Assalamualaikum wbt semua reader IIUM Confession. Lama abang tak menulis. Abang keluar ikut tabligh ke india. Allah! Syukur kerana Allah beri peluang kepada abang untuk kenal apa itu dakwah.
Bhai, mak abang dah meninggal.. Orang yang paling terasa kehilangan mak abang ialah Kak Natrah.
Sehari sebelum mak abang menghadap ilahi, arwah sakit kuat. Kak Natrahlah orang jaga kencing berak mak abang. Arwah tak boleh makan makanan pejal, Kak Natrah hancurkan nasi sehancur-hancurnya.
Abang tengok dia suap bubur dengan air pada arwah guna wayar, abang datang sebak bhai. Sebab abang, sebagai anak kandung, abang rasa abang tak kuat nak tengok mak abang sakit macam tu.
Abang tak seteliti Kak Natrah nak suap abang. Abang pernah cuba, tapi tangan abang menggigil. Kak Natrah setabah tabah manusia. Air mata dia bertakung, tapi tak jatuh. Sebab dia kata, dia taknak tengok arwah mak nampak dia menangis masa jaga arwah.
Pagi subuh tu, arwah dah nazak. Kak Natrah dah 2 hari tak tido. Makan pun ala kadar. Memang dia tak berganjak dari katil arwah mak. Mak pergi atas riba Kak Natrah. Kak Natrah tenang. abang meraung. Abang rasa dunia abang gelap. Mak abang dah pergi bhai.
Alhamdulillah, urusan mandi kafan sampailah ke liang lahad, Kak Natrah ada. Dialah yang mandikn arwah mak, kafankan mak semua. Apa yang buat abang sebak sangat bhai, kali terakhir Kak Natrah cium arwah mak, lama dia renung muka arwah. Masa tu air mata dia baru jatuh.
Abang ingat lagi Kak Natrah kata, ‘Mak, Natrah dah jalankan tanggubgjawab Natrah. Natrah mintak halal semua yang mak dah bagi. Mak ampunkanlah semua dosa Natrah. InsyaAllah, nanti Natrah ikut mak’.
Allah… abang tak sanggup nak dengar semua tu bhai. Macam mana seorang menantu, yang tak ada pertalian darah boleh rasa ikatan yang benar2 tulus terhadap mak abang.. Natrah, dia sebaik baik isteri yang abang miliki.
Bhai, Kak Natrah dulu bukan menantu kesayangan. Arwah mak dulu, berkeras dengan Kak Natrah. Makan bertahun bhai arwah mak nak terima Kak Natrah sepenuhnya. Tapi Kak Natrah, mulia hati dia. Dia tak pernah berdendam bhai.
Apa yang orang cakap pasal dia bhai, dia diam je. Dia tak akan balas semula apa keburukan orang lempar pada dia. Kuatnya Kak Natrah daripada liku hidup dia.
Dalam penulisan sebelum ni, abang pernah bagitahu sedikit sebanyak tentang latar belakang Kak Natrah.
Bhai, Kak Natrah daripada kecik tak ada kasih sayang ibu ayah kandung. Bila dia dewasa sikit, dia rasa memberontak.
Dia pernah ceritakn pada abang, dia pernah rasa macam nak bunuh diri. Sebab orang sekeliling hina dia. Dia pernah bertunang. Tapi putus tunang sebab pihak lelaki tak boleh terima latar belakang dia. Anak tak sah taraf.
Bhai, abang nak bagitahu. Mana-mana wanita, takkan pernah capai title sempurna. Sempurna itu hadir bila kita tahu menghargai kelebihan dan sama sama topup kekurangan.
Seburuk mana pun kisah hidup wanita tu bhai, jangan kita hina. Kadang mereka lebih mulia daripada kita. Kita ni lelaki bhai, kena lihat dengan mata hati.
Tapi ramai antara kita tak tahu apa itu mata hati. Kita tahu komplen je bhai. Demand. Nak isteri lawa. Pandai masak. Pandai kemas rumah. Pandai bergaya. Tapi kita? Amalan kita yang nak bawak kita dan dia ke syurga tu dah ada?
Sekarang banyak kes cerai berai. Bila orang kata kita suami dayus, kita marah. Tapi itulah hakikatnya. Kita ni ego melampau tak nak terima kebenaran. Abang tak cakap pada semua lelaki. Korang tahu diri korang macamana. Tepuk dada, tanya iman.
Tu Kak Natrah tengah kemas bilik arwah mak. Hari-hari dia sapu bilik tu. Pernah abang tengok dia menangis pegang baju arwah mak. Mak, itu Natrah yang jaga mak sepanjang mak sakit, yang tak pernah merungut penat. Itu Natrah mak. Isteri Fateh.
Allah.. Kurniakan syurga buat mak. Jadikan Natrah isteri syurga buat aku.
Natrah, abang menulis ini untuk Natrah. Natrah. Satu nama yang paling membahagiakan atas dunia ini.
Bhai, bagaimana kau kira kau dah jadi pemimpin jika dalam hati kau, tersimpan ragu ragu dan hal dunia? Adanya wanita itu yang benar menyayangi kau lalu kau mensiakannya?
Begitu juga kau wahai wanita. Apa kau kira kau itu hiasan dunia semata? Kasih sayang itu tak selalu diucap depan depan. Banyaknya ia terlihat dengan perbuatan.
Kadang tanpa kau sedar, dia memerhati dan melakukannya untuk kau. Namun, itulah manusia. Payah benar melihat bahagia didepan mata..
– Muhammad Al-Fateh (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit