Isteri Yang Cuma Mahu Dihargai

Aku Riena (bukan nama sebenar). Ibu kepada 5 orang anak lelaki dan baru sahaja masuk tahun ke-17 alam perkahwinan.

Entah berapa lama lagi harus aku pendamkan apa yang terbuku di hati. Sebab itu aku amik jalan untuk menulis di sini dengan harapan dapat menghilangkan bebanan yang aku tanggung selama ini.

Semoga Allah beri aku kelapangan hati dan fikiran.

Syukur, usia perkahwinan aku dah melepasi fasa2 tertentu. Tapi kadang2 benda yang kecil usahlah diambil mudah wahai insan bernama lelaki.

Sebenarnya aku bersyukur usia perkahwinan aku dapat sampai ke tahap ini dn kalau di campurkan tempoh perkenalan aku dan suami dari zaman persekolahan lagi sebenarnya sudah 27 tahun.

Tapi semakin panjang tempoh tu semakin aku tidak kenal siapa suami aku.

Dia memang suami yang baik cuma percaya atau tidak, kami tak pernah pun lagi menyambut ulangtahun perkahwinan kami semenjak 10 tahun kebelakangan ini.

Tiada lagi sambutan walaupun hanya dengan sekuntum bunga.

Dan yang terkini, aku cuma sambut birthday anak2 yang disambut pada bulan yang sama itupun tanpa dia ada atas tuntutan kerja dan dia berjanji nak sambut bila dia selesai urusan kerjanya selepas 5 hari.

Tapi hari ini dah masuk 2 minggu, tapi dia masih buat tidak tahu. Puas aku bagi ‘hint’ tapi dia tetap bagi alasan demi alasan dengan urusan kerja yang tidak habis2.

Anak aku yang sulung pun pandai cakap, ‘mak kenapa kita tak pernah tengok apa2 sambutan “anniversary” mak dengan bapak?’

Apa yang aku boleh senyum dan jawab, ‘nanti kalau abang dah ada isteri, cubalah hargai.

Memang nampak benda macam kecik je contoh macam sambutan harijadi, sambutan ‘anniversary’ tapi terlalu besar maknanya bagi seorang perempuan.

Bagilah walaupun yang kita mampu hanya sekuntum bunga atau coklat je’. Harap dia akan faham walaupun usianya baru 16 tahun.

Kepada semua lelaki dan suami ( dan terutama suami saya), sebenarnya bukan mudah untuk seorang isteri itu menerima awak seadanya.

Dari zaman sekolah yang tidak ada apa2, dari nak mulakan perkahwinan dengan air mata kerana dugaan dari keluarga, dugaan susah semasa awal perkahwinan sampailah senang sekarang.

Ujian kena terima mak mertua yang selalu mengata sebab bukan menantu pilihan,

Dugaan kene berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa sebab bukan mudah sebenarnya sedangkan suami cuma pergi kerja dan balik kerja tanpa tolong apa2 kerja rumah.

Si Isteri pula, dari pagi rutinnya sampailah sebelum waktu tidur masak pagi,

Membasuh pakaian, mengemas, hantar dan jemput anak sekolah, ke pasar beli lauk dan balik sambung masak memang kalau nak diceritakan semuanya kerja isteri ini ‘non-stop’.

Tapi yelah, itu semua tanggung jawab. Cuma.. cubalah hargai..hargai..dan hargai isteri sebelum semuanya terlambat.

Kepada suamiku, saya tidak mintak harta benda dan kekayan, saya cuma minta dihargai kewujudan saya.

Kepada anak2 lelakiku, semoga menjadi anak2 yang soleh, beriman, berjaya dunia akhirat dan hargai lah isteri2 kamu nanti.

Kepada ibu mertuaku yang juga punya 5 anak lelaki, semoga lebih memahami dan menghargai seorang menantu yang bukan hantu.

– Riena (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *