Assalamualaikum semua. Saya Fifi. Saya dan suami berusia lewat 20an, telah mendirikan rumah tangga selama 3 tahun.
Saya berkahwin dengan suami semasa sedang menuntut di ipta. Selama 2 tahun, kami LDR. Masuk tahun ke 3, kami tinggal bersama.
Jarak LDR kami dulu, 6 jam drive kereta. Setiap bulan, suami akan masukkan RM300 sebagai nafkah, untuk saya belanja makan. Kami berjumpa sebulan/2 bulan sekali.
Selepas saya habis belajar, kami decide nak tinggal sekali. Saya cari rumah sewa yang murah. Sebab selama ni, dia bayar bilik sewa dia RM300, dan saya bayar duit bilik sewa saya RM300. Saya cari rumah harga RM600. Alhamdulillah jumpa.
Tapi, suami tak mampu bayar. Masalah kewangan suami, pernah saya ajak berbincang. Tapi sama je. Dulu dia okay kalau saya bagi pendapat. Sekarang dia tarik muka, dingin dan sentap.
Suami saya baik, tidak berkira, tak pernah naik tangan, berapa kali je kena marah tu pun sebab saya yang buat perangai. Tak merokok, tak hisap vape.
Sejak tinggal bersama, dia dah tak bagi duit. Tapi sewa rumah saya yang bayar, kadang² duit kereta dia pun, dia pinjam saya. Family dia tak tahu pun. Di mata family, dia suami yang tiada masalah kewangan.
Saya rasa, saya banyak habis duit. Saya jarang masak kat rumah sebab bekerja plus saya tak reti masak. Jadi banyak makan kat luar. Untuk bulan ni, duit saya spend kat makanan dah sampai RM1k. Duit suami, habis dalam RM300 untuk makan.
Jangan suggest untuk bercerai, sebab tak pernah terlintas di fikiran saya untuk berpisah hanya disebabkan masalah duit.
Saya kerja makan gaji. Gaji saya RM4k. Suami bekerja sendiri, range gaji dia sebulan tak tentu. Range dari RM200-RM3000 sebulan. Setiap pagi, saya siap² pergi kerja, sambil tengok suami bergolek atas katil dengan kain pelikatnya.
Saya track segala money in and out saya thru apps. Saya okay kalau kena bayar duit makan sebab kadang² saya yang ajak makan mahal. Tapi hati susah nak redha, bila kena bayar duit kereta, duit rumah.
Rasa nak ungkit semua benda. Nak ungkit duit hantaran kawin dulu yang sepatutnya RM7k tapi dia bagi RM2k. Nak ungkit deposit rumah dan barang² rumah yang saya beli. Peti ais, tilam katil, meja kerusi, semuaaa dalam rumah tu nak ungkit je rasa.
Dah macam tu, kenapa still nak kawin dengan dia? Sebab dia jaga solat, dia imam saya setiap hari. Tapi satu je. Bab duit.
Selalu sangat setan hasut. “Asyik kau je kena bayar”. “Kau pergi kerja naik motor, tapi kereta suami, kau yang bayar?”, “nafkah, yang basic pun dia tak boleh bagi”.
Memang betul laa. Perempuan diuji bila laki tu takde harta. Allah hadirkan lelaki yang baik, yang boleh membimbing ke syurga. Tapi susahnya nak bersyukur, hanya disebabkan satu perkara.
– Fifi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
tone down your expenses sis. you need to let your husband do his job. Kalau dpt stop, stop kan expenses yg awak bayar, bagi dia handle. Biarlah susah mcm mana pun rasa awak, biarlah sampai berpuasa sekalipun, they are born to handle tough job, you must trust him, yakin yg bila awak tolong dia utk tunaikan kewajiban dia ke atas awak, Allah akan beri ketenangan dan kemudahan utk awak laluinya. He need to handle it and he know he should handle it, cuma dia masih manja2. Semoga dipermudahkan bagi awak dan suami. Dan laluinya dgn sabar dan dgn ilmu.
Betul tu.. walau pon kerja sendiri ke, freelance ke.. tanggungjawab suami masih sama.. jgn ‘ajar’ dari awal yg awak sanggup tanggung apa yg dia x ‘mampu’.. nt lama2 dia akn rasa ‘selesa’ n tahu yg awak akn ‘auto’ amk alih, klaw dia x mampu.. what if, suatu hari nt dia xde kerja langsung, xkan nk terus ‘tergolek’ dgn kain pelikat sepanjang hari kot.. at least, dia ada usaha, buat “grab” ke, or online affiliate, or even amk upah mesin rumput or buka gerai burger, mse dia xde apa2 job tu.. at least dpt jugak income n bole bagi ‘nafkah’ kat awak.. klaw dah ada ank2 nt camane, xkan awk nk tanggung semua kos kut.. cuba bincang baik2 n cari solusi bersama.. and u mentioned dia ni sort of “org agama”, n klaw dia betul2 fhm agama, dia xkan ‘culas’ bab nafkah n tanggungjawab seorang suami tu.. mmg boleh je ‘bertahan’, tp sampai bila.., itu pon klaw sis masih nk ‘bertahan’ lama dlm r/tangga lah.. wallahu a’lam
salah satu punca rezeki keluarga akan menjadi sempit adalah bila isteri rasa tak redha. Dan salah satu sebab kenapa isteri lebih baik tidak bekerja adalah bila mana isteri berpendapatan lebih daripada suami, dia akan diuji dengan perasaan nak mengungkit/berkira dan menjadi tidak ikhlas bila mengeluarkan perbelanjaan untuk keluarga, manakala suami pula diuji dengan kealpaan tentang nafkah bila dia rasa kurang bebanan sebab ada sumber pendapatan sokongan dari isteri. Berbincanglah sebaiknya dengan suami puan dan buat keputusan yang bijak