Isteri Yang Lonely

Assalamualaikum & hi semua.

Alhamdulillah aku dah berkahwin hampir setahun setengah. Rezeki jodoh di penghujung 20 an. Sekarang umur pun dan 31 tahun ni. Beza aku dengan suami aku 4 tahun sekarang dia pun dan nak masuk 35 tahun.

Suami aku (aku namakan N) ni kawan baik abang sepupu aku, aku kenal macam tu je la sebab selalu ikut abang sepupu aku balik rumah time belajar macam tu.

Abg sepupu aku ni memang rapat dengan family aku, mungkin jugak sebab dia ni abang susuan aku. Masa dia kecik mak long aku da masalah kesihatan jadi mak aku tolong jaga dan susukan dia sekali.

Okay nak dijadikan cerita entah camna N dapat posting dekat daerah kampung aku disebabkan dia kawan baik dan pernah datang rumah ikut abg sepupu aku, jadi dia memang selalu je la datang ziarah family aku dan rapat dengan family aku.

Waktu tu memang aku takda dekat rumah dah sebab merantau belajar dekat negeri lain.

Dipendekkan cerita selepas 5 tahun lebih camtu berkhidmat dekat daerah kg aku tu entah camna dia contact aku untuk ajak berkenalan.

Janggal jugak la mula2 tu sebab aku memang anggap dia cam abang aku ja terjumpa pun setahun sekali camtu ja, entahlah sampai sekarang aku tak tahu kenapa dia nak berkenalan dengan aku.

Dahla aku pun banyak jugak taaruf dengan orang lain jugak yelah waktu tu pun umur dah lepas 25 kan so risau jugak la kalau tak kahwin takut waktu subur dah samar, sebab aku memang nak anak sampai plan nak ambek anak angkat waktu tu.

Tapi dah agaknya jodoh aku dengan dia dia ajak aku kahwin lepas 8 bulan berkenalan tu.

Cakap dekat family, mak ayah aku setuju sebab ayah aku cakap dia okay sopan santun hormat orang tua kira pass lah sebab dah ada bonding dengan family aku kan..

Maka kahwin lah aku dengan N majlis yang sederhana.

Atas faktor kerja aku terpaksa PJJ dengan suami aku ni.

Sebelum kahwin aku memang dah cakap yang aku tak mampu lagi nak jadi full time housewife, aku keja biasa ja tapi sebab aku memang tak tau nak buat apa kalau jadi housewife kalau ada anak tu lain lah boleh difikrkan. Suami pun izinkan ja untuk aku bekerja dan pjj.

Cuma bila dah hampir setahun lebih perkahwinan ni aku rasa kosong dan ada perasan yang tak best sangat, aku rasa hambar sangat.

Memula tu aku ingat ni ujian rumah tangga kan. Untuk buang rasa tak best dan nak ada spark dalam perkahwinan ni aku join memacam kelas, beli memacam ebooks untuk aku audit diri aku. Yelahkan takkan aku nak bising tapi tak cari solusi kan.

Tapi rasa tak best tu tetap ada. Suami aku memang jarang sangat call aku kadang 2 hari sekali kadang 3 hari sekali tu pun kurang dari 5 minit. Mesej pun seolah2 macam2 nak pastikan aku hidup ke tak ja lagi.

Aku marah jugak dulu tapi takda la naik suara just cakap dalam gurau2 camtu call setakat tak sampai seminit camni ingat penuh ka tangka emosi saya? Haa cam tu je la aku bagi.

Tapi benda tu tetap jadi sampai sekarang, aku pulak dah malas nak push or cakap banyak dah so aku silent treatment jela.Kadang aku terfikir suami aku ni anggap aku isteri ke tak..

Nafkah batin tu memang 3 kali je la setahun lebih kawen ni. Kaunselor yang aku follow dkt medsos pun cakap tak normal untuk suami isteri 3 kali ja dalam tempoh setahun perkahwinan ni. Btw aku takda rezeki anak lagi.

Banyak la lagi aku nak cerita tapi jadi panjang sangat, aku tak tahu dah macam mana nak buat untuk perkahwinan ni tak hambar.

Sekarang aku rasa nak cerai ja sebab aku tak rasa pun aku ni diperlukan sebagai isteri. Aku sunyi sangat aku takut kalau aku bertahan lagi dalam perkahwinan ni aku asyik terasa dan makan hati, rasa lonely sangat.

Tolong bagi nasihat dan jalan apa yang aku patut pilih untuk perkahwinan yang hambar bagi aku.

Minta maaf jugak kalau penceritaan aku ni meleret merapu atau tak jelas.

Tolong aku..

– Isteri N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

8 Comments

  1. Assalamualaikum. Pertama ² do akan kebahagiaan sy dunia akhirat. Kena korban tukar kerja berhampiran, kita kena call,Kita kena approach.buat jadual dr perhubungan intim sampailah percutian dalam perhubungan rumah tangga.apa² jadualkanNampak mcm joke tapi untuk kurang stress.nnt 2 3 tahun dh ok tk yah laa. Jgn fikir bukan².

  2. Pertama sekali dlm hubungan komunikasi yang penting sekali, pernah x berbincang dengan suami apa yg awak nak apa yang dia nak.. xlogik nafkah batin dlm setahun 3x sahaja mcm something wrong.. usahakan juga duduk dekat dgn suami Dan jika suami jenis xambik tahu xsalah puan mulakan dulu Tanya.. semoga hubungan puan dapat diperbaiki Dan dipermudahkan segala urusan

  3. Klau pjj mmg la. Cuba elakkan pjj. Solusi dia duk skali je. Kami lelaki mmg awal2 je hangat bercinta dlm fon. Lama2 fedup sbb nak rasa physical existence tu ada. Kami nak isteri kami depan mata. Ni peringatan jugak untuk mereka yg couple. Jgn lama2 couple. Bila lama sgt berhubung melalui fon mula la tak puas. Pastu pikir jln yg haram.

  4. Langkah pertama, Ko kena duduk sekali je dik dgn laki kau.InsyaAllah lepas tu boleh cuba selesaikan satu-satu isu lain yg ko rasa isu.

  5. Duduk sekali dulu tengok jauh mana perginya. Kahwin nak berkepit bukan tersepit hati makan diri camni. Usahakan berkepit dulu. Nanti datang buat confession kedua pulak. Semoga dipermudahkan urusan sis!

  6. saya rasa solusi paling jelas adalah pindah ikut suami & cari kerja di tempat tinggal suami. kita dah berkahwin ni, memang kena banyak bertolak ansur. perkahwinan puan masih awal, kalau boleh selamat, selamatkan. jangan fikirkan cerai sahaja sebagai solusi. semoga dipermudahkan urusan puan.

  7. baik xyah kawin kalau mcmni. tp xpe benda pun da jadi kan. ada 2 cara. pertama duduk sekali. kalau dia xnk. ko mintak cerai. muda lagi mesti ada je yg nak. jangan tunggu bertahun2 time tu da kerepot xde org yg nak dah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *