Isteri Si Penagih Forex

Dia seorang suami yang baik sebenarnya. Dulu dan sekarang. Tapi lepas dia melibatkan diri dalam dunia forex 2 tahun lepas, boleh dikatakan dia semakin hanyut di alam dia sendiri.

Dulu duit sentiasa ada bila hujung bulan. Ada duit untuk bayar sewa rumah, bil-bil dan stok makanan. Ada duit lebih, sekali sekala makan di luar.

Dalam 2 tahun ini, adegan pinjam meminjam duit dan perjanjian nak bayar balik duit tu dah menjadi kebiasaan suami.

“Minta pinjam, Jumaat ni saya bayar balik. Jumaat ni dapat untung Forex.”

Itulah jawapan dia setiap minggu. Rasanya dah dekat 40 juta kali Jumaat, tak dapat lagi hasil trade forex.

Bukan duit aku ja, duit anak sekali pun dia ‘pinjam’.Kesian anak, cuti sem buat kerja sebab nak buat belanja diri dia di universiti. Last2 kena pau jugak duit dia sikit.

Lagi satu, duit adik beradik aku pun kena pau. Mangsanya, aku lah. Akulah perlu mengemis minta pinjam dengan diaorang. Suami aku cakap Jumaat ni kita bayar balik duit dia orang.

Tak der yer Jumaat tu. Malu aku tau nak jawab dengan adik beradik.

Sekarang aku dah tak harap dah Jumaat suami aku tu. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, aku dah tak peduli.

Duit gaji aku baru-baru ni pun, dah habis bayar komitmen. Duit sewa rumah jer belum lunas sebab memang tak ada baki untuk bayar sewa. Harap² suami aku dapatlah duit forex Jumaat ni.

Bye the way, hari ni hari Jumaat lah yer. Hadoiii…aku ni dah tak tau aku kategori sedih atau kategori rasa lawak dengan situasi sekarang.

Apa yang pasti, aku dah bagitau suami aku, yang dia telah biarkan aku terlalu lama berdikari. Aku bagitau dia hati perempuan dari lembut boleh jadi keras. Dan sekarang hati aku dah keras.

Aku cakap lagi, aku dah lama sabar, dan aku akan buat apa juga keputusan untuk aku keluar dari situasi hidup sekarang. Dia tanya aku, boleh aku hidup tanpa dia? So wowww sangat soalan tu kan. Aku tak jawab.

Tapi aku cakap, awak tak ambil serius apa yang saya selalu luahkan. Saya hanya perlu awak ada income yang fix setiap bulan. Bukan berharap untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Jawapan dia, OK.

Hmmm… aku pun tak tau apa maksud dia. Itu penutup perbualan kami tentang luahan rasa aku pada hari tu.

Hari ni Jumaat. Doakan saya dapat jawapan apa yang saya cari dalam rumah tangga saya sekarang ni. Saya dah burnout sebenarnya. “Hi untung Forex, awak tak rindu suami saya ker? Kan arini dah ari Jumaat”

Hadoiii… entah sedih entah geli hati. Aku pun tak tau dah apa rasa diri aku ni.

Terima kasih sudi dengar luahan saya ni.

– Kak KY (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Puan cuba cari video ceramah hukum main forex. Ada hikmah dan pengajaran yang ingin disampaikan.

  2. Sis forex tu haram ye, Kalau dapat pun sis rasa berkat ke makan pakai guna duit tu? Kenapa sis ambik tugas dia ye bayar urusan rumah semua? Jangan tolong sis, ada tunggakan ke apa biar, push dia suruh bayar kata sis takde duit ke apa lantaklahh, baru dia tahu and sedar balik. Tak faham kenapa ada wife yang boleh tolong suami buat benda haram pastu suami berubah mula stress2. Padahal salah diri sendiri. Tolong la bukak mata. Bukan ni cara nak tolong suami. Ni lagi menghanyutkan suami adalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *