Assalamualaikum semua. Pertama sekali jujur saya cakap, saya tak tahu nak cakap apa kat sini, sebab saya tak pernah meluah-meluah kesah saya apalagi hal-hal sensitive dan terlalu peribadi seperti ini.
Bagi saya, luahan seperti ini menampakkan saya lemah dan tidak mampu menanggung ujian Allah. Namun akhir nya saya tidak lagi mampu menahan.
Dan mak cik saya menyarankan saya untuk berkongsi luahan di sini. Dengan niat, luahan saya ini mendapat kata-kata ataupun pandangan dari orang-orang yang mungkin lebih berpengalaman.
Sebelum tu, saya kenalkan diri saya sebagai Langit Senja. Tak tahu kenapa itu sahaja nama yang terlintas di fikiran saya. Saya rasa saya tak ingin memberi tahu umur saya. Namun saya tidak lah terlalu tua, dan bukan juga remaja.
Saya tidak tahu di mana silap saya, saya tidak tahu apa lagi yang harus saya korbankan demi mendapat sebuah kebahagiaan. Kenapa saya cakap macam tu?
Saya seorang OKU Fizikal, lumpuh dan tidak dapat berjalan. Dah bertahun macam ni. Dan semestinya lah saya tertekan dengan keadaan saya.
Namun siapa sangka dalam keadaan saya sakit seperti ini, tuhan datangkan seorang lelaki yang akhir nya menjadi suami saya. Namun perkahwinan kami tak bertahan lama. Tak sampai pun 5 tahun.
Tahun ni masuk tahun ke 4. Tapi rasanya tak lama lagi kami akan bercerai. Sebab suami dah nekad nak cerai. Dan hal yang paling saya syukuri dalam perkahwinan kami, kami dikurniakan seorang zuriat yang sihat alhamdulillah. Itupun setahun lebih juga menunggu barulah dikurniakan cahaya mata.
Namun dari situlah, ujian datang kembali. Tak sampai setahun usia anak, saya dan suami mula bergaduh. Untuk pengetahuan kami tinggal bersama ibu bapa saya. Disebabkan keadaan saya yang OKU.
Setelah berlaku nya pergaduhan tahun lalu pada bulan julai, sehingga kini saya tiada berkomunikasi langsung dengan suami. Tempat tinggal juga berasingan.
Suami dah tinggalkan saya selama 6 bulan lebih. Namun suami tetap memberikan nafkah belanja anak dan nafkah untuk saya selama kami tinggal berasingan.
Selama tidak tinggal bersama, saya telah melakukan pelbagai cara agar dapat berbaik semula bersama suami. Saya merayu dan memujuk suami saya dengan segala usaha dan kudrat yang termampu. Namun suami tetap tak pulang rumah. Pelbagai alasan yang dia berikan. Dia cakap tak mampu. Dia tak mampu.
Sebenarnya suami saya pernah cakap, dia penat disebabkan mak saya terlalu bergantung harap dekat dia, dia juga cakap saya sebagai isterinya pun terlalu bergantung harap terhadapnya.
Namun, bukankah itu tanggung jawap dia sebagai suami?. Pada siang hari dia pergi kerja, mak saya yang jaga anak kami dari pagi sampai lah ke petang. Selalunya dia balik kerja jam 6 atau jam 7 lebih. Pernah juga jam 8 lebih.
Masa saya tengah mengandung dulu, dia balik tinggal dengan saya dan jaga saya masa usia kandungan saya 7 bulan. Masa tu pun dia masih juga kerja. Saya tunggu dia balik sampai tengah malam. Ada kala nya dia out station. Jujur saya cakap saya tak suka dia balik lambat. Sebab saya betul-betul perlukan dia di sisi saya.
Selama bersama dengan suami saya, kami tidak mempunyai isu orang ketiga atau pun masalah kewangan. Walaupun suami saya bergaji cukup makan. Saya tak kesah asalkan ada rezeki saya bersyukur. Tak banyak takpe. Asalkan ada.
Namun satu benda yang saya selalu tekankan dekat suami saya, jangan balik lambat. Dia selalu balik lambat disebabkan nak kena hantar pakcik makcik dia balik rumah lepas kerja.
Saya balik-balik marah disebabkan dia balik lambat. Saya tertekan disebabkan mak saya asyik mengeluh kerana penat nak jaga anak kami dari pagi sampai petang.
Anak saya ni, bukan saya tak boleh jaga tau. Tapi anak saya dia taknak dekat saya. Asyik nangis bila ditempat saya. Dia nak dekat mak saya dan suami saya sahaja. Saya pun tak boleh buat apa kalau dah macam tu.
Bila mak saya mengeluh saya jadi stress. Tapi saya tak salahkan mak saya juga. Sebab wajarlah mak saya mengeluh, dia bukan orang gaji. Lagi-lagi mak saya bukan muda lagi. Nak jaga anak kami dari pagi ke petang memanglah penat kan. Sebab tu saya harap suami saya tak balik lambat. Kalau boleh habis je kerja terus balik.
Tapi ni tak, dia lepas habis kerja, nak kena hantar makcik pakcik dia balik rumah dorang lagi. Hanya disebabkan dorang satu tempat kerja dan makcik pakcik saya takde kenderaan. Kereta suami saya pun dah tak macam rupa kereta dah. Segala lumpur melekat. Calar sana sini.
Saya dah banyak kali cakap dekat suami saya. Tolong lah utamakan anak bini. Kau tu dah kawin, ada anak bini. Saya tak larang suami saya nak tolong hantar pakcik makcik dia. Tapi kalau dah hari-hari hantar balik rumah memang lah saya marah. Bayangkan lah, pergi kerja kena ambil, pulang kerja kena hantar. Siapa je tak sakit hati macam tu.
Ye saya memang bergantung harap dekat suami saya. Dah tu nak bergantung harap dekat siapa lagi. Bab duit, kami sama-sama cari duit ye. Saya ada bisnes online. Tapi yang saya stress bila suami saya balik lambat dan mak saya mengeluh sebab nak kena jaga anak kami sampai lewat petang.
Sepatutnya suami saya berterima kasih dekat mak saya, sebab mak saya tak pernah minta sesen pun ye dari kitaorang. Cuma mak saya cakap, dia pun penat juga. Tenaga tak macam muda-muda dulu. Dan mak saya cakap, dia pun perlu juga masa untuk uruskan diri dia sendiri.
Saya faham maksud mak saya. Saya kesiankan mak saya juga. Memang dah waktu untuk dia rehat sepatutnya. Tapi ni, nak kena jaga anak kami pula.
Mama mentua saya memang dari awal perkahwinan tak pernah restu hubungan kami, sebab keadaan saya yang sakit. Dia cakap dekat saya, “kalau tau sakit bagus dari awal tak payah kawin”.
Mak mentua saya siap bagitau, dekat kampung dia ada pasangan baru kawin 3 bulan. Tapi tiba-tiba perempuan tu sakit. Jadi perempuan tu minta cerai dengan suami dia sebab taknak menyusahkan suami dia.
Tak ke sakit hati saya dia cakap macam tu. Depan mak bapa saya pula tu dia cakap. Saya chat suami kena bluetick. Saya chat mak bapa mentua pun kena bluetick.
Mak mentua saya cakap, dia cakap dari awal dengan suami saya yang dia tak nak jaga saya ni. Yala saya kan OKU. Lumpuh tak dapat jalan. Bukan lah nak kena jaga macam mana. Tangan saya masih kuat. Tapi kalau nak pergi tandas ke nak mandi ke memang nak kena angkat.
Kesimpulan nya, saya sebenarnya tak nak cerai. Tapi suami saya pun dah nekad nak cerai dan taknak dekat saya. Saya tak tau nak cakap apa kat anak saya bila dia besar nanti tanya bapa dia mana. Saya dah tak tau nak doa apa kat tuhan. Hari ni 27 rejab (isra’ mi’rah). Tapi saya tak tau dah nak doa apa.
Masa awal-awal nak kawin dulu, suami tunjuk effort uruskan dokumen-dokumen perkahwinan kami. Masa tu zaman covid pkp semua. Dia berusaha uruskan perkahwinan kami.
Walaupun masa kami kawin, dia cakap jangan bagitau ibu bapa dia. Tapi saya ada bagitau mak dia juga yang kami akan kawin. Kami kawin tahun 2021. Ada anak tahun 2023. Nampak gaya nya tahun 2025 ni kami akan bercerai. Ya Allah saya tak tau nak buat apa lagi.
Korang boleh tolong saya bagi apa-apa kata atau pandangan tak. Terima kasih semua. Salam isra’ mi’raj.
27/1/25..
– Langit senja (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Memandangkan suami sudah nekad nak cerai. Tiada apa lagi yang boleh puan lakukan. Sebaiknya puan rancanglah kehidupan akan datang tanpa dia.
Saya cadangkan oleh kerana puan tidak berkeupayaan untuk menjaga anak dari segi fizikal dan ekonomi, puan serahkan saja anak itu pada suami. Anak tetaplah anak, dia akan tetap mencari ibunya suatu hari nanti.
Puan terus kan usaha untuk meningkatkan pendapatan dengan setakat kemampuan yang ada. Contoh menjadi seller, dropship, affiliate dan sebagainya. Bila kita ada duit barulah orang pandang. Begitulah umrah dunia. Mungkin selepas berjaya puan boleh mohon hak penjagaan anak semula.
Saya doakan puan dimewahkan rezeki dan dipermudahkan urusan. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Terus kan berdoa.
Berair mata sy baca kisah puan… semoga Allah permudahkan segala urusan puan, semoga Allah bagi rezeki yg melimpah ruah dkt puan, semoga Allah berikan kekuatan kpd puan dan semoga Allah berikan kesembuhan kpd puan suatu hari nnti Aamiin Aamiin Aamiin…
maaf cakap, saya tengok, puan tak lihat kesalahan dari sisi puan sendiri. yg puan lihat kesalahan pada suami dan pada ibu puan. Saya tahu puan OKU, tapi kekurangan drpd puan tidak membuatkan puan tidak ada bersalah apa2 dlm hal yg terjadi. Muhasabah diri dan lihat diri puan. Open up yourself to ask what your husband truely want, and what exactly is the thing that makes him feel like you rely on him too much, and ask what can you do as a wife and a mother to ease your husband burden, eventhough you are a disable person. Your husband loves you a lot, and he will not blame you fully on your disability, you just need to show that you want to help him ease the burden, or just to show you too try your best to be a wife and mom, eventhough you have a disability. Trust me he will appreciate you more for it. There must be give and take. Im so sorry for my comment, but i need to tell you what i see, if im wrong, please forgive me.