Isteri Pasrah Kurang Diberi Nafkah Batin

Assalamualaikum, baru2 ni banyak pula confession pasal kurang ‘bersama’ dengan suami. Aku plak terbalik, suami kurang beri nafkah batin.

Dah banyak kali aku tulis confession tapi aku selalu padam balik. Sebab kadang2 itu bukan main focus aku. Tapi kali ni aku berjaya hantar. Thank you admin for the post.

Sedikit background. Aku dah berkahwin 7 tahun. Alhamdulillah dah dikurniakan 2 anak. Selalu aku bagitahu suami, kalau bukan atas ajakan dan usaha aku, mungkin 2 anak ni tak wujud… hehe.

Hari tu aku terbaca confession yang suami dia minat pasangan sejenis. Si isteri kata diorang jarang bersama, maybe dalam 2-3 kali sebulan. Aku like whatt? Gay pun lagi kerap dari suami aku, haha..

Aku boleh buat summary kekerapan kami bersama selama 7 tahun ni, dalam sebulan sekali. Paling kerap 2 kali sebulan. Jarang-jaaraang 3 kali sebulan. Kalau nak kiamat, baru 4 kali sebulan kot. Haha.

Dari segi perasaan aku, aku dah beberapa kali aku menangis masa nak tidur sebab hajat aku tak tertunai. Dari aku kahwin sampai la hari ni, hehe.

Terseksa batin rasanya. Sampai kadang2 ada termimpi tengah bersama. Kadang2 rasa nak curang, tapi tak ada spare part plak (nasib baik). Mintak jauh dari berzina..

Aku pernah slow talk dan pernah mengamuk jugak dengan laki aku. Aku berterus terang cakap apa yang aku nak. Siap bagitahu kekerapan yang aku nak. Sekurang2nya 2 kali sebulan. Dia buatlah kejap tanpa aku perlu mulakan dulu, lepastu failed.

Aku pernah jadi muka tak malu. Kalau aku nak, aku berusaha. Contoh, aku bangun awal on weekend dan pastikan anak2 tidur lagi. Lepastu mandi, shave, solat subuh then pakai baju seksi. Dah siap, peluk n goda suami tengah tidur.

Sampai satu tahap, aku rasa macam aku terhegeh2 sebab ada gak dia tolak. Sebab anak2 dah bangun, dia sakit kepala atau pun dia tak cukup tidur lagi.

Then pada hari aku tulis confession ni, aku mengamuk lagi dengan tulis whatsapp pada suami aku. “Awak dah seksa batin saya, jangan sampai saya minta fasakh”.

Respon laki aku, macam biasala minta maaf dan peluk2. Itu je. Tak ada usaha pun buat apa yang aku mintak minimum.

N sekarang aku rasa nak jadi biarawati. Haha.. or aku nak jadi anak dara balik. Jangan fikir seks, jangan tengok cerita orang cium2 nanti nafsu seks kembali.

Aku pernah gak try nak puaskan nafsu sendiri, tapi tak pandai. Rasa jijik dengan diri sendiri…

Hee.. sekian confession aku. Aku nak kata2 semangat dari orang berpengalaman dalam rumahtangga.

Of course aku pernah selidik suami aku, rasa dia tak gay. Takde bukt dan pernah ajak utk check up, mestilah dia ego.

Pada para suami dan isteri, jangan abaikan nafkah batin pasangan anda. Batin tu terseksa macam rasa jiwa kosong, kurang kasih sayang dan rasa lesu. Itu yang aku rasa.

Pada suamiku, kalau dia terbaca, dia mesti tahu isteri dia yang tulis. Silalah berubah kalau tak nak hati isteri ni jadi setawar-tawarnya.

Buat masa ni, bagi pendapat aku cerai bukan penyelesaiannya. Aku ada benda banyak lagi nak kejar dalam hidup aku. Salah satunya, perkembangan anak2 aku. Tapi, hati orang boleh berubah. Awas ya, encik suami!

– GreenTea (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Puan, terdetik hati saya utk reply di sini kerana pengalaman Puan hampir sama dgn saya tetapi saya lebih parah..usia perkahwinan saya almost 20 years..kami jarang bersama..dalam setahun mungkin sekali.. saya ada menghantar confession juga di ruangan ini sebelum ini..

    Ada yg memberi comment pada confession saya..minta suami check kesihatan.. utk makluman, suami saya mmg ada buat medical check-up & fitness setiap tahun di hosp & IJN dan ternyata kesihatan suami sgt baik.. saya percaya hobi suami saya yg rajin bersenam & bersukan menjadi faktor bodynya sihat & normal..

    Cuma suami seorang yang sibuk dgn kerjaya.. dalam masa yg sama, suami selalu stay up utk buat revision sbb suami ada ambil pelbagai additional courses & professional certs to upgrade his managerial skills.. disebabkan itu juga suami akan tidur lewat.. letak kepala, terus terlena..

    In addition, beliau gemar menonton rancangan sukan atau bola di TV dan masuk ke bilik lewat malam dan terus tidur..

    Suami kata berhubungan intim bukan lagi keutamaan buat masa sekarang kerana kesibukan kerjaya.. dan suami berpendapat faktor usia juga memainkan peranan.. asyik cakap kita bukan muda lagi..

    Itulah, saya pun dah pasrah dalam hal ini..

  2. Sy ingat sy sorg je yg mengalami masalah mcm confession ni.. sy ingt suami sy ni tak normal.. sbb rata2 sekeliling sy dorg yg xlarat nak bersama dgn suami.. tp sy terbalik.. cerita confession sebiji mcm sy.. cuma skrg sy dh biarkan perkara ni.. bulan ni dh 3 bulan xdpt.. emosi celaru.. letih.. rasa dh mcm lg tua dr org tua.. sy bgtau suami yg sy nak ni sbb sy nak jaga kesihatan.. sy nak anggota tubuh badan sy semua berfungsi dgn baik.. tp belum smpai masa dh rasa lesu semuanya.. huhuhu.. tp suami tetap begitu…

  3. Kasihan Cik Pah baca. Salah satu fungsi perkahwinan adalah seks. Untuk melepaskan nafsu pada jalan yang halal. Tapi hairan ada yang kondem sampai kata..”kahwin tahu nak seks je”…dah tu kahwin ni nak apa? bukankah Allah jadikan nafsu itu sesuatu yang tak boleh nak di buang. Maka layanilah nafsu itu dengan cara yang baik. Ok stop.

    Balik pada kisah awak. saya rasa awak perlu buat sedikit kajian atau intipan pada suami. Selidik adakah suami;
    1. selalu beronani (keseorangan).
    2. Kerja harian yang terlalu berat
    3. Stress di tempat kerja
    4. Ada masalah kewangan
    5. Awak ada kisah silam yang dia tak tau tapi dia mula dah tau

    Bab awak yang mulakan dulu untuk hubungan intim itu tak jadi masalah. Jangan ego. sebab ada lelaki yang mmg tak pandai untuk mula. ntah tak tau mana silapnya tak tau nak mula hahahaha.

    Last sekali sila buat rawatan islam. Ada bangsa jin yang boleh menutup kehendak hawa nafsu pasangan. Mmg ada ciri2 bagi yang terkena gangguan ini. tapi perlu diagnosis detail mengilut kaedah rawatan islam

  4. Pada pandangan saya umur 20an dan 30an merupakan waktu kemuncak bagi lelaki. Bila kena kencing manis habis KO.

    Pelik juga bagi lelaki yang masih muda tetapi kurang minat aktiviti suami isteri.

    Mungkin perlu dibawa ke klinik sakit tuan untuk check hormon lelaki. Juga ambil suplemen yang boleh membantu. Check juga adakah dalam seminggu atau sebulan husben ada morning wood.

    Mungkin puan juga boleh buat aktiviti bedua seperti mandi bersama. Juga lihat reaksi adakah ianya berfungsi. Jika tidak perlu pemeriksaan.

    Perkara ini akan berkurangan seiring dengan umur. Mungkin sebab hormon pun dah menurun, stress, bosan dan paling ditakuti penyakit kencing manis.

    Semoga masalah puan dapat diselesaikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *