Assalamualaikum semua. Sudah lama terdetik untuk menulis di sini, pernah juga hantar confession sebelum ni tapi tidak disiarkan.
Seperti mana tajuk, isteri yang ditinggalkan. Aku nak tanya pendapat semua. Aku baru berkahwin selama 3 tahun lebih dan dikurniakan seorang Cahaya mata perempuan.
Sebelum berkahwin dengan suami, kami bercinta hampir 10 tahun.
Di awal perkahwinan, kami terpaksa berjauhan kerana kerja. Berjumpa hanya sebulan sekali.
Selepas 2 bulan berkahwin, aku mengandung. Selama itu juga kami berjauhan, sehingga lah aku melahirkan.
Setelah melahirkan anak sulung kami, kami berjauhan lagi sehingga anak kami berusia lebih kurang 10 bulan, aku membuat keputusan untuk berhenti kerja dan mengikut suami ke sekatan tanah air tempat dia bekerja.
Di waktu itu, indah sungguh rasanya kerana buat pertama kalinya kami dapat hidup sebumbung. Suami pergi kerje dan aku akan uruskan rumah dan memasak.
Namun, lain yang diangankan, lain yang telah terjadi.
Setelah 4 bulan di sana, suami menyuruh aku balik ke kampung kami di Utara untuk membuka perniagaan sendiri beralamat di kampung,
Dan dia akan terus bekerja di negeri itu sehingga permohonan untuk tukar ke negeri asal kami diluluskn.
Dia sengaja menyuruhku berniaga di kampung kerana dia hendak gunakan alasan itu untuk permohonan pertukaran nanti.
Aku akur. Dia hantar aku balik ke kampung semula.
Di sinilah bermulanya masalah aku. Aku kesepian dan keletihan menjaga anak seorang diri walaupun tinggal bersama mertua ku.
Suami aku terlalu sibuk bekerja, dia merupakan seorang frontliners dan bekerja secara shift.
Dalam sehari kami akan berhubungan melalui wasap sahaja. Call pula hanya seminggu sekali. Jauh di sudut hati aku rasa rindu.
Dia akan membuat panggilan video setiap hari tapi hanya untuk tengok keletah anak saja. Aku rasa sedih. Sudah lah berjauhan, rasa macam diabaikan pula.
Kadang2 aku bersyak wasangka yang bukan2 tapi semasa aku berada bersama dia beberapa bulan dulu, aktiviti dia adalah bekerja, berjoging dan tidur.
Di dalam telefon dia pula tiada apa2 yang mencurigakan. Kadang2 dia akan bermain game kalau dia merasa bosan.
Setelah hampir 5 bulan ditinggalkan di kampung, aku cuba2 untuk bermanja melalui telefon tetapi dia tidak berapa melayan walaupun setiap kali wasap kami, dia akan akhiri dengan perkataan I love u sayang.
Nafkah zahir pula tak pernah diabaikan dan sentiasa mencukupi. Alhamdulilah.
Sekarang pula negara kita sedang berlockdown jadi tak tahu bila kami akan berjumpa. Hari demi hati terasa begitu kosong. Dia memujukku untuk sabar menunggu dia ditukarkan ke kampung.
Pada pendapat semua, perlukah aku hanya menunggu begini sahaja?
Aku pernah menyuarakan untuk bekerja di negeri tempat dia bekerja tapi dia melarang kerana dia ingin ditukarkan ke kampung. Buntu.
Aku penat menjaga anak seorang diri ditambah pula rasa kesunyian.
– Suri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit