Salam dan selamat sejahtera semua. Cahaya, 30, married with a 3-year old daughter. Saya dan suami dah berkahwin selama 5 tahun. Dia bekerja sebagai assistant manager dan saya housewife. Saya akan bekerja semula bulan Jun selepas 3 tahun tidak bekerja.
Pilihan saya untuk bekerja semula sebab suami tak pandai manage duit. Gaji 6k to 6.5k sometimes can be up to 7k tapi selalu tak cukup duit & takde saving. Harap KWSP je lah untuk saving dia. Ada 2 kredit kad yang mempunyai hutang 10-11k kiranya dua-dua kad tu dah spent sampai limit dia.
Awal tahun ni apply kredit kad yang ke-3 and sekarang pakai kad tu and bayar setiap bulan tanpa ada outstanding. So sekarang dia tengah nak settlekan hutang kredit kad yang 10k tu. Maybe another 6 or 7 months agaknya baru settle.
Lepas tu dah tahu banyak hutang lagi nak tambah lagi dengan beli barang-barang kat s***ee pakai S***later tu. Dapat tahu baru-baru ni bila dia asyik bising bila limit nak naik so he can spend more. Memang bayar on time tapi sifat boros dan tak pandai berjimat tu buat saya fed up.
Kalau beli barang tu monthly RM500 pun sanggup bayar tapi nafkah tak sampai 10% dari gaji dia. Ada lah dapat 5% je. Tu pun kalau minta extra “tengoklah kalau ada duit lebih”.
Kami tinggal dengan mak dan abang saya di rumah mak saya. So sewa rumah tak perlu fikir, hanya bayar RM 100 untuk wifi dan RM 100 astro. Belanja dapur RM 300-500.
Bayangkan daripada keseluruhan gaji tu nak saving RM100 pun taknak. Untuk saving anak dari elaun dia bagi tu lah saya tolak, tolak lagi loan study tinggal lah berapa puluh je.
Lepas ni memang saya buat auto-debit je untuk saving anak. Tak pun saya senyap-senyap transfer dari akaun dia ke akaun anak. Tu je caranya. Untuk saving diri sendiri memang tak ada lah cerita dia.
Baru-baru ni dua adik beradik dia tukar baru. Dan-dan lah jugak nak tukar kereta juga. Saya cakap tak ada keperluan pun. Anak pun seorang je nak beli kereta besar-besar buat apa. Lagi nak tambah hutang beli kereta mahal-mahal. Nanti kena fikir maintenance, roadtax, insuransnya lagi.
Nak cakap berkira ke tak saya pun tak tahu. Bila kadang-kadang saya ajak pergi staycation (anniversary, birthday anak, etc) siap remind book hotel jangan mahal sangat. So kena lah cari yang bawah RM 200 semalam. Tapi bila dengan family dia semalam RM400 pun okay pulak. By the way semua ni spend pakai kredit kad ye.
Disebabkan semua ni lah saya cari kerja balik and alhamdulillah dapat. Saya dah penat duduk rumah nak kena hadap dia hari-hari. Saya start kerja nanti pandai-pandai lah dia nak fikir siapa nak jaga anak. Nak hantar kat mak dia ke apa ke.
Bila nak hantar anak ke playschool awal tahun hari katanya mahal tapi beli game simulator 3k (installment jugak) boleh pulak.
Mentang-mentang lah saya ni tak kerja, duduk rumah je jaga anak tak membantu langsung nak buat kerja rumah sama-sama. Saya lah masak, cuci pinggan, basuh baju, sidai baju, lipat baju, suap anak makan eh semua lah. Apa lah salahnya saya dah masak tu tolong lah layan anak makan pulak. Kalau off day tu tak tidur, main game.
Ada sekali tu memang saya sengaja biar bakul baju kotor penuh menimbun sampai ke atas lantai. Memang nak bagi dia kerja basuh semua baju tu. Penat lah saya semua benda nak kena bercakap. Kalau tak bagi tahu tu memang tak boleh faham sendiri ke nak ringankan kerja bini?
At least saya dah kerja balik sini at least saya boleh saving 1k lepas tolak segala benda. Saya hanya ada loan study je tak ada hutang lain. Abang saya bagi saya kereta untuk senang saya pergi dan balik kerja.
Ada sekali tu MIL minta duit kat suami. Dia sanggup ye cash out kan dari kredit kad sebab kat tangan dah tak ada cash langsung. Selama saya tak kerja 3 tahun tu habis lah juga saving yang berbelas ribu. So saya nak kerja untuk kumpul duit balik untuk diri sendiri & anak.
Saya ada suggest suami untuk elak pakai kredit kad dan manage gaji properly untuk monthly expenses tapi tulah. Duit dia kan. Tak cukup dia cakap kalau tak pakai kredit kad. Mana taknya kalau kehendak tu melebih-lebih sangat.
Lagi satu bab nak bangun solat subuh tu susah sangat. Even kalau dah kejut pun sekali tak bangun, 3 4 kali baru nak bangun. Bukan tanggungjawab saya pun nak remind dia pasal solat. Lagi-lagi bulan Ramadhan nak sahur tu.
Kitanya ni nak kejar masa nak masak lagi nak panas lauk lagi. Yang dia tak bangun-bangun lagi. Kena kejut 3 4 kali jugak. Penat lah macam ni. Kalau dah saya tak sedar tu memang terlajak lah cerita dia, bulan puasa ke tak ke sama je lah. Sekarang ni saya kejut sekali je nak bangun ke tak suka hati lah. Saya dah penat.
Kalau berselisih faham tu memang silent treatment je dapatnya. Jangan harap nak pujuk ke apa. Takkan dapat. Memang tak pernah pujuk pun. Dah jadi tawar hati pun ada jugak. Wish birthday ke anniversary ke, pergi job interview pun tak dapat wish good luck hahahaha. Orang kata dah takde spark in marriage.
Sekarang saya memang banyak senyap je. Memang takde mood kalau dia ada dalam rumah ni tapi saya still masak lah hari-hari untuk dia sebab pergi kerja pun bawa bekal. Tak sabar nak start kerja so I have less time dekat rumah ni. Balik hanya nak spend time dengan anak.
3 tahun lepas pinjam duit mak 8k untuk bayar hutang kredit kad masa tu. Dah selesai lepas tu spend balik tak mampu bayar lump sum setiap bulan lastly hutang jadi 10k pulak. Apa lah dia fikir sampai sanggup beli tv, game simulator beribu-ribu daripada bayar hutang 8k dengan mak saya tu.
Memang mak saya tak minta bayar cepat tapi takkan nak tunggu sampai mati baru nak bayar hutang. At least RM100 jadi lah lama-lama habis lah hutang tu. Hutang dengan saya pun memang dah macam tak ingat dah nak bayar. 2k untuk kredit kad, 1.4k untuk repair fon screen pecah. Carseat anak 1.7k. Yang lain-lain malas cerita.
Sekarang ni saya rasa dia ada ke tak ada ke sama je. Tak membantu langsung. Saya yang rasa diri ni macam orang gaji tapi tak bergaji pun hahahaha.
Semua kerja rumah pun saya buat, anak saya settle. Kiranya kalau disuruh baru buat. Penat sangat rasanya. Kadang-kadang mak & abang saya bagi saya duit sebab dorang tahu memang saya takde duit.
Benda simple saya minta tolong macam alihkan tong gas dari dry kitchen ke wet kitchen pun tak buat. Tak tahu lah lupa ke apa ke makan semut banyak kot. Baju saya dah lipat tinggal angkat letak dalam almari pun tak mahu buat. Kalau baju yang dah berlipat tu berminggu-minggu kat ruang tamu, memang situ je lah tak bergerak langsung.
Kadang lepas saya masak, tak basuh terus, saya tinggal je dalam sink. Bagi anak makan dulu ke, basuh sidai baju dulu ke. Tak ada pun dia nak clearkan sink tu. Dia akan basuh pinggan yang dia guna je lah.
Dia kerja on shift basis. So kalau masuk pagi maghrib balik rumah dah. Balik rumah, mandi, makan, main fon. Tak ada nak spend masa layan anak, main dengan anak.
Ada satu malam tu anak kacau dia tengah main fon. Kacau nak ajak ayahnya main, dia suruh anak tu jangan kacau dia. Saya bagi setepek “budak budak tu nak ajak main, layan lah dia dulu. Asyik nak mengadap fon je.” Lepas tu malam tu jelah dia layan anak jap lepas-lepas tu dia on tv, bagi anak tengok & dia main fon lah.
Tak tahu saya nak mengadu dan bercerita dekat siapa lagi sebab mental dah penat. Baru 5 tahun kahwin ni tapi dah start rasa tawar hati. I just want to be with my daughter & my mom. That’s it. I want to build my career again, whatever happens after this, I’m just gonna go with the flow.
– Cahaya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit