Assalamualaikum semua. Saya ingin berkongsi cerita tentang saya hadapi sekarang ini dan memerlukan pendapat semua mengenai isu saya ini.
Saya, 30an kerjaya professional. Isteri, 30an suri rumah. Kami sudah berkahwin lebih 5 tahun dan berkenalan sejak bekerja dan sudah dikurniakan putera puteri.
Alhamdulillah, saya buat macam-macam kepada isteri saya dari pelbagai suprise dan jalan-jalan melancong sana-sini. Malah pernah membawanya honeymoon ke Eropah.
Atas media sosial, kenalan merasakan kami cukup bahagia. Dari segi agama, kami solat dan kadangkala berjemaah.
Balik raya, saya aturkan supaya adil dan selang seli dan kami tidak pernah bergaduh dalam isu ini.
Pulang ke kampung bulanan, saya aturkan supaya selang-seli at least sebulan sekali mesti merasa balik kampung masing-masing secara adil dan saksama, dan kami tak bergaduh dalam isu ini malah dia sendiri puas hati.
Namun, ada perkara walaupun kecil, bila berlaku salah faham dan bergaduh, isteri saya minta putus dan dia sendiri meminta cerai kepada saya.
Ya, saya jarang marah, tapi saya sendiri yang kena sabar sebab dia tengking saya. Lama kelamaan, saya fikir sungguh sukar untuk melembutkan hatinya yang keras itu.
Saya seperi tidak dapat hormat sehebat hormat dirinya kepada ibu ayahnya, sedangkan saya adalah suaminya.
Entah beberapa kali terjadi dan saya sendiri selalu slow talk menasihatinya. Namun terjadi lagi.
Saya bukannya seorang aktif keluar rumah, bukannya jenis main game. Masak, kadang kala saya bantu walaupun saya penat balik bekerja.
Kemas rumah hujung minggu, InsyaAllah saya bantu walaupun terskip. Bagi saya, malam lepas balik kerja dan hujung minggu, adalah masa untuk keluarga.
Bila difikirkan, dayus saya bertahan dalam hubungan ini, sedangkan perkataan cerai itu sudah banyak kali keluar dari mulutnya.
Beratnya perkataan Cerai itu, saya sendiri takut nak sebut walaupun ketika bersembang dengan rakan.
Walaupun saya banyak nasihat dan sabar, namun kesabaran saya pun ada hadnya. Apa yang saya perlu buat? Adakah dia deserve atau layak CINTA saya?
– Suami Kecewa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit