Isteri Yang Kecewa

Suami suka tengok bukan bukan, follow perempuan sexy sampai dekat 4k orang. Bila suruh unfollow tiba tiba nak mengamuk. Silent treatment umpama isteri tiada hak untuk menegur.

Nak isteri yang tertutup auratnya tapi nafkah didik isteri dalam bab lain tiada. Bangun sebelum isteri, kejut isteri solat subuh, semak bacaan dan gerakan dalam solat isteri, ajar isteri mengaji semua tu tak pernah buat.

Telekung pun hanya sepasang yang dihadiahkan sebagai hantaran empat tahun lepas. Selebihnya ikhsan dari mak dan ibu mertua serta beli hasil titik peluh isteri sendiri.

Bila isteri bercerita, suami khayal dengan game, tak pernah mendengar. Kerja rumah kena paksa baru buat, kena biarkan kadang sampai berminggu baru berusik.

Bukan isteri tak boleh buat sendiri, tapi mana tanggungjawab sebagai suami? Setiap kali memasak, isteri yang perlu sediakan semuanya sendiri tanpa bantuan suami. Suami pulang dari kerja, berbaring dan asyik dengan game.

Bab nafkah tempat tinggal, nafkah wang ringgit memang suami tak pernah culas. Tapi lepas bagi tu, semua perkara serah pada isteri. Tak pernah ambil tahu barang apa yang dah habis di dapur.

Selalu biar isteri belanja sendiri, kemas sendiri. Bertahun kawin, suami tak pernah tahu cara nak siang ikan, nak basuh ayam, nak potong sayur.

Semua keperluan isteri, kehendak isteri, keperluan rumah, keperluan suami, bil api air semua terletak dalam nafkah bulanan yang diberi. Itu la nafkah isteri, itu la belanja bulanan. Kalau tak cukup, isteri yang keluar wang sendiri. Barang dalam rumah? Semua isteri yang fikir dan beli.

Sama sama bekerja tapi kerja rumah semua letak pada bahu isteri. Pernah suatu masa, isteri nak hire daily helper tapi kata suami tak perlu, boleh uruskan sendiri. Hujung hujung, mengharapkan isteri yang buat. Bila isteri penat tak lipat kain, sampai sudah baju bertimbun.

Tebal muka isteri di saat mak tiba tiba datang dan nampak keadaan sebenar rumah. Hujung hujung isteri juga yang keluar modal beli rak, ampaian, hanger untuk gantung sahaja baju tak berlipat. Dikatanya isteri membazir. Tapi ada penyelesaian lain?

Suami beli apa? Barang motor. Lagi? Barang motor. Lagi? Barang motor. Ya. Barang motor. Untuk kegunaan pergi kerja katanya. Rasanya kalau si isteri tak bekerja, si suami memang takkan merasa semua benda yang ada dalam rumah ni.

Dari penyapu, mop, barang barang basuh baju, ampaian luar, cadar, bantal, selimut, tuala, minyak wangi, deodorant, minyak rambut, barang barang mandi waima berus gigi, hampir semua barang dalam rumah la senang kata.

Bertahun pernikahan tanpa zuriat. Semua supplement, jamu, buah buahan, sayur sayuran, berurut, klinik semua modal keluar dari poket isteri. Cuma minta kerjasama dari suami.

Diminta berhenti vape, apa respond? Tidak berhenti. Dibelikan supplement, apa respond? Tidak consistent, alasan terlupa. Minta bersama time subur, apa respond? Penat. Ya, penat. Kalau suami yang nak, terus tak fikir penat isteri.

Ini baru hal remeh temeh. Belum lagi bab mental ditorture sebegini rupa. Isteri berubah jadi seorang yang pemarah, anxiety tiba tiba, selalu rasa tak selamat, selalu rasa keseorangan, jadi tak pandai bercampur dengan orang etc.

Ya, lebih tinggi nilai seorang pembantu rumah daripada seorang isteri. Sekurang kurangnya pembantu rumah diberi gaji yang setimpal. Tapi isteri? Diluah mati bapa, ditelan mati emak..

– Ira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *