Assalamualaikum wtb..
Tujuan penulisan ini adalah sekadar untuk perkongsian dan pengajaran pada semua yang membaca. Anda boleh jadikan sebagai teladan dan sempadan dalam hidup. Pada pendapat aku perkahwinan itu merupakan janji pada Allah melalui seorang lelaki yang bergelar bapa menyerahkan amanah dan tanggungjawab seorang bapa kepada anak perempuan kepada seorang lelaki bakal bergelar ‘suami’ sebelum majlis akad. Selepas akad maka termeterai tanggungjawab bersama antara suami & isteri. Aku merupakan isteri dalam cerita ini. Seorang yang educated person mempunyai Master begitu jua pasangan degree holder.
Permulaan perkenalan atas dasar kenalan seorang rakan sekuliah. Masing-masing mencari pasangan hidup memandangkan kami berdua mempunyai kerjaya profesional. Usia semakin ke angka 3. Alhamduliah kami serasi tidak pernah ada perselisihan faham malah andai di lihat updated di media sosial semuanya sweet sangat. Cuma kami masih menjaga pergaulan mengikut syarak. Tiada istilah bersentuhan atau masej jiwang. Jarang berjumpa. Kalau keluar si dia datang mengadap abah dan berteman.
Selepas setahun setengah kami bertunang. Aku menerima suami masa itu atas dasar sifat lemah lembut*kesopanan & adab, tutur kata “soft spoken”, penyabar even aku penah uji dia serta suami warak dan datang dari background keluarga alim dan tunggi ilmu agama. Mereka di kalangan ustaz & ustazah. Hafiz & hafizah. Dalam angan ku amat bersyukur boleh dekati mereka, menjadi sebahagian keluarga mereka dan suami dapat membimbing aku sebaiknya. Aku sedar banyak kekurangan diri perlu diperbaiki.
Sebelum majlis pertunangan aku hanya berjumpa salah seorang adik beradik kandung suami tanpa bertemu parents atas dasar jarak yang jauh. Aku jenis ok jer asal tak bising2 *gaduh or masam muka. Aku jenis orang yang cinta ketenangan. Lebih banyak turutkan saja asal tak langgar hukum agama, undang-undang dan baik.
Majlis berjalan lancar dalam keadaan meriah dan penuh kesyukuran. Kami berpindah hidup di rumah sendiri. Bermula kehidupan sebenar sebagai suami isteri. Kami berdua percaya dengan bercinta selepas nikah. Sebulan ke sebulan still ok kehidupan namun kami mula selisih faham bulan ke 4-5. Kami kerap bergaduh even hal remeh temeh. Kes paling remeh pada pertama kali bila suami melarang aku keluar rumah untuk ke pasar disebabkan memakai seluar.
Sepengetahuan aku seluar yang dipakai longgar dan baju labuh paras lutut serta berstokin. Bila aku bertanya di mana yang tak kena dengan pakaian sayang? Terus suami menjawab “haram wanita memakai seluar tak kira longgar atau tidak” dengan nada menjerit dan tengking. Tergamam dalam hati tertanya sedangkan sebelum ini tak pernah suami pertikai. Aku sambung tanya betul ke HARAM ikut hukum. Nak tukar baju apa nak pergi pasar? Suami jawab banyak baju lain boleh pakai lagi. Kalau tak tukar tak perlu pergi pasar.
Bermula detik itu aku pun mula hati terasa dan pendam rasa. Sedikit demi sedikit semakin keras hati ni dengan layanan dan perubahan suami. Aku mulai sedar suami banyak bercerita dan meluah perasaan kepada ipar duai dan semestinya mak mentua. Tiada istilah kami berkongsi cerita bersama. Untuk pengetahuan semua aku masih berkerjaya selepas kahwin dan melakukan semua tugas dalam rumahtangga masak, basuh baju, iron baju, kemas rumah, sedia bekal breakfast suami every morning dan melayan kerenah suami yang cerewet dan seorang yang ‘110%PERFECT’.
CONTOH kes cerewet kena sediakan sebolehnya hidangan sihat NO nasi, NO daging, NO roti dan NO dairy products based.
CONTOH kes 110% kalau kemas barang di rumah pastikan susun atur sama seperti sebelumnya IF NOT suami akan perbetul. Label bantal susun nampak di atas *SALAH. Kena sorok label di bawah *BETUL.
Aku tak kisah sesungguhnya asal suami bahagia dan suka. Hormati cara beliau sebagai suami. Ketepikan keselesaan diri aku sebelum ini. Actually aku dibesarkan dengan mempunyai maid di rumah parents. No problem sebab aku memang seorang yang berdikari dan banyak masa hidup aku stay di hostel.
Bermula case selisih faham aku mulai rasa suami selalu membelakangkan diri aku sebagai isteri. Banyak perkara aku menjadi orang terakhir yang akan dimaklumkan. Paling simple nak balik kampung sehari sebelum baru inform sedangkan suami dah plan dengan family mentua pelbagai program di sana. Ok aku turut jua. Malas nak bising.
Satu hari aku dapat short noticed untuk important meeting siap ada mock interview. Insan terpilih untuk meeting sesi sidang ini. Balik rumah aku inform suami atas urusan itu maka weekend ini aku nak masuk office buat persediaan. Dengan pantas suami menjawab hujung minggu ini kena balik kg. Dah janji dengan family *mentua. Aku baru tahu plan suami. Aku cuba memujuk supaya tidak turut serta. Jawapannya TIDAK.
Aku mula menangis dan merayu supaya difahami situasi ini. Meeting hari isnin pagi suami janji malam ahad pulang ke rumah masa perjalanan dari kg 9-10jam. Tangisan dan kata-kata aku seperti bercakap dengan dinding. Tiada tolenrasi. Pagi esok sebelum bertolak aku merayu lagi. Diam seribu bahasa dari respon suami. Aku balik dalam keadaan terpaksa rela akhirnya kami bergaduh di R & R di hadapan public.
Atas alasan aku lambat ke toilet dan sengaja lengahkan masa. Sedangkan toilet di R&R kena beratur panjang lagi-lagi masa cuti. Suami menarik aku menolak masuk ke kereta. Pertama kali aku diperlakukan begitu sepanjang hidup. Sudah pasti ada kesan lebam di lengan & paha. Kejadian 6 bulan pertama perkahwinan kami.
Kemudian makin kerap bergaduh dan selisih faham. Aku mula di tolak jatuh ke lantai, berkasar dan emosi aku mulai terganggu. Namun aku tidak mengadu pada keluarga. Banyak pendam dan makan hati. Kes berpindah tempat kerja suami tidak berbincang atau inform aku. Aku tahu berita berpindah dari jiran dan boss suami dengan alasan kukuh suami mohon perpindahan dengan sukarela.
Aku terkejut kerana memikirkan kerjaya aku serta bagaimana kehidupan aku kelak di sana. Namun aku bersabar dan terus menyimpan pengetahuan ini seolah tidak tahu menahu. Di depan boss/isteri boss dan mereka yang memaklumkan berita itu aku berlakon seolah telah maklum. Hingga tiba detiknya Allah menduga kami pada bulan ke sembilan perkahwinan aku dimasukan ke hospital atas faktor kesihatan yang kurang baik.
Addmitted hampir seminggu dan pada hari ke-3 di hospital suami maklum pada parents aku beliau kena berpindah satu tarikh yang hanya 2-3 hari dari hari yang dimaklumkan. Terkejut benar ayah masa itu. Aku juga terkejut bila melihat surat itu. Suami menerangkan beliau TERPAKSA berpindah atas arahan. Sesungguhnya aku mengetahui beliau menipu. Aku diam seribu bahasa. Tiada kata. Kenapa tidak berbincang? Berbincang itu tidak pernah wujud sejak kami berkahwin.
Lepas keluar hospital suami terus ambil peluang bercuti sebelum berpindah disebabkan aku dapat MC seminggu masa rehat sebelum check up semula dengan doktor. Kami drive on the road ke JB kemudian return ke KL transit ke borneo. Actually aku cukup letih dan masih belum kuat untuk travel. As usual sebab tak nak gaduh dan diri di kasari aku turuti. Sampai di borneo kawan suami menegur isteri nampak pucat better stay kat hotel.
Suami aku tetap paksa untuk aku turut serta program pada hari tersebut. Hati ini Allah jer Memgetahui. Paksa itu dah lali dalam hidup aku. Suka tak suka ikut… Sakit ka pe pandai-pandai la sendiri. If tak ikut kata suami memang aku kena jawabnya. Best part lepas dia marah atau menyakiti aku sure akan hadir bunga bouquet atau hadiah sweet sebagai tanda maaf. Aku penah ipar duai telefon maklumkan dah pujuk bagi bunga ok la tu. Jawapan aku di mana nilai aku seorang isteri diperlakukan begitu dengan bouquet bunga? Suami memang akan luah rasa atau ape saja masalah pada seorang kakak beliau. Even hal rahsia rumahtangga kami.
To be honest aku sedar atas penderaan emosi & fizikal *even tak berdarah tapi lebam. Cuma aku masih ingat dia suami yang Allah takdirkan & pilihan aku sendiri. Sabar… Sabar.. Akan akan tetap cuba melakukan sebaik mungkin sebagai isteri. Lama-lama ibu aku dapat menghidu sesuatu yang tidak kena pada diri aku. Kurus dan tidak ceria lagi seperti sebelum ini.
Pada usia perkahwinan setahun aku dah lalui perkara yang dinyatakan. Lagi-lagi kes aku di rumah parents kejadian ini berlaku. Suatu petang tiba-tiba balik dari ofis aku demam. Badan agak panas. Sementara menunggu suami tamat meeting aku singgah rumah parents atas pengetahuan suami. Sepanjang berada di sana mak aku paling risau sebab aku dah tak bangun dari sampai di rumah beliau.
Dengan pantas mak telefon suami memberitahu suami untuk membawa aku ke klinik. Alhamdulilah dia izinkan. Doktor inform demam panas dan mohon aku cukup berehat. Selepas pulang dari klinik aku terus solat & tidur. Aku tak sedar masa bila suami sampai di rumah parents. Aku sedar bila mesej dari suami masuk/inbox dengan mesej berbunyi begini:
“Saya hormat mama sebagai mak sebab itu saya tak paksa bawa awak balik rumah kita”.
Aku terus bangun dan capai tudung keluar bilik meluru ambil kunci kereta untuk pulang ke rumah kami yang akan ambil masa 30-40 minit sampai. Parents aku sudah tentu melarang aku pulang dalam keadaan tak sihat. Mak cuba explain apa yang berlaku dengan suamu.. Mak kata suami aku cakap ok saja. Namun gelora hati aku berdenyut kencang laju dan amat takut. Aku kenal benar sikap suami. Pasti dia sedang amarah. Sebagai Mak dia risau keadaan aku dan menasihati suami untuk bermalam saja di rumah parents. Mudah esok pergi kerja dekat dan mak boleh tengokkan aku yang tak sihat. Lagi pun sudah lewat malam.
Aku tetap ingkar kata parents dengan alasan aku kena balik jugak malam ini. Tak mungkin aku hendak ceritakan asbab musabab yang akan berlaku kelak. Sampai saja dirumah aku seolah dikurung luar rumah. Pintu papan berkunci semua tingkap tertutup. Aku merayu & menangis supaya pintu dibuka untuk aku. Memandangkan kunci rumah aku ada dalam kereta suami. Beliau ada di dalam bilik kami tapi diam seribu bahasa.
Setelah rintihan aku didengari jiran mereka hampiri aku dan isteri beliau pimpin aku bangun dan bertanya apa yang berlaku. Aku diam seribu bahasa hanya air mata mengalir.
Tiba-tiba isterinya terkejut berkata “awak demam ke? Panas badan awak ni..!!”.
Suami jiran aku terus menelefon suami aku. Namun tiada jawapan dan akhirnya off phone. Suami jiran aku mengajak aku bermalam dulu di rumah beliau sementara menunggu pagi. Aku menolak. Tak pe biar saya diluar. Dengus si suami jiran awak balik semula rumah parents bahaya awak macam ni. Biar suami sejuk dan bertenang dulu. Tambah isterinya awak sayang diri awak dulu… Dia tak sayang awak tak pe. Biarkan. Pasangan jiran ini adalah boss suami aku.
Akhirnya mereka akur tinggalkan aku di luar rumah kami yang tidak berpagar. Dalam setengah jam pintu papan dibuka. Aku cuba masuk dalam keadaan takut teramat. Sesudah masuk suami aku berlari kunci bilik dari dalam. Aku terus merayu memohon maaf. Menangis dan akui kesilapan agar boleh menjernihkan keadaan. Namun seperti selalu tidak diendahkan. Kejadian ini membuatkan parents aku dapat hidu masalah kami.
Banyak kes berlaku selepas itu. Aku makin hari makin pendam perasaan, jiwa mulai hilang rasa sayang dan cinta. Allah jua kekuatan. Hati makin keras. Kurang bercakap. Menjadi pendiam. Memberontak dalam jiwa. Hidup bersama selama setahun setengah selebihnya PJJ. Pernah ditinggalkan 9 bulan tanpa nafkah dan tidak dihubungi.
Takkan siapa sangka kalau diceritakan pada sesiapa apa yang berlaku antara kami. Nampak sweet couple dan bahagia di luar. Suami lagila mendapat pujian dan dikatakan suami soleh & mithali. Semakin hari jiwa tertekan dan kosong. Setelah berpindah aku kehilangan kerjaya, jauh dari keluarga dan rakan. Demi suami dan tawakal kerna Allah taala aku menurut. Aku dibuang keluarga especially bapa. Tapi aku tetap tebal muka balik rumah parents sebulan sekali. Walaupun suami kurang masa di rumah parents. Banyak masanya habis dengan aktiviti di luar.
Macam-macam usaha diperlakukan untuk pertahankan perkahwinan itu… Ya aku akui gagal untuk pertahan. Aku tak mampu terus bersabar. Kesihatan makin terjejas teruk hingga boleh dikatakan setiap bulan ke klinik. Emosi dan jiwa tertekan. Sampai satu detik doktor terus bertanya secara peribadi apa masalah aku? Aku tak mampu jawab hanya air mata mengalir. Akhirnya doktor wanita itu terus memeluk tubuh aku yang kaku menangis bersama aku. Beliau menasihati aku dan memberi kata semangat. Hanya doktor itu saja yang faham keadaan aku bahawa aku sedang sakit dalaman jiwa.
Aku pernah dikurung luar rumah beberapa kali, di kasari hingga lebam dan ditampar di dalam rumah mentua, bergaduh dalam kereta hingga aku ambil tindakan untuk terjum dari kereta dan sebagainya. Aku turut apa saja kehendak suami kerna ibu mentua aku pernah berpesan sebagai isteri kita kena jadi macam HAMBA pada suami *perumpamaannya sebegitu.
Paling menguji rumahtangga kami akhirnya kes berdarah berlaku. Aku dijerut leher dengan tudung dengan kuat serta tubuh ditolak dengan kuat ke arah meja di luar rumah tengah pagi. Manakala suami aku luka berdarah atas perbuatan beliau sendiri melepas kemarahan. Aku terus membuat laporan polis demi keselamatan diri dan dihantar ke hospital untuk prosedur seterusnya.
Maka susulan dari kes berdarah dan pelbagai masalah rumahtangga setelah diagnoses antara termasuk campurtangan mak mertua- tiada kebebasan anak menbina hubungan dengan isteri & keluarga sendiri, ipar duai yang very concern tapi atur dan mempengaruhi hubungan rumahtangga, sakit atas niat jahat orang pengaruh sihir dan terakhir diri sendiri yang tidak bersedia memikul tanggungjawan dan komitment rumahtangga.
Peluang hidup bersama keluarga mentua banyak yang aku belajar dan teladani. Betul kata orang tua tak kenal maka tak cinta. Selagi tidak duduk serumah kita takkan kenal pasangan. Cuma aku tak menyalahkan takdir. Ini semua perjalanan hidup kami. Semua dengan izin Allah. Di akhir perkahwinan jiwa aku kosong tiada rasa lagi. Tiada lagi rasa sayang seorang suami dan tanpa aku suami akan lebih bahagia.
Kami telah pun bercerai melalui fasakh. Perkahwinan yang singkat. Aku telah lalui kaunseling pejabat agama dan terapi diri seorang diri tanpa suami. Suami telah dipanggil tetapi tidak dihadiri mana-mana sesi sebelum perceraian. Atas nasihat pejabat agama dan guaman aku paksa diri untuk berpisah. Moga akan hadir hikmah di sebaliknya.
Aku masih ingat kata-kata ini:
“Kejam ke saya pada awak? Zalim ka? Kenapa awak tak boleh jadi seperti Asiah yang masih taat pada firaun?.”
Masa berlalu setelah bercerai jua bekas suami nyatakan bahawa dia mahukan seorang isteri yang boleh membelakangkan kepentingan diri sendiri, kepentingan keluarga saya sendiri dan boleh hidup susah dan senang dengan beliau. Erti kata sebenar 110% yes tanpa NO pada beliau. Susah dan senang itu hanya di bibir bukan perlakuan yang berlaku.
Andai aku boleh putarkan masa… Kerna hal sedemikian tidak mungkin berlaku kecuali aku adalah sebuah patung tidak bernyawa. Untuk menceritakan semua tak mungkin. Cuma kita kena belajar hargai diri kita dan orang yang berada di samping. Jangan jadikan agama sebagai helah kita untuk menang. Salah jatuh hukum itu bahaya. Aku masih tetap dipersalahkan dalam apa jua.
Aku redha mulai saat ini. Semoga Allah Maha mendengar dan menjadi peneman aku agar bahagia akan muncul semula.
Point di sini suka untuk dikongsi bersama untuk mereka yang bakal mendirikan rumahtangga *pengalaman saya:
1. Keturunan- Kenal keluarga bakal anda.
*berkunjung sesama keluarga. Kenal mengenali sesama kita. Ipar duai penting.
2. Restu- Pastikan kedua-dua pihak berlapang dada menerima kita sebagai ahli baru dalam keluarga.
3. Rancang- Berbincang masa depan yang bakal ditempuhi kelak.
4. Hak bersama sebagai suami isteri- hormati, sayangi dan cinta satu sama lain kerna Allah taala.
5. Ilmu- cari ilmu dalam rumahtangga. Tak bermakna kita lebih bijak hal agama dari pasangan bermakna kita tak perlu berguru especially hal rumahtangga.
6. Analisis sejarah- latar belakang keluarga. Jangan judge dari luaran. Menjadi adil pada diri dan keluarga sendiri yang bakal dibina. Buang yang keruh ambil yang jernih.
7. Terima kekurangan dan kelebihan pasangan dan hidup dengan penuh toleransi.
Waalaahualam.
– NadIrah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit