Isteri Yang Insecure

Salam.. aku sekadar nak meluah..

Suami aku Alhamdulillah baik. Kami kahwin pertengahan 20-an. Masa tu 2-2 agak tak matang. Bergaduh atau tak puas hati benda kecil. Tapi makin lama kitorang makin ok.

Lepas beranak pinak, pindah randah rumah, naik gaji, kehidupan makin stabil, di pertengahan 30-an, Alhamdulillah aku rasa kami berdua lebih matang dan bertanggungjawab.

Aku selalu baca complaint daripada para isteri. Salah satu masalah, suami tak menolong. Isteri penat jadi supermom & superwoman.

Aku kerja sendiri. Ada buat bisnes. Takde lah besar sangat tapi boleh sara hidup + menggajikan beberapa pekerja. Waktu pagi, anak2 biasanya aku settlekan. Sebab aku minta suami pergi kerja awal dan balik awal untuk tolong uruskan anak2 bila balik nanti.

Aku rasa waktu petang lagi hiruk pikuk berbanding pagi, dengan nak masak, kemas, dan macam-macam lah lagi. Jadi aku lebih perlukan suami menolong pada waktu petang.

Suami akan balik seawal boleh sebab jarak office dengan rumah sejam setengah-2jam perjalanan. Biasanya masa suami sampai tu, budak2 dah siap mandi lepas aku jadi raksasa.

So suami vacuum rumah, main dengan anak2, basuh baju dan keringkan pakai dryer, sambil aku masak. Lepas makan, suami kemas dapur, sapu sampah, buang sampah..

Aku dah terdampar depan TV sebab penat drive ke sana sini ambil askar balik sekolah, melayan diorg melompat2 terjerit2. Biasalah, hiburan mak-mak.

Pukul 10 selesai solat mengaji aku tidurkan anak2. Kalau aku penat, aku join sekaki. Tapi biasanya aku akan spend masa dengan suami sampai tengah malam. Tengok TV, berbual..

Berbalik kepada tajuk. Aku ni insecure.

Masa muda, aku cantik dengan body langsing. Aku banyak bakat, ramai lelaki suka. Kalau orang tengok aku, diorang memang fikir aku takde masalah nak cari pasangan. Tapi aku sangat memilih.

Bukannya cari yang kacak, imam muda, ataupun kaya. Cuma aku nak lelaki yang boleh masuk dengan aku. Dan aku sangat2 ‘click’ dengan suami aku, sebab tu bila jumpa dia, aku tak pandang orang lain dah. Sampai la sekarang.

Suami pun sama. Bila kitorang tengok orang lain, ataupun colleague kat office, aku selalu rasa lelaki lain ‘lame’. Tapi tu judgement berdasarkan requirement aku tau.

Bukannya aku tak respect orang lain. Cuma aku fikir, kalau aku duduk dengan lelaki ni, apa benda aku nak discuss eh? Benda aku minat, dia tak minat.

Yang intellectual sangat, aku pulak tak mampu nak capai tahap intelek diorang. Macam la maksud aku. Bukannya aku pandang rendah kat orang lain, cuma banyak differences.

Tapi baru2 ni, lepas beberapa bulan hidup aku stabil sikit, aku perasan aku dah jadi perempuan yang membosankan. Selama ni aku terlalu sibuk dengan perniagaan aku, aku tak perasan.

Malam2 bila aku duduk dengan suami, aku mula nampak yang kitorang banyak bualkan pasal anak. Atau isu semasa. Macam sekarang ni pasal Palestin dan boikot la. Hari2 ambil tahu dan buat apa yang mampu.

Takde pasal minat kitorang. Or who we were before.

Aku perasan sebab apa tau. Suami ada sebut pasal colleague dia. Dia sebut secara angin lalu je, tapi naluri isteri aku ‘tangkap’ sebab dia ada sebut 2-3 kali.

Macam biasa kita para bini seMalaysia jadi CIA.

Ok muka dia biasa je, jauh lawa aku lagi (tapi aku faham untuk seorang lelaki, kadang2 anjing tepi jalan pun lagi lawa daripada bini kat sebelah).

Dan masa aku muda, ramai suami orang menggatal dengan aku. Jadi aku tau lelaki umur2 suami aku ni mengusha je awek2 muda, tak kisah lawa tak lawa, janji bukan bini sendiri.

Aku tak kisah sebab aku tau budak perempuan tu bukannya tengok pun husband aku yang buncit tetapi kacak di hati aku ni. Cuma aku perasan la kenapa suami aku notice budak ni.

She’s not lame. Dia berbakat, dia perempuan yang interesting. Jalani kehidupan dia dengan benda2 yang dia suka.

Sama la cam aku dulu. Cuma aku sekarang ni dah jadi mak raksasa hahaha.

Aku pun fikir pasal kehidupan aku.

Aku bekerja keras. Sebab aku nak tolong ringankan beban suami aku maintain lifestyle kitorang dan untuk anak2. Insurans kena cukup, ubat dan vitamin untuk anak2 sentiasa ada walaupun mahal macam mana pun.

Diorang nak join program sekolah, tuisyen, mengaji, rombongan, naik kuda. Semua boleh dan kami pastikan anak2 tak ketinggalan satu apa pun yang diorg perlu dan mahu.

Duit niaga aku, lepas tolak duit company dan lain2, semua aku spend kat famili. Aku tak kisah sebab aku tau suami aku pun sama. Duit untuk kami berjoli, kami akan discuss dulu perlu ke tak. Kalau boleh tunggu, next time pulak.

Hidup aku, pagi settle anak2, menghadap pekerja dan customer. Pakai simple2 je takde orang nak tengok. Makan kat warung sorang. Takde siapa peduli, dan aku pun tak peduli sesiapa. Pergi ke mana2 ambil stok berniaga, makan dalam kereta laju2, benda biasa. Aku takde kawan.

Lain dengan ladies yang kerja office, baju kena matching, makeup, beg tangan kena ada. Aku bawak beg pampers anak aku merata2.

Aku tau aku lawa kalau aku dress up. Tapi tak praktikal. Aku bersyukur gak, in a way Allah jaga aku dengan keadaan kerja yang tak perlu berusaha sangat ni.

Kang aku melawa, ada lelaki tall dark handsome mengorat, dah satu ujian pulak.. Biar la aku pakai t-shirt kat luar tapi singlet kat rumah.

Tapi tu la. In a way aku dah jadi lame dan membosankan. Takde sparks aku nak offer pada suami aku. Jangan salah faham. Pasal isu2 batin semua ok Alhamdulillah, sampai suami aku yang banyak lari daripada aku sebab aku yang duduk menggesel je kat dia.

Tapi dari segi mental & intelligence, aku tak larat dah sebenarnya. Aku penat. Nak membaca pun dah penat. Apatah lagi discuss apa2 yang mengembangkan minda. Kalau boleh, aku nak tido atau tengok TV je, buat benda2 yang tak perlu pakai otak.

So, bila satu hari aku nampak suami aku attracted dengan seorang perempuan yang interesting, aku ada sikit terluka.

Kalau perempuan lawa atau seksi, aku tak kisah. Ntah la.

Aku punya insecure kan, kalau suami aku ada kursus dekat mana2, aku angkut anak2 ikut sekali. Satu malam pun satu malam la. Padahal aku jadi lagi penat, tapi aku mengendeng jugak…

Tak perlu sebut trust issue, sebab dah terlalu banyak benda jadi kat sekeliling kita.

Aku bukan nak jadi controlling, just aku sentiasa amik tahu, tak biar suami buat apa saja tanpa pengetahuan aku. Sebab aku pun sentiasa update keberadaan aku. Phone dia aku belek. Dia tak kisah pun.

Kalau suami belek phone aku, haaa jumpa la text2 aku kena maki dengan clients. Hidup ni keras sis. Yang meniaga tau la, hahaha.

Dan suami aku punya baik, selagi boleh tuang kerja, dia akan tuang untuk stay dengan aku atau tolong aku uruskan hal rumah. Tuang keje tu maksud macam boleh balik awal kalau ada events, boleh tak perlu pergi kursus, boleh MC (haha) dsb..

Baru2 ni kan isu Gaza.

Betapa aku sedar Allah tengah menguji kita. DIA uji kita dengan harta dan beranak pinak. Macam kitorang la, keje keras kerana sayangkan keluarga dan anak2. Sampai burn out.

DIA uji kita dengan benda kita paling sayang. Macam aku terlalu attached kat suami aku, dia terminat orang lain pun aku berendam air mata. Padahal hati bukan kita yang pegang. Hati dia pun bukan dia yang pegang. Allah nak twist? Kun fayakun.

Cumanya aku yakin, Allah takkan uji kita dengan ujian yang kita tak boleh tanggung. Melihat orang2 Palestin memang buatkan kita persoalkan balik kehidupan kita.

Bila keluar berita satu famili syahid kena bom, aku senyum.. Berkumpul lah kamu di syurga.

Tapi bila ada seorang budak survive daripada runtuhan sedangkan famili semua syahid, aku menangis.. Siapa nak jaga kau wahai anak…

Belum lagi yang hilang kaki tangan.. Macam mana kalau anak aku yang kesakitan tapi aku takde..

Sakit sangat. Sampaikan sehari2 hidup, kerja cari duit pun fikir untuk apa. Banyak sangat aku persoalkan.

Apa kita boleh buat? Doa. Sedekah. Boikot. Dulu boikot ni biasanya orang Islam je buat. Tapi sekarang satu dunia tak kira apa agama dan kaum.

Alhamdulillah anak2 aku faham. Dekat sekolah diorang dengan kawan pun ramai2 discuss pasal Gaza, pasal barang Israel apa yang diorang taknak pakai dah.

Alhamdulillah terima kasih KPM kerana buat soladiriti kat sekolah, banyak ringankan beban ibu bapa nak menerangkan kepada anak2. Takkan nak tunjuk gambar baby kena bom pulak nak bagi anak-anak faham.

Sehari2 bila suami aku tidur, aku tengok je dia. Terima kasih Allah bagi aku gembira. Walaupun struggle, tapi bahagia. Nak insecure sangat, nak takut suami tersuka perempuan lain lah pulak.. Biar lah. Hati bukan kita yang pegang.

Cuma aku berdoa agar kami berdua teguh. Sebab apa.. Kalau kami teguh, ada banyak lagi benda kami boleh fokus dan korbankan.

Aku berdoa kami tak dilanda ujian rumah tangga, supaya dapatlah kami fokus untuk buat benda yang lebih significant. Contohnya, didik anak2 kami jadi sangat kuat, sekuat anak2 Gaza..

– Kiki (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Anda kuat wahai Confessor .. Teruskan berdoa dan kalau Puan rasa Puan tak interactive dah ,, boleh lah hidupkan balik Spark2 dgn suami Puan .. Berlawa dgn dia , mungkin suami Puan rindu Puan yang dulu ..
    Semoga Puan sekeluarga sentiasa dlm rahmat Allah ~

  2. Kiki dari bacaan aku dah jumpa masalah sebenar kau. Kau terlalu commit sebagai seorang ibu dan isteri tapi tidak dengan diri sendiri.

    Cuba kau tengok acik acik kampung, acik acik marhaban, acik acik berumur yang nampak berseri bahagia. Tua tua happy interesting dan hot in their own way. Sebab apa? Sebab mereka ada bahagian dalam hidup untuk diri sendiri. Ada spark untuk diri sendiri.

    Sebelum beriya nak cukup sempurna keperluan anak dan suami ada kau tanya diri sendiri dah cukup apa kau nak? Ada kau buat diri kau happy sebagai individu?

    Kau bagi serba serbi untuk anak kau dan suami pun tak guna kalau bahagian untuk diri kau tiada, kosong. Faham tak?

    Cukuplah hanya beri yang terbaik bukan sempurna. Tiada orang yang sempurna sebab sempurna itu milik Tuhan. Kalau gila nak sempurna kau akan rasa penat dan jemu. Sebab kau manusia tapi kau paksa sempurna dalam hidup kau.

    Anak tu biarlah dapat apa yang perlu sahaja. Kau lengkap sebar kayangan tak guna sebab bila dah dewasa andai kata kau dan suami jatuh susah anak anak kau semua akan jadi loser yang tak pandai nak hidup sebab biasa di suap dengan kesempurnaan. Nanti anak kau tak tahu nak mencari tak ada rasa meaning of life. Tak ada passion dalam hidup. Sebab tiada cabaran atau kekurangan yang anak kau hadapi untuk dapat apa yang mereka mahu. Semua kau permudahkan. Bagaimana bila dewasa nanti?

    Berhenti suap sempurna dalam hidup anak dan suami. Cukup buat yang terbaik semampu kau. Ingat pesan aku tuh. Jadi manusia.

    Simpan sedikit untuk diri sendiri. Bukan pentingkan diri tapi kena ada IKHSAN KEPADA DIRI SENDIRI. Sayang dan cintai diri sendiri. Bukan dari luaran sahaja. Jiwa dan hati kau perlukan hobi dan interaksi manusia.

    Banyak perempuan bila dah kahwin REMOVED WHATSAPP GROUP. BUANG RAKAN TAULAN. Konon tak mahu tekanan. Tak mahu iri hati. Sedangkan fikiran sendiri yang banyak buruk sangka dan rendah diri.

    Bila dah makin tua, suami bosan, anak anak dah dewasa ada hidup sendiri tak minat nak layan kau. Masa tu baru ingat kawan lama yang kau tak mahu datang melawat datang berjumpa. Sepuluh tahun kau kahwin 2 kali pun susah kau nak jumpa kawan sendiri. Sedangkan suami kau masih tak loss contact dengan kawan kawan mereka.

    Apa tunggu lagi? Hubungan silaturahim, cari kawan yang sekufu yang boleh luang masa kopi Time, hobby time, me time dengan kau. Bukan jadi perempuan yang membosankan.

    Acik acik tua pun meriah rakan sahabat berkampung. Kau?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *