Sekarang tengah hangat isu penceraian artis dan instafamous. Sekiranya aku pun ada pendapatan yang besar setanding dengan isteri-isteri itu pasti aku tak kan menunggu lagi untuk failkan permohonan cerai.
Usia perkahwinan bakal menginjak ke 5 tahun perkahwinan dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur 3 tahun. Tapi suami sejak dah bertukar kerja di kampung (kerja kerajaan) waktu kerja 8-5, dia banyak habiskan masa di luar dengan kawan berbanding di rumah.
Dulu kami PJJ dia bekerja di kilang kereta. Hidup di sana memang kerja kerja kerja sahaja. Tapi sekurangnya setiap malam dari jam 9.00 malam sampai suami tidur dia akan video call saya dan anak. Terubat sikit rasa rindu berjauhan tu.
Tapi sekarang bila dah duduk sebumbung barulah nampak perangai sebenar dia.
Suami mula kerja di kilang kereta dari umur 27 tahun sehingga umur 33 tahun. Sekarang suami berumur 35 tahun. Jadi sebelum suami keluar dari kampung bekerja di sana saya kira dah cukup masa dia untuk bersama-sama dengan kawan2 kampungnya.
Saya memang tak pernah tahu tentang sikap suami yang suka keluar malam sama ada melepak atau kadang2 mungkin nak join konvoi malam-malam.
Dulu anak masih kecil jadi suami tak keluar malam sangat. Semenjak anak mencecah 2 tahun suami dah kurang sangat nak layan anak. Lebih suka tengok telefon di rumah atau keluar.
Masalah kian meruncing bila semalam (Rabu malam) suami nak keluar jam 10 malam. Tapi malam sebelum tu dari hari Ahad malam suami dah keluar setiap malam, sekali keluar dalam 2 jam paling sekejap.
Bila suami keluar, saya dan anak akan tinggal di rumah ibu suami. Ibu suami memang suka bermain dengan anak kami. Ayah dan mil saya memang baik, alhamdulillah.
Saya memberi kelonggaran kepada suami dari segi itu. Saya tak nak suami terbiasa meninggalkan kami di rumah sampai pukul 1-2 pagi. Jika suami keluar dan kami di rumah suami akan balik sekitar waktu itu.
Kalau saya ikut sekali ke rumah ibu nya dan suami keluar suami akan balik paling lewat jam 11.30 malam, ambil kami di sana dan pukul 12 malam kami dah boleh tidur. Suami akan balik awal sebab ayah dan mil akan tidur waktu sebegitu.
Semalam kami tak keluar dan saya ingat bolehlah kami duduk bersama sama tengok tv atau lepak kat bilik dengan anak ke sama-sama tapi akhirnya jam 10 malam suami tetap jugak nak keluar.
Bila saya usik, nak keluar kemaslah rumah dulu atau nanti balik kemaslah. Dia akan cakap tengoklah tengoklah. Macam tu sahaja.
Jadi disebabkan semalam saya ajak lepak kat bilik sama-sama dia memang tengok fon sahaja tanpa tengok anak. Kiranya suami protes sebab saya cakap tak payah keluar malam ni. Keluarlah esok pulak. Kesian dekat anak yang nak perhatian dia.
Dulu suami memang rapat dengan anak. Sekarang suami macam lupa semua tu. Sangat lebihkan kawan-kawan.
Anak tak berapa rapat dengan saya tapi semalam bila ayah dia tak pedulikan dia dan marah2 dia saya jadi sedih sangat. Anak yang tak pernah2 nak membontoti saya bila ayah dia ada tiba2 nak ikut saya pergi bersiap untuk tidur.
Saya minta suami tak keluar supaya kami dapat sama2 di rumah, ada quality time. Bila saya cakap janganla lepak, keluarlah esok tiba2 dia buat perangai macam tu.
Bila suami keluar rumah anak akan menangis macam kena histeria sambil cakap ayah datang, ayah datang. Maksud anak saya maksudnya ayah akan datang balik, ayah keluar kejap je. Tapi sebenarnya ayah dia keluar lama. Kadang2 sampai pukul 3 pagi pun pernah.
Anak saya akan tidur sambil nangis bila ayah dia takda sekali dalam bilik dengan kami. Sedih saya tengok.
Jadi sekarang ni saya keliru apa yang saya patut pilih
A) Suami di rumah, tapi tengok handphone kerja rumah semua pun tak buat tapi nafkah bagi macam biasa.
B) Suami keluar pergi kerja, balik jam 5 petang, pergi lepak dengan baju kerja sampai maghrib balik pukul 7, pukul 9 keluar lagi sampai 1 pagi hampir setiap jari dan bagi nafkah macam biasa. Kerja rumah kadang buat kadang tak. Kalau basuh baju pun basuh baju dia je.
2 2 keadaan ini anak akan menangis. Menangis bila suami di rumah tak hiraukan dia atau menangis sebab ayah tinggalkan dia di rumah.
Nafkah yang suami bagi setiap bulan, bayaran rumah beli 1600 (kawasan sini memang mahal), 300 susu pampers anak, 50 duit bil. Yang lain semua saya akan cukupkan sebab gaji suami dah tinggal RM500 untuk kegunaan dia.
Saya tahu mungkin ada yang cakap tak kan lah sebab macam ni je nak bercerai. Saya tak tahu macam mana nak tangani sikap suami yang asyik nak menangkan kawan dia sahaja.
Suami ni di umur 35 tahun ni sangat suka kalau kawan dia mintak tolong dengan dia. Dia akan sampai dulu. Tapi kalau dia nak mintak tolong dengan kawan dia tak pernah. Alasan dia tak nak susahkan kawan.
Tapi kalau kawan susahkan dia takpe. Kalau kawan pinjam barang sampai rosak dia diam je, kalau isteri buat barang dia rosak dia tuntut saya ganti.
Suami tak suka nampak hebat di mata anak dan isteri tapi suka nampak hebat dan hero di mata kawan2 lepak dia. Kawan suami semua lelaki memang takda yang perempuan.
Saya pernah cakap sekali, andaikata satu hari Allah tu nak tunjuk Allah tu bagi kamu excident kamu rasa sapa yang akan jaga kamu masa tu. Kawan kamu ke?
Dia marah betul. Dia cakap kalau saya tak nak jaga dia hantar dia ke rumah mak ayah dia. Mak ayah dan adik beradik dia boleh jagakan dia.
Saya sebenarnya nak dia nampak. Berkawan tu boleh, tapi tak kan lah setiap hari nak kena nampak muka kawan tu. Tak kan lah setiap malam sampai Sabtu Ahad pun nak kena tengok kawan jugak.
Saya ada suami tapi bila suami selalu keluar malam2 saya rasa hidup macam janda bezanya masih ada nafkah tanggungan dari suami.
Sekarang saya mengandung anak kedua 3 bulan. Ya tahu bising2 kat suami tapi mengandung jugak.
Saya tak boleh tolak sebab suami masih lagi bagi nafkah macam biasa dan saya percaya pada rezeki Allah. Keturunan saya sangat susah ada rezeki anak, bila allah bagi tanpa perlu buat rawatan hospital saya sangat bersyukur.
Di akhir coretan saya berdoa semoga Allah lorongkan saya untuk pendapatan tambahan supaya saya boleh tutup loan rumah yang saya buat untuk mak dan ayah saya baru lah saya,
Then bolehlah menanggung kehidupan ini sebagai ibu tunggal sekiranya saya dah tak tahan bersuamikan lelaki yang menjandakan isteri setiap malam tanpa perlindungan, tanpa belaian, tanpa kasih sayang setiap malam.
– Miss Keliru (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Laki kau yang kena pilih.
DAH KAHWIN BUAT CARA DAH KAHWIN.
SUAMI ORANG.
BAPA ORANG.
Sedarlah diri.
Menggelupor menggeletis nak keluar lepak tiap malam.
Itulah masa bujang remaja laki kau tak enjoy puas puas
Dah bertanggungjawab tak tahu malu keluar tiap malam perasan muda kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah
Anak dah besar esok tak mahu berbual tak mahu tanya khabar mak bapak jangan tanya kenapa
Kau sendiri didik anak ada mak bapak serupa takdak mak bapak
Kau cakap ja dengan laki kau terus terang ginih.
Kalo tak insaf pergi lantaklah kau tunjuk perangai sama
Bila dia nak keluar kau pon keluar lepak sama kawan pompuan.
Kasi dia tak tenteram baru ada akal!!!!!!!
Dapatkan bantuan ibu dan bapanya untuk nasihat, umur sudah meningkat tetapi masih belum matang
Sedihnya dapat suami macam nie tak reti jaga anak bini :(
Mintak maaf, tp klaw dah kluar gitu stiap mlm, akn jd ‘habit’ yg x boleh dipisahkn.. mcm la derang yg stiap pagi ‘lepak’ di kedai kopi.. klaw sehari x nmpak muka member, maka member2 yg lain akn ckp ‘takut bini’ dan kutuk kaw2 bla dia dtg, tu yg jd ‘pengikat’ utk hadir pd stiap hari.., bkn sembanh hal yg penting pon, cuma cerita hal yg remeh-temeh.. x ke rasa mcm buang mse.. klaw dduk di rumah utk mnolong istri misalnya, kan lbh baik..? Sedarlah, sbelom akn jd ‘habit’ hingga ke mati.. ank-isteri terabai, ko pun buang masa bnyak, pdhal hidup bkn lma mne pon.. sedarlah sbelom terlambat, insha Allah akan slamat dunia akhirat..
Tak matang lagi la suami puan ni.. umur dah pun 35 tahun, tapi asyik nak lepak je.. sedih sy baca. Sepatutnya puan kalau tahu suami ni jenis tak layan anak bini, selalu tinggal anak bini malam2.. jangan la bagi sampai mengandung lagi, sy cuma kesian kat puan je nanti. jaga anak sorg2, bagi kasih syg dan perhatian kat anak pun kita sorang je.
Orang lain pun ada kawan jugak tapi takde la sampai hari2, tiap minggu nak kena lepak. Biasanya kita ni kalau balik keje nak cepat2 balik rumah, nak main ngn anak, nk berehat tgk tv sama2.. tapi terbalik pulak dgn suami puan.
Apa apa pun sy doakan Semoga Puan dipermudahkan segala urusan.. kuat dan selesaikan masalah ni secepatnya. Cuba puan slowtalk ngn suami lagi, lepastu cuba tanya pendapat mil.. biar mil nasihatkan suami jgak.
Suami saya marah saya sebab stop kerja sebab nak jaga anak.. dia nak saya kerja jugak sebab kewangan tak ok… dan dia protes tak nak tolong kemas rumah… dan terus keluar rumah dn asing tempat tidur…