Assalamualaikum. Terima kasih admin sebab siarkan confession ni. Aku Anne.
Tujuan aku tulis confession ni untuk share serba sedikit pendapat aku tentang isu yang hangat diperkatakan sekarang. Pertama sekali doa aku sentiasa untuk ibu bapa Adam Raiqal, semoga Allah terus memberi kekuatan buat anda berdua, setiap saat, setiap detik.
Isu yang aku nk confess bukan pasal kes pengasuh tu. Tapi tentang perdebatan tentang isteri perlu menjadi suri rumah, jaga anak. Sedih. Sedih sebab di tahun 2018 ni masih lagi ada yang fikir, tempat perempuan di dapur, di rumah untuk jaga anak.
Pada pandangan aku bukan semua perempuan saja saja pilih untuk bekerja (kalau boleh, semua perempuan nak je duduk rumah goyang kaki. Hahaha). Tapi ada beberapa faktor yang menyebabkan kami pilih untuk tetap berkerjaya.
1. Membantu kewangan keluarga. Dah tak perlu nak ulas panjang bab ni sebab semua sedia maklum, ada yang bekerja untuk kurangkan beban suami. Ada yang cakap, jangan risau berhenti je, nanti mesti ada rezeki. Tapi Allah sendiri suruh kita berusaha untuk ubah nasib kita. Jadi tak salah kalau si isteri berusaha untuk membantu menambah pendapatan keluarga. Malah memang ada suami yang berharap si isteri dapat sama sama membantu ringankan beban, supaya kelengkapan rumah dan anak anak lebih selesa. Untuk siapa tu? Untuk masa depan anak anak mereka jugak.
2. Mak ayah tak benarkan berhenti kerja. Ni antara perkara yang common jugak. Ada ramai mak ayah yang mengharapkan anak perempuan diorang ada kerjaya, ada aset sendiri. Ya, suami diorang memang mampu nak tanggung keluarga sekarang tapi mak ayah mana yang tak takut kalau satu hari andai jodoh anaknya tak panjang, siapa yang akan sara anak diorang. Ada mak ayah yang anaknya 4 5 orang semua perempuan. Takkanla diorang nak tengok semua anak diorang end up sebagai suri rumah. Nak pulak diorang dah besarkan supaya belajar tinggi tinggi, adalah jugak mengharapkan anak anak hulurkan duit di hari hari tua diorang. Yang paling utama sekali dalam hati diorang mestilah nak tengok anak ada kerjaya sendiri, boleh kumpul aset sendiri, ada masa depan. Mak ayah tu, walau anak dia dah ada keluarga sendiri pun, masih diorang tetap fikirkan, risaukan.
3. Cita cita. Setiap manusia ada cita cita masing masing. Sama juga untuk setiap perempuan. Dari kecik, dari zaman sekolah masing masing dah ada cita cita, ada impian. Bila dapat belajar sampai capainya impian diorang, bukan senang nak korbankan impian tu macam tu sahaja. Bukan pentingkan diri, tapi salah ke seorang perempuan nak kecapi impian dia. Mungkin ada yang sudi berkorban untuk jadi suri rumah, jaga anak di rumah. Ada yang pilih untuk berkerjaya dari rumah, buat bisnes sendiri. Tapi tu bukan impian semua perempuan. Ada yang berimpian untuk jadi engineer, lawyer, arkitek, etc. Yang memerlukan untuk bekerja dengan majikan. Jadi fahamilah kami.
4. Ingin menyumbang kepada masyarakat, negara. Berapa banyak perempuan yang pilih untuk menyumbang kepada masyarakat kerana tu passion diorang. Diorang bekerja bukan kerana suami tak mampu nak menyara keluarga, lebih dari mampu. Tapi diorang masih memilih untuk berkhidmat pada kita semua. Berapa ramai professor professor hebat adalah wanita? Berapa ramai pakar2 perubatan dari kalangan wanita? Berapa ramai guru guru yang mendidik anak bangsa adalah wanita? Sedangkan bekas gabenor bank negara pun ada seorang wanita. Timbalan perdana menteri sekarang pun adalah seorang wanita. Kalau orang orang hebat ni pilih untuk menjadi suri rumah, jaga anak di rumah, atau bekerja sendiri di rumah, adakah kita akan ada apa yang kita ada sekarang?
Aku bukan anti perempuan tidak bekerja. Malah aku bangga ada wanita wanita yang mampu dan dapat memilih jalan itu, dapat besarkan anak di depan mata, Alhamdulillah rezeki puan puan. Hak untuk bekerja atau tak, adalah hak masing2. Jangan terlalu taksub menyuruh semua perempuan tinggalkan kerjaya untuk fokus pada anak anak.
Tak ada seorang ibu pun yang sanggup tinggalkan anaknya untuk diasuh orang lain, tapi macam aku mention tadi, ada sebab sebab yang membuatkan mereka pilih jalan ini. Bersyukurlah kita masih ada ramai doktor perempuan, ramai jururawat, pakar pakar dari pelbagai bidang yang mana adalah kaum wanita.
Aku harap takde perempuan yang terkesan dengan desakan desakan orang orang yang tak duduk di tempat kita. Percayalah, rezeki setiap orang tak sama, tapi Allah tu Maha Adil.
Buatlah apa yang korang rasakan yang terbaik. Bagi yang masih fikir dapurlah tempat perempuan, sebenarnya mentaliti anda lah yang masih lagi level dapur. Maaf kalau penulisan ni beterabur. Tapi aku harap, masyarakat boleh bukak mata, bukan semua wanita yang memilih untuk bekerjaya tu kerana nak bantu suami (pendapatan keluarga), tapi banyak lagi aspek aspek lain yang buatkan mereka pilih jalan ini. Jadi, buat yang bising bising mintak perempuan duduk di rumah jaga anak tu, fikirlah dalam dalam. Apa sebenarnya punca masalah. Itu yang patut di selesaikan.
– Anne
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit