Isteri Tak Berharga

Assalamualaikum.. Aku post cerita kat sini, hanya untuk meluahkan rasa yang dah tak mampu untuk aku pendam. Aku suri rumah 4 orang anak, yang sulung 4 tahun, so korang faham-faham la sendiri. Suami aku baik, rajin tolong aku, boleh bertolak ansur, hormat orang tua.

Aku selalu berdoa Allah sentiasa perlihara keluarga kecil kami & kekal bersama hingga kehujung usia.. Tapi saat ni, aku terluka sangat dengan sikap suami aku, dia lebih pentingkan hobi dia & orang lain, perangai dia ni baru bermula selepas baby lahir.

Masa pantang dia yang jaga aku & anak-anak, tapi baru seminggu dia duduk rumah, aku nampak perubahan dia, aku suri rumah, so aku faham sangat dia tengah stress & perlukan me time.. Aku bagi dia keluar hadap hobi dia, so dia keluar 2 jam, lepastu ambil anak sekolah & balik..

Rupanya itu kesilapan aku, niat aku bagi peluang supaya dia tak stress duduk rumah, tapi dia anggap aku bagi green light untuk dia hadap hobi dia selalu. Keadaan jadi teruk bila aku dah habis pantang, dia tinggal aku dengan anak-anak dari 9 pagi sampai 4 petang.

Bayangkanlah selama tempoh tu anak ada yang berak, mengadu lapar, gaduh, baby pulak tak boleh tinggal, kuat ngempeng, aku cakap nak bagi puting, suami aku tak benarkan.

Aku mesej suruh balik cepat, aku siap mengadu lagi, aku lapar sangat, tak makan lagi dengan anak yang kuat menyusu. Dia kata kejap lagi balik, ‘kejap’ dia 2 jam pun tak nampak bayang.

Pukul 7.30 kami makan malam sama, aku suap anak, dia suruh aku makan sekali sebab seharian aku tak makan, aku cakap tak boleh sebab nanti aku makan banyak, tapi rasa tak kenyang..

Lepas dia makan dia duduk tepi baby, aku nak makan sebab anak-anak tak nak makan dah tapi buat sepah, main nasi & lauk, aku suruh dia panggil anak, tapi sibuk hadap phone,

Bila aku tutup tudung periuk kuat-kuat baru dia nak panggil, masa tu aku terus dah tak selera, kemas semua & mandi.

Lepas mandi tu ada salah faham sikit sebab aku minta tolong amik tuala. Aku masuk bilik dengar dia marah kuat-kuat & sebut ‘kau’. So aku keluar balik tanya dia, “awak cakap ape??? awak dah kenapa nak marah-marah”

Dia cakap aku yang marah-marah, macam aku sorang je penat nak hentak-hentak barang, dia pun penat, semua kerja dia buat.

Aku cakap, “kalau dah susah sangat, tak payah buat! Saya marah sebab awak dah makan kenyang-kenyang, lepas tu sy makan bukan nak panggil anak atau ambik diorang, fikir la sikit!”

Dia terdiam, anak-anak aku dah menjerit daddy mommy jangan la gaduh, luluh hati aku bila anak aku nampak semua ni.

Aku masuk bilik bawa baby & aku meses dia untuk berpisah cara baik, aku tak nak hidup bersama lagi klu dia dah tak nak. Dia pun boleh hidup macam orang bujang. Esok paginya dia minta maaf, aku pun maafkan..

Tak lama lepas tu dia hadap lagi hobi dia, tapi ni lagi teruk. PKPB ni aku nasihat suruh dia stop dulu, bahaya. Tapi dia dah kena brain wash dengan Ali, nak yakinkan lagi suami aku, kena la tambah ayat islamik..

11.30 pagi dia keluar, pukul 7 malam baru dia sampai. Petang tu aku mesej dia cakap tak payah balik langsung, aku boleh urus anak-anak sendiri. Sama juga, balik minta maaf..

Lepas tu 4 hari la duduk rumah, dalam pada masa tu, suami aku ada cakap, bini orang lain ok je suami sibuk dengan hobi, dia pelik kenapa aku tak bole urus anak-anak.

Aku cakap, Ali tu anak da besar, ada yang kecik pun, yang paling besar boleh tolong jaga. Dia kata member dia yang lain pun bini mereka ok je.

Masa tu aku dah sakit hati aku cakap la, macam tu awak ambik anak-anak awak suruh bini mereka yang jaga.. Dia kata dia pelik, dulu aku tak macam ni, aku macam berharap sangat dengan dia lepas pantang ni sampai tak boleh nak keluar hadap hobi dia.

Dia nak kata aku naik lemak la tu, tapi ayat halus. Aku bidas balik, dulu pantang awak tak jaga saya, awak hadap hobi awak letak saya kat rumah mak saya, kat sana ada yang bantu, sekarang anak 4 urus sorang.

Masa saya kata dah tak nak mengandung lagi, nak jarak awak tak bagi, memang la awak tolong, tapi bila awak keluar, semua saya yang hadap sorang-sorang!.. Dia?? Diam membisu….

Rupa-rupanya esok tu dia nak pergi hadap hobi dengan Ali, macam biasa ayat dia, kejap je tak jauh.. Tapi pukul 10 pagi keluar, 8 malam baru balik.. Aku tak ckap apa-apa, dah malas. Kebetulan haritu anak aku behave sangat. Malam tu lepas makan dia kata esok nak keluar, last..

Aku pun bagi sebab dia kata last & tak jauh pun, dekat je. Tapi 8.30 pagi keluar 12.30 tengah malam baru sampai rumah.

Seharian anak-anak menangis nak daddy diaorang. Anak sulung aku dah mula cakap sorang “daddy, daddy kat mana, cepatlah balik, daddy ni lama sangat” aku dengar bertambah sakit hati dengan suami aku.. Rupa-rupanya balik lambat sebab Ali ajak lepak.

Esoknya anak aku nak daddy dia, dia tak layan sibuk kemas kereta, anak aku nangis-nangis aku pujuk pun tak nak, then suami aku marah dia, lagi sedih anak aku, terus datang baring kat riba aku sampai tertido sambil aku buai baby, padahal dia nak bermanja je.

Lepastu aku masak. Dia boleh cakap nak pi keluar lagi dengan Ali, nak bawa bekal, dia suruh aku masak lain untuk makan.

Walaupun nada lembut memujuk, tapi hati aku seperti di siat-siat. Dia cakap dia tak balik lewat, guess what, pukul 5.30 petang keluar, pukul 2 pagi tak balik lagi.. Macam biasa anak nangis cari dia & yang sulung borak sendiri..

Aku terluka sangat, suami yang bertanggungjawab, yang utamakan keluarga selama ni, yang tak pernah keluar malam, apatah lagi melepak kat luar, tinggalkan aku dengan anak-anak demi orang lain..

Bagi suami aku Ali tu baik, selalu ingatkan dia tentang solat, tentang mati, aku berterima kasih untuk itu, tapi aku tak faham kenape laki aku bodoh bole ikut perangai Ali bulat-bulat.

Ye suami aku selalu cerita bini Ali penyabar, beribu panggilan tak berjawab pun isteri dia tak kisah, Ali selalu biar isteri dia urus semua. Pada aku ada ke lelaki nak cerita hal dia gaduh dengan bini, malu la kan.

Demi hobi, Ali sanggup suruh orang lain ambil anak dia yang ada kelas. Dan tanpa pengetahuan aku, suami aku jadi penjamin untuk pinjaman dia. Aku rasa aku dah hilang suami, bukan sebab perempuan lain, tapi sebab dia lebih pentingkan Ali..

Ye aku bodoh, sebab nanti aku akan maafkan dia juga walaupun aku rasa nak akhiri hubungan ni. Bak kata suami aku, keluarga aku ni senang orang ambil kesempatan sebab selalu maafkan orang.

Tapi aku juga dah penat sampai aku rasa nak bakar rumah biar kami 5 beranak mati dan dia boleh enjoy dengan hidup dia..

Aku tau aku patut bersyukur sebab kat luar tu ramai lagi yang bernasib malang dari aku, tapi aku terluka & kecewa sangat tengok tangisan anak-anak aku.

Aku dah ambil perancang awal-awal tanpa pengetahuan dia, sebab kalau aku minta izin @ bagi tau, mesti jadi gaduh. Aku tau aku kuat, sebab tu Allah uji, korang doakan aku, aku masih buntu..

– Insan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *