Isteri Rajin Memasak, Suami Rajin Membantu

Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada admin kerana menyiarkan tulisan aku ini.

Aku Ana. Aku nak cerita pengalaman aku berubah dari seseorang yang tak tahu masak langsung (kecuali masak maggi) kepada seseorang yang suka memasak.

Dari dahulu, aku sebenarnya tak suka memasak sebab aku rasa memasak itu agak memenatkan. Dari siapkan bahan, memasak, mengemas semua bagi aku sangat penat.

Aku pulak tak suka pesiang barang basah. Maka, aku pun tak minat untuk belajar memasak.

Aku tinggal berjauhan dari keluarga, balik rumah sekali sekala dan ibu aku selalu minta aku tolong di dapur sebab katanya supaya aku dapat belajar memasak.

Jadi aku selalu membantu yang simple-simple sahaja. Potong bawang, kacau kacau kuah, tolong hidang, basuh2 sayur.

Kawan2 perempuan aku yang tahu pun pernah jugak memandang rendah kerana aku tidak tahu memasak. Mereka pulak pandai memasak.

Kemudian, boyfriend aku (suami aku sekarang) ajak aku berkahwin. Masa ni aku dah berterus terang yang aku ni bukan someone yang pandai masak. Sebab aku tak pernah belajar memasak sebelum ni.

Dia pulak jenis yang suka makan makanan yang di masak di rumah jadi aku rasa eloklah aku jujur in case dia rasa aku bukanlah calon isteri yang sesuai.

Tapi dia cakap tak apalah benda boleh belajar nanti kita masak sama2.

Kami berdua pulak tinggal jauh dari keluarga atas sebab kerja, maka ibu bapanya saja datang merisik dan tetapkan tarikh nikah kami, dalam setahun dari tarikh merisik tu.

Fast forward, aku pun berjumpalah dengan bakal keluarga mertua aku. Bakal ayah mertua aku tanya ‘Ana tahu memasak tak?’

Manusia jujur macam aku pun jawab ‘saya tahu masak yang biasa biasa saja’. Masa tu aku dah risau macam mana lah aku nak memasak lepas kahwin nanti.

Sepanjang setahun preparation nak kahwin tu, ibu bapa aku banyak bercakap mengenai skill memasak aku yang gelap dan malap, haha.

Kata mereka, risau kalau2 ada yang bising aku dah jadi isteri tapi tak tahu memasak. Tapi masa tu, aku still jugak tak minat nak belajar memasak. Huhuhu. Jadinya, aku berkahwin tanpa ada skill memasak.

Kemudian, kami pun berkahwin. Around seminggu lepas kenduri dua dua belah, aku tinggal sementara di rumah mertua aku. Aku pun selalu ke dapur nak tolong ibu mertua aku memasak.

Di sinilah terserlahnya skill memasak aku yang teruk ini haha. Ibu mertua aku minta aku potong brokoli.

Aku ni pulak bukannya makan sayur and family aku pulak tak suka makan brokoli jadi aku tak pernah potong brokoli. Aku dah macam aduh macam mana ni.

Lepas tu, aku tanya la ‘ibu, macam mana nak potong brokoli?’ Ibu mertua aku kata ‘potong macam potong bunga kobis’ aduh itu pun aku tak tahu jugak sebab aku tak pernah potong bunga kobis!

Tiba-tiba aku nampak suami aku berjalan ke dapur. Aku buat reaction macam minta dia datang sini tolong aku sebab dia pandai masak sayur. Dia pulak penggemar sayur.

Dia nampak reaction aku tapi dia tak faham dia hanya tunjuk thumbs up then dia patah balik duduk depan tv. Aduhhhh.

Maka aku just jujur saja dengan ibu mertua aku, aku cakap aku tak tahu cara potong then ibu mertua aku minta adik ipar aku ajarkan.

Lepas seminggu, kami pun pindah ke rumah kami sendiri. Kami pun beli barang2, bahan2 dan peralatan memasak. Almaklumlah bajet agak tight sikit di awal perkahwinan. Jadi, cara nak jimat kami akan memasak.

Pertama kali aku masak sendiri tanpa bantuan sesapa. Fail! Garam terlebih dan tak hancur. Aduhai nasib baik la suami aku makan jugak. (Jaga hati isteri mungkin haha).

Selepas tu aku banyak kali cuba memasak. Suami aku pulak memang suka pesiang bahan basah. Jadi, dia akan siangkan semua bahan basah.

Aku just siapkan bahan lain dan masak sahaja. Mencuci dan mengemas pun suami aku buat. Jadi, proses aku memasak itu sudah dipendekkan.

Selepas sebulan kahwin, aku dah tahu cara memasak dan aku makin suka memasak. Aku dah realize yang memasak ni memang seronok sebab kita boleh masak ikut selera tekak kita. Nak pedas lebih ke, tawar ke, masin ke.

And aku jugak realize betapa pentingnya role suami dalam membantu isteri memasak.

Suami aku rajin siapkan bahan basah dan itu buatkan aku rasa proses memasak menjadi lebih cepat, mudah dan kurang memenatkan.

Almost setiap hari aku akan memasak 3 atau 2 lauk untuk sekali hidangan.

Proses sudah menjadi mudah bagi aku dan aku pun enjoy memasak. Suami aku pun suka makan masakan aku.

Hilang sudahlah la persepsi aku yang memasak ini memenatkan. Penat sekiranya seorang sahaja yang buat semua benda.

Setiap kali ibu bapa aku datang ke rumah, aku akan masak lauk yang best untuk mereka. Mereka pun selalu puji masakan aku katanya sedap.

Dan mereka masih tak percaya anak mereka dah berubah, haha. Rupanya anak mereka tahu memasak!

Aku ternampak posts yang mengatakan ada lelaki yang inginkan isterinya selalu memasak untuk mereka, perempuan harus tahu memasak sebab dah dapat duit hantaran tinggi and etc etc.

Bagi aku, suami juga harus memainkan peranan membantu isteri dalam memasak kerana kadang-kadang memasak itu boleh jadi proses yang panjang dan memenatkan.

Maka, suami pun rajin rajinkan lah diri anda untuk membantu isteri.

Itu sahaja cerita yang ingin dikongsikan. Ada sedikit penyesalan tidak belajar memasak masa bujang dahulu kalau tak dah boleh masak makanan best untuk parents aku.

Doakan lah perkahwinan aku di berkati Allah dan mohon doakan agar kami dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

– Ana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *