Assalamualaikum. Terima kasih admin sudi siarkan luahan hati aku…semoga ianya dapat menjadi pengajaran dan iktibar buat pembaca semua.
Nama aku mimi (bukan nama sebenar) berusia 36 tahun seorang isteri dan ibu kepada dua orang puteri. Aku berkahwin di usia 27 tahun dan suami aku muda setahun dari aku. Perkenalan kami sangat singkat, berkenalan di media sosial di saat aku sedang kecewa dengan ex aku yang sama2 belajar di universiti dulu. Aku ambil keputusan untuk berkahwin memandangkan aku memang sudah bersedia untuk menempuhi fasa seterusnya dalam kehidupan aku.
Alhamdulillah lelaki yg hadir dalam hidup aku ketika itu tepat pada waktunya. Seorang lelaki yg memenuhi citarasa aku, lemah lembut berbicara, bertanggungjawab, berasal dari keluarga yang baik2 dan seorang yang sedap mata memandang. Kami bertunang selama setahun dan dalam tempoh itu lah usia percintaan kami untuk saling mengenali, bahagia sungguh aku ditemukan dengan dia dan benarlah kata2 yg disebut2, Allah hadirkan pelangi dalam hidup kita selepas hujan.
Maka berjodohlah kami selepas setahun kemudian. Seperti insan lain aku juga bahagia di hari perkahwinan kami. Selepas dua minggu berkahwin dia bawa aku pindah ke rumah sewa pertama kami untuk mulakan hidup baru sebagai suami isteri. Rumah tersebut dekat dengan tempat kerja aku senang untuk aku berulang alik pergi dan balik kerja. Hiduplah kami sebagai suami isteri yang bahagia seperti orang lain.
Tapi masuk minggu ketiga di awal perkahwinan suami kantoi ada perempuan lain. Setelah beberapa hari tinggal bersama aku terbaca kiriman mesej di telefon suami dari seseorang, mengucapkan selamat pagi dan secebis kata2 sayang berbahasakan diri mereka mama dan papa. Gelap seketika dunia aku sebaik terbaca coretan itu, disaat inai masih merah dijari sudah diuji perkara sesakit ini…allah….menitis air mata aku dan perlahan aku letak semula henfon suami tanpa menutup peti mesej tersebut dan terus keluar ke tempat kerja disaat suami masih di bilik air tanpa ucapan dan kucupan seperti hari2 yg baru kami lalui. Sesampai di office aku terima mesej dari suami mengatakan yang itu adalah mesej girlfrend kawan dia yang tersalah hantar ke henfonnya. mula berbohong untuk menyelamatkan diri…terserlah kebodohan dia saat itu. Tapi aku diam.
Dari hari itu, aku mula kenal siapa lelaki yang aku kahwini sedikit demi sedikit dengan redha. Hanya air mata yang menemani hari2 ku. Aku seorang yang memang tak suka bergaduh bermasam muka sepanjang hidup aku. Lantaran itu aku hanya berserah pada Allah dan mengambil langkah untuk menarik rambut dalam tepung demi menyelamatkan hubungan yang baru dibina itu. Bermula kisah kantoi yang pertama dan di susuli beberapa episod selepas itu.
Kali kedua kantoi beberapa bulan slepas itu, aku terjumpa henfon spare milik suami dalam kereta, hancur luluh hati aku bila dapat tahu yang suami masih lagi tidak berubah dan masih menruskan perangai curang dia di belakang aku. Tanpa pengetahuan dia, aku campak henfon tu dalam longkang dalam keadaan marah dan hanya mampu menangis tanpa mampu meluahkan amarah sendiri terhadap suami. Selepas tu tak ada pulak dia bertanya tentang henfon tu pada aku.
Aku pun tak marah2 pada dia,tapi aku ambil langkah perli2 dia setiap masa supaya dia tahu yang aku sedar kecurangan dia pada aku.
Kesekian kalinya kantoi lagi bila satu hari dalam kami bergurau senda dan bermanja2 aku ternampak ada sebentuk cincin di jari manis dia. Tak pernah aku nampak dia pakai sebelum ni, dalam hati aku bermacam andaian bertalu2. Bila aku pegang jari dia aku tahu cincin itu milik perempuan, dan aku terus cabut cincin tu dr jari dia cepat2 walaupun dia cuba mengelak tanda tak setuju cincin tu di buka. Aku cuba masukkan cincin itu ke jari aku sambil memuji cantik cincin tu bila aku pakai. Dan dia akhirnya akur cincin tersebut berada dijari aku tanpa rela. Hanya hati yang mampu menangis saat itu.
Cincin tu aku flush ke dalam jamban dekat office untuk melepaskan rasa amarah aku. Adkala aku terfikir nak cari siapa perempuan itu..tapi tak ada gunanya dan ia bukan penyelesaian masalah aku dengan suami. Semuanya berpunca dari suami aku sendiri. Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.
Sehinggalah satu hari aku di sahkan hamil dan suami kelihatan sedikit berubah menjadi lebih baik. Tiada lagi episod kantoi selama tempoh aku mengandung walaupun aku tahu dia masih lagi buat perangai tanpa pengetahuan aku. Tak apa lah…aku yakin Allah maha tahu. Aku sendiri tak mahu tahu apa lagi yang dia buat di belakang aku. Hati terus merintih sendiri hanya air mata menemani tidur malam ku.
Sehinggalah anak kami lahir, dia nampak lebih banyak berubah. Banyak perhatian dia untuk aku dan anak kami. Rupanya dia cerita yang dia sudah meninggalkan perempuan itu. Sujud syukur aku pada Allah saat itu. Tapi rupa rupanya tak lama semua tu. Di usia anak kami 3 tahun, Allah kurniakan rezeki kami mampu membeli sebuah rumah kecil dan sedikit rezeki lain yg membuatkan dia mencadangkan aku berhenti kerja dan memberi perhatian sepenuhnya terhadap anak dan rumahtangga kami. Dan sebagai isteri, aku akur dan taat pada suami.
Hiduplah kami di rumah baru di tempat baru. Selepas dua tahun tinggal di rumah baru kami suami kantoi lagi ada perempuan lain. Hancur luluh hati aku ketika itu. Disaat anak kami membesar dugaan sebegini yg terpaksa kami lalui. Untuk kali ini, aku hilang sabar dan dalam amarah aku pulang ke rumah mak abah bersama anak tanpa pengetahuan suami. Dalam tempoh merajuk aku itu banyak kali dia memujuk meminta maaf dan minta diberikan peluang untuk berubah. Namun ketika itu aku nekad failkan kes dekat mahkamah untuk meleraikan kekusutan hidup kami.
Bila perbicaraan berlansung suami tak mahu melepaskan aku dan merayu diberikan peluang untuk berubah. Dan demi anak kami yang masih kecil aku akhirnya mengalah dan memberikan satu peluang untuk dia mencuba lagi.
Kembali lah aku kerumah kami setelah hampir setahun berpisah tanpa talak. Aku muhasabah diri dan berdoa semoga langkah yg aku ambil kali ni adalah yang terbaik untuk kami. Dan sejak dari itu suami memang banyak berubah. Aku nampak usaha dia untuk jadi suami dan ayah yang baik buat kami.
Masuk usia ke 6 perkahwinan kami, aku decide bg anak baru untuk dia supaya ada lebih rasa tanggungjawab untuk rumahtangga kami. Dalam tempoh aku mengandungkan anak kedua. Suami banyak membantu urusan rumahtangga. Aku juga dilayan seperti seorang puteri. Sempat juga merasa bahagia sebagai seorang isteri. Walau jauh disudut hati masih lagi ada kebimbangan kisah lama berulang kembali. Dan aku pasti dia masih lagi dengan tabiat lama dia dan aku hanya mampu berdoa sahaja agar Allah jaga aku. Kurniakan ketenangan jiwa aku melalui hari2 bersamanya sebagai seorang isteri.
Sepanjang mengandung aku jalankan tanggungjawab aku sebagai isteri dan ibu sebaik mungkin. Biarpun aku tahu ia tidak sempurna dan banyak cacat cela. Tapi aku tetap cuba demi kebahagiaan rumahtangga kami. Makan pakai dia aku jaga. pergi dan balik kerja disambut dengan peluk cium setiap hari…aku lakukan semua tu demi mengeratkan hubungan kami. Biarpun tidak sempurna sekurangnya aku mencuba.
Cukup masa lahirlah anak kami yang kedua. Aku berpantang di kampung rumah mak abah aku agak lama memandangkan aku bersalin secara pembedahan. Suami balik di saat aku melahirkan anak kami, dan kembali bekerja setelah seminggu bercuti. Maka bermulalah episod bujang suami di rumah kami.
Aku di kampung dalam pantang bersengkang mata menjaga anak kami. Tapi dia ???
Terlalu berat untuk aku kongsikan episod ini. Untuk pembaca di luar sana, bagi yang merancang untuk berkahwin aku nasihatkan, kenali lah siapa pasangan kita. Ada yang nampak jujur tapi hakikatnya hanya bertopeng sahaja. Kenali sedalam mungkin pasangan anda. Dan untuk gadis2 yang berhubungan dengan suami orang. Aku nasihatkan JANGAN !! Jangan sesekali meruntuhkan kebahagiaan orang lain. Kelak nanti akan ada balasanya. Cari lah lelaki yg sama status seperti kalian. Jangan menyondol dikebun orang. Kelak nanti yg disondol tak dapat yang di kendong pon berciciran.
Lelaki yg berkahwin ni ada yang cuma mahu test market sahaja. Hanya perempuan murah dan tak bermaruah sahaja melayan suami orang. Lelaki ni ibarat kucing..dia cuma test skill memancing…tetiba dapat ikan..tak kan dia tengok saja. Nasib korang baik disunting buat bini no dua…nasib tak baik…hidup la korang dalam kenangan tu sepanjang hidup. Maruah tergadai masa depan entah kemana.
Semoga jadi pengajaran buat adik2 diluar sana.
#isteriyangdiuji
– Mimi
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit