Isteri Seorang Gamer

Salam admin.. terima kasih sebab sudi baca..jika sudi siarkan,terima kasih sekali lagi..

Kebelakangan ni ada beberapa confession berkaitan gamer.. Dari sudut pandangan wanita,pandangan gamer… Kali ni saya nak confess tentang life saya bersuamikan gamer. Bahagia atau derita.. life saya tidak mewakili life wife gamer yang lain ya.. Mungkin ada yang boleh ambil pengajaran, terpulanglah pada kalian yang membaca dan menilai.

Throwback sebelum saya bertunang, saya akui semenjak rakan-rakan tahu bakal suami seorang gamer.. saya selalu di momokkan cerita yang tidak enak.. Rakan seakan memberi bayangan bahawa kehidupan buruk itulah yang akan saya jalani selepas saya berkahwin. Saya tak nafikan,persepsi terhadap gamer memang agak buruk.. memang kecil hati juga.huhu. kenapalah manusia suka meramal bilamana dia tiada kuasa pun untuk meramal.
Saya memang nekad habis.saya tahu bila kita duduk serumah,barulah tahu perangai sebemar pasangan kan?azam saya nak buktikan kata-kata rakan tu salah.

So… Masa kahwin,saya bagi hantaran ps3.memang antara item yang selalu dijeling lah semasa majlis. Sebenarnya saya sayang kat suami. Bila kita sayang,kita mestilah gembirakan si dia kan. Walaupun ramai yang tahu sifat gamer suami tu agak tak setuju tapi oleh sebab kami kahwin pun guna duit sendiri..jadi nak kata apa lagi kan. Ahli keluarga suami yang tak setuju sebenar nya. Disebabkan mereka nak suami cool down skit hobi dia lepas kahwin. Tumpukan pada rumah tangga. Baik sangat keluarga mertua. Tuah saya dapat family mertua yang prihatin.

Lepas kahwin,saya ajak suami duduk bertentang mata. Face to face saya cakap kat dia..yang saya tak nak game dia ganggu rumahtangga saya. Tu peraturan saya. Utamakan saya,anak dan family dulu. Saya tak larang hobi dia. Tapi ada batasnya. Saya cakap dengan jelas. Dan saya pastikan suami pun dengar dengan jelas masa tu.Suami angguk. Tapi saya faham sangat angguk orang lelaki ni. Saya diam dan perhati saja lah.

Suami saya memang suka main game online. Saya kenal geng online dia. Memang saya pastikan saya tahu serba sedikit yang. at least nama dan tempat tinggal. Ada yg pernah datang rumah waktu raya atau kenduri.Jujurnya,saya paling tak suka bila dia buka pc untuk main online dengan kawan-kawan. Sebab macam terikat. Susah nak quit tiba-tiba. Jadi saya sabar..kecuali emergency sangat,baru saya kacau waktu dia. Saat yang paling bahagia tu bila kawan dia pindah kerja,aktiviti game online die tak berapa meriah. Sebab kawan tu selalu ajak dia main dulu. Hehe.

Biasalah..kita perempuan suka bercerita…macam-macam topik. Dia main game kat handphone,saya ibarat sembang sorang-sorang. Awal-awal dulu terasa jugak. Tapi lama-lama saya continue je cakap. Sekali sekala masa tengah bercerita,saya uji juga die. Ok,die memang dengar. Time dia tak dengar,saya pulas telinga dia. Geram kan. Tu pun ada kisahnya juga. Saya pernah mengamuk masa tengok dia leka. Anak menangis,saya pula stress tengok anak gitu, bapaknya pula gitu. Lepas tu memang dia nampak berubah.walau mata dan tangan kat handphone,saya pastikan telinga die still reserve untuk saya. Dan memang tak akan biarkan saya handle anak seorang diri masa budak tu menangis.
Pernah juga..bila keluar ke klinik, anak menangis.. dia main game.. saya tengah serabut.. orang sebelah asyik pandang… Terdetik dalam hati saya… Malu sangat. Saya lari keluar klinik bawa anak yang menangis. Saya senyap.. dia memang tahu saya senyap tanda marah. Yang bagusnya, tak pernah dia ulang silap dia banyak kali. Sekali jadi,lepas tu tak akan berulang.

Saya ibaratkan saya ni bermain layang-layang dengan suami gamer ni. Saya support dia. Saya hadiahkan alatan gamer,saya upgrade ps3 ke ps4 pada birthday dia and anniversary kami. Kadang-kadang bila lalu kedai cd dalam mall,berhenti juga tengok yang menarik untuk suami. Saya biarkan dia terbang tinggi mana dia nak. Tapi saya yang kawal talinya. Saya tak pernah berleter. Saya rajin bercerita tapi sepanjang bertahun-tahun kahwin saya x pernah berleter. Kadang-kadang saya rasa macam bom jangka masa. Suami petik saja trigger,saya dan dia sama-sama meletup.
Ingat perenggan atas yang saya mengamuk tu?saya cuma hempas pintu saja.suara tak tinggikan pun. Tapi dia tahu sebab tu saja saya boleh nak bercerai.sebab saya jarang buat marah,tinggi suara,berleter. Sekali tu saja, alhamdulillah dia dah ok. Takut kan bila yang selalu cool ni,meletup.

Sekarang ni bila dah ada anak,anak dah tidur,barulah dia on game. Tu pun seminggu boleh bilang berapa kali.sekali on game pun,tiada sampai berjam-jam. Bila nampak die main tu,biasa saya hugs or pape la. Untuk dia tahu dia ada isteri juga. 5 minit pun cukup la hug. Dia tetap main game.just senyum.. Dia tiap-tiap tahun rezeki bertambah selaras dengan tanggungjawab di firma nya. Ya, suami saya gamer tapi dia juga selalunya busy. Macam saya baca komen dalam post haritu, gamer ni ada juga kerja yang bidang profesional. Bukan semua cikai.
Suami saya bukan perfect tapi terbaik untuk saya.
Semua dia buat kat rumah. Ringan tulang dan sikap tanggungjawab tu memang tak nafikan sampaikan semua dia urus. Saya cuma jaga anak dan masak. Kemas pun dia tolong kalau ada masa. Masa saya taip confession ni pun,saya tak dapat senaraikan banyak keburukan. Maybe si dia pun happy. Saya pun happy.

Bagi saya,kita berusahalah bahagiakan diri kita dulu.barulah kita boleh bahagiakan orang lain.
Tak kiralah suami gamer ke,pilot ke,polis ke… Hal remeh temeh,kita abaikan saja. Kita pun lama lagi nak hidup dengan suami kan.. bertolak ansurlah dengan minat masing-masing.

– mrs amei

– Mrs amei

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit