Isteri Yang Dikasihi II

Untuk part I, (https://iiumc.com/isteri-yang-dikasihi/).

Assalamualaikum semua. Saya Jembulo hari tu ada buat posting kali ni nak buat posting kedua.

Suka saya buat posting artikel disini untuk setiap pasangan suami isteri diluar sana jadikan kisah saya sebagai pengajaran dan pertahankan rumahtangga anda. Saya berasa lega bila dapat meluahkan isi hati disini.

Kes saya ini saya tak pernah ceritakan pada kawan-kawan saya demi menjaga aib bekas isteri dan bekas isteri.

Saya rasa tak adil untuk menceritakan sisi kesalahan bekas isteri saya sahaja walhal setiap perkara pasti berkait peribahasa ‘kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang’.

Disini saya ingin mengkaji dan beri jawapan ke atas semua kesilapan saya sepanjang saya dan bekas isteri bergelar suami isteri.

Untuk pengetahuan anda semua, bekas isteri saya ada orang yang sangat bertanggungjawab dan ‘punctual’.

Dia sangat pantang kalau berjanji berkaitan masa, saya lewat. Pasti akan dimarahi isteri saya. Sebab itu prestasi kerja isteri saya sangat cemerlang walau kerja dimana pun. Isteri saya bekas pelajar MRSM dan universiti.

Berkaitan kisah saya sebelum ini, isteri memarahi saya teruk-teruk kerana saya pulang lewat sejam.

Saya dapati silap saya tak inform kepada isteri saya sebelum itu sebab nak melepak dengan kawan,

Setelah saya periksa kembali pesanan whatsapp isteri saya pada waktu itu, isteri saya dah masak untuk saya dan menjangkakan saya akan pulang pada pukul 12 malam sebaliknya saya pulang pada pukul 1.20 pagi.

Saya lepak selama sejam dan 20 minit untuk perjalanan pulang ke rumah.

Setelah saya menjejakkan kaki dirumah, saya beri salam dan tersenyum tetapi isteri saya memarahi saya waktu itu. Jadi kesilapan saya waktu itu adalah komunikasi.

Bila diingat balik rupanya makanan sudah terhidang di atas meja. Mungkin isteri saya menahan lapar dan sanggup tunggu saya.

Saya dapat rasakan isteri saya masak sedap waktu itu untuk meraikan saya. Dan silap saya waktu itu saya ego dan masih mengharapkan isteri saya ingat jasa saya bawa shopping pada hari sebelumnya.

Jadi saya mengaku salah telah buat isteri saya tertunggu-tunggu tanpa sebarang info. Wanita akan sangat marah bila lapar.

Mengenai kesilapan saya tak basuh cawan, bukan sekali dua saya terlupa basuh cawan. Banyak kali saya terlupa kerana saya suka minum nescafe dan merokok. Setiap kali mahu merokok pasti ada minuman nescafe. Ada kalanya isteri saya tolong bancuhkan untuk saya.

Jadi kesilapan berulang saya telah membuatkan isteri saya jadi marah kerana alasan terlupa tak boleh diterima.

Tapi terlupa basuh cawan pun pasti saya akan basuh juga cuma lewat sedikit, dan berbalik pada perangai isteri saya, pantang lewat dan melengahkan sesuatu pasti akan kena marah. Disitu saya telah silap kerana tak memahami cara isteri saya.

Kebaikan isteri saya, beliau jaga solat lima waktu, pembersih dan sangat sayang pada anak tunggal kami. Adakala isteri saya ajak solat tetapi saya tak ikut, disitu saya dapati isteri saya hilang hormat pada saya walaupun satu waktu.

Pengajarannya disini, walaupun kita abaikan solat walaupun satu waktu, isteri memerhatikan kita para suami. Semua isteri akan berasa sedih jika lihat suami mereka lalai dan jadi kurang yakin adakah suami mampu memimpin keluarga.

Isteri saya sangat suka bershopping, tetapi beliau akan tengok dahulu kemampuan saya dan tak pernah mendesak saya untuk dapatkan sesuatu.

Bila saya bawa isteri dan anak saya jalan-jalan dan bershopping, itu memang kewajiban seorang suami memberi nafkah batin (gembira dan bahagia) isteri selain bayar nafkah zahir.

Kebaikan isteri saya juga sangat sayang dan ambil berat anak tunggal perempuan saya. Pantang anak saya tak sihat, pasti isteri akan inform saya untuk pergi klinik.

Anak saya juga dimandikan 4 kali sehari, selalunya sebelum anak saya masuk tidur, bagi memastikan anak saya berasa segar, nyaman dan tidur yang berkualiti.

Rumah saya pula, sangat bersih sebab isteri saya pantang kalau beliau dapat rasakan tapak kakinya berpasir, beliau pasti akan sapu terus.

Sepuluh kali anak saya makan berterabur, sepuluh kali beliau akan sapu. Tetapi saya tegur kesilapan isteri saya kerana waktu malam pun dia akan sapu. Dalam agama Islam tak boleh sapu malam-malam kerana boleh jadi tak murah rezeki.

Kesilapan paling besar saya pastinya tak lain dan tak bukan memukul isteri saya, saya dapat rasakan isteri saya mahu saya jadi yang terbaik.

Beliau memilih saya dan berkahwin dengan saya kerana percaya saya layak untuk memimpin keluarga. Segala kepercayaan dan hormat akan hancur apabila suami naik tangan.

Begitu juga anak saya, melihat tingkah laku saya pasti anak saya akan sedih dan kecewa kerana saya sendiri gagal menghormati ibunya.

Sepatutnya saya menjadi pelindung kepada ibunya bukan mengasarinya. Saya masih boleh tunaikan nafkah zahir dan batin dengan baik, tetapi adakah saya boleh sabar dengan tekanan? Saya selami diri saya sedalam-dalamnya dan jawapannya TIDAK.

Kesilapan saya semua ini saya tak sedari. Saya mungkin tiada masa untuk fikir diri sendiri kerana sibuk bekerja. Saya kurang solat dan tak ambil berat cara isteri saya.

Sepanjang perkahwinan kami juga ada waktu-waktu indah, tetapi bila ada pertengkaran, isteri saya paling marah. Tak mungkin isteri saya akan marah macam itu pasti ada silap saya.

Kini saya dan bekas isteri sudah sah bercerai. Saya berjanji pada diri saya sendiri, saya akan belajar ilmu agama Islam sebaiknya.

Belajar ilmu rumahtangga dan jaga hubungan saya pada Allah. Semua itu sangat penting untuk saya pelajari sebelum saya layak untuk bernikah semula.

Kepada bekas isteri dan anak perempuanku, maafkan saya kerana gagal menjadi suami dan ayah yang baik. Kini saya insaf dan tak akan jadikan pukul sebagai langkah terakhir pertengkaran.

Saya sangat menyesal kerana telah menghancurkan hati isteri dan anak saya, saya juga malu pada Allah Taala kerana gagal menjaga amanah ke atas diri saya.

Kini Allah Taala telah tarik semula nikmat perkahwinan saya. Jujur saya katakan saya sangat sedih, tetapi itulah balasan untuk saya di dunia ini.

Saya sangat takut apa nak jawab bila Allah tanya saya di akhirat nanti, saya sangat takut azab seksa Allah nanti, saya juga sangat takut Nabi Muhammad tak mengaku saya sebagai umatnya di Padang Masyar nanti dan tak boleh cium bau syurga.

Saya berharap Allah menerima taubat saya dan mengampuni segala dosa besar saya dan semoga mendapat syafaat Nabi Muhammad di hari kiamat nanti. Semoga awak semua jadikan pengajaran kisah dari saya ini.

Itu sahaja perkongsian saya,

Jembulo si pemukul isteri.

– Jembulo (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *