penting dorang ni kena dapatkan rawatan psikiatri. Kalau isteri tu ada strong family support utk dia berpaut, xde nya sampai dia kena pergi jumpa psikiatri. Sampai satu tahap bila dia stop rawatan dan tak mampu nak cope, masa tu la dia akan meletup. Tindakan tak terkawal tu boleh jadi dalam split second je dan masa tu dah xboleh diundur. Masa tu, PADAN muka kau. Orang kahwin, ada anak, kau pun sibuk nak kahwin dan ada anak. Tapi kau ni xlayak langsung jadi KETUA KELUARGA. Maka jawablah di akhirat nanti, apa yang kau dah buat dalam dunia ni pada anak dan isteri kau. Nak betulkan keadaan ni tak susah mana pun, tapi memang susah la kalau org ego tinggi melangit mcm kau. Ingat pesan Rasulullah SAW, sebaik2 daripada kalangan kamu ialah yang paling baik terhadap isterinya.
meminta sungguh ye encik MAH ni.
meminta dimaki berjemaah. woiii bang! you reap what you sow la! ceraikan je la bini ko tu. dia berhak dapat kebahagiaan sendiri
Awak janganlah tinggalkan komen macam ni , kita sepatutnya bagi nasihat yang baik untuk rumah tangga Mah ni , kita tak duduk serumah sebumbung dengan mereka kita takkan tahu ,takkan faham , Tolong Mah , kalau baca comment saya ni , saya harap mah dan isteri dapat perbetulkan mana yang salah antara satu sama lain yer . Semoga terus kuat semangat bagi isteri dah mah
Aku cadangkan confessor copy n paste confession kt AI & tanya pendapat AI. AI takda jantina. Bila netizen komen, x boleh terima. Kalau AI side si isteri, jgn meroyan.