Isteri Pramugari

Dulu sebelum kahwin janji lepas kahwin nak berhenti kerja. Ye la kerja pramugari bukan ada fix hours. Kalau kerja dia fix hours aku ok ja.

Tapi lepas kahwin mintak masa 6 bulan pulak.. Tak kan notis berhenti kerja 6 bulan kot.

Ok tak pe la.. Bila dah bagi masa 6 bulan, macam takde tindakan pun.

Bila kita tanya dah bagi ke surat resign. Terus nak bad mood dengan kita.

Sebab ni aku malas nak percaya cakap perempuan.. Perempuan lagi kuat kencing sebenarnya..

Patut ramai laki jadi g4y sekarang.

Aku kata kalau macam ni aku nak bercerai la.. Terus dia libatkan dua2 family.

Family aku tak bagi aku bercerai. Family dia pun sama la. Aku kata ni hidup aku biar aku tentukan.

Lepas tu bapak dia kata, dia akan mintak anak dia tukar ke bahagian pejabat. Dia mintak aku jangan terburu2 nak bercerai bagai.

Tapi benda tu bukan mudah. Anak dia sendiri cakap ambik masa dan nak kena tengok kekosongan dan kelayakan.

Lepas tu bapak dia kata anak dia sayang nak tinggal airlines. Sebab ambition dia dari kecik.

Dia mintak aku faham anak dia. Habis aku sapa nak faham?

Lagi satu, kalau itu ambition kau, kau kahwin dengan aku buat apa…

Kahwin ja la dengan career kau. Ataupun orang yang boleh terima career kau sekali.

Lepas gaduh2, dia nangis2 tanya aku dah tak sayang dia ke..

Mula2 dulu memang la aku tak sayang. Tapi lepas dah bersama dengan dia ada la sikit2 sayang. Dah nama pun bini sebab tu hampir 2 tahun aku masih bagi peluang.

Aku tanya dia balik, awak tu yang tak sayang saya. Awak mungkir janji.

Dah la tu dia tak nak pregnant buat masa ni. Macam lagi sayangkan kerja dari aku.

Dia mintak masa setahun dua, sekarang dah nak 2 tahun.. Masih lagi tak nak anak.

Tapi dia kata dah tak makan ubat tu dah. So kalau dia pregnant, dia terima ja. Ok tak pe la bab tu.

Lepas tu dok pujuk aku pulak untuk terima ni hidup dia kerja dia.

Yang sedihnya family aku pun asyik support dia ja.

Suruh sabar sampai dia dapat tukar ke pejabat. Sikit pun tak menyebelahi aku.

Masalahnya kalau dia tipu aku macam mana? Mungkin dia tak buat pun permohonan tukar kerja tu.

Aku nak hidup dengan pasangan yang selalu ada.. Bukan pasangan macam chips more, kejap ada kejap tak de.

Aku rasa tak boleh capai satu keputusan antara kami.. Balik2 aku kena mengalah.

Dan aku pun tak nak hancurkan kebahgian dia kalau airlines tu lagi buat dia bahagia.

So aku decide nak ceraikan dia walaupun dia tak nak..

Dan walaupun kuasa kat tangan aku, tapi aku masih hormat mak bapak aku..

Sebab tu aku masih belum buat tindakan ikut kepala otak aku ja.

Aku nak keluarga aku sokong tindakan aku. Sebab kedepan nanti, susah senang aku keluarga yang kena ada.

Aku tak nak membelakangkan keluarga aku.. Aku dah cakap macam2 dah dekat mak ayah aku, tapi tetap diaorang suruh sabar.. Bagi peluang.

Diaorang kata diaorang faham perasaan aku nak isteri sentiasa ada, tapi diaorang tetap suruh aku tunggu isteri aku dah tukar ke bahagian yang dia sedang usaha sekarang.

Dia kata ada macam akedemi yang ajar budak2 baru nak kerja pramugari tu.

Aku tak tau la istilah atau nama department tu apa, tapi wife aku nak tukar ke situ la.

Tapi situ kena lulus exam apa semua.. Memang dia sekarang nampak la dok pulun study untuk exam tu.

Tapi entah la, hati aku dapat rasa wife lagi suka kerja dalam kapal terbang.

Aku tak nak hancurkan impian dia. Dan aku pun ada kesian kat dia jugak walaupun aku jahat.

Dalam masa yang sama, aku tak rasa semudah tu dia akan ditukar.. Entah la, aku bukan faham sangat bidang2 airlines ni.

Term2 yang dia sebut aku memang tak faham dan malas nak faham.

Senang kata aku memang tak faham kerja dia. Sebab bidang kami berdua jauh berbeza.

Semalam kami gaduh lagi. Dalam gaduh2 tu isteri aku kata, dia dah maklum dari awal dia tak akan berhenti kerja dekat family aku.

Tapi dia kata family aku yang kata aku terima kerjaya dia. Sebab tu dia setuju nak kahwin dengan aku. Kalau tak dia pun tak hingin nak kahwin dengan aku.

Oh by the way, kami kahwin ni aturan keluarga.. Sebab ayah aku dan ayah dia kawan baik.

Sebab tu dia kata dia terkejut masa malam pertama kami aku tanya pasal nak berhenti kerja.

Esoknya dia tanya mak aku. Mak aku kata nanti dia akan pujuk aku untuk terima career dia.

Dia kata family aku yang suruh rahsiakan hal tu.. Suruh dia bagitau aku dia mintak tempoh dan sebagai.

Sebab bapak aku kata nanti lama2 aku akan terima jugak.

Tapi sebab dia kata dia dah sayang aku, dia tak gamak nak tipu aku lama2. So dia sanggup ja tukar ke bahagian lain asal aku bahagia.

Tapi dia kata aku langsung tak nak faham dia. Dan asyik pressure dia dengan cerai cerai cerai.

Bila dia cakap tu aku rasa tak percaya.. Aku fikir dia ni buat drama lagi ke.

So aku pergi tanya mak aku.. Mak aku mengaku.. Aku terus rasa kecewa.

Tergamak mak ayah aku tipu aku kononnya dia akan berhenti kerja lepas kahwin dengan aku. Dan jugak tipu dia kata aku tak kisah dia kerja.

Aku sekarang ni rasa jauh hati dengan semua orang termasuk family aku. Tapi aku maafkan mak ayah aku.

Mungkin dia orang fikir anak dia dah lama membujang, so diaorang carikan jodoh. Mungkin nak anak dia move dari kesakitan lampau. Nak anak dia berubah jadi baik.

Fikiran orang tua2, bila anak ada pasangan senang sikit nak lentur.

Tapi dalam masa yang sama diaorang dah tak tahu nak pihak pada sapa lagi kot.

Menantu pun menantu kesayangan.

Aku sekarang ni buntu macam mana nak jelaskan dengan mak ayah aku yang aku tetap nak bercerai.

Sebab aku tak nak la dia tukar bidang ke kerja ke.. Aku pun nak dia happy tapi dalam masa yang sama aku tak boleh terima isteri aku pramugari.

Tapi dari cara mak ayah aku, aku yang kena korban semua tu.. Supaya kita semua boleh hidup bahagia dia kata.

Dia kata dah isteri pun dah setuju nak tukar ke pejabat. Ayah aku tanya apa lagi yang aku tak puas hati.

Masalahnya aku rasa kesian dekat wife aku.. Aku bukan kejam sangat. Kalau itu minat dia. Biar dia teruskan la. Buat apa dia nak korban untuk aku.

Lagipun wife aku tak tahu yang mak ayah aku kelentong dia jugak awal2 dulu.

So dia tak bersalah sebab dia dah sayang aku, dia nak berkorban…

Mak ayah aku dan mak ayah dia sepatutnya bertnggujawab dalam hal ni sebab pandai2 arrange kami.

Tapi aku dah cakap, aku tak boleh berkorban apa2 lagi dah..

Sebelum kami ada anak, sebelum aku sayang dia lagi jauh, better kami berpisah.

Aku sekarang nak sentuh dia pun aku takut dah.. Aku suruh dia makan balik la ubat tu kalau dia ajak aku bersama.

Sekarang situasi aku..

1) Wife sanggup tukar bidang tapi aku tak nak. Sebab aku rasa kesian kat dia sebab dia pun tertipu macam aku awal2. Lagipun tu passion dia.

Mesti dia lagi happy dengan kerja tu berbanding hidup dengan aku.

2) Aku nak bercerai supaya wife boleh tumpukan career dia. Tapi wife tak nak cerai. Dia kata dia ok ja tak kerja dalam kapal.

Tapi aku tahu dia tak happy pun dengan keputusan tu.. Dia terpaksa buat sebab bapak dia paksa ja.

3) Bapak aku suruh terima apa yang berlaku dan teruskan hidup macam biasa. Family aku tak bagi bercerai.

Bapak aku kata, tak kisah wife kekal sebagai pramugari ke, berhenti kerja ke surirumah ke. Aku tetap tak boleh bercerai.. Kalau aku buat jugak, dia kata putus hubungan darah.

Aku buntu betul la rasa..

– Khai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

8 Comments

  1. Berat dugaan Encik ni. Tersepit. Dah cuba solat istikharah ke? Semoga Allah tunjukkan jalan yang terbaik.

  2. Awak cuba la terima kerjaya isteri awak tu, jgn la bercerai berai, memang tu jalan mudah, tapi awak fikirkanlah isteri & keluarga awak, keluarga mertua awak, klu awak dh ada rasa kesian, berikan dia ruang dulu… cuba la awak fikirkan dulu sebaik2nya

  3. Khai,
    Di telan pahit ,di buang sayang….dan spti menarik rambut dalam tepung..gitulah kiasannya.Baiknya Khai lepaskan dia dengan hidup dia.tiada keredhaan di antara dua amat menyusahkan dan memeritkan di masa hadapan.ibu bapa selalu buat yang terbaik untuk anak tetapi Anda, khai berhak menentukan kehidupan sendiri.jangan dibayangi kehidupan dengan kekesalan dan jgn selalu bersangka buruk ke atas pasangan… kalau kita ingin bahagia.kalau kita tak boleh redha dengan pasangan vis a vis isteri khai setelah hampir 2 tahun ,akan hilang keceriaan dan kebahagiaan dan yang rugi kita.Jangan ‘procrstinate masa’kerana masa sentiasa bergerak laju dari kita..akhirnya Khai akan kecewa.put aside apa yang ibubapa ancamkan..its your life..diluar sana mungkin ada dan pasti ada wanita2 yang sanggup berkorban untuk kita dan bersama2 mencari kebahagian rumah tangga.
    memang ibubapa adalah surga kita tetapi kalau mereka mengancam bermakna kita juga yang merana di akan datang..lebih baik rela lepaskan dan move on dari terbelenggu dalam dilema selama lamanya.
    Sebaiknya sholat hajat dan bersholatlah dan mohon Allah memberi petunjuk pada Khai..selamat berjuang.
    Abg Long modern

  4. Meh bg kat aku je bini kau tu. Ada bini pun pergi pressure dia suruh berhenti kerja. Kalau tak suka career dia, pergi setuju kahwin buat apa.

  5. YANG PERTAMA SKALI..TERSERLAH KEKUNYITAN DARI APE YANG KAU TULIS TU..laki normal x kan fikir mcm mne kau fikir ni..solution dah ade tapi kau yg buat complicated..cube bdamai dgn takdir..kau nk berubah dari cc gelap kau kan sbb before ni kau gay..terima seadanya lah..bkn wife kau main jantan kat luar..dia dah cuba nak pertahankan perkahwinan korg berdua ni..tp nampak obvious gile yg kau ni seboleh2 nak mengelak n tak nak terima..keep in denial mcm ape yg kau buat ni betul konon kesian kat wife kau..padahal kau selfish!

    Aku yg jantan ni pun rasa meluap bile baca..selagi kau x terima seadaanya wife kau tu..selagi tu la kau carik punca nak bercerai..nak keluar dari kepompong gay tu mmg la susah..ni la jihad yg ko patut lawan..memang kau x bagitahu dalam ni pun..tapi sebagai seorg lelaki..sound x normal dgn keputusan yg kau cube nak buat ni..sesuatu sgt. moga ada sinar bahagia buat korg..solat n doa mintak bantuan Allah..sekian

  6. ceraikan je bini mcmni. lagi ko tunggu, duit makin habis mental makin koyak. cari je yang lain. ramai lagi yang lawo2.

  7. Macam budak2 punya cerita. Tak matang betul cerita kau ni. Bini kau tak buat apa2 pun. Seboleh2 nak mintak cerai. Kau cakap kalau dah tau macam ni nape kawin ngan kau. Kau tu, dah tau macam ni, nape kau kawin ngan bini kau tu. Kau mintak dia berenti pastu kau cakap tanak dia tukar bidang. Kau nak bini kau buat ape? Kau nak carik bini macam mane lagi? Pastu tibe2 mention gay. Ntah2….

    First time aku bace story toxic terpaling victim kat sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *