Isteri Yang Derhaka

Saya Sya. Saya dah berkahwin selama 10 tahun dan ada 2 cahaya mata.

Selama mengandung anak pertama, saya selalu gagal kawal emosi. Selalu marah dan sedih yang keterlaluan.

Bila anak saya lahir sebagai anak autism, saya ada menyalahkan diri saya. Apa yang jadi adalah berpunca dari saya.

Saya masih menjalankan tanggungjawab menjaga anak tapi saya burn out. Berterusan gagal mengawal emosi bertahun-tahun lama.

Saya berubah 100 peratus menjadi manusia yang pemarah yang tidak penyabar.

Sikap dingin saya juga memberi kesan kepada orang lain termasuk suami saya.

Saya banyak mengabaikan tanggungjawab saya sebagai isteri yang perlu berikan perhatian, kasih sayang dan ketaatan kepada suami.

Tiada lagi pelukan, kehangatan kasih sayang dari saya.

Saya jijik nak sayang suami sendiri. Walaupun dia banyak memberi apa sahaja yang saya mahu saya masih macam tu.

Selepas 10 tahun berterusan macam ni, sampai satu masa baru saya sedar kesalahan diri saya apabila kekosongan di hati suami saya telah di isi oleh orang lain.

Saya minta dia lupakan perempuan itu, tapi dah terlambat.

Sekarang hatinya tetaplah milik orang lain. Menyesal pun tiada guna semua sebab daripada saya isteri yang tak menjaga hati suami sendiri.

Baru saya sedar, 10 tahun yang berlalu tiada bahagia pun dalam rumahtangga kami.

Saya narcissist, pentingkan diri saya sendiri sahaja selama ini. Mahukan kemahuan saya saja yang dituruti.

Selepas saya tahu suami saya sukakan perempuan lain, saya ada malukan suami di media sosial.

Perbuatan saya tu telah menyebabkan suami saya sangat berkecil hati. Itulah perbuatan saya yang menunjukkan lagi saya ini adalah isteri yang derhaka.

Saya tertanya-tanya tentang perasaan saya sendiri. Apa sebab saya macam tu? Kenapa mengawal suami?

Apa yang sebenarnya saya rasa pada dia selama 10 tahun ni?

Saya sebenarnya sayang atau tidak pada suami saya? Saya rasa kalau saya sayang sepatutnya layanan saya pada dia adalah terbaik lah kan?

Akhirnya saya rasa betullah, saya sebenarnya dah lama tak sayangkan suami saya. Saya cuma teruskan hidup saja.

Saya cemburu bukan sebab sayang, hanya reflection dari sikap selfish dan narcissist saya sahaja.

Padan la jika suami saya lebih perlukan perempuan itu sekarang.

Saya nak berubah, tetapi saya rasa hati saya keras kerana itu la diri saya sejak dulu.

Bila dah jadi isteri derhaka, maka amal baik solat saya juga Allah dah tak terima.

Nak solat, rasa macam boleh buat lagi ke? Tapi takde pahala dah.

Saya tak boleh berubah. Saya rasa teruknya diri sendiri. Hidup selama ni tak bermakna, jika mati pun sangatlah hinanya saya.

Mungkinkah manusia yang selfish macam saya sepatutnya hidup sendirian sahaja sampai bila-bila?

Supaya tak ada siapa yang akan sakit hati disebabkan saya.

– Sya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Jangan berputus asa dalam rahmat Allah, sis. Bertaubat sungguh² kepada Allah dan niatkan diri supaya tidak melakukan kesalahan dan dosa yang sama. Sis cuba minta maaf dngn suami, yng penting ada usaha untuk arah ke lebih baik. Sis masih boleh berubah atas izin Allah. Sis berharga dan Allah masih sayangkan sis.

  2. Sebijik perangai mcm bini saya..berbelas tahun sabar tp disebabkan sikap degil yg amat, saya cari orang lain. Tp still tak ceraikan pn dia disebabkan kasihan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *