Isteri Syurga

Aku dah kawin 25 tahun. Isteri seorang yang berkerjaya. Aku kerja badan beruniform. Ada anak tiga orang.

Sepanjang perkahwinan, tidak ada masalah besar. Tidak ada pergaduhan besar. Keluarga kami harmoni. Anak-anak membesar dengan baik dan bijak.

Isteri aku seorang yang tegas. Namun di rumah, dia seorang isteri yang taat dan ibu yang penyayang. Taatnya isteri tidak membuatkan aku mengambil kesempatan. Kami tak pernah ada maid. Tapi rumah sentiasa bersih dan kemas.

Balik dari kerja, aku sama-sama uruskan hal-hal di luar dan dalam rumah. Selagi isteri belum rehat, selagi tu aku bersama dia.

Apa sahaja kerja rumah, kami buat bersama. Isteri dan anak-anak memasak, aku basuh baju, keringkan, lipat. Kami sentiasa solat berjemaah bersama.

Hujung minggu kami pergi pasar sama-sama. Balik, aku siang dan basuh ikan ayam. Aku dan anak-anak cuci tandas, tukar cadar, towel, alas kaki, vacuum & mop rumah sementara isteri prep makanan untuk minggu hadapan.

Aku tak suka melepak di luar dengan kawan-kawan. Aku suka duduk di rumah bersama keluarga. Keluar jalan-jalan dengan keluarga.

Aku bertanggungjawab untuk buat semua ni sebab isteri aku dah berkorban tenaga, masa dan seluruh hidupnya untuk aku dan anak-anak.

Isteri aku ni terlalu rajin. Sampai aku tegah dia buat macam-macam sebab tak nak dia penat.

Dulu masa anak-anak bersekolah, dia bawakan bekal setiap hari. Tak ada hari yang anak-anak beli makanan kat kantin walaupun masing-masing wang saku ke sekolah.

Bukan anak-anak je bawa bekal, aku dan isteri pun ikut bawa bekal. Hujung minggu kalau kami pergi beriadah atau balik kampung, sentiasa ada bekal makanan bersama.

Kadang-kadang kalau nak pergi mall pun, isteri bawa buah potong di dalam bag dia. Katanya takut anak-anak lapar.

Untuk seorang wanita berkerjaya, aku lihat isteri aku wanita luar biasa. Tidak merungut penat. Tidak juga mengalah walaupun perlu outstation atau perlu keluar berkerja sebelum subuh.

Makanan kami dan bekal aku dan anak-anak tetap ada seperti biasa walaupun aku cakap aku boleh beli makanan di kedai. Dia menolak. Tak bersih dan tak cukup khasiat dia kata.

Aku ikutkan dan sama-sama bantu dia masak di dapur. Asalkan dia happy.

Untuk adik-adik lelaki yang baru berkahwin atau akan berkahwin, ingatlah isteri bukan maid. Bukan juga orang suruhan kita. Dia pasangan kita.

Pasangan tu maksudnya orang yang mendampingi kita. Yang bersama-sama. Makna kata, semua perkara perlu bersama-sama.

Gagalnya seorang suami bila mana isteri merasa dia keseorangan untuk menghidupkan sebuah keluarga tanpa kehadiran seorang suami.

Suami ada tapi tak hadir. Tak beri nafkah, tak beri perhatian dan kasih sayang. Sibuk dengan hal-hal tak penting. Sibuk dengan hubungan terlarang, modify kereta motor. Paling teruk, main game dan abai keluarga.

Terima kasih isteriku. Semoga Allah masukkan isteriku ke dalam syurga paling indah.

– Knight (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *