Isteri Pilihan Ibu

Aku Ida, berumur hujung 20an, bekerja sebagai executive di syarikat yang besar, baru sahaja mendirikan rumah tangga 10 bulan. Suamiku Ali, berusia awal 30an, juruteknik di kilang berasal dari Jepun.

Kami berdua berkahwin bukan atas dasar cinta, tapi sebab ibunya yang berkenan dengan aku. Mula2 aku tolak mentah2, memang tak nak, aku nak bina kerjaya dulu, nak beli kereta, nak beli rumah, baru aku kumpul duit fikir pasal kahwin.

Tapi mak dia cakap, sampai bila? Ramai perempuan dekat luar sana umur dah 30 lebih tapi tak kahwin2 lagi, dah takde orang nak, waktu muda sibuk cari duit, bila dah tua tak laku.

Bila aku dengar statement ibu dia tu, aku terkejut, bagi aku pandangan tu agak kampung. Tidak ada istilah terlalu tua untuk berkahwin, kalau jodohnya tak sampai lagi takkan nak main sauk je laki tengah jalan, terus kahwin.

Bersungguh dia pujuk aku untuk berkenalan dengan anak dia. Aku tolak, tapi last2 terima jugak, sebab aku tak suka ibu dia mintak banyak kali. Tu pun aku cakap awal2, kenal je ya tak lebih dari tu.

Ali ni dia dah bercinta beberapa kali sebelum ni, tapi ex dia yang last sekali tu kantoi bawak lelaki lain masuk rumah, tu yang dia jadi trauma dengan perempuan, itulah apa yang aku dengar dari ibu dia. Katanya dia memang tak nak dah dengan mana2 perempuan, dia tak nak kahwin dah.

Mula2 kenal tu waktu chat, memang dry, maybe sebab kitorang dua2 tak nak pun kenal antara satu sama lain tapi sebab dipaksa oleh ibu dia, buat jugaklah. Tp aku tak taulah kenapa tiba2 dia terbuka hati, tiba2 dia mula layan aku baik, aku pun tak tau kenapa.

Dalam hubungan kitorang, ibu dia yang banyak main peranan, paksa kitorang keluar makan, ibu dia jugak yang beriya-iya bawak family dia dtg rumah aku nak kenal dengan mak aku katanya. Nak dijadikan cerita mak aku berkenan dengan si Ali ni.

Fast forward, kami bertunang dan akhirnya kami berkahwin. Sebelum kahwin, banyak red flags si Ali ni yang aku nampak tapi aku tak taulah kenapa, aku diamkan aje, aku tak cerita pun dekat mak aku. Kalau mak aku tau, aku rasa mak aku pun tak bagi aku kahwin dengan dia.

1st, dia dari mula kenal aku, dia dah berani pinjam duit aku, sejak dari tu, setiap minggu dia mintak duit aku dan tak pernah sekali pun dia bayar balik ya, sampai sekarang.

Sekali pinjam bukan RM10, 20 ya. RM300, RM500, RM700 pun pernah, ya aku tau aku bodoh, terlalu cepat percaya, terlalu cepat kesian, terlalu cepat sayang.

Red flag dia yang kedua, dia merokok. Setiap kali lepas makan mesti merokok, langsung tak hormat aku. Aku ni tak biasa bau rokok, arwah ayah aku, abang2 aku semua tak merokok.

Ada lagi lah beberapa yang aku perasan tapi aku bodoh, aku selalu fikir yang lepas kahwin nanti dia mesti berubah tapi realitinya?

Dari mula kahwin sampai lah sekarang aku kahwin setiap bulan aku bayar sewa rumah, kereta, bil api air, coway, barang2 dapur, belanja makan, duit rokok dia pun kadang2 mintak dekat aku.

Duit hantaran aku habis, takde sesen pun yang aku simpan untuk diri aku, semuanya untuk kami berdua, barang dalam rumah, semua beli pakai duit aku, perabot semua, tak cukup duit hantaran, duit mas kahwin pun dia guna, gelang emas waktu akad nikah tu pun dia pajak.

Aku yang sebelum ni hidup sorang2 boleh ada saving sampai RM4-5k, sekarang ni kosong, apa pun takde, gaji setiap bulan kena tanggung isi rumah untuk2 orang seolah2 macam aku lah suami. Gaji dia mana?

Gaji dia ada tapi tak banyak, basic RM1.8k, dia malas kerja, selalu mc sampai tak boleh ambil mc, boss dia suruh ambil unpaid leave, sebulan gaji dia masuk RM1.3k macam tu je. Itupun habis katanya, bayar hutang along. Lepas kahwin baru aku tau dia ada hutang along.

Macam2 benda aku tau lepas kahwin, dia ambil dadah, ibu dia tau tapi ibu dia sorokkan daripada aku, rupanya duit yang dia pinjam sebelum kahwin tu untuk beli dadah.

Tapi kalau tengok depan2, tak nampak pun dia ni orang macam tu, sebab dia still nampak segak, rupa-rupanya hmmm.

Sepanjang kami kahwin, dia memang layun aku baik mungkin segan sebab aku banyak keluar duit so kalau aku ajak pergi mana2 ke nak buat apa ke dia tak pernah tolak,

Terlampau baik sampai bila aku dah tau benda yang dia buat belakang aku, aku terkejut, macam tak percaya, dia macam orang lain belakang aku.

Dia memang berahsia dengan aku, password hp dia memang dia tak bagitau aku, media sosial dia pun takde satu yang aku tau, dia cakap takde, dia tak layan semua tu, rupanya tipu.

Satu hari aku jumpa fb lama dia, penuh gambar dia dengan ex dia, peluk2 pun ada, punya sayang email dia pun nama gabungan diorang, sekali dengan tarikh hari first diorang bercinta.

Aku cuba jelah try nasib kan, masukkan tarikh tu try bukak hp dia, terus bukak. Terkejut aku, dia tak tukar password hp dia walaupun dah kahwin dengan aku.

Dari situ lah aku tau satu per satu pasal apa yang dia buat belakang aku, dia ambil dadah, dia mesej perempuan lain belakang aku, pasal sebelum kahwin dia pernah tidur dengan ex dia, check in hotel banyak kali pun pernah,

Lepas kahwin ni dia tak cari ex dia, tapi dia cari perempuan lain, dekat wechat dia penuh chat dia dengan perempuan semua conversation lucah, aku sumpah terkejut, aku menangis teresak-esak fikir apa salah aku,

Aku selalu masak untuk dia setiap hari walaupun aku busy kerja, aku selalu hulur duit, duit belanja die pergi kerja pun aku yang bagi tiap hari, aku layan family dia baik, aku jaga mak ayah dia bila diorang masuk hospital. Apa yang kurangnya aku ni sampai dia cari perempuan lain?

Kadang2 sedih, aku selalu dengar sebelum kahwin, perempuan yang baik untuk laki2 yang baik begitu juga sebaliknya.

Aku sebelum kahwin tak pernah sentuh mana2 lelaki, aku jaga kehormatan aku, tapi aku sedih, akhirnya aku ditakdirkan kahwin dengan lelaki yang pernah disentuh oleh ramai wanita.

Aku sedih sangat, aku tak tau nak buat apa, aku tak tau nak cerita dekat siapa. Buruk suami aku, satu pun mak aku tak tau. Sampai sekarang mak aku masih sayang suami aku macam anak dia. Aku tak nak hampakan perasaan kedua orang tua kami, apa patut aku buat?

Airmata aku dah kering dah menangis, aaku makin tawar hati dengan suami aku, jijik pun ada sebab walaupun dah kahwin dia boleh offer perempuan tidur rumah kami waktu aku takde dekat rumah, siap tanya, kalau tak nak datang rumah, dalam kereta nak tak?

Allahuuuu, kereta aku tu, atas nama aku, aku yang bayar tiap bulan, duit minyak semua aku support, dia dengan muka tak malu bawak pergi kerja tiap hari, tayang kereta kononnya tu kereta dia, umpan perempuan lain.

Aku tak boleh nak taip dah, tangan aku menggigil bila teringat satu persatu apa yang aku jumpa dalam hp dia.

Sampai disini saja yang aku boleh ceritakan. Aku harap ada yang boleh kongsikan, berikan pendapat untuk keadaan aku sekarang.

Terima kasih sudi baca cerita aku yang tunggang langgang ni, doakan aku kuat ya. Sekian.

– Ida (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

25 Comments

    • Allahuakbar… Dah boleh minta fasakh puan. Bawa semua bukti dia makan luar, yg dia tak bagi nafkah secukupnya, dia hisap dadah dll. Layak utk berpisah.

      Mmg ada ye mak bapak jenis nak lepas tangan ke anak dara orang. Tambah2 anak dara tu mmg “menjadi”. Kononnya lepas kahwin mungkin anak dia berubah, tapi mmg takkan ye. Sedangkan yang sembunyi perangai sebelum kahwin pun banyak, lagi yang terang² sebelum nikah..

      Semoga dipermudah segala urusan puan.

  1. Tolong cerdikkan diri -kumpul bukti & tindakan selanjutnya failkan fasakh. Jangan sampai ada anak, atau sangkut penyakit kelamin baru nak ambil tindakan… ramai dah bercakap: hidup ini terlalu singkat untuk kekal dalam perhubungan yang toxic. Sebelum jaga hati orang tua atau orang lain, jaga hati sendiri dahulu…peluk cium dari saya untuk jadi kekuatan anda!

    • iya betul saya setuju dengan comment atas ni. failkan fasakh and ss je semua conversation tu as bukti awak kt mahkamah nanti. jangan sampai dah kena STD baru sis nak menyesal. for now, elakkan la any intercouse dgn suami tu, DO NOT EVER CARRY HIS CHILD. anon muda lagi, hujung 20-an tu masih muda. ni muka zaman tok nenek kita dulu kahwin umur 15. wanita2 sekarang semua dah semakin bijak, bekerjaya dan educated. tak pernah terlambat pon untuk sis start over. yang penting cerita je dekat kedua2 belah parents tu, especially your parents. takde parents yg takkan side dkt anak dia. and ibu mertua awak tu dah kira scam awak sbb dia tahu je anaknya penagih and whatnot, sebenarnya bukan usia awak yg makin tua and tak laku yg dia fikir, tapi in reality dia risau org taknak anak dia, sbb dia sendiri tahu takleh pakai punya budak tu. so sis, be smart. dont be too emotional, jgn menagih pon rasa sayang ke cinta ke apa kt suami awak tu, awak kekal tenang je and settle all of that one by one. that man isnt worth your tears. remember, you didnt lose him, he lost you. i believe reader semua support anon untuk tinggalkan jantan penagih, penipu, takde maruah macam ni.

  2. Kenapa biarkan diri jadi mcm tu? Perlu ke simpan laki mcm tu sekadar nak berlaki je ? Go find you own happiness. Sibuk jaga hati semua orang bila nak jaga hati sendiri ? Tapi kalau redha tunggu le la sampai dia berubah, tgk dulu siapa yang berubah. laki berubah jadi baik atau awak berubah dapat depression.

    • Ko ni baik sgt… Bak kata org tua2 beepada padalah berbuat baik… Benda xelok kenape nak simpan? Ko layak bahagia… Tuntut cerai, biar terbuka bijik mata mak ko tu…

  3. sayangi diri sendiri terlebih dahulu daripada orang lain.. beritahu ibu bapa awk keadaan sebenar.. suami yg menjalinkan hubungan xxx secara rambang ni boleh memudaratkan awk juga..dikhuatiri membawa penyakit yg tak dijangka..

  4. awk kena scam dgn mak mentua. awk termakan dgn kata2 dia, sy paham sbb perempuan ni lemah bila sendiri sbb tu apa2 berlaku awk kena bercerita dgn org yg awk percaya, pls atleast cerita dgn parent or sibling or kwn. jd dr situ awk boleh nampak jelas apa yg berlaku or akn berlaku. benda boleh elak tp dh terjadi awk move on jelah. manusia ialah makluk Allah yg susah nk berubah.

  5. 1. jahat gila mak mertua dia, lepaskan masalah kt anon
    2. weh, mak ko tu, klu dia tau menantu hantu dia penagih, mmg ko tgk lah dia hambat mcm mana
    3. either hang nk walk out or stay, tu pilihan hang.. red flag dh berdarah2 dh ni sis.. knp nk seksa hidup you dan bahagiakan org lain? i bet yr mum pun akan faham.. takkan nk suruh stay ngn biawak hidup? dh la amalkan sex bebas..

    weiiiiiiiiiiiiii, gila weiiiiiiiiiiiiii

  6. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ..ai..sy baru jerk join then nampak ur post..adik..akk paham sukar nk lepaskn lagi2 die suami kita. Tapi sekrang adalah masa terbaik sebb adik xdee anak lagi kan. Kalu ada anak nanti lagi susah. Ada kalanya kite terpaksa pentingkan diri sebb tiada yg tolong kita. Siapa yg akn tolong adik melainkan diri adik.

    Bukti2 yg adik dah ada tue kumpul then failkn. Kite ada undang2. Memang akn ada halangan masa kita amik tindkaan. The key is ‘KUAT’ dan yakin Allah ada.

    Akk doakn urusan awk dipermudahkan

  7. cerita awk ni lebih kurang jer dgn cerita sy.. tp nasib baik ALLah selamatkan sy xjd kawin , kantoi mase tunang.. xtaw lah kt mne yg sy nmpak die ni baik pdhal tiap kli kluar sy yg bnyk spend duit die dari makan smpai rokok die pn sy belikan..mungkin terpedaya dgn kata2 manis buaya kot.. rupenye kt blkng keliling prempuan siap tdo hotel kaki kelab mlm… lps dari kntoi tu terus putus.. skrg ni dpt tahu die bertunang dgn janda anak 5 & dah ade cucu pn.. gap diorg pn sgt jauh 12 tahun cmtu.. sy sikit pn xcemburu cuma kecian kt akak tu takot si dia tu sbnarnye nk menumpang senang jer.. cmne sy nk bgthu akk tu.. sy xnk dia jd mangsa sterusnya..

  8. please love yourself… Jgn biarkan diri terus terseksa begini… Seumur hidup itu bukan sekejap dik… larat ke nk tahan hidup mcm ni, nnti kalau dah beranak pinak lg parah sian anak2… tinggalkan je la lelaki mcm gitu… sebenarnya lg kesian kt mak ayah yg lahirkan awak tpi end up dipergunakan lelaki macam tu… you deserve happiness, sis.

  9. Jangan zalimi diri sendiri untuk terus hadap semua “black magic” yang ada pada diri suami. Nanti kalau Along tu cari suami tak jumpa, dia cari isteri untuk selesaikan hutang suami. Gaji RM1.8K tu sebenarnya banyak jer jika hidup dalam kemampuan sendiri. Tapi nafsu suami tu semua buas. Dengan ambik dadah, menggatal…. Teruskan kumpul bukti dan hantar ke emel peribadi. Dan failkan perceraian. segera.

  10. aduhai sis, buat ape nk minta pendapat? cerai je la, nafkah wajib pun tunggang langgang tk payah la nk bersama lg, sayang diri sndri dulu, yg MIL tu pon teruk jugak eh merosakkan masa depan anak perempuan org. bla je sis syg diri syg famili, tk mustahil in future laki mcm ni menyusahkan famili sis pulak.

  11. Ida, ini POV saya:

    1. Awak masih muda. Kalau jalan yg ditempuh sekarang menuju siri kegagalan, awak masih ada masa utk ubah haluan.

    2. Awak belum mengandung dan tiada anak bersamanya. So, hubungan ini tidak terikat atas alasan anak. Dia tiada ciri-ciri seorang ayah yg baik. Kesiankanlah bakal anak2 awak, mereka berhak utk ada ayah yg lebih baik.

    3. Kewangan awak jadi makin teruk selepas bersamanya. Dia yg bergantung pada awak, bukan awak yg bergantung padanya. Terbalik kan? Sepatutnya suami yg beri nafkah. Lelaki mcm ni tak layak kawin pun sebenarnya.

    4. Terang2 awak telah diperdaya oleh mak mentua dan suami. Jangan biarkan diri terus dimanipulasi dan diperdaya lagi. Cukup lah tempoh 10 bulan tu, jgn tunggu lebih lama semata-mata utk menyaksikan “perubahan”. Bukan tugas awak utk ubah seseorang, apatah lagi kalau maksiat sudah jadi sebati dlm dirinya. Tiada langsung usaha nak baiki diri is another big red flag.

    5. Selamatkan diri sebelum awak terkena penyakit kelamin. Ada risiko bila awak berhubungan intim dgnnya. Tapi berapa lama nak seksa batin sendiri kan? Jadi, awak tak boleh bertangguh lama utk buat keputusan. Sebab, lagi lama awak tak layan kehendak batin dia, lagi lama awak dlm keadaan berdosa.

    6. Terus terang sajalah pada ibubapa awak. Mereka perlu faham keadaan yg sebenar supaya mereka tidak salah sangka dan mungkin boleh bagi moral support. Terangkan situasi sebenar dan tunjukkan bukti. Ia bukan bertujuan utk membuka aib tetapi utk membela diri awak. Awak ada alasan yg kukuh utk keluar dari perkahwinan toksik seperti itu.

    7. Apa pun jenis maksiat yg dilakukan oleh suami, ia adalah jenayah pada pandangan tuhan. Jenayah perlu dihentikan, bukan dibela. Memang patut berasa jijik melihat maksiat yg berlaku. Tapi selagi bergelar isteri, teruslah doakan yg baik-baik utk suami. Kuasa Allah boleh bagi hidayah kpd sesiapa yg Dia kehendaki.

    8. Mungkin secara zahirnya pengalaman perkahwinan awak ini kelihatan buruk tapi siapa tahu ia sebenarnya baik utk awak pada masa kini dan masa akan dtg. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Tentulah ada hikmah di sebalik kejadian ini. Allah beri dulu pengalaman ini pada awak sebelum beri nikmat yg lebih besar. Ini kata-kata utk pujuk hati sendiri.

    9. So, lalui saja ujian ini dgn sabar. Redha walau apa yg berlaku sekarang tidak seperti kehidupan yg awak mahukan. Bersedialah utk ditemukan dgn jodoh yg lebih baik bila Allah izinkan nanti.

  12. Sis.. cari ustaz yg pakar buat rawatan rukyah. Bimbang sis kena ilmu sihir. Sis tak suka jadi suka, tak ke pelik. Mak dia tu sungguh2 suh sis kawen dgn anak dia kompem tak tangan kosong. Kesian awak. Sayangi dan selamatkan diri awak. Ya.

  13. Fuhhh sebijik sama mcm cite aku dgn laki aku. Cumanya laki aku takde ambik dadah je. Yang lain semua sama. Kita senasib ya tuan tanah. So marilah buat mcm aku buat…g mahkamah failkan cerai. Sblm tu sila bgtahu mak dia ya. Bukan dia x tahu perangai anak dia. Sbb nak anak dia berubah la tu beriya suruh anak kawen..end up dia Seksa anak org lain. Semoga mak mertua dan suami kau melingkup sama sama. Dah tu je nak ckp.

  14. Hidup cuma sekali dik, membazir habiskan waktu dengan orang yang tak berguna.
    Bangun!! Sedar diri!!! Ambik tind

  15. Simpan segala bukti perangai tak senonoh dia tu dengan bukti segala expenses yang kau bayar. Pergi mahkamah syariah & failkan cerai. Tuntut segala jenis nafkah yg tertunggak.. Tolong jangan simpan jantan mcmtu.. dia bawa penyakit. Sayang & fikir untuk diri sendiri, baru fikirkan orang lain. Bagitau kat family kau perangai sebenar jantan tu… tolong la cerdik.. hugs

  16. Laahhh patutla mak dia beria nak jodohkan awak dengan si Ali. Rupanya mak dia pun dah malas nak bela si biawak hidup tu ahhahha. Awak ni bukan bini dia, tapi “emak”, baru dia. Pulangkan balik je Si Ali tu ke parents dia. Kalau xde sape nak, biar je dia merempat tepi jalan. Lari sis lariii!!!

  17. Sedihnya bila kita sangat menjaga diri sebelum kawin tiba2 dapat jodoh yang sangat jijik.

    Lelaki kalau main dadah, perempuan sampai tak rasa malu dengan Allah. Berpisah je la sis. Get yourself, move on & focus pada yang hakiki sebagai seorg abid.

    Please be strong & tinggal kan lelaki ni. Bayangkan Klau ada anak, ayah seorang penagih dadah, dia tak mungkin ada bersama dalam membina keluarga yang baik. Selamatkan diri awak dulu. Allah dah buka aib dia pada awak Mesti akan hikmah dia, bukan untuk awak tanggung dosa dengan dia bersama.

  18. jadilah macam saya . Suami saya serba serbi bagus. Kerja bagus, belajar peringkat tertinggi, kerja berpencen, handsome, tinggi, cerah tak merokok tak minum, nafkah duit tak culas, TAPI SAYA TETAP MOHON CERAI. walaupun hati masih sayang dia sampai akhir hayat. Cuma saya tak sanggup lagi. Sepanjang nikah, masih dara.. Jadi, buat penulis nama Ida ni, suami awak banyak sangat negatif nya.. lagi mudah untuk awak buang dia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *