Salam semua. Hati ni menjerit² rasa nak lepaskan apa dalam hati. Tak tahu la pembawakan emosi atau apa.
Lately ni rasa nak cari pasal ja dengan suami. Sebenarnya saya tulis untuk dapatkan moral support untuk saya.
Sebab saya jenis tak share hal keluarga dengan orang dikenali.
Saya dan suami dah kahwin 9 tahun. Ada anak 2 orang.. 2 saja la kot. Sebab dia dah tak nak anak. Kalau saya mintak pun, dia akan cakap kualiti penting dari kuantiti.
Tapi bagi saya, saya rindu nak ada baby. Anak kami pun dah besar dah sekolah.
So saya rasa its ok kan nak tambah anak. Apatah lagi saya masih mampu nak beranak. Tapi dia tak nak.
Tahu kenapa. Sebab dia tahu komitment ada baby ni tinggi. Dia rasa tak mampu dah walaupun saya kata baby tu pakai ja duit saya. Tapi dia tak nak. Sebab ego lelaki kot.
Ego sebab gaji saya besar dari dia. Tapi gaji kecik dia sekarang adalah pilihan dia tau.
Dia belajar engineering dekat overseas. Balik malaysia kerja engineer. Kerja dalam 4 5 tahun lepas tu berhenti.
Katanya tak suka stress². So sekarang dia kerja kerani dekat satu company cabuk dengan gaji mati 2500.
Ok ye.. Masa saya kenal dia, memang dia dah kerja tu dah. Tapi cinta dah butakan hati saya gamaknya.
Sebenarnya saya tak salahkan suami.. Dia dah terus terang semua benda.
Dia tak tipu apa² pun. Cuma saya selalu cakap, sayangla awak ada kelayakan. Sijil awak ada value tapi kerja kerani.
Dia kata dia ada plan nak dapat apa sijil yang ada ir depan nama tu. Nanti nak apply tu. Lepas tu sign dia akan jadi mahal. Saya kurang faham la pasal benda tu.
Tapi saya fikir, ok la. Dia ada future plan. Kiranya tak de la nak duduk takat ni ja.
Suami saya hidup sangat sederhana. Tapi masa kahwin dia dah ada rumah dan kereta perodua..
Rumah masa time covid tu dia pergi settle. Kereta pun dah lama settle.
Sebab time yang boleh keluarkan epf tu, dia keluarkan duit tu untuk settle baki rumah. Kira semua geran dalam tangan.
Suami saya tak suka hutang lama². Dia pun jenis tak suka berhutang.
Tapi rumah tu rumah teres kos rendah, tak sampai 100k. Dia beli masa kerja engineer dulu so dia plan untuk settle tu cepat. Masa tu baki hutang rumah tak banyak dah.
Suami saya memang cekap uruskan kewangan. Bab tu semua saya tak nafikan. Cumanya lepas kahwin setahun dua saya tanya pasal plan ir dia tu.
Dia cakap dia dah tak minat dah. Dia suka kehidupan sederhana macam ni ja. Lagipun benda tu kena working experience strong la apa la. Bukan senang nak dapat.
Saya selalu pujuk, dah tu mintak la kerja tu balik. Dia tak nak. Dia kata sampai mati nak kerja ni ja.
Saya ada jugak tanya²kan untuk jadi lecturer ke. Dia tetap tak nak. Dia kata dia tak pandai mengajar. Macam² benda saya nak tolong rekomen. Semuanya dia tolak. Alasan tah apa² ja.
Semalam kami gaduh lagi. Saya ada carikan dia kerja. Saya isi semua detail tolong apply tanpa tanya dia.
Orang tu dah reply emel pangil interview. Tapi dia tak nak pergi. Dia kata kenapa saya memandai² atur hidup dia.
Saya kata dunia ni keras. Kedepan² semua benda mahal. Awak rasa boleh hidup ke dengan 2500 awak tu. Anak² makin besar. Keperluan dah tak kan sama macam sekarang.
Sekarang sekolah rendah tak pe lagi. Nanti budak² naik menengah. Nak masuk u semua.
Sekarang saya ada, saya boleh bantu. Kot² saya mati dulu, saya tak nak awak susah.
Tapi dia kata dia boleh hdup dengan 2500 tu. Hidup dengan cara saya la. Selama ni hidup boleh kan. Saya dah sediakan tempat tingal, kenderaan, makan, pakai. Apa lagi awak nak dia soal saya.
Saya cuma rasa rugi la belajar pandai tinggi. Sedangkan dia boleh pergi jauh. Dia patut manfaatkan ilmu dia. Dia ada degree kot. Boleh jana income lagi besar.
Tapi dia kata kalau awak nak suami yang gah.. Yang boleh bangga cakap dekat orang. Nak income lagi besar. Awak pergi la cari laki lain.
Ataupun dia kata, kalau dah tak suka hidup dengan saya berpisah ja la.. Sedangkan bukan itu yang saya nak.
Saya cuma rasa dia patut kerja dalam bidang dia. Kepakaran dia akan sia² ja. Tapi dia asyik salah faham ja.
Pagi tadi dia wasap dekat saya. Dia kata saya ni isteri tak bersyukur. Dekat luar sana macam² laki tak berguna. Tapi dia kata dia dah jadi ayah dan suami yang baik tapi saya ni masih buta.
Dia kata saya ni gila material, gila pangkat. Nak belagak suami engineer. Kalau rasa suami kerja kerani tak gah, rasa malu ada suami kerja kerani gaji 2500, berpisah ja la.
Ya allah bukan macam tu pun saya fikir. Tapi saya sendiri tak tahu nak luah macam mana apa dalam hati saya ni. Bukan perpisahan yang saya nak. Saya bukan malu dengan dia. Saya fikir untuk side dia.
Dia kata kalau berpisah pun, dia mampu bela dua orang anak ni.
Andai saya yang dapat hak penjagaan anak pun, dia mampu ja bagi nafkah untuk 2 orang anak seribu sebulan.
Sebabnya dia tak de hutang apa².. Tapi saya ni ada hutang rumah kereta mahal. Hidup penuh hutang. Takut saya yang tak boleh bela anak dia kata.
Ye betul. Saya beli kereta mahal sebab fikirkan anak.. Fikir safety. Tu pun dengan persetujuan dia. Kalau keluar sekeluarga, memang pakai kereta ni.
Sebab body kereta ni kuat berbanding perodua dia. Apa² jadi safety penting. Memang tak de sapa boleh lawan takdir, tapi saya ambik langkah berjaga².
Tapi dia fikir saya beli sebab saya nak belagak. Saya gila material. Saya memang ada rumah 300k dan saya sewakan.. Tu aset untuk saya sendiri. Untuk anak² kedepan nanti.
Tapi asal apa² saya cakap, yang keluar dari mulut dia sekarang berpisah. Adakah itu boleh buat dia bahagia?
Tadi lepas solat dhuha, saya fikir panjang atas sejadah. Orang kata time macam ni fikir apa kebaikan dia.
Ya, dia tak de apa² keburukan pun. Actually punca saya jatuh cinta dengan dia sebab dia sangat manly, dan bertangungjawab. Dia lelaki rare di mata saya.
Sejak kahwin, 1 sen dia tak pernah bagi duit dekat tangan saya. Sebab kami tingal di rumah dia.
Bil² rumah dia akan settle. Hal rumah, gas bahan dapur semua dia belikan.. So dia anggap nafkah zahir dia kat situ. Tak perlu bagi duit kat tangan saya.
Grocery pun mostly dia yang akan pergi beli. Dia akan chek apa nak habis so dia topap. Barang basah semua dia beli. Saya cuma masak ja. Kadang² ja saya beli kalau ada singah pasaraya.
Gaji saya, saya uruskan hal saya sendiri ja. Komitment saya. Bil saya. Minyak kereta saya. Barang makeup saya. Pakaian kerja saya.
Dari zaman bercinta sampai sekarang. Dia langsung tak pernah tanya gaji saya berapa. Apa saya buat dengan duit saya. Atau pinjam duit saya, langsung tak pernah.
Untuk rumah ni, untuk keluarga ni, saya topap sikit² ja la. Barang untuk rumah saya rasa nak beli,saya beli. Untuk budak² ni la banyak saya belikan. Beli untuk dia, dia cakap bazir.
Sebab dia tak suka sangat guna duit saya. Sedangkan saya ni isteri dia. Saya nak ja buat untuk dia. Salah ke niat saya?
Cuma kadang² saya paksa jugak ajak makan restoren mahal² ke. Pergi bercuti mana² yang luxury sikit.. So dia terpaksa la turut. Sebab budak² dah excited nak.
Tu pun dia akan tanya kena berapa. Sebab dia nak tong duit sikit. Saya akan cakap tak payah. Saya kata saya belanja kan. Baru dia akan diam.
Tadi dalam wasap dia cakap. Dengan gaji 2500 dia ni. Setahun sekurang²nya sekali dia mampu bawak kami sekeluarga bercuti.
Percutian bajet dalam malaysia. 3 hari 2 malam. Budak² ni suka nak pergi cameron, langkawi.. So dia akan bawak ja lepas dia atur financial dia.
Lepas tu sebulan sekali dia bawak makan kat luar. Bulan puasa, sekali dia akan bawak makan buffet hotel.
Setahun sekali, baju raya kami dia belikan. Barang² sekolah anak dia uruskan.
Untuk anak, sorang dia bagi 5 ringgit sehari duit makan. Tapi dalam masa yang sama, dia didik anak untuk menabung. Sehari walaupun 10 sen mesti kena simpan dalam tabung dia kata.
Lepas tu anak mintak apa² untuk sekolah dia akan belikan. Walaupun saya cakap kat anak, nak apa² mintak kat ibu. Takut ayah tak cukup duit.
Tapi anak lagi selesa mintak kat dia.. Kalau kita nak belikan suami kata tak pe nanti dia beli.
Anak pergi sekolah, balik sekolah dia uruskan. Saya ni uruskan hal sendiri.. Basuh baju, masak, buat kerja rumah. Tu ja tugas saya dia kata.
Dia soal saya apa lagi saya tak puas hati. Yang paling saya sedih. Ayat dia yang ni,
“Kau pergi tengok jantan lain kat luar sana yang gaji 10 ribu pun belum tentu dapat buat macam aku buat tau”.
“Nak kata dalam sebulan tak de makan ayam ikan. Aku rasa sampai ke ketam udang pun aku sediakan. Apa lagi yang kau nak?”
“Orang macam kau ni patut dapat jantan kaki perempuan ka, kaki hisap dadah ka, kaki pukul, biawak hidup baru kau tahu bersyukur ”
“Patut la orang kata. Perempuan zaman sekarang pelik. Lelaki baik tak suka. Nak yang jantan tak baik. Jantan tak baik bersepah kat luar sana. Kau pergi la kutip”
“Menyesal aku kahwin dengan kau”
Hancur hati saya baca mesej dia.. 9 tahun kahwin, dia tak pernah guna perkataan ‘aku, kau’.
Dia memang orang yang serius, tegas, tak romantic. Tapi dia tak pernah berkasar dengan saya. Nada cakap dia memang mendatar, keras. Tapi bukan perkataan aku kau.
Tapi kali ni mesti dia dah benci saya kan.. Dah terkeluar perkataan menyesal pun kan.
Saya pun menyesal jugak. Menyesal buat dia rasa menyesal dengan saya. Sedangkan saya cintakan dia ja.
Betul la orang kata, perempuan ni complicated. Saya ni sangat complicated. Benda tak isu, saya jadikan isu.
Saya tak reti respect pilihan orang. Dulu dia pernah cakap, menuntut ilmu dan rezeki pekerjaan tak sama.
Dia belajar engineering sebab tu ilmu. Tapi rezeki dia mungkin bukan engineer. Rezeki pemberian allah.
Dia selalu cakap duit banyak² pun kena jawab dekat tuhan. Apa pun sederhana tu lebih baik.
Dia lagi tahu matlamat hidup berbanding saya. Sepatutnya saya kena bersyukur dapat suami macam dia.
Pandai didik anak, pandai jaga isteri. Tahu agama, tahu tangungjawab.
Tapi apa yang saya dah buat sekarang ni. Saya bakal hilang lelaki yang saya tak akan jumpa macam dia dah. Lelaki yang sangat berkualiti.
Memang padan la muka saya. Memang ni balasan yang saya patut dapat pun.
Kadang² saya lupa banyak perkara. Expectation saya ja penting. Orang lain fikir apa tak penting.
Saya nak kan romantic dengan cara fikir saya ja. Tapi saya buta untuk lihat romantic dari cara dia.
Saya suka jalan nak pegang² tangan. Tapi dia tak suka. Mungkin dia malu ke apa tak tahu la.
Dari zaman tak de anak, sampai ada anak. Dia memang kurang gemar sentuhan fizikal.
Even waktu kami bersama pun, dia akan lock tangan saya kalau saya aggressive sangat nak sentuh dia. Dia suka dia ja yang dominant.
Tapi dia pandai ja puaskan saya dengan cara dominant dia tu. Cuma kadang² saya fikir kenapa dia ni. Tapi saya lupa saya pun selfish kadang². Tapi dia terima ja saya kan.
And dia sangat² protective. Kalau jalan memang tak pegang tangan. Tapi dia sentiasa alert cara saya jalan.
Dia akan cakap jalan belah sini.. Kereta banyak. Jalan hati² ada longkang depan tu. Ada ja la apa² dia akan remind.
Kalau tempat ramai², ada orang lelaki banyak. Dia akan tarik saya suruh jalan depan dia. Dia sentiasa perhatian saya ja. Tak nak lelaki lain tersentuh saya.
Kalau pergi beli baju ke apa ke, dia ikut ja saya. Tolong pilih². Tolong jaga anak sambil tengok saya pilih barang. Dia tak duduk kat luar main handphone macam lelaki lain.
Dia rajin layan anak². Kalau jalan kat luar, anak memang sentiasa dia yang jaga.
Dulu masa anak kecik, kalau pergi makan ke. Kat rumah family ke. Dia akan suruh saya makan dulu. Dia yang akan pegangkan anak. Apa pun dia akan utamakan saya dulu.
Rumah family kami ramai. Kalau sampai sana, masing² susah jumpa dah. Dia akan lepak dengan geng lelaki kat luar.
Tapi time dia nak makan dia akan datang cari saya. Tanya saya dah makan ke. Lepas tu baru dia akan pergi makan.
Termasuk dalam hal jaga anak. Dia tak pernah biar saya urus sorang². Mesti urus sama² walaupun di rumah mak saya.
Tapi semua tu saya tak nampak kan. Betul la kata dia. Saya ni buta. Apa yang saya cari pun tak tahu la. Tak pandai hargai orang yang baik.
Suami saya tak de keluarga. Dulu saya fikir dia mesti akan happy masuk dalam family saya.
Saya fikir saya akan bagi kebahagian kat dia. Tapi hari ni saya sedar, saya hanya meragut kebahagian dia ja.
Andai berpisah tu mampu buat dia bahagia.. Saya redha.
Kalau korang nak tahu, suami saya ni sangat kacak tau. Badan tegap, kemas.
Walaupun orang kata kami sepadan.. Saya ada rupa jugak. Tapi orang jarang pandang saya.
Even komen dalam gambar kahwin kami ramai yang komen handsomenya husband u.
Kalau ada event kat pejabat, family day ka apa. Orang yang baru kenal dia pun mesti akan puji rupa dia even kawan lelaki.
Tapi sebenarnya aura dia sebagai manly tu buatkan dia lagi handsome.
Selalu menarik mata² memandang dia termasuk orang lelaki. Muka dia sentiasa serius susah nak senyum. Tapi dia kacak dengan cara dia.
Dulu saya pernah cakap, masa tu anak sulung baru 6 bulan. Saya cakap awak perasan tak, kemana² kita pergi, mesti orang akan pandang² awak.
Mesti orang rasa dah la bini dia tak cantik. Tak padan dengan lelaki ni.. Tak pandai jaga anak. Suami dia pandai jaga anak handsome pulak tu. Saja la saya nak usik² dia.
Sebenarnya saja ja nak trick dia supaya dia cakap saya cantik. Dia kan tak pernah bagi ayat jiwang². Sesekali nak jugak dengar dia puji saya.
Tapi tau tak dia jawab apa. Dia kata saya tak perasan semua tu sebab mata saya hanya pandang awak ja.
So awak tak payah kisah pasal pandangan orang ok.
Ye betul. Dia hanya pandang saya ja. Tapi saya kan buta. Buta nak hargai dia. Sedangkan kata² tu lagi berharga dari kalimah I love u ke, dari pujian dia yang saya cantik.
Pasti lepas ni dia akan dapat perempuan lebih baik kan. Sebab dia ada pakej lengkap melainkan kerjaya tu ja la.
Tapi kan ramai ja perempuan yang pandang sikap berbanding kerja.. Saya ja bodoh.. Bodoh menilai.
Sedangkan banyak saya baca dalam ni isteri dapat suami tak guna. Tuhan bagi saya suami yang baik, tapi saya sia² kan.
Semua benda saya nak jadi isu. Sekarang memang betul² padan muka saya.
Saya save draft ni. Lepas 3 hari saya sambung. Sebab usaha saya nak pujuk dia memang tak berjaya.
Macam² saya dah buat. Sampai sujud kat kaki dia dah. Tapi dia ulang² cakap pergi la cari laki lain.
Nanti takut kau mati kebulur pulak kalau hidup dengan aku yang gaji 2500 ni.
‘Aku Kau’ dah melekat sampai sekarang. Saya tak suka betul la panggilan tu.
Saya dah menyesal. Saya tak akan buat lagi macam ni.. Tapi nampaknya mungkin dah tak de peluang untuk saya.
Dah 3 hari ni dia pun tak masuk bilik. Tidur dengan anak². Sahur pun senyap. Kalau saya masuk bilik anak nanti saya tersedar saya tengok dia tak de. Dia tidur di sofa.
Nampaknya mungkin dia betul² dah benci saya. Mesti orang fikir, ada suami baik, dapat isteri tak pandai hargai pulak.
Andai jodoh saya sampai sini ja. Saya kena terima la. Dah saya yang cari penyakit kan.
Anak² biar la dia jaga. Sebab dia lagi pandai didik anak berbanding saya. Anak pasti lagi berjaya kalau hidup dengan dia.
– K (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit
relax dulu sat, biarkan marah dia reda ckit, la ni jgn create apa2 isue lagi, lepas tu baru kamu tengok camna, klu betul2 memang dia dh tak mau, kena le mintak campur tangan keluarga.
Betul.bg masa dan muhabah diri awak tu.tanya diri apa yg awak nak lg…pelan² ubah cara berfikir.dekatkn diri dgn Allah swt.takde manusia yg sempurna melainkan Dia.terima seadanya apa yg dah tertulis…reda bukan bsnyak songeh
Kak fhm apa yg K cuba sampaikan. Bangunlah tahajjud di awal pg. Mohon sungguh2 dgn Allah. Ni ujian dr Allah yg mahu kita sentiasa dekat dgnNya. Apa lg di akhir Ramadhan ini. Bulan mulia penuh berkat. Doa yg akn Allah makbulkan. Jika usaha lahir dah x berkesan, usahakanlah dgn memohon padaNya. Allah Maha mendengar n Maha mengasihi hamba2Nya. Teruskan berdoa hga berjaya. Jgn putus asa! Kak doakan yg terbaik buat awak sekeluarga….
For some reasons I think I can understand how your husband thinks.. Boleh relate sangat; Cuma saya ni versi perempuan lah.
Mungkin sis dengan suami tak sekufu dari segi pemikiran. Sorang jenis nak bersederhana tenang2, sorang lagi jenis yang sentiasa nak ‘on the go’ nak sentiasa ada improvement walaupun dah berusia. Pada masa yang sama saya faham juga sikitlah pemikiran sis yang nak yang terbaik untuk keluarga dan anak2. Benda TERbaik ni memang lah lagi mahal jadi kena kerja lagi keras to earn more. Tapi suami sis bukan macam tu. Dia pilih untuk bersederhana dari segi berbelanja sebab otak dia dah tak mampu nak kerja ‘keras’. Dia tahu kemampuan dia sampai mana.
Bidang profesional bukan mudah. Kalau jumpa orang yang memang insist dah taknak kejar bidang tu lagi, kita tak boleh paksa2.. tak perlu juga cakap “eh sayang nya eh ruginya belajar susah2 dah tak kerja bidang tu..” Sebab hanya diri dia saja yang tau cabaran dalam bidang dia.. Hanya diri dia saja yang tau kemampuan diri dia sampai mana. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Sekarang ni dia nak kerja apa pun kira dah OK lah tu (asalkan halal) walaupun hanya kerani cabuk. Sekurang-kurangnya dia bukan biawak hidup. Kalau dia jenis rajin, insyaallah dia akan cuba cari jalan untuk cari duit walaupun kerja biasa2. Dia cuma taknak kerja bidang professional, bidang yang lagi buat dia sakit otak.
Sis kata sis kenal dia pun masa dia dah kerja kerani biasa2. Masa tu pun mungkin dia pun dah tak boleh ‘go’ dengan dunia engineering ni. Masa tu mungkin dia ingat sis boleh terima dia macam tu. Jadi sekarang mungkin dia macam kecewa lah yang sis dah tak boleh terima dia macam tu lagi dah.
Sis gunalah hari2 akhir bulan Ramadan ni doa banyak2 kat Allah.. Doa untuk selamatkan rumahtangga sis. Doa untuk Allah berikan yang terbaik di sisiNya. Andai kata perpisahan adalah jalannya, mungkin itulah yang terbaik. Jika ditakdirkan berpisah, semoga berpisah dengan cara yang baik dan berdamai.. Jadikan ni pengalaman yang kita boleh belajar hidup bertolak ansur dengan pasangan yang ada pemikiran dia sendiri..
Betul.bg masa dan musahabah diri awak tu.tanya diri apa yg awak nak lg…pelan² ubah cara berfikir.dekatkn diri dgn Allah swt.takde manusia yg sempurna melainkan Dia.terima seadanya apa yg dah tertulis…reda bukan banyak songeh
memang awak tak bersyukur.
awak actually pun bukan 100% bersalah dlm hal ni. awak pun dah insaf dan minta maaf, dah mcm2 inisiatif awak dah lakukan tapi ego husband awak tu terlampau tinggi. penjelasan awak dia xnak dengar langsung even dah bersujud kat kaki dia. ego dia lagi tinggi berbanding nak selamatkan rumah tangga dia, ego dia terlampau tinggi sampai tak boleh maafkan awak.. ni semua sebab salah faham.. dah buat penjelasan tapi dia xnak terima buah pemikiran awak, dia nak buat cara dia je.. kalaulah jalan terbaik adalah perpisahan, lepas ni awak jangan minta maaf langsung kat dia, sebab nasi dah jadi bubur.
salah awak anta resume husband kat company.. tu je.. lain2 takde la bersalah, itu cuma salah paham.. awak cuma buat backup plan kalau apa2 terjadi kedepan nnt.. salah ke nak protect family sendiri? kalau i jadi u pun i akan support dia mcm apa yg u lakukan.. cuma tu lah, lain husband, lain pemikirannya, kalau jenis ego mmg tolak ketepi, mana suami yg cerdik pandai akan fikir2kan.. isteri mana yg xnak suami hidup lebih senang (walaupun suami ckp dia dah selesa)..
all the best sis, i can feel you.. mesti terketar2 tangan nangis masa menaip kan.. hugs for you..
pmpn..mmg back up saje..
Doa banyak2 sis akhir2 Ramadhan ni semoga Allah lembutkan hati suami. It’s just a matter of communication. Sabar. Bagi dia masa. Jangan push dia. Biar dia sendiri keluar dari gua tu. kalau baca buku Man from Mars, woman from Venus salah satu tabiat org lelaki ialah kalau ada masalah dia suka masuk gua, means x mahu diganggu. Biarkan dulu sambil teruskan kehidupan puan. Mungkin boleh minta juga pendapat counselor rumahtangga next step yg boleh puan ambil
apa guna muka kacak tapi poket kosong. tinggalkn je jantan pemalas mcmtu. u deserve better, yg berwawasan, yg gah. yg loaded baru la balik kampung sedara2 pandang tggi u. barula u ada aura class u tu. biarkan dia jadi pemalas sorng diri, xperlu nk heret anak bini jadi pemalas jugak.
Suami dia x pemalas pun. Bce dr awal sampai akhir. Komen kau bg aku sakit hati. Kat luar sana ramai perempuan nak suami mcm tu. Tp perempuan ni x bersyukur. Sama mcm ko
Laki ko ni memang laki idaman semalaya sis, sangat manly tapi orang nye sederhana dan tidak suka banyak ropol dalam kehidupan, memnag betul lar ko isteri yang tidak bersyukur, terus lar pujuk dia, semoga dia lembut hati.
Nanti bila dah berbaik jangan ungkit2 dah, teruskan kehidupan seperti yang dia dah plan, ko nak climb the career teruskan, jangan paksa laki ko dah.
jangan lah guna alasan perempuan complicated. awak je suka serabutkan otak dengan benda tak perlu. suami dah sediakan semua benda pun masih memprsoalkan. lagipun duit nafkah mcm awak ckap tu bukan bnda yg wajib ye. entah lah kak kaau cerai padan aje muka ko
Betul la suami awak ckp tu, dia dh tahu jalan hidup dia.. mgkin sbb dia xda family so dia nk spend time dgn family .kalau dia kerja gaji besar, komitmen pun besar , takda masa dgn famli. Busy kerja..
Sbb tu dia selesa dgn gaji 2500 sbb dia xda hutang .dan dia rasa ckup bnyk tu dgn quality time yg dia ada dgn anak2 dan isteri..
Suami merajuk tu sbb dia nk bg awak sedar.
Lepas dia nmpak awak dh sedar tu, nt okla..doala bnyk2..
Betul la kut awak isteri xbsyukur
suami sya mcm suami yg sis nk suami sis buat.. ambil ape2 sijil. gajil 3x dari suami sis. tp tula.. bila ade kerjaya bagus.. ade kekurangannya yg kita kena terima. suami saya gaji.. pangkat yang bagus.. siap ambil second degree untuk naikkan income dia.. n dia kerap tukar tempat kje. jd dia tak ada masa untuk saya dan anak2. anak saya sama banyak dengan sis.
semua appointment n urusan anak dan rumah saya urus 100% sbb dia tiada masa. kadang2 saya dan anak2 tertido baru dia balik or habis class.
nak bercakap dengan suami pun susah selalunya wassap je.. wlwpun dia ada di rumah dia bz.
sis patut pikir kehidupan macam saya ke sis nk alami. suami ada tp bz..
wlwpun suami bz alhamdurillah dia sediakan sedikit masa dia teman saya beli barang dapur.
kalau sis dah biasa suami ada disamping tiba2 suami sis jd mcm suami saya.. rasanya bende tu boleh jd gaduh.. sbb tiada masa bersama. anak pun tak kisah ayah tiada sbb dah terbiasa.
kalau sis xsanggup.. sis kne redha dgn ape sis ada sekarang.
mcm saya wlwpun suami bz.. saya redha n bersyukur dia masih cuba ada. wlwpn masa dia padat.
doa banyak2 semoga dilembutkan hati. sebagai lelaki mungkin dia rasa down sangat sekarang sebab puan persoalan perancangan hidup yang dia dah aturkan.
walau gaji rm2500 dia tiada hutang, ada rumah walau kos rendah. dia dah atur semuanya jaga puan dan anak sebaik mungkin dan bagi dia dia dah buat habis baik tapi bila puan mula persoalkan gaji dia semua di atas bagi dia gagal. dia gagal mengembirakan keluarga dia orang yang dia sayang
bagi dia masa jangan jangan bagi makin melarat. bagi dia masa untuk cool down bagi fikiran dia kembali rational. dia pisah tempat tidur buat masa ini biar sahaja janji puan buat tugas sebagai isteri seperti biasa.
jika puan sayangkan dia jangan lepaskan pertahankan keluarga puan. kalau salah sorang masih pertahankan hubungan insyaallah akan berkekalan. doa dilembutkan hati dia . semoga hubungan kembali baik. amin
Biarkan dia cool down dulu, dia seorg suami yang baik. Lambat laun dia akan kembali normal, jangan provoke jangan ungkit apa².. Teruskan hidup puan seperti biasa, layan makan minum dan hubungan (jika ada) seperti biasa. InsyaAllah dia akan kembali kepada diri dia yg asal sebab dia seorg suami yg tahu tanggungjawab sebagai seorg suami yg baik.
Aku dapat rasakam karangan ini fake. Cuma nak kondem perempuan dan angkat ego lelaki.
Komen² pun ada yang fake.
Sebab aku penulis aku dapat beza realiti dengan karangan.
Gaya karangan ni sama dari dulu. Sebab ni juga aku dah lama tak baca iiumc.
Tulis buku apa? Nak bacaa… bosan skrg xde novel baru yg best.
Elok sis jumpa kaunselor untuk nilai situasi korang ni dan cari solusi.
Menaikkan taraf hidup tu satu pandangan jauh dan langsung tak salah sis nak berfikiran macam tu. Nampak suami sis ni macam alami masalah hormon menyebabkan dia kurang bermotivasi. Lelaki normal yang sihat tak sepatutnya macam ni. Lelaki normal yang sihat akan fikir masa depan keluarga dan berusaha sehabis baik walaupun susah.
Saya ambil contoh arwah datuk saya besarkan 12 anak dalam kemiskinan. Alhandulillah dia memang ada skill buat rumah sendiri, walaupun tingkap tutup dengan kain saja. Kelayakan dia zaman merdeka dulu cuma dapat jadi pomen JKR, tapi dia buat juga kerja sampingan sebagai buruh, ternak lembu-kambing untuk jual dapatkan belanja sekolah awal tahun. Bukan nak suruh suami sis bela lembu tapi nak cerita kerja keras tu sebagai ketua keluarga dan breadwinner.
Suami puan ni nampak malas tapi saya rasa dia ada masalah kesihatan otak/gangguan hormon sebenarnya. Bawalah jumpa pihak ketiga dapatkan nasihat yang betul.
Ok… Meh sy ajar cmne nak pujuk die..
1. Cakap minta maaf sebab sibuk hal die. Cakap la sbnarnya awk syg dekat dia dan teringin nak tgk dia capai setinggi boleh. Sebab kagum kat die. Cmtu..
2. Minta maaf sebab gagal menilai kebaikan dia. Mmg sgt hargai keupayaan dia. Awk sebenarnya nak jadi isteri hebat utk suami hebat.. Mcm tu.
3. Ckp saya masih belajar.. In shaa Allah sy cuba utk taat kpd suami sebaiknya. Setiap org belajar level berbeza.. Mungkin ni cara Allah ajar suami isteri bersama utk saling memahami. Atau peringatan dari Allah utk tidak lalai dari ujian²Nya.
4. Ckp la awk sedih sebab tak sangka biat baik jadi mcm ni. Sedangkan awk mmg berniat baik nak jadi isteri yg hebat utk suami hebat.
5. Ckp terima kasih jaga awk dan anak² dengan sgt baik selama ni.. Izinkan awk utk balas jasa.. Nanti malu nak mengadap Allah dpt suami baik tp awk tak jaga..
Cube ckp benda2 mcm ni.. Ckp puan pada dia kena ada hikmah, xleh pujuk² typical.. Sbb tgk character die tu benda2 dia buat tu benda yg Allah suke.. Dia sgt terasa tu.. Ckp kat dia awk menyesal dan Allah kata kalau isteri kembali taat, jgn susahkan.. Sbb Allah suke perkahwinan terjaga.. Ok semoga Allah selamatkan perkahwinan puan dan suami..
Betul, saya dan suamipun jenis berfikiran macam tu. Xnak kalut2, chill ja. Kami dok kampung ja senang tp ada juga yg pandang rendah, lantaklah. Awak chill try improve yourself dulu, as a back up plan. Biar dia reda, jgn kata apa2. Buat apa yg dia suka sy. Jgn give up utk berpisah selagi dia xlafaz cerai kat awak.
sy nak advice utk jalan pujuk yg laen. buat2 demam atau senggugut atau sakit perut xlarat bangun sis
.. da awk sujud2 kaki dia xjalan kan.
nak bagi masa mcm mane da nak raya da pun.
sbb pattern hsbd caring ni yg carik wife dia mase nak makan ni (situation : mase blk kmpg yg ramai2 tu), tak kan la dia tak tercuit nak tgk bini nya xlarat nak bangun sbb sakit demam masih nak teruskan merajuk n ego dia tu.
boleh stress woo gado dgn laki 1-2hari, jgn kan 1-2mggu. mental rase. boleh migrain. lepas baek jgn diungkit perkara tu lg.
saya rase dia masih sayang awk, sbb dia tetap nk berkomunikasi dgn awk, even dgn cara sakitkan hati awak n berkasar dgn awk. tp jgn dicabar dia lepaskan awk. naya kang hidup.
gitulah asam garam rumah tangga dgn hsbd yg buat sume keje rumah n pilih hidup sederhana.
semoga dipermudahkan urusan ya..
Di awal pembacaan rasa nak marah sangat pada Puan sebab nampak Puan sangat tak bersyukur. Tapi di akhirnya akak sangat bersimpati. Nasihat akak yang telah berumahtangga hampir 30 tahun ni, kembalilah Puan pada Allah. Minta ampun dariNya sungguh-sungguh. Allah menyayangi Puan dengan memberikan ujian yang sangat menyedarkan Puan. Jangan merayu-rayu lagi pada suami tapi merayu lah pada pemilik suami Puan iaitu Allah. Ramadan masih berbaki. Percayalah ketenangan dan kebahagiaan itu bukan datang dari gaji yang besar dan harta yang bertimbun. Akak dan suami sendiri berpangkat besar tapi kami pilih hidup sederhana seperti suami Puan. InsyaAllah. Kembalilah puan pada Allah ya. Minta ampun dan bertaubat pada Allah. Hanya Dia yang berkuasa atas segala-galanya. Akak doakan Puan akan memiliki semula permata hidup Puan. InsyaAllah. Aamiin.
Lelaki jenis ini yg kita panggil ” Qawwanun ‘alan nisaa’.
Pelindung kpd wanita. Dia tahu apa tugas dia sebagai seorang lelaki BerIman.
Lelaki juga bersifat Dominan. Pantang dia isteri bagi nafkah. Pantang dia isteri belanja brg keperluan rumah..
Awak telah mencabar ego dia.
PERGI LAH MINTAK MAAF . MENGAKU LAH AWAK SALAH. CEPAT ! J
JANGAN LAMBAT
Bersyukur apa yg ada, org lain payah nk dpt suami mcm awak. Dalam dunia ni nak cari mcm suami awak tu susah wei. Yg awak cari tu adalah tuntutan dunia semata2. Biar gaji x byk @ sikit, janji berkat. Gaji suami awak tu dikira berkat la ..x hutang apa2,semuanya cukup keperluan utk awak dan anak2, awak nk apa lg…kalau ada sijil bertingkat2, hidup x bahagia, nk buat apa wei,Gaji besar x menjaminkan kebahagiaan , nk buat apa wei. Hidup merana ja. Kehidupan pjg lg yg perlu awak lalui..Cuba pikir skit utk akhirat sama. suami awak contoh suami yg baik. Apa2 pun berbaliklah kpd Allah. Mintak pd Allah, supaya awak dikalangan org2 yg bersyukur dgn nikmatnya, jgn jadi kufur nikmat wei. Insyaallah doakan setiap selepas solat jd org yg bersyukur. Jgn putus asa utk mjntak maaf pd suami. Setiap kita pernah buat silap, x ada manusia yg sempurna kecuali Rasullullah S.AW. Allah sahaja Maha Sempurna. Kami semua doakan agar awak berjaya memujuknya dan kembali menjadi isteri yg taat…aaaamiiin..
Aku tak salahkan ko 100%..betul la ckp ko sis takkan gaji mati rm 2500 je smpai bila2..anak2 akan membesar masuk U semua.
Dr kes ni i nampAk suami u ego nak terima pndgn positif isteri.Dia hanya nak duduk dlm situasi selesa dgn gaji cmtu sebab dia dah tahu u gaji lg besar…
Lembiknya cara fikiran suami ko..dia dah gaslighting u sis dan buat u yg rs bersalah..pdhl tindakan u tu normal je bg pndgn suruh cari job lbh bgs
Ego nya laki ko..ko p sujud kaki dia buat apa?dia bkn Tuhan pon nak kena sujud2..lg tmbh ego la dia..
Dia sengaja guna ayat “p cari laki lain” kat ko sebab dia nak suruh ko stop sebut psl cari kerja lbh bagus kat dia..
Takut juga dia ada skandal dlm pejabat tu..tu jd selesa kerja situ.Entah skandal perempuan atau dgn gay.Siasat ye.
Pastu cr punca je nak salahkan ko
Jgn jd bodoh la sis.Aku rs ada something wrong dgn suami ko.Ko x salah pon tp dia buat ko rs ko yg salah sebab dia nak control ko…
Pndai dia manipulate ko kan smpai jd bodoh
Kalo rase awak mati dlu..backup plan beli hibah la byk2…200k pon ckup..dia pandai handle jgn risau…awak hantar resume mcm da menjatuhkan maruah dia..mcm dia tu xnak keje…apela.. haishhh
Cuba sis berhenti kerja ,maybe after that dia akan lebih usaha untuk cari duit tampung mana kurang sebab memang ikot rezeki Allah tak kisah gaji 2.5k kalau Allah nak bagi cukup akan cukup tp ekonomi sekarang ni ssh tak sure sis duk mana kalau kl tu bujang tu akhir bulan kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
Dalam kes ni, aku rasa ada unsur gaslighting kalau suami asyik buat isteri rasa dia yang salah hanya sebab dia mahukan kehidupan yang lebih stabil untuk keluarga. Kalau suami guna ayat macam “awak tak bersyukur” atau “saya dah bagi semua, kenapa awak masih tak puas?” tanpa cuba memahami kebimbangan isteri, itu memang manipulatif.
Tapi kalau keperluan asas semua dah cukup dan isteri cuma nak lebih kerana “suami ada kelayakan lebih tinggi,” maka isteri pun kena fikir balik – adakah dia betul-betul susah atau sekadar nak suami ikut standard dia?
Kesimpulan aku:
Kalau keluarga struggle dengan kewangan tapi suami tetap tak nak usaha lebih → suami salah
Kalau semua cukup tapi isteri tetap rasa tak puas dan push suami sampai buat dia tertekan → isteri terlalu menuntut
Kalau suami buat isteri rasa bersalah sebab nakkan kestabilan kewangan yang lebih baik → ada unsur gaslighting
Jadi, bergantung pada situasi sebenar dalam rumah tangga diorang.
akan kata suami lebih salah dalam kes ni.
Kenapa?
1. Dia ada potensi untuk lebih tapi pilih jalan senang – Kalau dia bujang, tak ada masalah. Tapi bila dah berkeluarga, dia ada tanggungjawab untuk fikirkan kestabilan jangka panjang, bukan sekadar cukup untuk hari ini.
2. Kewangan bukan sekadar “cukup” tapi juga untuk masa depan – Anak-anak membesar, kos hidup makin naik. Kalau dia selesa dengan RM2,500 sekarang, adakah dia ada plan kalau satu hari nanti kos meningkat?
3. Boleh jadi dia gaslight isteri – Kalau dia asyik cakap isteri tak bersyukur tanpa cuba faham keperluan sebenar, itu manipulatif. Isteri bukan minta benda mengarut, dia cuma nak kepastian tentang kestabilan masa depan.
Tapi kalau suami memang ada alasan kukuh (contoh: kesihatan mental dia tak boleh tahan tekanan kerja lebih besar), isteri pun kena timbang perasaan suami. Dalam kes ni, solusinya bukan cari siapa salah, tapi bincang untuk cari penyelesaian terbaik.
Lelaki yg benar2 merancang future keluarga akan usaha tambah pendapatan (dlm keadaan ekonomi skrg yg semua benda NAIK HARGA)..DIA takkan duduk selesa dgn gaji 2500 tu sahaja.
Hbs sakit demam..emergency kelak mcm mana kalau dgn gaji 2500 je..laki ko ego sis susah terima pndgn.Dia nk ko sbg isteri jgn nak atur2 hidup dia pdhl ko ada hak nak bersuara.Dah anak pun dtg drp benih dia.
Sengaja dia guna ayat awk tak bersyukur..awk mata duitan..banding2 dgn lelaki kat luar sana.Eh knp nK kena buat perbandingan plak.Itu kan org lain..yg jd nakhoda kapal rmh tangga skrg ialah dia dgn u..lembik ah laki ko sis..xleh kena ketuk sikit.
Lain kli kalu dia ckp p cari laki lain atau nak cerai jgn diam.Ckp je ok fine p la lafaz talak kalau dh kemaruk sgt nak cerai.Lelaki..lau btl syg bini dia takkan sesekali berani sebut cerai2 ni.
Aku takut dia ada betina lain tu dia berani ckp cmtu.Dia tggu lampu hijau je dari u sis utk proceed cerai sbb tu skrg dia korek2 cr salah u walhal x salah pun suruh suami cr kerja lain yg bagus.
Hati2 la dgn permainan lelaki cmni.Dia prsn ramai nakkan dia sbb dia ada rupa..so dia buat ko rs diri ko isteri x guna dan teruk…dia kacau menfal ko je..
Dah la sis..fikirlah masak2..aku x rasa dia syg ko …dia tggu nk cerai je
Lelaki yg baik dan budiman takkan sesekali menyakitkan hati isteri dgn kalimat2 buruk mcm
‘Kamu isteri tak tau bersyukur’
‘P CARI JANTAN LAIN’
‘Nak cerai ..aku boleh bg’
Laki ko sgt2 red flag la …lagi ko perasan yg dia syg ko kan?syg apa mcm tu?Buka la mata hati jgn pakai mata luar yg dah mmg buta kerana syg tak bertempat.
Tegur sikit dh melenting..lelaki jns apa mcm ni?Dia sedang control ko dgn menggunakan ayat2 jahat di atas agar ko dibelit rs bersalah dan x guna..
Dia nk sgt cerai?teruskan.Jgn tkt..ko pon gaji lg up kan..anak2 biar dia tanggung dgn gaji 2.5k tu smpai mamposss
Bodohnya laki ko.Ko jgn jd bodoh dgn permainan dia.Dia x syg ko pon sis..sbb tu dia asyik ugut2 cerai…lelaki mental
Lelaki handsome ni rata2 takda akal yg sihat a.k.a tak guna.
Lelaki tak handsome…kalau x guna juga silalah kerat punai jgn jd jantan
Harap masa sis baca ni, masih tidak terlambat.
I think, awak je sebenar benar tahu suami awak mcm mana. Kami hanya baca surface, 1 kisah dari 1001 kisah rumahtangga awak yg lain.
Hujung² pembacaan, saya dpt rasa awak betul² menyesal dan dah nampak sebenarnya byk sisi baik pada suami awak.
Saya tahu apa perasaan awak saat ni bila suami kata mcm tu wpun dah minta maaf berkali-kali. Sbb sy pernah kena mcm tu atas isu yg berbeza. Cuma, saya minta jgn give up. Bg ruang utk dia, at the same time teruskan utk memujuk dia, laksanakan tanggungjawab sbg isteri spt biasa, tetap senyum pada dia setiap kali bertentang mata. Dia halal utk awak, so do every little things you can to spark up rasa cinta semula. Prove to him that you still and will love him and wants to stay with him. (If yes)
Seperti komen murni² di atas juga, teruskan berdoa. Allah memegang hati hambaNya,.pinta padaNya. Apa² keputusan besar nak buat, jgn fikir demi sesiapa. Istikharah lah, biar Allah swt yg bantu decide. Sbb kalau ikut emosi kita, kita boleh tersalah pilih. Bismillah kayh :’)