Isteri Selfish II

Untuk part I, (https://iiumc.com/isteri-selfish/).

Maaf, terpaksa tulis lagi untuk clear beberapa salah faham netizen.

Yang pertama sekali, isteri saya kerja engineer yang buat base2 dalam laut.

Saya tak tahu sangat details2 kerja dia. Gaji dia pun saya tak tahu. Tapi dia dah lama kerja tu.

So dia bukan founder produk yang income berjuta2 macam korang cakap tu.

Yang kedua saya memang kerja courier. Gaji saya overall dalam 4ribu saja. Bergantung pada ot.

Setiap bulan saya bagi 800 dekat dia sebagai nafkah. Saya sendiri yang nak bagi sebanyak itu sebab fikir brang2 dia pakai semua mahal.

Walaupun pada awalnya dia tak nak. Dia suruh simpan untuk kegunaan saya.

Ya la gaji dia mungkin berbelas ribu dan membayar income tax. So dia tak heran pun dengan 800 saya.Tapi lepas tu dia ambik ja la.

Lepas tu saya bagi dekat mak saya 400, abah saya 400 walaupun depa ada pencen. Sebab adik paling bongsu saya baru form 5. Masih sekolah.

Lepas tu mak abah tak kerja dah. Adik beradk lain bagi berapa saya tak tahu la. Tapi part saya, saya bagi ja.

Yang ketiga, kami ada anak sorang 8 bulan. Hantar dia mengasuh sebulan 600. Lepas tu susu pampers semua saya yang beli.

Lepas tu saya buat tabung haji untuk anak sebulan 100. Dia mungkin ada ambik insurance untuk anak.

Lepas tu barang2 baby dan keperluan lain macam baju semua dia beli. Lain2 saving ke apa dia buat untuk anak, saya memang tak tahu la.

Sebelum kami kahwin pun dia memang ada rumah dah. Saya mengaku saya tak dak rumah.

Dia cakap dah dia ada rumah, so buat apa nak sewa ke apa. Duduk ja la rumah tu. Nanti kalau saya rasa nak beli rumah sendiri baru fikir la.

So memang perabot2 segala benda dalam rumah ni,dia yang beli guna duit dia termasuk bil2.

Apa2 renovation untuk rumah dia, memang dia buat sendiri la.

Dia pun tak pernah suruh saya beli apa2, atau mintak duit saya.

Dan saya pun tak berapa tahu pasal barang2 branded ni. So saya serah kat dia ja la.

Selain tu kalau pergi makan ke apa,memang saya yang keluar duit.

Sebulan sekali atau 2 kali pergi rumah mak mertua, saya akan bagi sorang 100.

Lepas tu lain2 benda dalam rumah. Benda masak terutamanya memang dia yang beli.

Hanya kerana saya tingal di rumah dia, mungkin orang nampak saya perabis duit bini dan tak bertangungjawab.

Mungkin la kot. Dengan income saya sebanyak itu, itu ja la tangungjawab yang saya mampu bagi.

Saya mampu sediakan rumah kecik ja.

Tapi mungkin dia tak selesa. Dah dia cakap buat apa bazir nak sewa..So saya ikut duduk rumah dia.

Lagipun dia datang dari keluarga senang.Bukan sederhana macam saya. Saya tak nak dia rasa susah lepas kahwin dengan saya.

Saya memang tak pernah ada niat pun nak cari perempuan lain ka apa sebab perempuan lain tak akan sama macam dia. Lepas tu saya memang sayang dia sangat2.

Saya tulis hari tu dalam keadaan serabut sebab risau rumahtangga saya musnah..

Saya mintak pendapat ja sebab saya tak de kawan2 perempuan untuk mintak idea nak pujuk dia.

Kat sini banyak pembaca perempuan. Sebab tu saya tulis kot2 ada yang tahu. Sebab perempuan kan lebih faham perempuan.

Kalau saya nak cari perempuan lain, tak perlu saya tulis kat sini.

Walaupun saya tak pandai mencari. Tapi hari tu saya cakap dalam keadaan marah dan serabut.

Satu benda saya setuju dengan netizen. Isteri saya memang ego. Dan mungkin terbawa2 sikap dia di tempat kerja.

Character kami banyak beza jugak. Tapi dia ada ja baik dia. Baik banyak ja sebenarnya.

Saya mengaku semuanya salah saya sebab timbulkan isu tu. Mungkin saya selalu rindu dia kot.

Saya sentiasa rasa nak perhatian dia hingga akhirnya perkara itu berlaku.

Kata2 saya memang kasar hari tu. Itu yang paling saya menyesal hingga dia dah jadi orang lain sekarang ni.

Tapi kata2 saya tak boleh tarik balik dah.

Sebenarnya malu nak cakap, tapi terpaksa cakap dah orang tuduh saya gila sex.

Saya suka sangat buat hubungan tu dengan dia bukan sebab saya nak sex tu semata2.

Tapi saya sangat2 suka cara dia belai saya, sentuh saya. Cara dia bercakap dengan saya semasa kami buat tu.

Perhatian yang dia bagi masa tu sangat berbeza. Dan saya sangat2 suka bau badan dia. Bau yang sentiasa buat saya terindu2.

Dia ada satu bau natural dekat dahi, rambut dan leher dia. Saya tak reti nak tulis bau tu macam mana.

Tapi dia selalu cakap dia tak de pakai apa2 pun. Kalau dia pakai pun, saya sentiasa rasa bau yang saya suka tu. Rasa tenang sangat.

Dan kulit dia sangat bersih, putih. Dia pandai jaga kebersihan bdan..Tak de bau kat kawasan tu jugak. So saya memang suka sangat kat dia.

Saya mengaku dulu2 sebelum kahwin,saya pernah ja tengok porn. Ye la,saya bukan baik sangat pun.

Kan ada ja perempuan2 melayu berkerak berdaki dekat kawasan tu. Macam2 jenis kita akan jumpa.

Even kawan2 pun pernah ja mengadu isteri dia bau busuk la. Itu la ini la. Kat mana2 pun mesti ada sorang dua yang suka canang aib isteri kan.

Tapi saya tak macam tu la.Selalunya diam ja. Jadi pendengar. Tapi dalam hati bersyukur isteri saya tak macam tu.

Saya bangga sebenarnya dalam banyak2 lelaki dia pilih saya. Dan saya memang sangat bangga dapat kahwin dengan perempuan cantik macam dia.

Oh sambung balik,even lepas habis tu pun, dia sentiasa usik saya.Masih belai2 saya,manjakan saya sampai saya tertidur. Tak de pun tingal macam tu ja.

Ibarat macam orang kata, kita tak boleh lupa satu benda pun sebab layanan dan cara dia yang istimewa tu.

Nak cakap sebetul2nya, satu kali saya tidur dengan dia, saya sentiasa terkenang2 dan teringat2 setiap masa.

Ibarat terindu2 bila saat tu nak tiba lagi. Esok pagi mood saya ceria ja. Happy teringat2 kat dia sampai ke tempat kerja.

Esok paginya pun dia masih akan usik saya. Kadang dia tapau breakfast untuk saya lepas tu dia akan cakap,

” saya tapau untuk abang. Sebab semalam orang tu letih sangat. Berperang apa tah. Takut nanti tak de masa nak beli makan, tak de tenaga untuk next battle. Lepas tu asyik nak tukar posisi ja.”

Saya akan sengih2 malu. Masa tu makin galak dia akan usik saya. Lepas tu ada la apa2 perbualan kami yang buat kami rasa happy. Selalunya kami berdua mesti ceria esoknya tu.

Macam dia cakap la kot, dia layan saya sangat ikhlas.Dia buat yang terbaik untuk saya atas katil sebab dia sayang saya. Apa yang saya tak selesa, dia tak akan buat.

Saya memang sntiasa rasa cinta dan sayang dia pada saya saat kami atas katil. Sebab tu saya suka keadaan tu dengan dia.

Even kalau dia uzur pun, kadang2 dia nak ja layan saya. Sebenarnya saya suka cara dia bercakap dan mengusik saya sebab saya sikit pemalu.

Contoh macam sebelum ni dia uzur. Dia tanya nak ke.. Sebenarnya ada beza bila saya cakap “Sayang, abang nak”.

Dan cara dia soal saya, “Nak ke sayang”. Nak apa cakap la..Nak I buat apa sambil rapatkan muka dia dengan saya. Lepas tu dengan suara seksi dia cakap2 kat telinga saya.

Akhirnya saya akan gelak ketawa sebab geli.Dia pun akan gelak jugak. Lepas tu sambung mengusik, “Kita tanya nak apa dia gelak pulak.

Ada lagi la ayat2 dia yang saya tak boleh lupa. Sebab setiap hari cara dia tak sama. Tapi setiap hari saya terindu2 dia.

Mungkin saya bukan engineer macam dia. Macam saya cakap saya faham stress kerja dia. Tapi saya jugak manusia.

Mungkin stress kami tak sama. Saya rasa dia tak faham saya, tapi rupanya saya jugak tak faham dan tak sedar pengorbanan yang dia buat untuk saya selama ni.

Betul la.Saya tak bersyukur walaupun seminggu sekali saya dapat ja layanan dia. Saya sedar saya tamak. Sentiasa rasa tak cukup.

Hari ni saya sedar masih banyak sikap saya yang perlu saya baiki. Selama ni saya ingat saya dah cukup baik untuk dia.

Satu side yang bagusnya kami gaduh tu, saya nampak banyak struggle dia untuk saya. Banyak salah saya di mata dia yang saya baru sedar.

Dan mungkin salah saya tak berterus terang kenapa saya suka nak buat dengan dia.

Tapi sebenarnya betul la kata netizen. Saya yang selfish. Saya sdar dan mengaku ja. Dia tak selfish pun. Saya baru sedar dia sentiasa cuba penuhi keiginan saya.

Dan saya memang menyesal dengan banyak sikap saya. Andai di beri peluang, saya nak ja jadi paling terbaik untuk dia. Sekarang pun saya belajar untuk lebih hargai dia.

Macam saya selalu cakap dalam hati,dia la perempuan yang paling aku cintai.

Tapi satu hari, saya nak jugak dia cakap , saya la lelaki yang dia paling cintai. Saya sedang usaha untuk jadi lelaki yang dia cintai.

Apa2 pun terima kasih atas nasihat dan cadangan sesetengah orang. Terima kasih sudi baca luahan saya yang berjela2 dan berulang2.

Tapi izinkan saya tulis sikit apa yang berlaku semalam.

Semalam saya wasap dia cakap nak makan tomyam. Lepas tu saya baru sedar dia kan tak pernah buka wasap saya.

Pastu saya call la. Dekat 8 kali dia tak jawab..Lepas tu dia call balik. Mungkin dia ingat ada emergency kot.

Saya bagi salam dia diam. Lepas tu dia tanya nak apa. Dengan suara dingin.

Saya cakap la,kalau balik awal hari ni boleh tak masak tomyam. Dia cakap tengok la. Pastu dia letak.

Balik tu apa pun dia tak masak. Dan tak bagitau apa pun. Saya tak tahu la nasrastic ke apa macam netizen cakap.

Tapi saya fikir andai itu buat dia puas hati, biar la..Asalkan dia bahgia. Saya pun tak tahu nak pujuk macam mana dah.

Mungkin dia sekarang sedang balas dendam ke buli ke.Dah memang salah saya,so tak pe la. Saya kena hadap ja la kan.

Saya cuma cakap knapa tak bagitau kalau tak masak. Boleh beli apa2. Abang lapar gila ni.

Tanpa pandang saya pun,dia cuma cakap lupa. Rasa terhina sangat masa tu. Lepas tu saya siap nak keluar.

Tapi saya tanya nak kirim apa2 ke saya nak beli nasi. Dia cuma geleng kepala ja. Tapi tiba2 dengar bunyi loceng.

Saya pandang dia, dia buat bodoh ja. Saya fikir sapa pulak datang malam2 ni. Lepas tu hp saya bunyi no tak di kenali.

Sambil jawab call saya pergi depan gate nak tengok sapa datang. Rupanya orang yang buat runner2 tu.

Bukan grab ke fp, tapi orang persendirian ni. Dia tanya nama saya.

Pastu bagi bungkusan makanan..Ada tomyam nasi, sayur, banyak lagi la.

Saya cakap eh saya tak order ni bang..Dia cakap dari nama isteri saya. Suruh kirim kat saya. Dia tunjuk wasap bini saya order makanan dekat orang tu.

Terus terharunya. Tadi dia kata dia tak ingat, tapi pukul 7 tadi dia order dah. Masuk rumah saya cakap la.

Sayang order kat abang ke.Dia masih diam buat kerja kat laptop dia. Tapi saya cakap terima kasih tau..

Pastu saya pergi dapur letak dalam piring semua2 tu. Pastu ajak dia makan. Masih dia buat bodo.

Saya cakap lauk banyak ni, tak habis makan sorang..Jom la makan sekali. Masih dia buat bodo.

Agaknya fedup kot saya dok pangil2, dia berdiri ambik laptop dia.

Dia cakap, saya tak makan sehari tak mati pun.

Awak yang cakap lapar nak mati tadi kan, pergi la makan. Terus dia masuk bilik.

Terus saya pun pening. Tak boleh nak faham perangai dia dah. Lagi satu tak de pun saya cakap lapar nak mati. Saya cakap lapar ja.

Lepas makan saya ketuk pintu bilik, saya cakap lauk ada dalam microwave. Nanti makan la.

Esok pagi maknan tu dok macam tu ja. Tak terusik pun. Kiranya dia tak makan pun.

Sedih saya rasa. Tak pasti sampai bila nak macam ni.

Kadang rasa dia masih sayang, kadang rasa dia cuma buat atas dasar tangungjawab ja.

Sekarang ni saya hanya mampu berdoa ja la. Moga2 hati dia lembut macam dulu balik.

Sebab 2 bulan ni tuhan ja tahu apa ja saya tak buat untuk berbaik dengan dia. Semua benda dah buat. Tapi ye la, hati dia keras.

Sekarang saya pun buat diam ja la. Nasib baik ada baby yang aktif. Tak la sunyi sangat rumah dan hidup saya ni.

Oh, yang komen suruh tackle dia macam mana saya tackle dia awal2 dulu. Saya pun tak tau la.

Sebab selama hidup saya, orang ja yang mengorat saya. Saya tak pernah mengorat orang pun. Dulu kahwin pun dia yang mengorat saya.

– Ketam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

20 Comments

  1. bang sila la plan short vacay for u n ur wife, p tempat yg wife suke bkn yg kamu suke. Cth wife suke laut, so ajk la die p semporna ke tioman ke. Adat la bila bjwtn tggi pressure pn tggi jgak pas2 balik nk adap prangai laki lg and lg 1 bila wanita tlalu independent ego ye pn akn tggi sket and sikap bossy tue tbawa2x ke rumah. So untk kamu, doa le bbyk agr Allah lembutkn atie die.

  2. kesiannya kat kamu. sis nasihatkan jangan pernah jemu memujuk. org kata hati perempuan ni mcm kerak nasi. siram dgn air lembut la.. rajin2 la buat surprise, even sekecil buah epal. jgn kamu pon ikut sama dia buat dono. luahkan segala apa yg kamu tulis kt sini pada dia. print di kertas, letak kt laptop dia. dia baca ke x tu terpulang. anggap je lah dia baca. sis doakan kamu bahagia hingga ke jannah.. amiinn..

  3. Emmm… bukan dia tak sayang..cuma merajuk sahaja.. Merajuk tandanya sayang.. Cuma kamu jangan putus asa…pujuk sahaja… Jangan dipaksa-paksa apa yang dia tak suka… Yang penting jangan marah-marah dia.. orang tengah merajuk, hati dah tersentuh sangat tu… Mungkin sambil memujuk boleh rapatkan hubungan dengan baby yang aktif tu… mungkin kelembutannya akan kembali melalui dari situ… Kena bersabar ya… mungkin makan masa sehingga setahun…

    • Sebenarnya punca wife encik sangat terasa hati & makan dalam adalah kerana encik kata dia isteri derhaka & selfish. Ini adalah satu kata2 yang memang tak boleh diterima dan tak wajar diucapkan oleh seorang suami lebih2 lagi bila wife adalah seorang isteri yang hampir sempurna dalam melayan encik & bijak bekerjaya serta berkorban juga utk tampung kebajikan family. Jadi , apa yang saya boleh sarankan adalah, address the pain point. Encik kena ubati luka hati dia akibat kata2 encik ini.

      1. Duduk berhadapan dengan isteri, pegang tangan nya dan minta maaf dengan spesifik atas kata2 encik yang memanggil dia selfish & derhaka. Contoh : ” Abang minta maaf sebab cakap sayang derhaka & selfish, sayang bukan lah selfish apatah lagi derhaka. Sayang adalah wanita hebat dan baik serta satu satunya wanita yang melayan abg dengan special. Sayang adalah isteri yang sempurna bagi abang, terima kasih berkerja utk tolong abg juga & terima kasih layan abg dgn terbaik & terima kasih lahirkan anak kita yang comel ni. ”

      2. Tanya dia apa yang encik boleh buat utk tebus balik kesalahan encik, sama ada dia nak rasa layanan baru encik kt katil ke hehe atau dia setuju utk bercuti ke tempat2 yang romantik & tenang utk kamu berdua enjoy

      3. Peluk dia lama, cakap ‘maafkan abang’ dan tanya dia kalau ada apa2 lagi yang dia nak luahkan kt encik supaya encik faham kesedihan hati dia

      4. Hadiahkan dia bunga & coklat dgn ayat2 romantik, buat la 3-4 kali sampai dia senyum

      5. Kalau pandai masak, masak la favorite food dia sbg tanda encik care pasal dia

      Wanita kalau dia cintakan lelaki , ego dia bukan lah tinggi sampai nak tinggalkan atau bermusuh, cuma dia hanya tunjuk kan kt encik skrg yang dia sgt terluka dgn kata2 encik & setakat ni encik masih belum address dia punya luka dalam atau pain point tu. Setakat layanan biasa2 ajak makan tapi encik belum sesungguh nya minta maaf tidak akan meredakan hati dia yang dah terguris rabak tu.

      Ini hanyalah andaian saya dan saya mungkim belum faham keseluruhan situasi encik & wife. Dan ini juga cadangan saya utk encik cuba. Semoga berjaya kembalikan hubungan cinta hangat bersama isteri .

  4. hai ketam, ko ni macam laki aku ja.. da la tak romantik, xda 1st move.. mcm bendul sikit bab2 mengorat ni.. aku engineer meh aku bgtau ko apa bini ko mau apa time ni.. bini ko tu terasa sgt2 teramat melampau kecewa dgn ko.. dia sayang sgt2 giler kat ko, dia tak pernah gila sayang kat org lain selain ko.. ko tau tak, segala apa yg dia buat, dia akan buat sehabis baik tip top.. tapi ko… hurm… so skrg, ko buat apa pun dia xkan respon, sebab ego dia tersangat lah tinggi, perasaan dia tersangatlah mahal.. dia xde perasaan sayang kat ko buat tempoh sementara ni.. yg ada cuma benci maaf cakap.. dia cuma perlukan masa untuk healing.. kalau dia respon pun bukan sebab sayang, ko jgn perasan.. ko bagi dia sejuk la dulu, jgn kacau dia, lagi ko kacau dia lagi dia serabut dgn ko.. biar dia betul2 sejuk baru dia akan start bersuara dgn ko.. tapi ko kena sabar tunggu la utk saat itu, sebab aku pun pernah sampai 4 bulan tak bertegur dgn laki aku.. tu je aku boleh tolong ko.. aku tgh sebak ni ingat balik kisah aku n laki aku.. sama masalah kes tak hargai pengorbanan isteri tapi bukan masalah dalam selimut..

    • baru nak kata entah entah ni la isteri abang ni, terbaca cerita sendiri.. tapi ayat last tu terus, tak kot.. hahaha
      btw, sedihla baca. semoga dilembutkan hati isteri abang ketam ni, semoga lepas badai ni berlalu, makin harmoni rumah tangga kalian. harapnya nanti isteri dah lembut hati, abang ketam dah makin bijak mengurus rumah tangga ye, jangan bagi benda macam ni jadi lagi.

  5. kadang-kadang sebab ni lah saya malas nak kejar career development sangat. bila jadi orang penting dalam syarikat or organisasi, perempuan selalu emo, dia macam tak boleh control. maaf cakap yg wife awak ni mungkin ada perasaan lebih dari awak since dia boleh “sara” awak, that’s why dia macam ni. so cubalah awak jadi dominan pada dia , buatkan dia rasa dia pun x boleh hidup tanpa awak. goodluck

  6. taktahu nak cakap , tp kalau wife u tak berubah mmg dia dah tawar hati la tu..
    atau dia meluat dgn u..wife u mmg keras hati..cuba lah peluk dia ke apa bg lembut hati dia balik.
    maybe u boleh cuba kiss pipi dia , peluk dia..buat lah setiap hari , moga2 dpt balik love spark.
    good luck ya..

    • Sayu pulak baca. Berdasarkan tulisan en. Sy boleh bayangkan wife tuan ni mcm lebih dominant. Dan tuan pulak mcm sedikit clingy but not in a bad way comel je. Tp tgk pada situasi tuan mcm wife tuan ni agak workaholic. Maybe after a while kahwin dgn tuan die dah mula tawar hati. Sy nak nasihat pun takut salah. Tuan bangun la tahajud tiap malam mengadu dekat Allah. Sy doakan urusan keluarga tuan dipermudahkan

  7. Samalah dgn komen atas, tak tahu nak ckp apa lg dah.

    Tp aku suka la salah satu komen tu, suh ko ajak dia berjemaah.
    Lepas jemaah tu bacakanlah hadis ttg bergaduh lebih 3 hari tu.

    Pastu ko buatlah confession & ucapan maaf lepas solat tu.
    masa tu kan mcm tenang, lagi pula tu selalu hati akn tenang dan lembut.Moga ade barokahnya buat en.ketam.

  8. Teruskan pujuk, jangan give up. Semoga Allah permudahkan urusan awak dan isteri. Banyakkan berdoa supaya Allah lembutkan hati isteri untuk awak. All the best

  9. Cuba tt dan anak balik kg sekejap, tenang jiwa.. tgk dia mencari x, orang pompuan ni kdg² perangai macam Harey termasuk la aku ni.. hahaha tapi aku xpernah gaduh sampai 2 bulan

    Semoga hubungan korang kekal hingga ke akhir hayat

  10. kenapa eh aku rasa cerita ni sbenarnya pov seorg pompuan. plot twist dia yg nak suami layan dia.. Hahahhaha

  11. Bang, harap posting ke2 ni ko padam bang,, jgn bgi bini ko baca,, posting ke2 ni akan tambah lgi masalah ngan bini ko,, kisah dalam selimut xperlu cerita sedetail itu ye,, itu juga aib suami isteri,, aq xmmpu nk baca satu2 dalam nau peginya,, hopefully ko jumpa la solution yang baik dgn bini ko,, solat la depan bini ko baca doa pnjg sikit,, insya Allah lama2 lembut la hati dia,, berubah yg makin mendekat dgn tuhan tu dulu,, insya Allah yg lain boleh settel

  12. Pendapat saya, isterinya ego. Awak kena beri sentuhan (perlukan, belaian memujuk) pula kalau lisan tak berkesan nak pujuk. Mcm saya, kdg ada angin tu dtg, mmg diamkan diri je tak layan laki ckp or pujuk. Tapi sekeras2 hati bini, lama2 cair jgk. Ia seolah2 ada benteng yg perlu dirobohkan. Ajak solat jemaah sama2. Bagi tau dia awk sayangkan dia, maafkan dia, sygkan hubungan dan nak sampai syurga. Saya baca ni, rasa x selesa seorang isteri tarik muka lama2 dgn laki yakni syurganya. Bacakan ayat lembutkan hati buat isteri. Surah insyirah. Moga Allah permudahkan urusan hendaknya ye

  13. Bang, pandangan sy la isteri abg terlalu ego..sy pernah je situasi mcm abg ni tp suami pujuk beli jambangan bunga besar n candle light dinner kat rumah semua dia tempah..sy terus cair..sy kdg penat juga time suami minta tp dia akan bangunkan sy sebelum subuh dan peluk², rapat² sampai la terjadi benda tu, bila dah masuk ok je ahahha…sorry la ter’blue’.. try la bang pujuk dia ajak short vacay ke, romantic dinner ke..sy tgk suami nangis sy cair, terus rasa kesian..maybe isteri abg ni lain sikit tu pyh nak faham

  14. Salam,

    Maaf bang, saya rasa luahan hati abg ni ada kisah dalam selimut yang tidak sesuai untuk dibaca oleh orang luar. Memanglah kami tak kenal abg tapi janganlah citer tentang dahi n part body istri abg tu. Jika bini abg baca ni, habislah. Boleh mencetuskan lagi pergaduhan. Saya faham abg frust tapi… adoilah.. Rasulullah SAW larang suami/istri cerita tentang hal dalam selimut pada orang. Lagi-lagi tentang tubuh pasangan.

    Melainkan kalau abg citer masalah abg pada kaunselor rumah tangga berdaftar. If abg sayang bini abg, gi je la bawa dia jumpa kaunselor. Sebab saya rasa istri abg masih pendam kes abg keluarkan kata-kata yang mengguriskan hati dia iaitu dia bukan bini yang baik sedangkan dia cuba untuk jadi bini yang baik. Lebih kepada salah faham dan berbeza ‘love language/ bahasa cinta’ nih.

    Nasihat saya,
    1) bersyukur dulu pada Allah kerana ada istri yang ikhlas berkongsi tanggungjawab dan rezeki dia dengan abg. Ni kelebihan istri abg yang ketara Allah beri pada abg. Alhamdulillah. Istri abg kaya, cantik dan dtg dari keturunan yang baik dan berada. Sekarang, jalankan tggungjwab abg untk didik dia dengan sabar tentang agama. So nanti abg akan dpt complete 4 ciri istri idaman tu.

    2) Banyakkan baca doa pelembut hati untuk istri abg. Dia masih terasa hati tu. Saya harap abg x keluarkan kata2 makian dan hinaan waktu gaduh haritu.

    Istri abg tu Alpha Woman. Pemimpin yang diasuh dengan persekitaran keluarga yang profesional. Latar belakang yang sgt berbeza dengan keluarga abg. Tak pe bang, usaha lagi. Alpha woman ni mmg tegas dan tegar hati tapi dengan Izin Allah, dia mampu jadi istri yang solehah kerana Allah yang Maha Membolak-balikkan Hati Manusia.

    Lastly, Bang. Tolong stop tengok video porn. Kalau abg bosan atau tetiba rasa nak tengok, abg pi la berlari ke, main tali skipping ke. Tak pun sental longkang belakang rumah. Atleast bersih la jugak. Oh ya. Banyakkan puasa sunat.

    Semoga dipermudahkan urusan.
    Wassalam

    • rasanya even to counselor pun mcm tak manis nk cerita details mcm bau and bahagian sulit pasangan.. sebb diorg nnti lg kenal pasangan sebb ade group session kan.. takut counselor pulak terbayang2 hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *