Isteri Nusyuz III

Untuk part I, (https://iiumc.com/isteri-nusyuz/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/isteri-nusyuz-ii/).

Boleh baca juga, (https://iiumc.com/sayalah-isteri-nusyuz-itu/)

—–

Dahsyat betul komen netizen ni. Dah berapa lama bini aku asyik sebut isu sama. Tak habis lagi pasal anak tu. Apa benda la tak boleh sangat nak lepas anak tu.

Yang korang pun sama. Sama mengungkit pasal sorang anak tu. Aku dah mengaku salah aku sebab aku biar dia. Habistu nak suruh aku nangis air mata darah ke macam mana. Bukannya aku boleh hidupkan balik anak tu.

Dah lepas biar lepas. Tak payah nak meratap lagi dah. Lepastu dia sendiri meroyan. Bukannya takda anak lain nak tengok. 5 lagi anak aku dah bagi. Nak jugak meratap yang sorang tu. Dah takda dah pun. Dah sah anak tu masuk syurga dah pun.

Kenapa nak suruh aku mintak maaf pulak? Aku mengaku salah aku tapi dia pun ada salah dia. Ikut kepala dia je aku nak kena mintak maaf.

Yang bini aku merentan tu kemain korang bagi support. Dia cakap dia mengidam air nenas tu je, dia tak cakap yang dia kejap nak durian kejap nak oyster. Samyang pun dia bantai makan.

Memang la makan sikit2 tapi mak aku pun dah cakap benda yang sikit tu la kadang boleh jadi punca. Sibuk nak layan mengidam. Yang 5 orang ni takda pulak nak mengidam itu ini. Elok pulak boleh tahan mengidam.

Dah tahu anak sulung, jaga lebih la sikit. Dia yang bawak perut ke aku? Dia kan. Dia la kena pandai jaga. Nak jadi mak kot. Dia nak fikir sedih dia. Sedih aku tak payah? Itu jela isu korang. Pusing dekat isu anak tu je.

Dah mengaku salah pun salah, tak mengaku lagi la salah. Korang nak suruh aku mengaku salah macam mana lagi.

Yang bini aku ni pun, dah apehal nak meratap pasal anak sampai jadi dendam. Gunakan isu anak untuk tutup salah yang dia buat.

Korang tak nampak ke dia sendiri dah mengaku ada lelaki text dia. Itu pun boleh jadi punca curang. Tak kisahlah mesra ke tak tapi tetap ada kan lelaki text dia. Aku ada bukti dah pun mamat tu ada text bini aku ni.

Laki jenis apa tanya bini orang okay ke tak. Siap tanya belanja cukup ke tak. Apa masalah tanya bini orang macam tu. Nak tunjuk aku ni lembik ke apa sampai siap boleh tanya pasal belanja rumah.

Dekat situ pun dia mengaku mamat tu siap boleh ambik dia hantar rumah mertua aku. Alasan tak menghalalkan cara. Sebab tu aku cakap dia attention seeker. Saja konon buat anxiety sampai suruh jantan mana kutip dia.

Dia nak bawak pergi mahkamah, apa ingat aku tak boleh guna isu ni jugak bawak pergi mahkamah. Salah tetap salah.

Wow siap ada bini nusyuz tulis pasal cerita dia pulak. Kau keluar tak mintak izin laki kau. Kau jahanamkan jugak harta benda dalam rumah. Kau tunjuk kepala besar kau acah feminis. Kau bawak lari anak. Bini jenis apa kau ni.

Laki kau pun jadi pengecut lepastu. Takut hilang bini. Sekarang laki kau tunduk ikut jari kau. Wah bagus betul kau kan. Mesti kau rasa hebat kan laki kau dah boleh ikut cakap kau sekarang.

Ramai2 hasut bini aku bercerai dengan aku ni korang ada fikir ke dia nak survive macam mana nanti. Aku ni kira ada hati perut lagi boleh tanggung dia.

Setakat dia buat tutor affiliate tu berapa sen sangat dapat. Pakat semua suruh dia tinggal anak dengan aku, korang ingat aku tak boleh jaga ke. Yang bongsu tu nasib sebab tengah menyusu badan je lagi.

Apa yang payahnya. Aku suruh dia tu minta maaf dulu. Mengaku jela salah dia. Dia buat drama sedih cerita pasal hilang anak dia, pergh ramai betul back up. Cerita pasal anak je boleh terus tutup cerita dia ada text dengan laki lain.

Tak payah nak back up sangat. Benda dah salah. Kalau dia rasa berani, pergilah mahkamah tu. Aku nak tengok sejauh mana berani dia.

Kira bagus la aku bagi kepercayaan dekat dia uruskan semua. Dia nak pening apa. Tiap bulan dapat duit. Bukan dia buat apa pun. Setakat duduk rumah tengok anak. Nak penat apa. Takkan tak reti nak buat planning belanja tiap bulan. Dia uruskan hal rumah je pun. Tu pun pening.

Bukannya aku suruh dia buat kerja lain pun. Dia yang serabutkan otak nak buat tutor la affiliate la. Dah tahu rasa belanja tu payah nak manage, cari la jalan lain nak jimat. Takkan tu pun aku nak kena buat.

Yang masaknya dia, yang tahu berapa banyak beras dekat dapur pun dia. Bukannya sibuk nak layan perasaan sedih dia tu. Lepastu mula la stress la depress la.

Sebab tu perempuan macam ni tak boleh nak bagi muka sangat. Kang aku tinggi suara sikit, terus diam. Lepastu mula la nak nangis. Serabut la.

Itu hak aku nak pisahkan tempat tidur. Siapa suruh dia yang sibuk sangat nak text jantan lain.

Meh aku nak ajar sikit. Kalau ada mamat mana text kau, tak kisahlah kau dah kenal lama ke baru ke, tak payah reply langsung. Tak payah nak bagitahu kau okay ke, belanja kau cukup ke, tak payah.

Kau rasa macam nak bunuh diri, pergi cari Tuhan bukan cari jantan. Bukannya kau acah shaking. Terpaling nak shaking. Terpaling tiber tak boleh nak bernafas.

Tak payah nak hasut bini orang bercerai. Tahu la aku macam mana nak handle bini aku tu. Kena marah sikit, diam la dia. Pandai la dia terus senyap. Sendiri pun sakit mental, ada hati nak bercerai.

Konon kuat la tu baca komen netizen tu. Hari2 bukak baca komen. Ingat aku tak nampak. Baca komen sikit lepas tu nangis. Serabut betul sikit2 nak nangis ni.

– MAH (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

36 Comments

  1. ko rsa x puas ht..ko settle la baik2 dgn bini ko…yg ko taip brjela2 nk terangkan dgn kami smua nie bt ape …aku yg bc pn dlm nada marah ayt ko taip tue…ko laki bini sma2 bermasalah sbnrnya…sb ape aku ckp mcm nie..masing2 ego..smpai brpe episod da crta ko nie…jgn ade episod yg ke 10 tp ayt yg sma je ko taip …sbb x puas ht ape yg kami2 nie komen …renung blk dlm diri….ko nk terima ke x terpulang la…aku hrp ko fkir la sndiri…emosi ko pn mcm x stabil…org taip dlm keadaan emosi…smua ayat kluar …ok grk dulu

  2. ya allah kesiannya bini hg dapat jantan mcm hg arghh.. dngn jaga ank 5orng sorang2 ya allah.. semoga bini hg tkbunuh diri.. kesian kena naya ,mcmtu dngn suami sendiri

  3. semoga semua perempuan baik baik dalam dunia ni tak berjumpa dengan laki mcm abg MAH ni ye. Jadi sekarang ni abang nak buat apa? Sambung merentan kat sini? Org cadang cerai sbb ko pun dah jijik dgn dia masing2 dah sampai tahap gini mmg payah dah lah nak berbaik. Kau ego. Minta maaf and improve jadi lebih baik. Tak mustahil nak berbaik tapi kena ada effort. Bukan semata merentan kt sini mcm pondan. Patut pun laki lain datang jadi hero.

  4. kau sbnrnye ego tinggi sangat melangit ni bang. terasa tercabar ke ada hero lain yang dtg yg tanye kt BINI kau. silap tu..bukan kau yg bagi 5 org anak tu kt bini..jgn nk mendongak tinggi sgt..kesian bini kau yeh..13 tahun, 6 org anak, sakit beranak, menyusu yg 5 org tu kau pikir tak? rapat rapat plak tu dia beranak. Kesian badan dia.. ANXIETY tu REAL. kau jgn nk mempersendakan hal ANXIETY ni..kalau aku dapat laki mcm kau pon hari hari aku kena ANXIETY PANIC ATTACK..dasarrr betul..eh aku geram lah baca posting kau dari 1 hingga 3 nih..dari posting pon org tau kau ni BARAN orangnye..

  5. Macam boleh agak akan ada sambungan lebih kepada nak justify diri sendiri. Tertanya juga macam mana keadaan kat rumah tu..? Jadi lebih dingin ? Dah try ajak pi kaunseling pejabat agama belum? ASyik duk update sini, nak tahu juga apa progress. Bosan lah kalau asyik cerita yang sama pasal ego masing2 lagi2 si suami yang patutnya cari jalan solusi.

  6. Apa la punya lelaki, emo terlebih ni. Nampak kat sini kau yang attention seeker sebenarnya, hahaha. Bini ajak bincang, xnak bincang, buat dingin, pisahkan tempat tidur kononnya. Bini dah stress dilayan dingin minta lepas xnak lepas pula. Tapi tau2 post confession kat sini, sebab apa agaknya eh, hahahaha. Bila org komen bagi nasihat xnak dengar hahaha. Nampak sangat xde ilmu jadi pemimpin keluarga. Kalau dah tau xnak dengar nasihat kat sini, stop le post confession kau tu kat sini. Pi masuk gua, xpun pi la tanya kawan2, tanya ustaz ke, betul ke tindakan kau, dan apa nak buat. Dah tak nak lepaskan isteri, jadi buat senyap je dah la, xyah la nak buat confession lagi condemn org yg komen pula. Xnak sentuh dia, jijik kan, so cerai jela kan sebab dah tak suka kan. Kau rasa buat cold treatment pada bini tu, mudarat dia sikit je ke, tak seteruk kau tinggalkan dia tanpa nafkah yg tak seberapa tu. Bagi perempuan pula, nafkah bukan segalanya. Ada isteri sanggup terima suami tak bagi nafkah yg cukup, asalkan suami ihsan dan berkasih sayang hidup bekeluarga. Kau ni kan, kau faham tak Islam ni cara hidup. Kalau kau betul amalkan Islam, kau didik la anak bini tu jangan lepas tangan. Anak bini ni amanah Allah ya ,xcukup dengan nafkah zahir je. Nafkah batin tu termasuk mendidik anak bini dengan agama, dan layan dengan penuh kasih sayang. Sebaliknya kau boleh abaikan je emosi bini kau tu, dan tak didik dia dengan agama. Diri kau sendiri kau tak boleh nak nasihatkan supaya buat benda yang betul untuk betulkan keadaan. Apa punya lelaki la ni. Xpela bro, mcm ni je la. Kau teruskan la hidup kau ikut cara mana yang kau suka. Kau nak dera emosi bini ke sebab nak balas dendam, kau nak hukum dia ke…whatever. Hidup kau, kau la yang hadap nanti sampai kau tua. Itupun kalau sempat tua. Hidup netizen xluak pun. Yang akan membesar dalam keluarga toksik yang kau ciptakan ni pun, bukan orang lain, anak2 yang tak bersalah juga. Dan hidup bini kau yang kononnya kau kata curang tu (pun puncanya dari kau abaikan keperluan emosi dia masa kematian anak sulung). Sekarang memang kau tak nampak lagi effect broken home. Broken home ni tak semestinya wujud disebabkan perceraian ya. Broken home ni termasuk la juga keadaan anak2 yang hidup dalam keluarga yang kucar-kacir, mak ayah bergaduh membenci satu sama lain. Well, we reap what we sow kata omputeh hahaha. Akhirnya nanti kita ni masuk kubur, dan ditanya di akhirat apa yang kita dah buat di dunia ni dengan amanah Allah yang diberi. Takde siapa yang paksa kita kahwin, xde siapa yang paksa kita beranak-pinak, semua tu atas pilihan kita. Oh lupa juga ya, pilihan kau juga utk seksa bini kau mentally. Hahaha adios

  7. EGO EGO EGO!!!.. encik ni dah emotionally unstable, type pon dah tahu dalam keadaan marah. Susah ke nak mintak maaf? Boleh mati ke kalau turunkan ego tu sikit? sebab encik lelaki, dan encik rasa berkuasa? sebab encik ni suami so tak boleh nak lemah-lembut dengan isteri? tak boleh nak tolak ansur dengan isteri? Tak boleh mengalah? Macam tu? Setakat mengaku salah, tapi action takde.. tak guna jugak.. Pikir encik ada kuasa veto besar lah ye as suami? Maaf cakap ye, kalau isteri encik nusyuz, encik ni dayus. Tu reality check yang encik kena terima… sampai isteri minta tolong dengan lelaki lain, Yess.. sebab encik lembikdan tak mampu.. That’s it!

  8. Hm…narsistic personality detected. Kesian betul saya dgn wife encik. Ya Allah, mcm manalah wife encik boleh bertahan dgn lelaki yg sangat2 ego, rasa diri terpaling betul dan org lain yg salah. Saya cadangkan encik pergilah treatment psychology sbb encik memnag problem. Ya Allah, kesiannya dgn wife encik. Manusia NPD ni memang x de rasa empath langsung dan x tahu tanggungjawab. Yg dia tahu dan org perlu tahu adalah perasaan dia sahaja yg kena jaga. Pendek kata penting diri. Dari cerita 1 sampai 3 memang dah nampak ciri2 lelaki NPD. Untk wife, please lah pergi pejabat agama. Silap2 pejabat agama pun susah nak handle husband puan ni yg ego tinggi melangit.

    • Aku tulis padam.. Tulis padam. Tapi lantak je lah.

      Oii jantan! Bini kau tu kan mmg sakit tgh under treatment, jumpa doktor kan? Kau je in denial tak boleh terima dia sakit mcm tu. Teman p appointment pun tak.. ambik berat pun tak.. yg kau tahu tak habis2 sebut bini tu sikit2 menangis, penat.

      Dia cari lelaki tu time ni anxiety masa bawak kereta, ada anak2 sekali masa tu. Dia cari kau.. kau ckp dia mengada. Dia nak harap kat sapa lagi time sakit tu? Time org lain ambil berat kat bini tu pandai pulak kau nak triggered. Pahal? Malu? Tercabar? Kalau apa yg kau rasa kau buat sekarang tu betul.. tak payah emo, tantrum.. mcm ni. Kau pun sama sakit. P jumpa doktor la.

      Hala.. bala dowh dapat laki mcm ni. Kau patut duduk sorg2. Tak payah kawen. Tak payah rosak kan anak perempuan org lain dgn dera emosi mcm ni.

  9. kau cerita kat sini boleh selesaikan masalah kau ke bang ? kau ada berubah tak ? ke sama je tido asing ? so kau nak apa sekarang . nak orang cakap kau bagus ke pe. kau ni macam TAJUL je bang. mental.

  10. aku sebagai lelaki pun malu dgn kau bro.. check balik diri kau bro. Kau total FAILURE bro. Kau GAGAL jadi pemimpin yg baik utk keluarga kau bro. Tengok apa dah jadi skrg. ketahuilah bro, kau ni sejenis manusia yang ber ego tinggi, narcicist, aku harap sangat wife kau proceed dgn mahkamah. make sure kau jangan dah ludah jilat balik pulak nanti. Dah dah la tu masculinism. Dah gagal, gagal jelah. Lepaskan dia baik2. Pandai dia hidup nanti. Kau carikla bini lain (kalau dapat pun takkan dapat sebaik wife kau skrg). Kau suruh dia move on pasal anak. Kau kata dia curang kau pulak tak reti move on. Lepaskan je dia bro. Pastu kau tau la apa erti MOVE ON. LOSER

  11. Zalim siaaa kau nih. Bukan kaleng2. Kalau depan mata ni memang aku kahak kan saja. Untuk wife tu fikir yang sewajarnya.kau ada 5 orang anak lelaki. Nak ke anak2 jantan tu membesar jadi jantan bongek macam bapak dia? Pikir2 kan lah

  12. Saya doakan Allah tidurkan cofessor & bagi dia mimpi btukar tempat dengan isteri. Baru tau apa rasa nya duduk dalam kasut isteri. Bila baca 3 3 cofession, memang nampak confessor selfish & ego tinggi melangit. Sila jangan buat part 4, sebab makin banyak kau cakap, makin terserlah kau yg bermasalah. Sendiri start confess, sendiri meroyan. Mungkin mengharap sokongan utk diri sndiri & makian utk si isteri. Tp x sangka tbalik rupanya. Kesian… Andai kata jodoh x panjang, sila jgn kawin lain sebab confirm bnda sama akan berulang. Kesian kt anak perempuan org oii. Kau ambik dia dr mak ayah dia utk kau jd kan pengurus hidup kau. 😕

    Syukur la suami sy sentiasa ada dgn sy. Sama2 berumah tangga, sama2 uruskan kewangan, sama2 uruskan rumah, sama2 uruskan anak.

  13. Pondan betul la kau ni. Narsisistik sangat. Apa kau dayus sangat ke nak ceraikan bini ko? Ko ceraikan bini ko, caj dia nusyuz, ambik semua anak ko kecuali yg masih menyusu, ko jaga sendiri a-z ya. Bongkak sgt rasa boleh jaga sendiri. Setakat duduk rumah tengok anak je ko cakap? Bodohlah ko ni. Serious la ko laki paling dayus, paling bodoh, paling pondan.

  14. Dari gaya tulisan, nmpak encik dah menyampah sgt dgn isteri encik tu. Semuanya salah. Encikla terpaling betul, terpaling logic, terpaling suami. Sampai merendahkan isteri sendiri, mengejek penyakit isteri. siap cabar nak tgok boleh ke x bawak ke mahkamah. Xkan la xde kebaikan isteri encik yg boleh dikenang langsung? Common, be a gentleman bro. Selesaikan secara baik. Bukan sambung confess kat sini. Isteri cerminan suami. Kalau ko rasa isteri ko problem, ko la yg sebenarnya perangai mcm gampang! Simple.

  15. apa yang boleh dikatakan..sbnrny ko ni GILA…takut ditinggal bini tp acah2 hebat.bodo lh ko,bagi duit cukup2 lepas tu nk bini ko pikir sndr…baik ko hidup dgn dunia ko je jantan keparat.

  16. Pelik la, yang sampai confession part 3 ni kenapa ye? Isteri justify diri dia bukan main marah lagi. Tapi ko justify sampai 3 part ni ada rasa tak isteri tu patut marah? Dia la patut marah sebab kau yang start dulu menjaja aib dia instead of duduk sama2 kat rumah & bincang baik2. Aku tak menangkan isteri kau tau. Aku baca confession dia pun tidak, so aku nak bgtau kat kau yang sebenarnya kau ni yang bermasalah.

    Kau ingat anak2 tu kau yang bagi ke? Kau ingat 4k kau bagi tu usaha kau sorang ke? Kau lupa ni.

    Anak tu Allah bagi, 4k kau tu pun Allah yang bagi. Kalau kau nak tau, usaha setitik 4k kau tu belakangnya ada doa bini kau tau. Kau nak tau, anak2 yg kau heboh kata kau bg 5 orang tu pun sebelum jadi budak, bini kau yang mengusung perut sana sini bawak 9 bulan. Dah la semua benda dia kena buat, pastu nak kena bawak perut pulak 5x untuk hidup dengan suami macam kau. Pastu kau dongak kata semua ni kerja kau. Sekali Allah tarik semua sekali, padan muka kau.

    Konon nak bgtau bini kau tu takde pape kalau kau takde, dia sakit mental ke, dia kerja kat rumah dapat berapa sen ke, kau ingat dia takboleh hidup takde kau? Rezeki Allah tu luas la, tak hidup dengan kau pun dia boleh hidup lah.

    Kau ni macam problem la. Tak paham aku. Kau buat sampai 50 part confession pun belum tentu ada yang menangkan kau. So back off jela. Muhasabah jela diri tu balik.

    Satu lagi MAH, baik kau pergi hospital check apa yang patut. Sebab mungkin bukan isteri kau je yang sakit mental. Kadang yela, kita nampak sakit orang tapi sebenarnyaa.. haa pandai2 la pikir ye.

  17. Bro
    Tak payah banyak cakap. Sembang Kari je kau ni. Kesian bini la takde kerja la. Kau ingat dia bodoh tunggul kayu macam kau? Pandai la dia nak hidup tanpa kau esok. Kau ingat dia hadap sangat duit kau tu? Uruskan anak enam orang (enam tu termasuk kau) ok je dia, uruskan diri sendiri takde masalah la. Kau je yang nak control hidup dia. Dah kau tuduh dia macam2, (tak nak mengaku salah pulak tuduh dia berzina), kau lah yg bodoh merentan sana sini tapi dayus nak lepaskan dia.

    Sudah lah. Lelaki macam kau ni tak berbaloi ada bini macam dia. Baik kau ambik bini baru yang mengikut je arahan dan cara hidup yang kau nak.

  18. Selalu heran tau.. mcm mn toxic marriage tak kisah la husb yg toxic or wife yg toxic.. anak diorang boleh ramai ek? 13 tahun kawin anak 6 org.. in average 2 tahun sorang.. kira rapat juga tu.. meanwhile yg happily married couple anak sorang, 2 org..

    • Meh sini nak bagitahu..kebahagiaan bukan diukur pada bilangan anak. Tapii kalau Toxic marriage tapi anak ramai selalunya sebab husband takda empati takda bincang perihal bilangan anak ikut suka hati dia nak mengandungkan bini even bini tu dah tak nak anak. Happily married couple pulak, husband dia consent pasal keadaan isteri sakit mengandung ,bersalin,kos jaga anak ape smua husband dorang blh pkir.Dorang bincang bilangan anak berapa je yang sanggup. Husband toxic ikut kepala otak dia je dia tak pikir susah sakit isteri dia.even isteri nak makan pil perancang pun dia tak bagi.. ini bagi yg toxic la..mana yg bahagia and memang nak anak ramai tu cerita lain.

  19. Tapi dalam cerita ni mmg si isteri dapat anak ramai sebab dia usaha nak dapatkan semula anak perempuan.tapi dapat semua lelaki.bilangan anak bukan bergantung pada kekerapan bersama.toxic marriage, jarang bersama tapi still dapat anak , juga rezeki daripada Allah.Ada org yg berusaha nak dapat anak tapi masih blum dapat, bermaksud belum ada rezeki lagi.Jadi jangan ukur kebahagiaan seseorang bergantung pada bilangan anak. Maaf kalau ayat berterabur.

  20. dlm kes ni mmg salah isteri. nmpk sgt jenis xboleh nk tegur. baran xkena tempat. si suami bukan buat kesalahan besar pun dia pun da minta maaf byk kali psl hal2 yg da lepas tu. tp isteri xperlu nk layan laki lain. pastu nk petik sbb anxiety, WAKLUUUU dasar betina sund*l !!!!!!!

    • Laki dia mengaku salah je mana ada minta maaf, dua-dua buat salah, mengaku Dan minta maaf je lah. Emosinya komen ni, ni encik MAH ke?

    • Laki dia mengaku salah je mana ada minta maaf, dua-dua ada buat salah, so minta maaf je lah. Emosinya komen ni, ni encik MAH ke?

  21. tahlah aku rasa IIUM confession ni making merapu. Macam cerita yang dibuat-buat sebab nak bait readers.

  22. Bang, dah tua pun perangai macam ni jugak ke? Meminta maaf tu bukan sebab siapa salah siapa betul, kalau kita ni cukuplah rasa bertanggungjawab nak selesaikan or redakan masalah pun dah cukup sebab untuk meminta maaf. Bukan sebab siapa salah siapa betul ye. Macam ni ke kau cakap kau ni suami? leader yang bagus? kalau perkataan maaf pun kau susah sebut. Lagi satu, marah dan tengking, kau rasa cara tu paling berkesan nak tundukkan manusia or nak orang tu hormat pada kau? tak…mana kau belajar ni bang. ish, ish, ish. Saya pernah kenal lelaki macam abang ni, serious cakap kau rasa cara kau handle bini kau selama ni okay ke? bukan penyebab dia jadi macam ni? betul? kah kah kah. Baran pun tak boleh handle, perkataan maaf pun susah nak sebut, kau rasa kau boleh bimbing isteri kau ke? kalau boleh isteri kau tak jadi macam ni bang hahaha. Lelaki, lelaki…lelaki macam ni memang takkan berubah lah nampak gayanya.

  23. en klw dh jijik lepaskkan la..
    kalau masing2 masih sayang berubah la..
    dua2 berubah n bermaafan. bukan suami dengan ego suami.. isteri dengan dendam lama.. korang ade anak 5 lg perlu di jaga.
    elok ke korang perangai macam nie anak2 tengok. ayah dengan baran.. dia je betul.. bg duit lepastu lepas tangan hal anak bini..
    yg si isteri masih dengan trauma lama n dendam apa jadi..
    korang perlu jd contoh untuk anak. kalau dh masing2 tak boleh terima berpisah la.. tu yg terbaik. dari anak tgok mak ayah xjalankan peranan masing2.
    si suami. tau isteri tu curang chat.. n keluar balik kg dengan lelaki lain.. tau bende tu salah.. tp mana anda waktu isteri tu keluar. kalau keje alhamdurillah kalau lepak?? humm..
    kalau rasa anda suami terbaik . tak perlu bg
    4k dekat isteri n isteri urus semua. encik yg perlu urus.. isteri tinggal masak n urus anak n layan suami. sediakan brg semua lengkap mcm mini market mcm suami org lain. nk masak bkk je peti ais.. bukan isteri pandai2 kira duit tu mesti bajet bg cukup.
    suami yg perlu cukupkan kalau tak cukup.

    kalau encik benci sgt isteri tu lepaskan..
    jangan bg anak tgok perangai masing2. anak kecik lagi melihat n mengigat perbuatan ibubapa dieorg.
    jangan bila encik dh tua.. anak tak perduli n ikut perangai baran encik. sekali encik diaorg xperduli n bersikap baran. sbb bagi dieorg normal je baran.. sbb ayah dia sendiri baran.. n ego..
    jangan sampai bila anak tu dh besar buat mcm encik. bg je duit cukup x cukup pandai2 la encik jimat.
    apa kita buat anak jadikan contoh. kalau contoh baik.. baik la..

  24. Klaw difikirkan, betul jugak apa yg para as-Satizah (ustaz2 & ustazah2) selalu ceramahkan tu ; hal2 rumahtangga (atau msalah apa skali pon), jgn di’ungkap’kan di media sosial (medsos), sbb ianya bkn shaja x difahami secara mnyeluruh, siap tinggalkan konen yg ‘pro’ kpd mana2 pihak, pastu sambung hingga beberapa siri.. lps ni tahkan bini ko plak yg balas balik dgn pandangan dia pulak.. klaw camni, sampai bila pon tak abis.., sbb nya masing2 xnak turunkan ‘ego’, itulah masalah korang yg x bule nak slesaikan tu.. cadangan aq : ko laki bini kna dduk sama2 n cari jalan penyelesaian yg plg sesuai.. n sbelom bincang tu, tolong ‘rendah’ kan ego masing2; sehingga boleh dengar luahan hati masing2.. ko berdua fikrlah jln yg terbaik utk semua, termasuk kluarga ibubapa, adik beradik n juga anak2.. satu perkara lagi, tak terfikir ke macamane ank2 nk terima keadaan yg x harmoni antara suami-isteri, ibu-ayah diorang, pernah x terfikir, klau sampai dewasa nt, x mustahil diorang plak yg akn mngalami trauma, anxiety dan penyakit ‘mental’ yg lain.. tah lah, seeloknya xpayah lah citer di medsos suma ni.. slesaikan lah sendiri secara baik, di rumah je.. jaga adab dan semoga dpt penyelesaian yg terbaik n xpayah ‘balas balik’, artikel yg telah disiarkan.. sabar, w/pon hati masing2 spt nak ‘meletop’ macam gunung berapi.., solat istiqorah, lps dah usaha sungguh2, lastly, berdoa lah utk kebaikan semua dlm family.. wallahu a’lam..

  25. HAHAHAHAHAHAHAHAHA
    KAU SEBENARNYA TAKUT KAN KALAU BINI KAU ANAK2 KAU BOLEH SURVIVE TANPA KAU?

    KAU NAK TGK DIORANG BOLEH SURVIVE KE TAK? CERAI KAN BINI KAU. KAU AKAN SEDAR YANG BINI ANAK2 KAU PUN BOLEH HIDUP TANPA KAU. LEPASTU KAU HIDUP LA SENDIRI HADAP GAJI CIPUT KAU TH BAYAR SEMUA BENDA.

    SEMOGA ALLAH LINDUNGI SEMUA PEREMPUAN DARIPADA TER’KAHWIN DENGAN KAU LEPAS NI. SEMOGA ALLAH MEMBALAS JASA DAN BERIKAN KEADILAN KEPADA BINI KAU

  26. Kau ni suami dayus. Kau takut nak lepaskan isteri kau sebab kau tau kau takkan mampu uruskan anak2 kau. Bodoh sgt pemikiran orang mcm kau ni. Sgt malang bagi sesiapa pun yg dapat kau jadi suami. Kesian isteri kau, she deserves better. Semoga anak2 laki kau tak ikut perangai tak guna kau tu. Orang mcm kau ni memang susah nak sedar diri. Ego tinggi melangit. Kau igt sikit kau tu hamba je kat dunia ni. Mati bila2 masa boleh dtg jemput. Jadi kalau kau decide utk terus seksa isteri kau, bersedia la di alam sana nanti, semoga kau dapat balasan setimpal

  27. Ikut sangat ego asyik menang tu sampai ke sudah la berperang.

    KO ni sejenis manusia takda empati dan hati perut tu je.

    Ko anggap bini tu mcm mesin baka pembiakan yang takda perasaan pun kan

    Dah la p renung la balik apa salah diri dan baiki kalau syg lagi family

  28. Dayus nye abang MAH ni. Da lah tuduh isteri berzina. Semoga isteri abang bawak ke mahkamah la tuduhan ni. Pasal anak meninggal tu bende kecik pada kau. Orang lain tak rase bende tu kecik. Dia yang bawak perut mesti la sedih dia lagi dalam dari kau. Dengan bersalin anak meninggal, dia sendiri settle urusan kebumi anak time emosi dia sangat la tak stabil. Kau si bapak yang bangang mana? Orang lain pun keje jugak. Ade je EL ade je CL. How selfish you are to let her face this alone. Then you still got the audacity utk proudly cakap bende da lama bole move on. Allah ai. Ingat tu anak kucing ke bodoh??? Anak sendiri bole buat macam tu. Da la tak membantu emosi dan fizikal lagi ditunding jari bini punca anak meninggal. Hai la. Bersyukur la kau bini kau stay dengan kau sampai sekarang. Bini kau minta tolong orang lain tu sebab kau yang sibodoh ni taknak tolong dia. Kau boleh perlekehkan penyakit dia. Ya Allah semoga segala penyakit tu berbalik pada kau. Ingat la lelaki yang dayus. Kifarah Allah tu ada. Lambat atau cepat je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *