Aku kenalkan diri aku sebagai Matahari, berumur awal 30an dan baru mendirikan rumah tangga dua bulan yang lalu. Suamiku muda dua tahun dari ku.
Aku ingin meminta pendapat penmbaca semua adakah normal untuk suami asyik berkira dengan isteri, mengharapkan isteri berkongsi perbelanjaan rumah dan tidak mempunyai tidak mempunyai common sense.
Aku dan suami masing2 bekerja namun aku penat setelah pulang dari rumah kerana perlu menguruskan rumah tangga dan memasak untuk suami.
Suami cuma pulang makan tunggu makanan dihidangkan dan terus bermain permainan video.
Aku faham tugas seorang isteri untuk menyenangkan suami namun aku penat kerana suami berterusan menyepahkan rumah dan tidak bertimbang rasa untuk mengurus rumah sekali.
Aku paling terasa bab makan sebab suami selalu akan makan dulu tanpa mengajak atau menunggu aku, walhal aku berlapar semata2 untuk makan dengannya.
Pinggan satu pun dia tak dapat basuh selepas makan. Berulang pakai baju sama dan berkedut. Suami tidak peduli sekiranya aku menegur mengenai pakaiannya yang agak selesa dan berkata dia selesa dengan dirinya.
Aku malu dengan keluarga suami kerana aku seperti tidak pandai mengurus suami walhal suami memang selesa dengan caranya sendiri.
Jika kami berdua keluar membeli barang memang suami jarang hulurkan tangan untuk memegang barang belian, melainkan jika aku bising kerana aku perempuan dan tidak kuat untuk mengangkat semua barang.
Satu lagi perangai suami dia suka kesamarataan. Bagi dia kewangan, perasaan, effort, tenaga kena sama rata antara lelaki dan perempuan.
Kita sedia maklum perempuan adalah makhluk yang lemah dan memerlukan perlindungan, tapi aku tak rasa dilindungi dengan suami.
Hal ini kerana suami berterusan lepas tangan dan menganggap lelaki perempuan sama. Takde lelaki kena buat semua perkara untuk perempuan.
Aku tahu dalam hidup rumah tangga kena bertolak ansur. Namun aku penat nak cari nafkah, uruskan rumah. Suami kadang2 culas nafkah sebab bagi dia perlu untuk simpan duit untuk masa depan walaupun dia mampu.
Yang aku perasan dia berkira dengan isteri, sebab tu banyak kes dimana dia rasa duit tak cukup. Aku penat sebab ada suami macam tak ada suami, semua kena berdikari buat sendiri.
Aku bersyukur ya Allah cuma kadang – kadang rasa berdosa kerana mengharapkan diri sendiri single.
– Matahari (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
sis marries a housemate not a husband :(
Perkahwinan ni, 1st thing 1st is komunikasi. Kalau awak dok sentap je tp tak meluahkan dan berbincang, mana dia nk tau. Penat dik nk pendam sorg tp org sana tak paham hint. Oh. Ha. Lelaki ni kena ckp tepek dpn muka dia. Lelaki tak paham hint² ni. Ckp kat dia, kalau kesamarataan – awak pun cari duit mcm dia, so dia pun kena jgk masak n kemas rumah mcm awak. That is equality. Pemahaman dia terhadap kesamarataan tu x seimbang dah. Awak baru 2 bulan kawen dik. Baru sgt idup sama² satu bumbung. Boleh lg nk lentur tu. Lg 1, pasal malu dpn fmly, trust me, fmly dia at this stage paham dia mcm mana. Bila lama sikit kawen, awak akan kenal suami awak LEBIH dr fmly dia kenal dia. Kalau dia selekeh, bkn sbb awak tak jaga dia. Dia yg tak mau dijaga. So bkn salah awak. Stop pressuring yourself.
Bab kena kongsi duit, nak samarata. Bab kerja rumah, boleh pulak dia suruh isteri terkontang kanting sorg2. Suruh suami awak masuk kelas agama dulu sblm kawen patutnya. Ni org kawen dia pun nak kawen. Last2 bab nafkah pun tak paham. Sempat lagi nak suruh dia dgr kelas agama dik, baru 2 bulan kan. Bagi faham betul2 sejak awal kawen ni. Jgn dah 10 tahun nanti confession awak sebab penat yg sama, perasaaan tak puas hati tu akan makin byk kalau suami berterusan perangai mcm ni. Sblm kawen takkan tak pernah tanya pendapat dia ttg bab duit, bab kerja rumah ni? At least tau awal² dia punya vision tu. Kalau sekadar kawen nak ada bibik tolong masakkan, basuhkan pinggan, baik jgn jadi lelaki la ckp kat dia.
Sis. Cakap ape yang sis tak puas hati. Biar die tau. Jangan pendam. Bab masak kalau penat sis beli je. Tak berdosa pon. Kalau nak masak jugak, mintak suami tolong kemas lepas masak. Sama jugak kerja rumah. Bahagikan tugas sebab sis pon berkerja. Baru 2 bulan kawin. Jangan biasakan diri macam tu. Nanti sis stress lama-lama. And rumahtangga akan bergoyang. Bincang dengan suami ye. Communication is the key. Pengalaman saya 12 tahun berkahwin. Semoga bermanfaat.
Maaf TT, saya tidal pasti awak ni Muslim ke tidak. Saya tidak arif dalam budaya bukan Muslim dalam hal perkahwinan. Tapi kalau Muslim, mestinya TT tahu berkenaan peranan suami dalam hal nafkah. Lebih-lebih lagi bila masing-masing dah pergi kursus perkahwinan.
Laki aku mcm ni jugak awal2. Even sekarang pun berdenyut kepala otak nak hadap perangai sepah bapak campur anak2. Dulu..dia boleh makan dulu tak tunggu aku yg penat masak ni. Yang dia tau tanya2 nak masak apa..dah siap masak terus makan..Aku naik hantu la dok ulang benda sama..masa tu baru lpas pantang anak sulung. Pantang sendiri sbb COVID. Baru ada akai. Dia fikir penat dia jer. Aku paling menyampah lelaki berkira tenaga ni. Kau lelaki kudrat lagi banyak dari perempuan kot. Hadap sgt lembik dia tu. Sekarang ada anak pun..mmg dah bahagi tugas. Tapi tu pun dia ada celup2. Last2 Aku jgk kena cover. Tak tahan..mengamuk lagi. Aku buat listing tugas masing2. Aku cakap kita swap tugas untuk seminggu. Suruh dia hadap mcm mana. Tahu pun dia tak nak. Spesis saja buat2 tak tau.. buat2 tak de common sense ni kena bagi depan muka dia. Sama2 kerja. Sama2 penat. Tong2 la. Kalau dia nak main sentimen agama. Ko pun balas balik. Kena equip diri tu dgn ilmu. Jgn sampai kena pijak. Bagitau dia. Sekarang korg baru 2 Bulan. Dgn perangai dia mcm ni.. nnt ko pun hilang hormat dekat dia.
Better angkat kaki now sebelum terberanak.. lelaki tu tak mature.. lagi satu lelaki jika zaman muda suka main game or watching benda tak senonoh or keluar waktu malam dengan kawan2 sampai kahwin tabiat tidak akan berubah.