Isteri Yang Dahagakan Penghargaan

Assalamualaikum. Aku seorang isteri yang telah berkahwin hampir 3 tahun, bekerjaya dan bergaji lebih sekali ganda dari gaji suami aku. Kami mempunyai seorang anak perempuan yang cukup bijak berusia hamper 2 tahun. Alhamdulillah.

Sepanjang perkahwinan, ujian kewangan itu biasa. Suami menampung segala perbelanjaan utiliti. Keperluan laundry dan toiletries ditampung olehnya tetapi semuanya adalah keperluannya, apa yang digunakan olehnya.

Awalnya aku hanya gunakan dan tak kisah berkongsi semua tu. Tapi setahun lepas, aku kena alahan. Aku kalah dengan banyak jenis sabun dan antibakteria. Kebanyakan sabun dan shampoo yang suami beli, aku kalah.

Aku perlu gunakan sabun mandi, shampoo, sabun pencuci pinggan, sabun basuh baju khas. Sabun basuh baju takde masalah sebab gunakan mesin basuh. Tapi keperluan sabun mandi dan shampoo aku perlu beli sendiri.

Selain dari tu, hampir 100% perbelanjaan anak, aku yang tanggung sendiri. Anak aku masih BF sepenuhnya. Peralatan penyusuan, 100% aku yang tanggung. Termasuk juga lampin pakai buang, pakaian, vitamin, makanan, edutoys dan juga bayaran pengasuh.

Setiap bulan, aku belanjakan at least RM1000 untuk semua tu. Tapi aku taknak ungkit. Sebab aku nak yang terbaik untuk anak aku. Macam yang semua ibu mahukan. Keperluan rumah juga hampir 70% aku tanggung.

Dan aku boleh katakan, gaji bulanan aku sangat sedikit jumlah nya yang dapat aku simpan. Aku tidak berkira demi keselasaan kami sekeluarga.

Aku tahu gaji suami kecil, selepas tolak segala liability, bayaran bulanan kereta, perbelanjaan minyak kereta semua tu, tiada juga untuk dia gunakan membeli kehendak sendiri.

Nafkah? Alhamdulillah ada walau nilainya tidak sampai tiga angka. Dan aku gunakan kembali untuk beli lauk pauk harian.

Aku faham dan aku sangat hargai pengorbanan dia. Bukan niat aku untuk mengungkit. Cuma adakalanya terbit rasa tidak ikhlas dan rasa tidak dihargai.

Dulu dia sangat rajin membantu aku menguruskan hal rumah tangga. Ye lah aku isteri yang bekerja. Tiada kekuatan aku nak lakukan semuanya dengan perfect.

Selalunya dia akan bantu aku basuh, jemur dan angkat pakaian. Rutin selang sehari. Dan dia juga akan bantu aku cuci pinggan mangkuk periuk belaka selepas selesai makan.

Dia juga akan tolong aku kemas dapur kalau aku tak sempat. Ye lah dengan ada anak kecil yang asyik nak ibu selepas seharian ditinggalkan bersama pengasuh. Sampah sisa makanan semuanya dia akan buang sebelum tidur.

Malangnya selepas PKP 1.0 haritu, aku dah mula uruskan semuanya sendiri. Waktu tu dia sudah mula masuk pejabat tetapi aku masih WFH.

Bila bekerja dari rumah, aku tak perlu terkejar-kejar. Jadi kain baju aku akan basuh sambil siapkan kerja aku dirumah. Aku juga akan masak lunch walaupun dalam masa sejam je.

Dia balik rehat, lunch dah tersedia. Balik petang, aku minta dia bawa anak bermain diluar sementara aku sediakan makan malam pula. Malam kami sama-sama dapat rehat sebab dapur dah beres, kain baju semua dah basuh.

Keadaan tu berterusan sehingga aku dah mula masuk kerja semula. Mungkin dah terbiasa agaknya. Dia dah mula kurang membantu aku uruskan rumah tangga. Tapi aku masih teruskan buat apa yang aku dah biasa buat, selagi aku larat dan sihat.

Aku cuma akan minta tolong dia bila aku betul-betul perlukan. Selagi aku mampu, aku tetap akan buat sendiri. Aku tak nak susahkan dia. Asalkan dia boleh tolong uruskan anak, jaga anak, dan anak tak kacau aku buat kerja sekejap.

Walaupun aku terpaksa panjat kerusi dan meja untuk cuci sawang di hujung minggu walaupun dia ada je kat ruang tamu menonton Netflix sambil scroll FB. Hahaha.

Iye aku tahu apa yang isteri lain akan rasa bila dalam keadaan macam ni. Aku pun rasa macam tu. Cuma aku taknak bergaduh dengan dia. Sebab confirm aku akan kalah.

Kalau aku sebut dia boleh rehat relax2 sedangkan aku berpenat lelah buat kerja rumah, dia akan tunding jari kat aku semula dan katakan yang aku tak ikhlas, aku mengungkit. Dia tak pernah paksa aku buat semua tu. Dan macam-macam lagi lah.

Setiap kali bertengkar, aku tak pernah menang. Dia sentiasa akan menang dan berada di pihak yang betul walaupun dia salah. Jadi demi menjaga jantung sendiri, emosi sendiri, dan demi anak, aku rasa biarlah dia menang.

Dia kan suami. Apa lah hak aku sebagai isteri untuk pertikai? Apa hak aku sebagai isteri untuk mengungkit? Lagi banyak sakit hati je kalau aku ingat balik semua tu.

Walau apa pun berlaku, aku sebagai isteri, tetap menjalankan tugas dan tanggungjawab aku walaupun aku sebenarnya penat.

Setiap pagi sediakan sarapan, bekal anak ke pengasuh. curi masa sediakan lunch bila sampai turn aku untuk WFH, kerja-kerja rumah semua aku settlekan. Suami, macam biasa, bila tekak teringin nak makan sesuatu, dia akan minta aku masakkan.

Dan aku tak pernah katakan tak boleh. Aku akan usaha juga masakkan apa dia nak. Tapi bila sebut part makan ni, ada beberapa kali aku berkecil hati dan rasa tak dihargai. Pernah menangis dalam diam. Suami aku ni bukan lah orang yang dikategorikan sebagai gemuk.

Badan dia sedang elok je. Saiz M. Tapi dia seorang yang obses untuk kurus. Dan sejenis yang akan diet semata-mata sebab taknak berat dia naik. Sarapan setiap pagi menu diet dia aku kena sediakan. Dalam pada dia diet tu, dia kerap request untuk makan macam-macam.

Nasi briyani, mee kari, bakso, nasi minyak, dan berbagai lagi lah. Selagi aku tak masakkan, selagi tu dia akan sebut dan Tanya bila aku boleh masakkan.

Bahan memasak ofcourse aku kena beli sendiri. Yang memasaknya jugak ofcourse lah aku walaupun dalam keadaan berkejar dengan kerja dan anak.

Cuma yang menjadi kekecewaan aku, dalam keadaan dia diet, desak aku untuk masak macam-macam tu, aku turutkan.

Bila dia request untuk menu yang agak rumit, aku minta dia beli. Tapi katanya lebih suka aku yang masakkan. Lebih sedap. Tapi bila aku dah masakkan, makannya sikit. Atas alasan takut gemuk, takut berat naik.

Allahu, sejujurnya itu sangat mengecewakan aku. Aku berkecil hati. Aku rasa tak dihargai dan tak berbaloi aku berkejar dengan masa untuk penuhi keinginannya. Sudah lah makannya tak seberapa, terima kasih pun tidak.

Bukan makanan je. Barang lain yang dia nak juga aku pernah belikan. Banyak kali juga. Tak pernah juga dia ucap terima kasih.

Dan tak pernah juga dia ajar anak untuk berterima kasih pada aku sekiranya aku belikan mainan untuk si anak. Sedangkan aku sentiasa ajar anak untuk ucapkan terima kasih bila dia belikan sesuatu untuk anak walaupun cuma sebuku roti.

Entah lah, kadang-kadang aku rasa macam tak dihargai dan tak layak pun dihargai. Bila aku cuba bersuara untuk sesuatu yang aku tak berpuas hati, aku dituduh tidak bersyukur.

Aku dituduh mengungkit. Tapi salah ke jika aku harapkan sedikit penghargaan? Walaupun hanya ucapan terima kasih?

Adakah menjadi isteri itu perlu sentiasa berada dibawah suami? Adakah menjadi isteri itu hanya perlu turuti apa mahunya suami tanpa boleh mengharapkan apa-apa balasan?

Aku cuba ikhlas. Aku minta Allah ikhlaskan aku. Aku set kan dalam diri aku bahawa segala penat lelah ini, akan diganjarkan pahala oleh Allah.

Alhamdulillah Allah permudahkan banyak urusan aku dan sentiasa cukupkan rezeki aku. Cuma aku masih mengharapkan sedikit penghargaan dari suami.

– -Isteri yang dahagakan penghargaan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *