Hi, assalamualaikum. Saya tak tahu mana nak start cerita saya. Tapi betul lah ada pepatah yang mengatakan bahawa wanita malang ialah wanita yang tersilap pilih suami.
Saya ringkaskan sahaja ya. Saya mempunyai dua puteri. Masih berkahwin di mana saya rasakan lebih baik jika saya hidup sendiri.
Masa saya pantang anak pertama & kedua suami ada buat account chatting, tinder, wechat & omi. Walhal duit hospital & confinement lady saya yang bayar. Semua langsung tak bertanggungjawab.
Jangan cakap nak message tapi mandikan anak time pantang langsung tak pernah. Saya pernah berkali dapat dm & pm dia facebook dan instagram tentang kecurangan dia.
Semua perempuan yang dia pernah chat dm & pm saya cakap kenapa suami mengaku single. Bertapa hancur nya hati saya ketika itu.
Time pantang saya hampir meroyan mengenangkan nasib. Tapi saya kuatkan diri demi anak-anak.
Itu cerita semasa saya pantang. Time saya mengandung hari-hari kerja sehingga ke malam saya deliver. Suami langsung tak pernah hirau apatah lagi urut. Saya cakap nak minum air kelapa dia buat tak tau je.
Demi anak-anak sudah hampir 5 tahun kami berkahwin. Hadiah apa pon tak pernah beli untuk saya. Time dia nak pinjam duit baru dia akan buat dan cakap baik-baik.
Kalau saya tak bagi dia akan melenting. Memang celaka. Duit nafkah, rumah, kereta jangan cakap la memang tak pernah bayar. Saya yang bayar. Dia cuma tahu komen sahaja.
Sudah hampir 30k dia pinjam tapi time nak suruh bayar banyak alasan nya. Oleh kerana itu saya rasa hidup sendiri lebih bahagia.
Saya malu untuk ceritakan apa yang saya lalui kepada keluarga kerana mereka melihat kami seperti keluarga yang bahagia.
Saya tak mahu ibu bapa saya sedih kerana saya berkahwin atas pilihan saya sendiri. Dimana dulu ayah saya tidak suka kepada suami saya kerana tiada pekerjaan tetap. Sekarang baru saya tahu kenapa.
Saya sangat menyesal. Ibu saya pula sering amuk amukkan fikiran saya bahawa berkahwin kali 2 bukan yang terbaik. Kerana lelaki sekarang banyak yang jahat. Takut 2 orang cucu perempuan nya di apa-apa kan.
Saya buntu. Seperti tiada penyelesaian terhadap masalah saya. Suami langsung tak berubah. Seminggu sebelum PKP kawan saya terserempak suami dan perempuan s3xy.
Saya tanya suami di mana. Dia cakap di tempat kerja bila suruh share location baru la cakap sebenarnya dia di Times Square lunch dengan kawan.
Hati saya sudah lama hancur langsung tak ada rasa sedih. Cuma saya kesal suami tak nak ceraikan saya tapi makan luar.
Saya pernah cerita kepada ibu mertua tentang perlakuan anak nya. Dia hanya menangkan anak nya sahaja. So cerita drama tv3 is real ok! It’s so sickening.
Saya pernah nak pergi ke mahkamah syariah untuk menuntut cerai. Tetapi saya takut saya tidak dapat hak penjaan anak dan anak-anak akan sedih jika tiada bapa.
Saya tak tahu jika ada yang pernah alami apa yang saya alami. Adakah dugaan saya sangat berat? Atau saya je yang tak bersyukur? Atau saya ni pengecut? Atau saya tak kuat hadapi title janda?
Saya harap satu hari Allah dengar keluhan saya dan bantu saya walaupon saya bukan lah hambanya yang baik dan taat – yang buntu & perlukan bantuan.
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit