Untuk part I, https://iiumc.com/isteri-vs-awek-tupperware/
Buat yang komen awek Tupperware tu trigger dengan ayat ibu aku, aku akui awek Tupperware tu jenis straight forward. Kita manusia memang tak sempurna tapi perangai ni la yang buat aku paling suka awek Tupperware sebab dia jenis straightforward, tak memeningkan dan tak menyerabutkan kepala aku.
Sebelum ibu aku sebut pasal anak dara tu, ibu aku ada cakap kat awek Tupperware, kau ingat anak aku tu mesin ATM yang akan keluarkan duit untuk sara kau dengan anak-anak. Aku sebagai anak pun speechless dengan ayat ibu aku.
Aku dah check background awek Tupperware sebelum decide nak rapat dengan dia. Aku check dengan kawan-kawan sekerja dia, housemate dia, aku check dengan cikgu-cikgu yang selalu travel dengan dia.
Aku juga pernah contact dengan bekas suami dia, dia mengaku mereka bukan berpisah bukan sebab orang ketiga, bukan sebab malas, bukan sebab tak bertanggungjawab tapi sebab rasa dah tak ada persefahaman. Bekas suami rasa awek Tupperware terlalu berdikari.
Aku tanya juga dia memang dapat awek Tupperware yang rajin tu sejak dari awal kahwin atau kena didik dulu?
Bekas suami dia cakap memang dia dapat awek Tupperware yang rajin tu sejak di awal perkahwinan, awek Tupperware bangun pun awal dalam pukul 5 atau 5.30 pagi. Kalau rajin breakfast pun dia masak. Kalau tak rajin, biasa diaorang breakfast sama-sama kat luar tapi waktu lunch dan dinner memang awek Tupperware masak.
Tapi kalau awek Tupperware tu mengemas macam-macam hari tu, dia akan inform suami dia tolong beli makanan untuk lunch dan dinner sebab dah penat kemas macam-macam hari ni. Cumanya awek Tupperware ni kalau dia masak tapi suami dia tak makan, dia merajuk. Suami dia ada juga cakap, dah balik lewat, tak rasa nak makan dah, rasa nak tidur je.
Aku ada tanya awek Tupperware kalau dia masak, aku tak makan, dia merajuk tak? Dia cakap dia merajuk, kurang-kurang makan sikit tak apa dah, jangan sampai tak makan langsung.
Fikir la sikit effort aku gi pasar, beli barang basah, beli bahan masak, nak bersihkan bahan basah lagi, nak potong sayur, potong bawang apa semua, nak masak lagi, nak hidang lagi, nak basuh peralatan memasak, nak clearkan sinki.
Bila kau tak makan, aku rasa effort aku sia-sia. Dia siap pesan lagi kau kalau agak-agak balik lambat, cakap je terus terang hari ni tak balik makan kat rumah.
Buat yang pernah bekerja di pedalaman 3 Sarawak, rasanya berkawan dengan lelaki bukan perkara pelik sebab di kawasan pedalaman 3, cikgu dan staf lelaki lebih ramai dari perempuan.
Pasal polis tu pula, dia orang pantai timur dan rasa nak makan masakan pantai timur, sebab tu dia minta awek Tupperware masak. Sekali tu je awek Tupperware masak untuk dia sebab aku cemburu. Lepas tu memang awek Tupperware tak masak walaupun polis nak buat tempahan sebab tak nak ada isu dengan aku.
Aku rasa awek Tupperware tu sangat matang. Bukan jenis berdrama, bukan jenis banyak ragam. Kalau ada isu, dia akan cuba cakap depan-depan. Pernah la dia kata, ada benda nak cakap ni, kalau cakap sekarang boleh tak? Bila aku cakap boleh, dia akan cakap apa yang tak kena. Bila aku cakap tunggu kejap lagi boleh, dia okay je, takdelah nak merajuk tiba-tiba ke apa.
Aku ambil contoh lepas kejadian masak untuk polis. Awek Tupperware minta aku cakap je terus terang kalau aku tak okay dia masak untuk orang lain, kalau boleh cakap boleh, kalau tak boleh cakap tak boleh. Jangan cakap ikut suka sebab kalau cakap ikut suka, memang dia buat ikut suka dia. Sejak dari tu memang aku cakap terus terang.
Aku tak ada minta pun jumpa atau dijodohkan semula dengan awek Tupperware aku tu. Aku rasa susah nak lupa dia sebab dia boleh jadi best friend aku. Dia orang yang boleh diajak sembang macam-macam.
Dia bukan cinta pertama aku tapi dia orang pertama yang boleh faham aku dengan baik, boleh support hobi dan impian aku. Dia okay je kalau aku keluar pergi memancing sebab waktu lapang dia di pedalaman, dia pun join orang sana keluar memancing.
Adalah juga kadang-kadang dia cakap macam mana aku sabar tunggu ikan makan umpan, harap aku pun sabar macam tu dengan perangai dia.
Aku ada impian untuk sambung belajar sampai phd pun dia support juga, siap tolong survey lagi tempat pengajian untuk aku dan check yuran pengajian. Yang dia tanya pasal gaji aku, komitmen aku, simpanan aku tu, tujuannya dia nak tolong kira yuran pengajian yang sesuai dengan ekonomi aku masa tu. Maklumlah dia tu cikgu matematik.
Isteri aku pula tak suka aku keluar memancing, membazir masa katanya. Daripada keluar memancing, baik duduk di rumah selesaikan kerja rumah dan bersihkan halaman rumah. Aku sebut pasal nak sambung belajar pun dia macam tak support, dia cakap nak buat apa sambung, bukan gaji naik pun.
Buat yang tanya pernah tegur tak isteri tu, jawabnya dah pernah. Aku tegur melalui whatsapp, tak lama kemudian dia forward whatsapp aku kat family aku.
Dia block aku dan gambar whatsapp tukar hitam, facebook dengan ig pula memang penuh dengan post dan quote pasal suami kena hargai isteri, dosa suami sakitkan hati isteri. Aku pernah asingkan tempat tidur, isteri aku lagi suka, boleh online sampai pagi tanpa gangguan.
Aku pernah tegur isteri depan-depan, aku minta dia sedia minum petang untuk aku, tak payah masak pun takpe, buat air dan hidang pisang goreng yang dibeli pun okay dah tapi dia merajuk sampai kemas kain baju balik rumah mertua aku sambil nangis-nangis walaupun aku tak naikkan suara dan cakap secara santai.
Waktu ni terpaksa libatkan kedua orang tua kami sebab family isteri ingat aku pukul isteri. Aku pujuk dia, dia minta aku terima dia seadanya dan aku yang perlu ubah diri aku untuk terima diri dia yang begitu.
Aku dah pernah kaunseling di pejabat agama, aku cerita semuanya siap cakap lagi asal gaduh walaupun benda kecil pun minta cerai, cerai tu dah macam zikir kat mulut tapi orang pejabat agama cuma suruh aku sabar alasannya sebab aku dah lama sabar jadi teruskan bersabar sampai bila-bila.
Aku dah pernah kaunseling di unit psikiatri tapi sempat tiga kali sahaja. Sesi 1 kaunselor suruh luah semua benda yang aku dan pasangan rasa, masa ni memang gaduh besar juga la sebab aku sebut macam-macam walaupun bukan semua. Setiap apa yang aku sebut memang akan dapat jawapan balas dari isteri.
Sesi 2 kami masuk berasingan untuk sesi luahan perasaan. Sesi 3 kami masuk sama-sama dan kaunselor sarankan isteri aku supaya ubah perangai. Sesi 4 sepatutnya pergi lagi tapi isteri aku tak nak, dia tak boleh terima dia kena ubah perangai. Isteri aku siap komen, kaunselor tu bodoh, cakap entah apa-apa.
Dari awal kahwin aku tak pernah bandingkan isteri aku dengan awek Tupperware sebab aku sedar mereka orang yang berbeza. Aku start teringat dekat awek Tupperware sejak pindah rumah bulan 8 tahun ni. Masa kemas barang kat rumah baru, aku terjumpa jam tangan hadiah birthday dari awek Tupperware yang dia beli masa melancong ke Itali.
Sebulan sebelum birthday aku, awek Tupperware tanya nak hadiah apa? Aku cakap nak jam. Dia tanya aku ada contoh gambar? Aku bagi gambar kat dia. Dia cakap dia tak suka buat surprise, dia lagi suka tanya hadiah apa orang tu nak supaya dia boleh bagi benda yang memang orang tu nak.
Inilah satu-satunya hadiah dari awek Tupperware yang aku simpan sampai saat ni. Nak buang rasa sayang. Aku tak tahu berapa yang awek Tupperware bayar untuk jam ni. Masa aku turun KL, aku ada pergi kedai jam berjenama sama, tapi orang kedai cakap jam ini design baru dan belum masuk pasaran Malaysia.
Siapa yang kata awek Tupperware tu mata duitan, memang silap besarlah sebab awek Tupperware tu lagi berduit dari aku. Kerani sekolah dia pernah cerita, waktu orang lain sah jawatan dan sibuk buat permohonan beli kereta, awek Tupperware buat permohonan beli rumah, permohonan beli rumah tu dia buat sebelum kahwin lagi.
Lagi satu, bapa dia kerja oversea, gaji bayar guna dollar. Taklah kaya bebeno tapi kategori orang senang dan sangat merendah diri.
Birthday awek Tupperware, dia minta origami bunga yang aku lipat sendiri, kad ucapan, pengepit kuku dan jadi pendengar yang baik sampai bila-bila. Aku nak belikan benda lain, dia cakap tak payah, dia ada duit dan dia boleh beli sendiri.
Birthday isteri aku pula nak kena beli hadiah barang branded atau barang kemas, cikai-cikai sambut kat menate, order steak makannya ciput je, bayar mahal-mahal balik tu siap pakej gaduh dalam kereta.
Masa birthday aku tahun ni, isteri aku nak celebrate. Aku cakap celebrate kita berdua dah la sebab tahun ni aku beli rumah dan start kena bayar dah, tak boleh nak spend duit banyak-banyak macam sebelum ni. Isteri buat surprise birthday siap ada makan-makan dengan jemput keluarga, jiran-jiran dan rakan sekerja kami.
Menu dia pilih macam-macam antaranya kambing bakar, gulai kambing, nasi arab, nasi minyak, mee kari, soto lagi. Aku ingatkan dia nak sponsor makan-makan tu sebab aku dah inform pasal bayar deposit rumah, bayaran bulanan dan kos renovate dapur rumah baru sebab isteri tak berkenan dapur yang asal.
Aku okay je dengan dapur asal sebab dah tahu jarang masak. Sekali dia claim kat aku duit makan-makan tu, dia sponsor kek je, kiranya kek tu la hadiah birthday aku. Aku bengang gila sebab aku dah inform tahap kewangan aku macam mana, banyak mana duit aku yang aku keluarkan untuk rumah baru.
Bila aku sebut depan isteri aku, dia cakap aku berkira padahal benda sambut setahun sekali je pakej merajuk, tak bercakap dan tidur asing hampir sebulan.
Aku marah dan sakit hati kat isteri aku tapi tak mampu nak luah sebab nak elak masalah lain, akhirnya aku tumbuk dinding rumah sampai berdarah tangan. Isteri aku tengok tangan aku berdarah macam tu dia jeling je, tak ada pun nak minta maaf atau beli ubat.
Aku anak bongsu dan ibu aku ada sejarah sakit jantung, sebab tu aku banyak berfikir sebelum ambil keputusan nak lepaskan isteri aku. Nak poligami tak mampu sebab komitmen naik mendadak sejak beli rumah.
Doakan aku mampu bersabar sekurang-kurangnya sampai ibu tutup mata. Betul, aku pun rasa aku bodoh sebab tak pertahankan hubungan aku dengan awek Tupperware dulu. Konon nak jadi anak yang baik dan tak melawan cakap ibu. Padan muka aku..
– S (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kau pilih kebahagiaan tu.
Aku pmpuan dengar pun desak nafas.
Klu kau mmg tak bahagia ,, baik kau lepaskan cara baik..
Lgpun aku tak napak isteri tu akan berubah.
Pasal family fikir, bila dh kahwin .. tak sama..
sampai bila nk jaga hati org tua tp org tua tak jaga hati anak2 pn..
Dik..akak faham perasaan kau dik tentang tupperware tu. Sbb akak pun spesis tu jugak. Bab masak sama…x mkn kecik hati. Xnak mkn ckp awal awal. Senang. Hadiah pun nak beli mmg tnya dulu spy dpt beli yg husband suka. No hanky panky. Doa je banyak banyak spy berjodoh dgn tupperware ya. Benda x mustahil.
kau ni dah masuk kategori dayus dah.
bini meratib cerai berulang2 kau boleh hadap lagi?
🤦
Beza awak dengan orang perempuan adalah awak ada kuasa talak. Kalau tak happy,boleh ceraikan terus. Mak awak pun tau kan perangai sebenar isteri awak, so xdenya dia nak mati sakit jantung kalau awak ceraikan isteri tu. Mak awak pun rasa bersalah sbb paksa awk kawen dgn pilihan dia. Takut lama2 pendam, awak pulak yang sakit.
Ye.. Ko lembik. Bini kurang ajar mcm tu pun nak pertahan lagi. Aku yg baca pun baran. Rasa nak tampar bini hang bagi sedar diri. Moga mental kau sihat la yer..nak melayan karenah mak yg mentaliti macam tu.. dgn bini yg tak matang.
Aku tak rasa bini tu sayang hang. Sbb dia layan hang mcm tu. Ke bini hang tak belajar agama habis? Tak tahu dosa pahala.
Ni belum ada anak lg kan? Tunggu ada anak nnt. Stress kau bukan double dah.. sebab tentu2 semua atas kepala kau dah kalau bini serupa mcm tu.
Tak payah smbung confess kt sini. Sbb kau sendiri dah pilih nak hadap.. redha kan je even kena pijak.