Macam mana nak handle Isteri Queen Control?
Dari kahwin sampai sekarang, duit gaji saya mesti dia yang pegang. Setiap satu sen aku belanja mesti kena explain kat dia apa aku buat dengan duit tu.
Tapi apa yang aku mintak dia bagi ja. Contoh nak bagi duit kat mak ke, adik ke. Nak beli barang ke. Dia akan bagi.Cuma barang bergantung pada permintaan aku.
Cumanya aku ni tak diberi duit. Bila aku dapat gaji, dia bagi aku 100. Untuk buat belanja petrol, makan.
Setiap hari dia akan tanya makan apa hari ni, berapa ringgit. Petrol isi berapa. Dia ada satu apps dalam henset dia. Semua dia rekod dalam tu. Makan pun kadang dia tanya ada resit ke tak.
Kalau 100 tu nak habis, aku akan cakap. Dia tambah lagi 50. Sampai aku dapat gaji. Tapi dia dah tahu overall perbelanjaan aku setiap bulan berapa.
So setiap bulan lebih kurang 300lebih ja dia bagi. Melainkan aku ada servis motor ke apa ke. Nak buat urusan kereta ke. Tapi semua tu kena maklum dekat dia dulu.
Alasan dia tak nak aku pegang duit, takut aku habis kat perempuan lain. Padahal saya tak macam tu pun.
And bukan semua benda yang saya mintak tu dia bagi. Nasib ja la kalau dapat. Kadang aku cakap nak tukar accessories motor ke apa, dia cakap tak payah. Benda boleh guna lagi guna ja.Buat apa nak bazir.
Mintak kasut baru seluar baru. Dia cakap bukan baru beli ke. Tunggu next month la. Padahal aku mintak dengan duit aku. Bukan duit dia.
Sekarang dia buatkan aku settle. Yang petronas punya tu kan. Dia masuk duit dalam tu. Isi ja minyak pakai settle.
So aku nak tipu tak boleh la. Semua benda dia pantau. Dia ni kalau boleh tak nak aku pegang cash langsung agaknya.
Semua benda dia masuk dalam e wallet. Cash dia bagi sikit ja in case e wallet tak boleh guna.
Hari-hari balik kerja dia akan chek hanset aku. Chek wasap, chek account bank, account media sosial. Browsing dan segala benda la.
Kalau sampai macam ni sekali tak percaya. Buat apa nak hidup dengan aku.
Dulu aku pernah jugak cakap soal ni, tapi dia kata aku ni tak pandai kawal kewangan. Padahal dia tak pernah bagi aku peluang tu pun.
Sekali tu aku bagitau mak aku. Mak aku kata bagus la isteri tolong urus semua. Aku tak payah pening-pening fikir dah.
Aku pun tak kan serabut kalau ada masalah duit. Sebab takat ni dia tak pernah cakap ada masalah duit.
Mak aku kata mana nak cari isteri cantik, kerja bagus lepas tu nak bantu suami macam ni. Jaga rumahtangga baik2 mak aku pesan.
Ye memang dia urus semua.Bil ke komitment bulanan ke semua dia bayar guna duit aku tu la.
Tapi bukan semua bini dalam dunia pun buat benda yang sama ke.
Dapat gaji dia terus transfer ke account dia. Tingalkan 12 ringgit ngam2 supaya aku tak boleh keluarkan.
Aku ni ibarat tak boleh nak bersuara apa2 pun. Nanti dia ungkit sebelum kahwin dia dah cakap semua tu kan. Kenapa setuju.
So aku akan jem kat situ. Sekarang dah puasa, lagi dia tak bagi duit. Dia kata puasa tak payah makan kan.
Nak pergi bazar, pergi sama2. Aku kata balik kerja saya singah beli.. Awak tak yah ikut. Awak kirim ja awak nak apa.
Dia akan soal kenapa saya tak payah ikut pulak.Saya isteri awakkan. Ke awak nak pergi bazar dengan perempuan haram lain.
Asyik itu ja la dia fikir. (perempuan lain3x) semalam aku hilang sabar. Aku cakap saya nak 20ringgit. Saya nak beli rokok.
Saya stress saya nak hisap rokok balik. Dia tanya rokok apa awak nak hisap. Aku cakap dunhill.
Dia kata saya selalu tengok harga rokok dekat kaunter, semua rokok tak lebih 18ringgit. Semua 17.70 ja paling mahal.
Baki lebih tu awak nak buat apa. Aku kata tak kan 2ringgit pun awak tak percaya. Ingat ada perempuan nak saya ke dengan 2riggit.
Dia kata saya tanya tu jawab la. Aku kata nak simpan. Nak sedekah ke. Dia cakap dia akan bagi 20ringgit untuk aku sedekah. Tapi bukan untuk beli rokok.
Aku cakap kalau macam tu bagi la 17.70. Saya mintak duit saya bukan duit awak. Saya kerja setiap bulan penat2. Saya berhak enjoy duit tu.
Dia cakap merokok tu salah. Bawak mudarat. Dia tak akan setuju dengan benda yang memudaratkan aku dan orang sekeliling. Dia kata dia ada hak untuk control. Hak apa bendanya. Tu duit aku woi..
Cakap pasal sedekah, setiap hari jumaat dia akan bagi 10ringgit untuk masuk dalam tabung masjid masa aku solat jumaat.
Dia kata ni amanah ya. Amanah untuk agama. Jangan awak guna duit ni. Dia kata awak lagi tahu pasal agama berbanding saya. Tak percaya aku sampai macam tu sekali !!!!
Aku kata asyik dia ja sedekah. Habis duit aku. Dia cakap ni duit awak dan saya. Tapi kenapa dia nak tentukan berapa aku nak sedekah.
Tapi kalau aku kata aku nak sedekah lebih, dia bagi ja.. Tapi macam tu la.. Ada ugutan. Allah tengok apa awak buat. Awak menipu, awak tangung azab tu.
Aku hari2 makin stress la macam ni. Dulu awal2 aku macam boleh terima. Lama2 jem otak aku.
Sekarang pergi terawih pun macam tu la..Pergi sama2 balik sama2. Duit untuk aku nak sedekah setiap hari, dia sediakan.
Aku kata aku nak jugak pegang duit. Nak jugak aku yang bagi kat tangan dia. Nak jugak rasa ala2 suami mitali. Dia cakap tak pe, awak dah cukup mitali dengan cara macam ni.
Kalau saya bagi awak jadi mitali macam awak nak, takut awak pergi mitali dengan perempuan lain pulak. Adoii, stress la macam ni. Tak habis2.
Dia dah tak bagi aku melepak kat mamak dengan kawan2. Habis kerja kena terus balik rumah. Mana2 nak pergi kena inform dia.
Macam2 lagi la dia kawal hidup aku.Bukan takat duit ja.
Setiap benda aku bercakap bergurau, mesti dia kait dengan perempuan lain.
Member aku banyak yang otak kuning. Hari tu deme ni cakap pasal kondom duri2. Aku saja la share dengan dia. Aku cakap bagi duit aku pi beli. Malam ni try.
Dia cakap tak pe.. Kalau awak nak try, esok saya belikan untuk awak. Aku cakap ish malu la perempuan beli kondom.
Dia kata kenapa nak malu. Orang yang buat maksiat sepatutnya malu. Aku kata malu la kalau orang tengok. Mesti orang fikir bukan2.
Dia kata lantak apa orang nak fikir. Allah tahu saya beli sebab suami saya nak. Lagipun orang dah kahwin jarang pakai benda macam tu. Melainkan nak buat makisiat.
Ke awak ada plan macam tu. Aku kata apa benda la fikiran awak ni. Benda tu kan protection. Dia tanya protection untuk siapa. Kita memang plan nak anak kan sekarang ni. Dah aku jem kat situ.
Aku kata saja2 nak try pun tak boleh ka.Dia kata boleh. Esok saya beli. Aku kata tak payah.. Aku tak izinkan isteri aku pergi beli benda macam tu. Memalukan ja.
Aku tak nak sapa2 pun imagine isteri aku bukan2. Dia kata kalau macam tu tak pe la.. Beli sama2. Saya tungu kat luar awak ambik awak bayar.
Aku kata tak payah la.. Aku dah hilang mood. Dalam hati aku sampai macam ni hang fikir pasal aku kan. Langsung tak hormat aku, tak percaya aku.
Dia macam nak sindir aku pulak. Dia kata biasa orang hilang mood sebab plan di rancang tak jadi.
Tak habis2 dengan overthinking dia. Kadang aku rasa, dia masih anggap aku ni student dia kot. Bukan suami dia. Mentang2 aku muda dari dia, macam ni dia layan aku. Langsung tak hormat aku.
Semalam aku bagitau dia aku nak me time. Aku nak balik rumah mak.. Aku nak bertenang2. Dia cakap ok.
Tapi aku tahu la, dia mesti awal2 dah bagitau mak aku suruh inform pukul berapa aku sampai rumah. Dia akan tengok jam pukul berapa aku keluar, pukul berapa aku sampai.
Kalau lewat seminit pun dia akan fikir aku pergi tengok perempuan lain. Macam tak de benda lain nak pikir. Aku letih nak gaduh pasal benda ni.
Aku balik semalam kakak aku ada. Lepas berbuka aku duduk sorang2 kat beranda. Kakak tanya kenapa monyok.
Aku cakap la bini aku asyi fikir perkara lalu ja. Lepas tu kawal gila hidup aku.
Kakak tanya habis hang fikir apa. Nak berpisah ke. Aku kata tak de la sampai macam tu. Tapi entah la. Lama2 rasa macam tak best arr macam ni.
Tiba2 kakak aku kata, ingat sikit akmal. Bini hang tu ramai laki nak tau. Nanti kalau dia dah janda, lagi ramai orang beratur.
Dengan standard dia, tak padan langsung hang dengan dia. Tapi dia pilih jugak hang yang muka macam kobis ni.
Jangan hang menyesal belakang hari. Jangan meroyan pulak nanti. Jangan hang lupa apa yang pernah terjadi sebelum ni.
Hang tau kan perangai zana macam mana. Sekali dia ludah, dia tak jilat balik dah.
Zana pernah cakap dekat kakak, even 1% sayang dia hilang pada hang, dia akan tingalkan hang macam tu ja.
Hang ingat dia bagi hang peluang kedua ka. Hang silap kalau pikir gitu. Dia cakap kat akak, dia bagi peluang terakhir kat hang. Bukan peluang kedua. Tu pun sebab fikirkan ika. Bukan sebab hang.
Adoi. Apa ni. Menakut2kan aku pulak. Muka macam kobis dia kata. Stress la luah perasaan kat orang perempuan. Bukan nak tenangkan kita, makin buat kita serabut.
Bukan nak backup aku adik dia ni. Tapi backup adik ipar. Perempuan memang macam ni eh, backup sesama kaum. Macam la dia tak pernah buat salah. Aku buat salah sekali, mengungkit sejuta tahun.
Isteri aku berani kawal hidup aku sampai macam ni pun sebab family aku asyik menangkan dia ja. Asyik dia ja la betul. Aku ni tak pernahnya betul kat mata korang.
– Akmal (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
gelakk aku bc crta ko😅
adoi…. ditelan pahit.. dibuang sayang….. jem… cuma aku gelak aje… tapi aku rasa bila dah ada anak nanti berubah ler tu…
penat oii..klu laki kna kontrol bini….kuasa kontrol di tangan bini…erm..nampak sangat dia x percayakan awak..p mna2 nk kna inform..sampai nk g jumpa kwn pun x boleh…stress jga la…bertahanlah selagi mampu…klu penat boleh ja cri lain…bunga bukan sekuntum…
Hahaha adoi nak gelak pun ada, kesian pun ada. Bro ni, pernah terkantoi ke sampai jadi mcm ni?
TT student dia? Berapa jauh beza umur korang ni.. Curious pula siapa approach/confess dulu..
Curious juga apa permulaan yg menyebabkan isteri jadi sampai macam tu dia takut TT ada perempuan lain.. Adakah TT pernah terkantoi atau mungkin TT hensem sangat (di mata dia) dan seorang yang friendly dengan semua orang tu yg dia insecure kot risau TT kena sondol? Lagi2 bila suaminya lagi muda dr dia. Atau dia kurang nak percaya TT urus duit sebab TT lagi muda dari dia? Yelah biasanya darah muda masih membuak-buak nak memboros. Lagi2 kalau ada FOMO. Dia pun taknak lah ayah ika (ika ni ank korang eh?) memboros.
Kalau nak buktikan TT bole urus wang, kena pujuk dan slow talk lah minta dia bagi peluang. Minta dia tunjukkan dan ajar data2 perbelanjaan setiap bulan, tengok ada baki gaji tinggal berapa lepas tolak nafkah keperluan semua tu. Kalau ada ratus-ratus, cuba minta RM100 dulu. TT pun cuba install money management app macam dia buat kt henpon dia atau beli buku nota kecil untuk catit perbelanjaan keluar masuk duit tu nanti..
Saya pun tak berapa setuju kalau isteri yang handle kewangan suami sampai macam tu sekali sampai persoalkan baki RM2. Walaupun dia dah cakap awal2 sebelum kahwin pasal ni dan TT pun setuju, tapi kenalah bagi suami berlatih untuk urus kewangan sndiri untuk kebaikan suami tu juga. Kalau tak bagi peluang, sampai bila2 tak belajar dan praktikkan.
isteri selalu ingat masa lalu tuu, masa lalu tu apa? curang eh?