Aku seorang isteri kepada pilot darat (pemandu lori). Bila orang tanya “suami hang kerja apa?” aku jawab la “pemandu lori” dan diorang pun “oooooooooo…” panjang oooo yang diorang berikan. Jadi aku faham la maksud diorang.
Tak semua orang berfikiran matang, bijak dan cerdik. Ramai orang yang memandang rendah dengan orang yang bawak lori dan ramai yang berbangga dengan mereka-mereka yang kerja gomen. Sudah jadi kebiasaan bagi bini yang bersuami pemandu lori di pandang rendah.
“Laki bawak lori je cukup ke nak bagi makan pakai kat bini?” “Berapa sangat la gaji pemandu lori ni?” Tambah pula aku dan suami tak menyewa. Aku duduk kat rumah mak mertua lagi hebat la mulut makcik pakcik bawang mengarang cerpen.
Bukan kami tak nak duduk berasingan dengan keluarga tapi suami aku cuma ada dua beradik sahaja. Dia dan adik perempuan dia. Abah mertua pula kerja kat KL (pilot darat juga) seminggu sekali baru balik rumah. Jadi suami aku perlu jaga emak dan adik dia.
Ramai la pengulas hal rumahtangga tak bertauliah kat luar sana dok cakap tak payah la duduk dengan mak ayah mertua nanti diri sendiri yang merana. Aku dan semua perempuan perlu akui benda ni yang keutamaan anak lelaki pada ibu bapa kemudian baru isteri.
Alhamdulillah lepas dua bulan kahwin suami aku dapat kerja bawa lori lain yang gaji mewah sikit la. Dan bermulalah perkahwinan jarak jauh (PJJ) kami. Tapi tak la selalu cuma kalau ada barang yang dia perlu hantar ke Singapore dua tiga hari la kami tak berjumpa. Masa dia masuk tempat kerja baru ni aku tengah mengandung 3 bulan.
Masa ni emosi aku memang tak stabil. Bila dia nak pergi Singapore ja air mata aku meleleh laju je keluar. Bila dia dah balik Singapore aku balik dari kerja tengok dia tengah tido pun meleh air mata aku. Perasaan aku masa tu tak dapat nak digambarkan. Ye la, kiteorang baru je kahwin dah aku kena tinggal-tinggal. Aku pulak dalam fasa pertama mengandung hati tak berapa nak kental lagi la.
Suami aku sempat hantar pergi check up untuk buat buku pink ja. Check up tiap-tiap bulan aku pergi sendiri naik motor je. Ramai terkejut kandungan aku sekarang dah nak masuk 7 bulan pun masih bawak motor. Bukan takde kereta cuma aku tak suka bawak kereta jalan sesak pagi-pagi. Hari-hari dia pesan bawak motor elok-elok. Walaupun cuma pesanan biasa je tapi hati berbunga-bunga je rasa.
Tapi biasa la hidup berumah tangga kan ada la pasang surut. Tambah dia bawak lori jauh-jauh sampai tak balik rumah kadang-kadang de la segerombolan syaiton yang cuba berbisik-bisik. Aku sentiasa fikir positif dan bersangka baik dengan dia. Dia keluar mencari rezeki untuk keluarga kecil kami.
Alhamdulillah aku dikurniakan mak abah mertua yang sangat baik. Tambah mak mertua aku memang satu kepala dengan aku. Jadi tak de la aku rasa tersisih or kekok. Bila ada masalah ke apa aku kongsi cerita dengan mak mertua aku. Tapi suami aku pun tak pernah halang untuk aku nak balik rumah mak ayah aku bila de cuti.
Nasihat aku tak salah kalau nak memilih pasangan. Kita memang diharuskan memilih pasangan tapi bukan memilih pasangan kerana rupa, pangkat atau darjat. Tak salah bersuamikan pemandu lori asalkan suami kita tu seorang pemandu lori yang rajin dan bertanggungjawab.
Pekerjaan tu memang penentu kehidupan kita tapi tak menjaminkan 100% kebahagiaan. Pemikiran orang tua dulu-dulu lelaki yang kerja gomen tu bagus menjamin masa depan. Aku harap pemikiran yang macam ni cepat-cepat la pupus.
Ada orang hidup tak mewah tapi bahagia dan ada orang hidup mewah tapi tak bahagia. Yang paling penting adalah tanggungjawab. Tanggungjawab kunci kebahagian. Bila kau dah berumah tangga dan kau tahu tanggungjawab kau, kau akan cuba pikul walau seberat mana pun.
Cuba bayangkan kita ada kesetiaan, aku sayang kau dan kau sayang aku tapi tiada tanggungjawab apa jadi?? Sayang saja tanpa tanggungjawab boleh bagi kau mati kering. Fikir-fikir kan la.
– Eykin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit