Isteri Tidak Suka Keluarga Suami

Assalamualaikum semua, nama aku Mat (bukan nama penuh), sudah berkahwin hampir 11 tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Aku kerja di putrajaya sama2 dengan isteri aku. Dia kementerian lain, aku kementerian lain.

Aku berasal salah satu negari di Borneo. Isteri aku pula berasal dari Selangor.

Aku tak tahu nak cerita macam mana. Harap korang baca boleh faham la ya cerita aku ni dan tolong bagi pendapat dan nasihat untuk aku ya.

Tahun ni giliran kami beraya di kampung aku. Dan seperti biasa belum pun ramadan tiba, bila dia tahun aku beli tiket kapal untuk balik raya di kg aku,

Dia mula serabut dan buat peragai. Katanya tak nak balik raya di kg aku.

Alasannya tak suka adik2 aku yang perempuan. Katanya suka mengarah dia masak dan buat kerja2 di dapur. Katanya adik2 aku kalau duduk dapur habis bersepah dan kotor.

Isteri aku ni sangat tak boleh tengok kalau rumah kotor atau bersepah. Dia akan naik angin dan marah2. Biasa aku la yang kena marah.

Mak aku da tua. Bila masak something tu dapur akan bersepah sikit. Nanti bila dia dah larat baru dia kemas dan lap dapur yang berminyak.

Bila dia balik kampung, tengok dapur bersepah dan tak kemas. Dia akan cepat2 tolong kemaskan. Tapi lepas tu aku la kena marah. Kata pengotor dan sebagainya.

Aku perasan sejak 3 4 tahun kebelakangan ni di tak suka makan apa yang mak aku masak. Kotor katanya. Bila lapar dia akan ajak aku keluar makan di kedai.

Mak aku macam perasan benda nie. Bila mak tanya bini kau tak makan ke? Aku bagi alasan dekat mak aku cakap dia diet dan lain2.

Dan disebabkan benda macam ni. Kami selalu la bergaduh. Kadang2 dia masam muka dengan adik2 perempuan aku. Perang dingin.

Bila hari raya orang happy2 dia bad mood. Tak nak sembang sangat dengan orang atau tetamu yang datang. Dia lebih suka duduk dalam bilik.

Pernah juga dia kata dia tak nak balik kg aku dah. Serabut katanya. Kg aku dah la jauh. Jarang2 balik. Beli tiket pun hampir beribu.

Kampung dia dekat je dengan rumah kami. Sejam drive dah sampai. Jadi setiap bulan mesti balik rumah parents dia.

Bila dia tak suka family aku, aku pun pening dan buntu. Asal bawa dia balik je dia marah2 dan gaduh. Bergaduh sebab suasana rumah parents aku di kg tu. Katanya kotor sini sana.

Tapi bila aku balik rumah parent dia. Ada je kotor sini sana. Dia tak bising dan buat tak tahu je.

Nak je aku nak buat perangai macam dia. Komplen itu tak bersih ini kotor. Tapi malas aku nak gaduh2..

Korang tolong bagi pendapat ya. Thank you semua.

– Mat (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Salam bro,

    Gini bro isteri bro dia minta perhatian bro jer,

    Soal dia tak nak makan kat rumah makpak bro, bro boleh cuba suapkan dia makan, lantak lah orang nak kata apa, bini bro kan, makan sepinggan, minum secawan. Jangan takat tidur sebilik jer. Suap bertiga dengan anak sekaligus pun bagus. Jadi ada benda yang dia suka tiap kali makan di kampung bro. Kalau balik kampung, bro akan suap dia makan. Dia akan ingat benda tuh, jadi dia seronok balik kampung bro.

    Soal masak, tiap kali dia kena masak bro teman dia, buat tayang muka sekejap sekejap jer, peluk belakang dia, ucap terima kasih sebab masak walaupun dia tak selesa, cuba try lauk, cukup garam ke tak, cukup rasa ke tak, yang penting kelibat bro ada, bukan sentiasa ada tapi dia tahu bro alert dengan situasi dia kat dapur. Dia nampak bro, dia akan rasa tenang.

    Habis masak dapur tuh bro bersihkan sama sama dia, bila bro faham kerja dia kat situ, bro baru faham perasaan dia. Lain dapur lain rumah lain mood lain feeling. Sebab perempuan bertindak dengan emosi, bukan logik macam lelaki. Bila perempuan tak happy memang jujur dia tengah moody. Makan pula kena makan makanan yang dia mungkin tak berapa gemar, setiap rumah ada ciri, rasa, rempah dan ulam makanan yang sangat berbeza. Tak semua benda kita suka telan.

    Soal dia selalu stay dalam bilik, tak jumpa orang, bro teman dia sekejap, baring sebelah dia main fon sama sama. Jangan berbual atau apa, just buat hal masing masing. Bro jangan tinggal dia kerap sangat berseorang dalam bilik. Perempuan nih overthinking.

    Bro kalau balik kampung bawa lah dia jalan jalan dengan family bro, ke tempat yang best, cipta memori jangan stay rumah jer, isteri orang bandar memang badan dan minda dia dah selesa dengan suasana bandar, bukan dia benci kampung bro, dia tak lahir situ, jadi dia tak boleh enjoy. Bawa jalan, perjalanan tuh akan jadi kenangan dia dengan keluarga bro. Itu lebih semulajadi dari dipaksa paksa untuk rapat. Ambil gambar sama sama, makan sama sama. Buat video sama sama.

    Perempuan perlu ada kenangan yang indah untuk dia excited balik kampung, jadi dia akan suka balik sebab rindu dan nak repeat kenangan tuh. Dia seronok balik kampung dia sebab masa kecil dia membesar di situ, banyak kenangan indah dia disitu melebihi kenangan sedih. Boleh jumpa family yang sama sama membesar, cerita tentang zaman kanak kanak, zaman remaja, jumpa kawan apa semua.

    Jadi bro kena cipta kenangan indah kat kampung bro, baru dia excited nak balik, baru dia rasa kampung bro kampung dia, keluarga bro keluarga dia, bukan takat mengingatkan dia kepada letih memasak, bosan, line hp tak ada, kotor sana sini, sekali perempuan sedih dekat suatu tempat panjang lah sedih dia bro, tapi cukup sekali dia happy kat suatu tempat tuh, panjang lah happy dia.

    Dia nak rasa happy tapi tak ada kenangan, jadi tak ada apa yang boleh dia kenangkan untuk excited balik kampung bro. Emosi perempuan sangat terkait dengan memori yang dia ada. Begitu lah kisahnya.

    Tutup salam.

    • Fuhhh terboek bro ultraman taro.. begitu mengenali perempuan lebih dari tuan badan mengenali dirinya sendiri.. 😆 Tuhla kadang2 kita empsi tapi tatau nk jelaskan mcm mana sebab banyakkk sgt tak puas ati. Bila bro explain gini dok rasa, eh yela, yela, camnila yg aku rasa.. hihi syabbas untongggg puan bini..

  2. Saya pun x suka balik rumah mentua, sbb kotor. Dahlah datang dari jauh, lepastu nak kena mengemas pulak. Suruh panggil orang datang kemas, mak mentua tolak mentah2. Pastu nak kena masak lagi. Nak2 musim raya ni kan, lagi mental burden tu. Orang laki x perasan bab2 ni sebab korang x duduk dapur, tolong beli ais je.

    Disebabkan isteri awak ni spesies pembersih dan penggeli mcm saya ni, saya nasihatkan awak hire lah cleaner tolong bersihkan rumah mak awak tu. Ataupun tolong susun atur rumah tu. Pujuk mak awak betul2.

    Bila isteri awak dah duduk dalam bilik tak nak jumpa tetamu tu, maknanya dia dah penat. Penat memasak, mengemas. Penat pura2 happy dan jadi peramah. Kalau awak duduk kampung lama2 , selang 1-2 hari tu, tolonglah bawak isteri awak keluar jalan2 ke bandar atau pekan untuk hilangkan stress. Jangan biar isteri terperuk lama2 kat rumah tu.

    Okay tu je, harap membantu.

  3. Isteri awak sama macam diri saya.

    Saya pun tak berapa suka datang rumah Mak Mertua saya disebabkan susun atur yang tidak kemas & kurang pembersih.

    Barang-barang semua dikumpul & diletakkan ikut suka je. Sakit mata saya melihatnya.

    Memang kalau di rumah Mak Mertua, saya takde mood nak masak. Bila buka peti ais, astaghfirullah! Sakit betul Mata tengok bersepah sana sini. Sayur ynag dah layu buruk pun bercampur je dengan sayur elok. Tempat sejuk beku pula, selalu ada air darah ayam.

    Saya pernah tolong kemaskan lap cuci peti ais Mak Mertua saya, tak lama tu Jadi balik berserabut bersepah kotor macam yang asal. Feed up, malas rasanya nak tolong kemas cuci peti ais Mak Mertua.

    1 yang saya perasan, Mak Mertua bukan jenis ajar Anak tolong buat kerja rumah. Semua kerja rumah, Mak Mertua buat sendiri.

    Itu la sebabnya rumah ikut dan je kekemasannya.

    Tandas pun begitu. Banyak kali dah saya tolong cuci & minta suami tolong cuci kalau saya malas, geram & feed up nak cuci.

    Selalu juga bergaduh dengan suami berkaitan ini.

    Tapi, suami cakap ini rumah orang kita tak boleh nak ubah cara orang yang dah sebati dengan cara begitu. Suami hanya dapat tolong bersih sikit-sikit untuk bagi isterinya sedikit selesa.

    So, boleh dikatakan kat dunia ini memang ada orang yang pengotor & tidak pengemas. So, dah kahwin ini memang TERPAKSA terima hakikat keluarga yang pengotor & kurang pengemas ini. Kena banyak sabar, walau kadang tak sabar mana. Huhu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *