Isteri Tak Ada Value

Hai semua, aku nak luahkan sikit berkenaan lelaki teragung, iaitu suami aku.

Sebelum tu aku nak beritahu yang aku ni kerja gaji lebih besar dari suami aku, cuma baru ni aku dibuang kerja atas alasan prestasi menurun walaupun benda itu akhirnya terbukti salah selepas aku dibuang. Aku diberi 4 bulan gaji sebagai penutup kes.

Sekarang status aku suri rumah, aku dah beritahu suami aku nak rehat dulu dari cari kerja baru sebab aku nak spend time jaga anak2 which moment yang aku banyak miss, aku ingat nak start cari kerja semula bulan 1 nanti tahun depan.

Apa yang aku nak cerita ialah layanan suami terhadap aku sebagai seorang suri rumah dan wanita berkerjaya, lain sangat layanan nya. Aku walaupun suri rumah aku ada bisnes kecilan yang susmi aku taktahu amount berapa sebab dia tak nampak slip gaji.

Semalam kami bergaduh benda kecil je, tapi suami punya naik suara dan paling surprise dia boleh keluarkan kata2 kesat pada aku. Sedih tak terkata aku ni.

Tapi aku memang diam sebab terkejut sepanjang 6 tahun kami berkahwin ni first time dia maki aku. Dia kata aku bodo*, pemalas, tak pandai jaga anak2.

Puncanya sebab anak aku ada ruam di muka dan merah2 sana sini akibat gigitan nyamuk aku balik ke kampung dengan anak2 tanpa dia which dia mmg dah izinkan pun.

Dia sebelum ni tak pernah langsung macam ni, dan benda ni bukan isu, bila aku flash back dia macam insist aku cari kerja semenjak aku tak bekerja dan selalu tanya berapa aku dapat daripada bisnes kecilan aku ni serta remeh2kan pendapatan aku tak tetap.

Aku bawak budak2 keluar pegi mana2 pun berkali dia ingatkan jangan bazir duit.

Untuk pengetahun korang semua, aku sepanjang kerja tak pernah minta duit dia waima sesen sebab memang dia sediakan semua cukup.

Tapi semenjak aku tak kerja dia macam susah hati aku tak ada duit dan aku ada minta 100 200 sebulan sekali macam tu, bagi aku tak banyak, bagi dia banyak untuk seorang isteri yang tak pernah meminta.

Dia bagi tapi dia jadi macam baran bila aku keluar atau bazirkan atas sesuatu. Dia nak aku simpan agaknya duit tu.

Bagi aku bukan pembaziran kalau aku happykan anak2. Long story short bulan ni aku belum pernah minta lagi, dan semalam punya hal buatkan aku terkejut dgn reaction dia. Dia palau aku (something yang dia tak pernah buat)

Last month aku saja bagi dia lima ratus dan dia ambil walaupun dia kata aku membazir elok simpan duit, duit yang dia bagi aku semua dia akn siasat pergi mana.

Btw 500 tu aku saja bagi sebab aku rasa dia macam tak senang duduk dgn status aku sebagai isteri surirumah, aku bagitahu dia yang bisnes bulan lepas alhamdulillah okay aku nak share dan dia pun terima tanpa banyak soal.

Sebenanya untung sale aku 2 kali ganda gaji aku untuk bulan lepas cuma aku tak beritahu dia.

Alhamdulillah rezeki anak2 sebab sebelum ni bisnes tu aku memang buat sambilan tapi bila sambilan kita tak focus tak dapat banyak, ni aku buat focus 100% banyak pula dapat. Tapi mungkin sebab orang ada duit jadi diorang membeli, masih awal nak buat pengamatan.

Layanan dari suami aku ni semua aku dapat baru2 ni je, dia mudah dingin dengan aku, dia maki aku kalau gaduh, takda perkataan ILY langsung macam selalu. Dia lebih utamakan kerja dan selalu mention pasal duit duit duit.

Dia memang tak ada apa yang mencurigakan aku monitor sentiasa transaction dia cuma dia macam rasa insecure kot kan bila aku ni tak bekerja.

Balik rumah cakap dia expect itu ini bersih kemas makanan tersedia anak2 terurus rapi. Aku selangkan mana hari kemas rumah mana hari masak mana hari buat semua dan tinggal semua dengan nature of job aku perlu layan whatsapp dengan lama. Dia punya ayat selalu,

“Ingatkan tak kerja boleh siap semua adalah makanan terhidang balik kerja penat2”

“Awak kan tak kerja, banyak la masa”

“Tu lah buat hal kan dah kena buang kerja”

“Tu lah dulu hebat sangat kerja duduk atas sekarang dah jatuh tergolek ke bawah”

Semua aku diamkan aja aku taktau nak respon apa sebab aku nampak macam dia feeling inferior sebab ada wife macam aku tak bekerja ke?

Kenapa aku kata lelaki teragung? Sebab dulu layanan dia pada aku lain sangat2 suka usik2 happy2 balik kerja sama2 penat masak sama2 kalau tak larat keluar makan, gilir2 belanja tak apa aku okay je. Sekarang tak ada happy tu.

Aku rasa dia ada dah macam neraka rumah ni, dia kat tempat kerja aku happy, dia tengok aku pun tak apa lagi nak sentuh. Aku perhati je 2 tiga bulan ni.

Biasa dia akn pujuk kalau dia buat salah dan tak lama pun dia cold dengan aku tapi kali ni dah lebih 24 jam dah dia tak tegur aku dan benda ni tak pernah berlaku.

Aku buat tak reti cakap dengan dia kalau depan anak2 dia sama je memang tak respon.

Aku mengaku mungkin dulu aku banyak sgt kurangkan beban dia dengan bayar bill, beli barang kepeluan anak2 bagi belanja kat parents dia, btw parents dia mmg tak dapat apa dah lah sekarang since aku tak bekerja. Parents aku pun aku bagi half dari sebelum ni dan diorang sangat memahami.

Parents suami tak bekerja dan tiada simpanan memang mengharap duit anak2 100%, setiap kali dia video call family mak nya mmg tanya belum kerja ke aku, haha red flag kan tiba2.

Aku ni menunggu nak tengok sales bulan ni pula macam mana, untuk aku reveal kat suami yang aku tak kerja masih boleh buat duit, dan aku agak selesa sebab boleh spend time dengan anak2 banyak dan diorang membesar depan aku.

Maybe juga pressure dari parents dia banyak kali call dan utarakan soalan aku dah sambung kerja baru ke belum agaknya suami aku jadi macam tu, ke macam mana korang rasa.

Sedih aku belum hilang, cuma aku kesian sgt suri rumah2 sekalian kalau suami bersikap macam ni dengan korang, atau korang semua suami baik2 tak ada memerli dan mengutuk macam ni, plus memaki.

Alhamdulillah aku dikurniakan skill buat sales sebab aku dah biasa tapi aku memang dah nekad lepas aku reveal pendapatan aku kalau dua bulan berturut ni sama atau lebih dari gaji, aku akan minta restu suami untuk tak bekerja selamanya,

Aku tak akan share sesen pun bill dan tak akan menyumbang pada parents dia lagi.

Aku ada aset nama aku dan andaikata apa2 terjadi memang aku akan angkat kaki. Worst case scenario lah kan. Cuma aku nampak perubahan dia dan saja cerita kat sini sebab taknak luah kat siapa2 terdekat.

Doakan bisnes kecilan aku ni maju dan sentiasa untung. Doakn apa2 pun terjadi true color suami dan mak bapak dia Allah tu tunjuk awal sebelum apa2 jadi pada aku.

Aku dianggap tak ada value macam ni. Teringat lawyer yang pernah uruskan pinjaman rumah ku dulu, dia kerja semula sebab dia kata, “kita ada duit masuk baru boleh tinggi suara sikit kalau laki angkat suara maa”

Dia jadi suri rumah lama, tunggu anak2 membesar baru sambung bekerja semula, dan kata2 tu aku boleh relate sekarang. Terima kasih semua sudi baca luahan.

– Midi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

19 Comments

  1. Susah bila ada pasangan sebegini. Bagi saya, puan tak perlu beritahu berapa pendapatan dan penghasilan puan pada suami. Tapi, ikut puan lah. Suami puan dah terbiasa half-half, jadi dia tak nak jadi fully provider.

  2. Nasihat sy juga sama. Rahsiakan pendapatan. Lelaki zaman skrg, pndang rendah isteri surirumah padahal akhlak anak2 semakin tenat , sbb itu perlunya pengorbanan ibu yg sgt tinggi dlm kemenjadian anak2. Jgn give up, sentiasa ikhlas fokus didik anak2. Inshaa allah allah akan mudahkan urusan puan sekeluarga. Selagi suami tidak baran, tidak berlaku zalim, tidak mencederakan emosi dan fizikal…bertabahlaa dan buat yg terbaik utk keluarga

  3. Biasala tu pn. Dh biasa ditggung. Lps takde jd stress. Nsb bek pn ada bisnes. Btw bisnes apa ya pn buat. Klu boleh share nk tau jgk..😊

  4. Pn x perlu beritahu penghasilan pn yg sebenarnya. Dia dah selesa pn tanggung separuh sebelum ni. Sepatutnys dia tak perlu minta pn tanggung sebab dah tanggungjawab dia memberi nafkah keluarga. Dia tidak ikhlas jadi ketua keluarga . Jaram hukumnya guna duit isteri untuk bayar bil dsbgnya. Pn x perlu beri tahu pendapatan penuh puan biar lah dia jlnkn tgjwb sebagai ketua keluarga. Jila dia x ikhlas pn dn anak2 angkat kaki tak guna ada suami yg begini.

  5. Bg sy. berdasar banyak luahan yg sy baca dan pengalaman org sekeliling sy. Ya bila perempuan x bekerja, akan dianggap sebagai satu bebanan bagi lelaki yg mcm tu. Padahal sebenarnya dia x tahu ke atau buat2 x tahu beri nafkah pd isteri dan anak2 tu adalah wajib dari mengharapkan 50/50. Dah la bagi 200 je tu pon mcm mintak 2000. macam2 pulak disindir. lelaki ke budak lelaki dia ni. x matang langsung. Lagi satu bila dianggap satu bebanan, dia akan muka meluat la tengok kita yg kononnnya dduk saja ni. Dia kan kena kerja so terpaling bekerja la. Percaya lah nnt bila dia tahu gaji puan lagi banyak tiba2 jadi baik pulak. mksdnya Plus family dia toxic gila, kenapa sibuk pasal kerja puan sdgkan tggungjawab anak dia. nak mengharapkan apa sbnrnya. for me untuk org mcm ni ready untuk angkat kaki. sbb dia jenis x bersyukur, x bertanggungjawab, ambil kesempatan terhadap puan, x menghargai dan menghormati. siap sindir atas kesusahan puan. x mmberi sokongan pd puan masa susah, syg ke tidak entah kat puan kalau sanggup maki macam tu, x mmberi nafkah batin. kumpullah apa patut untuk diri puan. show him u r strong enough. Jadilah perempuan yg bijak mmbuat keputusan dan tidak boleh ditindas.

  6. Yg saya nampak ialah suami puan dlm stress.

    Duit ini mmg bahana.
    Ada duit tiada duit.
    Lebih duit, Kurang duit.

    Dan lagi satu maknya meminta dr anak2.
    Dah satu hal lagi.

  7. Nampak sgt la, yg dia baik dgn awk mse awk keje dlu, sbb bule bgi komitmen n tolong dia byar bil, bg parents dia n blanja utk ank2 suma tu.. bla dah brenti keje, dia anggap awk x punya apa2 n harapkan dia utk perbelanjaan, tu psal dia jd tetiba ‘eksyen’ n merendah2kan isteri.. klaw sya, xkan sya ‘reveal’ brp yg dpt dari biz awk tu, nt dus akn rse ‘selesa’ n secure mcm dlu& xkan peduli klaw awk ada ke xde ke duit blanja, sbb dia tau yg income dr biz tu dah bule ‘cover’ blk, silap2 yg commitments lain tu pon dia akn minta awak byr.. minta maaf, tp ini lah cth lki2 yg ‘opportunist’, klaw dia tau hukum islam, yg t/jwb perbelanjaan rumah, isteri dan ank2 tu under suami, klaw nk minta isteri tlg pon, kna minta persetujuan isteri (malah ada suami yg kira ‘pinjam’ dt isteri dlu, klaw nk minta dia settlekan apa2 yg jd t/jwb suami..), infact nafkah isteri pon patut kira lain, sama ada dia bketja atau pon tidak, ee.. seram klaw pikirkan suami2 zaman ni yg x kisah langsung bab nafkah dlm r/tangga, malah acah2 ‘alim’ lg dok ceramah psal kewajipan isteri dsb..,klaw kta isteri tu x sempurna pd pandangan dia.., dok kutuk n siap berangan lg nk dpt ‘bidadari’ d Syurga nt..! Puekk la, silap2 bau syurga pon x cium, t/jwb slesai, ank isteri ‘terabai’ ada angan2 lg tu.. tahla, patutnya suami slesaikn bhg dia & bimbing isteri n ank2 tu utk sma2 menuju ke Syurga nt.. wallahu a’lam..

  8. aku paham perasaan hg..aku yg krje pn kadang2 rasa terhina..klo aku behenti xtahu la mcm2 lg kena hina..

  9. Please jgn bagi tau berapa hasil business puan tu. Nanti dia tau dapat banyak, dia suruh bayar itu ini sekali suruh bagi kat parents dia sama. Kalau nak bagi tau pun, maybe half or ⅓ je dari total income tu. Biar nampak x byk. Yg penting simpanan puan yg banyak. Xde la byk pikir kalau nak angkat kaki nanti (mintak dijauhkan tp kita kena ada emergency plan).

    Semoga Allah bagi kekuatan dan kesabaran buat puan.

  10. Sama lah aku pun suri rumah, di mata ipar duai langsung tak ada value juga, kalau berkumpul kat kampung nampak sangat MIL punya layanan berbeza, yang suri rumah ni senang je MIL arah buat itu ini, yang lain berkumpul bersembang sembang kita mesti kat dapur kena buat air hidang itu ini. Suami pun tak pernah ambil berat sakit penat isteri. Tipu la tak terasa walaupun dah 10 tahun kawin, dah nasib macam ni layan je lah selagi suami tak naik tangan.

  11. setuju dgn pendapat, tak yah share income dgn suami camtu, awak buat diam jer, dah memang tanggungjawab suami bagi nafkah kat anak2 & isteri, apa pulak nak rasa moody, klu awak kerja pun, suami tetap wajib bagi nafkah

  12. Sis, share yang sis ada income bulan2 je tapi jangan share amount sebenar, share sekadar untuk dia hormat sis je. sis share kata cukup untuk sis je, sis jangan bagi dah parents dia, banyak cantik muka diorang.

  13. sis, awk buat bisnes apa untung tu? saya teringin nak tahu dan nak buat bisnes macam awak.

  14. Tolong lah jgn bgtau dia berapa income awak. Tengok sejauh mana red flag dia boleh pergi. Satu cara adalah jgn meminta2 duit dia kalau nak beli apa2 utk diri org anak2 nanti dia ckp membazir lak. Biar dia hairan mcm mana awak berbrlanja mcm biasa tanpa duit dia. Tapi all bills make sure dia yg settlekan.

    Dan bukan tanggungjawab awak pun bg duit kat parents dia. Dah kenapa nafkah makbapak pun dia awak kena tanggung. Kalau takat nak hulur sikit2 masa raya tu ok la as hadiah..tp bukan sumbangan tetap bulanan. Apo mak dan bapak mertua harap duit menantu, tak malu eh.
    Baik bagi makayah awak sendiri. Diaorg terima pun dgn ikhlas walau berapa amaun pun.

  15. I feel u sis,u kira ok ada skill sales utk wfh, respect to u.. i dulu kerja warehousing, n yup samala semua half2 dgn suami, suami kerja dispatch je.. bila dah accident patah kaki, mmg i resign keje terus sebab xthu bila boleh betul2 recover, dh nampak suami hari2 baran, maki, n xtlg jaga i even ank i..mil yg byk bntu uruskan diri..mmg sedih betul.. hari2 nangis dalam hati kngkn nasib..n hari2 doa supaya i cepat sembuh n boleh kerja semula..tpi once i fully recovered i promise to myself n my boy i akan slowly untuk pergi dari hidup dia..bila kita jatuh baru kita tahu siapa yg ada dgn kita..

  16. Cari kerja tetap la… berniaga tu bukanya tetap ada untung rugi. Suami pandang rendah la dah tak bekerja duk meminta2.. suami lihat TT ni benda tak beharga bagi makan bela percuma je. Membuang duit je.

  17. Puan. Sejujur nya adalah utk berbincang dan bentang kan segala pendapatan yang puan dan suami ada. Dan suami perlu detail kn kemana pendapatan beliau. Ajak berbincang di masa yang tenang. Lelaki ni kdg2 berfikir terlampau ke depan. Kdg2 terlampau fikir kan masa depan keluarga yg mngkn buat suami react seperti itu. Mngkn lebihan yang suami ada tu sedikit shj utk kegunaan masa hadapan (saving). Dan suami yg baik dia akan rasa terkesan jika dia tidak dapat selesai kan masalah keluarga beliau. Jadi mungkin dia cuba utk berjimat dan berjaga-jaga sekiranya terjadi apa-apa di masa hadapan. Tentang tugas di rumah tu, explain balik kpd suami, kenapa puan decide utk membuat jadual mengemas rumah begitu. Sy harap kan hubungan puan dan suami berkekalan hingga akhir hayat.

  18. Jangan share apa2 tentang income puan dpt dgn suami, dia tak berhak tahu pun begitu jugak dgn bagi belanja pada mak ayah dia. Bukan tanggungjawab puan untuk tanggung mak ayah dia sementelah mereka pun duk sibuk2 tanya puan bila nak kerja semula.
    Itu semua tanggungjawan suami puan untuk tanggung segala perbelanjaan rumah. Dia dah terlalu berasa selesa bila kalian share2 bayar segala keperluan yg di mana dia yg sepatutnya bayar.
    Bagi dia puan dah takde value sbb tak mampu nak tolong dia, Tapi puan tak salah pun tak bantu dia, sebab dia tak bersyukur atas bantuan yg puan bagi selama ni. Biarkan dia rasa galas tanggungjawab sepenuhnya. Puan prepare for the worst, atleast puan dah tak berhadapan dgn orang yg bermuka-2 lagi dah.

    Respect is to be earn !

  19. AKU SIKIT PUN TAK ADA RASA KESIAN DEKAT PEREMPUAN PEREMPUAN MELAYU YANG BERLAGAK WAKTU ADA KERJA ADA DUIT, TERPALING BEKAP SUAMI SPLIT BILL DIA. TERPALING 50/50. BILA ORANG RAMAI NASIHAT, TAK ELOK BAYAR BILL ITU INI, ITU TUGAS SUAMI, JANGAN MANJA KAN SUAMI, NANTI SUAMI CULAS NAFKAH. KEMAIN MELENTING TERPALING BEKAP SUAMI. DIA LAH ISTERI TERPALING MENOLONG SUAMI. NETIZEN TAK KENAL SUAMI DIA. NETIZEN JANGAN MASUK CAMPUR HAL RUMAHTANGGA DIA.

    BILA DAH MELINGKUP, TAK ADA KERJA, TAK ADA DUIT, KENA LAYAN MACAM SAMPAH SARAP DENGAN SUAMI, DAN DAN BUAT CERITA SEDIH TERPALING MINTA SIMPATI NETIZEN. TERPALING LOW ENERGY, MANA HIGH ENERGY KAU YG BERSEMANGAT BEKAP SUAMI MISKIN PAPA KEDANA KAU DULU, HILANG DAH. MANA HIGH ENERGY KAU YANG BERGADUH DENGAN NETIZEN KAT KOMEN. HABIS DAH.

    AGAMA DAH PESAN JADI ISTERI URUS HAL ISTERI SUDAH LAH, SIBUK JUGA NAK MASUK CAMPUR URUSAN SUAMI. TERPALING BANGGA DENGAN SUAMI SPLIT BILL DIA YANG MISKIN PAPA KEDANA. GIGIH KASITAHU SATU DUNIA, DIA TOLONG KEWANGAN SUAMI. DAH MELINGKUP. RASAKAN. CERITA SEDIH KONON. ESOK ESOK DAPAT KERJA, SAMBUNG LAH SOMBONG BERLAGAK. BEKAP BALIK SUAMI MISKIN TAK BERFUNGSI. BERGADUH BALIK DENGAN NETIZEN.

    SIKIT PUN AKU TAK RASA KESIAN. WAKTU SENANG, NETIZEN PESAN SIMPAN DUIT UNTUK KEGUNAAN MASA DEPAN, KITA TAK TAHU APA AKAN JADI DI MASA HADAPAN. GIGIH BERGADUH DENGAN NETIZEN DEKAT KOMEN. SUAMI SAYA ITU INI, SUAMI SAYA TERBAIK, SAYA BAGI DUIT KAT SUAMI SEDEKAH, DAH MELINGKUP SUAMI DENGAN KELUARGA DIA PUN BENCI TENGOK MUKA KAU. BARU KAU TAHU NETIZEN TAK PERNAH MENIPU BILA BAGI KOMEN. INGAT NETIZEN YANG BAGI KOMEN LEVEL SAMPAH SARAP TAK BERDUIT MACAM SUAMI KAU. LEPAS NIH KALAU TAK BELAJAR DARI KESILAPAN TAK TAHU LAH NETIZEN NAK KOMEN APA LAGI. HUJUNG HUJUNG TAHU PULAK MELUAH KAT NETIZEN. BARU SEDAR SUAMI MISKIN KAU SAYANG KAU BERSYARAT, ADA DUIT BARU SAYANG. TAK MACAM NETIZEN, SEMUA YANG MELUAH CERITA, SEMUA NETIZEN LAYAN DAN BAGI KOMEN YANG BAGUS BAGUS, TAK ADA SYARAT. NETIZEN TAK MINTA DIBAYAR. SEMUA IKHLAS BAGI KOMEN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *