Isteri Rimas

Salam sejahtera.

Saya A, dah berkahwin. Baru setahun.

Saya bekerja sebagai penjawat awam dan buat kerja sambilan.

Suami bekerja dalam sektor swasta.

Pendapatan saya lebih besar 5 kali ganda berbanding suami.

Perkara inilah yang membuatkan saya selalu rimas.

Kenapa rimas?

1) Suami akan tanya setiap sen duit saya yang keluar. Sangat terperinci ya persoalannya. Dia ingat setiap amaun yang saya sebut.

2) Suami akan buat kira-kira terperinci untuk perbelanjaan saya.

3) Suami akan tanya dengan terperinci berapa duit saya bagi kepada ibu bapa dan adik saya.

4) Sebelum nak beli apa-apa barang hatta barang kecil sekalipun, dia mesti nak tahu. Kalau tak, akan jadi gaduh. Saya sangat rimas dengan hal remeh begini.

5) Setiap kali ke rumah saudara maranya atau saya, dia akan suruh bagi duit kepada anak-anak buah yang kecil-kecil.

Saya ingat nak bagi RM10 macam tu tapi akhirnya dia persoalkan kenapa bagi begitu sedikit. Saya jadi tak ikhlas. Apabila nampak muka saya berubah, suami akan cakap, “Kau tu gaji besar, janganlah kedekut sangat.”

6) Saya dah lama nak beli kereta tapi suami belum bagi sebab katanya konon nak kurangkan dulu hutang sedangkan saya tahu kemampuan kewangan saya.

Saya akui kesilapan saya tak beli kereta sebelum berkahwin. Sepatutnya saya ada harta sendiri sebelum berkahwin.

7) Setiap kali gaji, mesti bagitau suami. Gaji freelance, mesti bagitau amaun yang diperoleh dgn tepat. Saya sangat rimas.

Banyak lagi perkara lain melibatkan duit saya yang membuat saya rimas.

Sebelum berkahwin, saya independent. Setelah berkahwin, suami sangat memantau aliran duit saya. Dia selalu cakap, “Susah kalau takde duit kecemasan, kereta rosak dan macam-macam lagi.”

Sambungnya lagi, “Aku ni tak pandai simpan duit, harap kau je la.” Saya tak suka dengar ayat ini.

Dia memantau kewangan saya dan berharap saya menjadi tabung kecemasannya sedangkan ini tanggungjawab bersama.

Saya harap saya bertahan dengan cara suami. Perkara sebegini kerap membuat hubungan kami tegang.

Semoga nanti suami dah rimas nak tanya hal-hal kewangan saya. Sekian…

– A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. dah kenapa tanggungjawab sis pulak nak jadi breadwinner keluarga? kereta benda basic kot kena ada, lain la sis nak beli merc ke ferrari ke wajarlah dia campur tangan. kalau saya jadi dah lama saya sembur si suami, kalau insecure tengok bini gaji tinggi, dia kena upgrade la diri dia, work 10x harder. ni dah terbalik patutnya isteri yg suka kawal2 aliran duit suami ni. tapi nak buat mcm mana, baru setahun jagung perkahwinan kan, banyak lagi nak kena belajar pasal each other kot. sis boleh dah kot slowtalk elok2 dgn husband sebelum benda ni jadi barah and lead to divorce.
    akhir kata, islam sendiri tekankan pasal sekufu ni. so saya rasa sis dgn husband mmg tak sekufu dari awal but im sure youre well aware of his financial status before you even married him. so, what you can do now is just slowtalk dgn each other jgn marah2, you explain ur side, and dgr jugak what he explains on his pov. semoga yg baik2 utk ur marriage.

  2. Orang lelaki memang suka cari perempuan yang gajinya besar. Mudah dia nak menarah. Elok la angkat kaki sebelum TT pregnant. Pergi pejabat agama kerjanya nak suruh berbaik je. Bukannya pejabat agama jaga mental you TT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *