Isteri Yang Menderita

Assalammualaikum wahai pembaca. Namaku Mawar, usia hujung 20 an, graduan tapi tidak bekerja buat masa ini, telah berkahwin, dan tiada anak. Usia perkahwinan menjejak ke 3 tahun. Suami usia 30 an.

Aku isteri yang derita, hanya 3 bulan pertama usia pernikahan aku rasa bahgia, seterusnya hari-hari aku dipenuhi dengan cacian, ugut, maki, dan aku juga pernah dipukul.

Aku kerap berkongsi rasa dengan ibuku, kerana rasa terlalu sedih, begitukah rumahtangga? Adakah wanita apabila tidak bekerja, langsung tiada hak bersuara?

Lelaki yang aku pilih, untuk berkongsi hidup, hanya memberikan aku penderaan emosi. Siapa sangka aku mangsa. Beberapa kali aku mendapat tawaran kerja, aku tidak dapat pergi ke temuduga, aku selalu direndahkan, diprovoke.

Sejak berkahwin, aku pindah tinggal di negeri suami, dan hanya beberapa bulan pertama kami menyewa, seterusnya episod tinggal dirumah mentua dengan ipar duai.

Aku stress kerana aku ada loan ptptn dan loan kereta perlu dilunaskan. Selama ni, ibu bapaku yang membantu aku membayar loan keretaku. Suami ku tidak pernah membantu.

Pedih, tu aku rasa. Aku rasa bagai ditipu, sebelum bernikah suami mengatakan dia mampu menanggung seandainya aku tidak bekerja, malah dah submit loan nak membeli rumah.

Tapi semua tipu. Tipu jugak sekali gaji dan kelulusannya. Jauh beza kelulusan dengan aku. Gajinya sebenarnya hanya cukup untuk diri sendiri. Aku dapat tahu, setelah bernikah dengannya, sudah terlambat.

Mungkin kerana sayang, aku sanggup menjual kereta kesayanganku sebelum menikah, untuk menambah wang belanja kenduri. Majlis kami dibuat selepas beberapa bulan kami nikah, atas ihsan mentua.

Menyesal sungguh aku, kereta itu aku modified sedikit demi sedikit hasil kerja part time semasa belajar. Lupakan suami pada pengorbanan ku? Malah aku tinggal ibu bapaku di kg, semakin meniti usia berdua.

Suami malah tiada langsung duit untuk wang hantaran, semuanya hasil ihsan dari mentua. Malah, aku membeli cincin yang murah, kerana aku tidak mahu membebabkan suami. Tiada gelang emas untuk batal air sembahyang. Adakah aku b**d*h?

Di balik raut wajah, siapa sangka suami ku seorang yang panas baran dan malas bekerja, serta suka cakap putar alam. Seperti Ustaz Hamadi dalam Drama Nur.

Semakin hari, aku semakin tidak yakin untuk hidup bersamanya. Kini, suami ku juga penganggur. Lebih setahun, suami tidak bekerja, malah semua belanja ditanggung oleh mertua. Tidakkah suami ku malu?

Sering kali, aku yang disuruh cari duit belanja, dan bekerja. Aku rasa terhina. Aku telah banyak kali cuba mencari kan pekerjaan buat nya, namun sia sia.

Dia terlalu ego dan malu untuk bertanya dengan kawan-kawan untuk menolong mencari pekerjaan. Kerja yang datang juga, ditolak kerana dia tak nak kerja yang ada shift, kerja hari minggu, dan kerja berpanas.

Allah, lelaki jenis apa ini? Salah didikan ibu bapa ke? Dia tidak sedar ke tanggungjawab suami? Tak salah pun walaupun kerja potong rumput, asalkan halal.

Kenapa suami tidak berfikiran seperti ketua keluarga, sewenang-wenang berhenti kerja tanpa berfikir panjang. Aku jadi takut apabila kami ada anak nanti, bagaimana kalau dia ulang sikap lamanya?

Bab anak pula, dari awal perkahwinan, suami ku suruh aku gugurkan kandungan jika mengandung, alasan tidak mampu?

Sedihnya hati, aku ni ibarat macam perempuan murahan. Aku juga jarang dapat pulang ke kampung, kerana suami ku tidak suka kepada kedua ibu bapa (sebelum kahwin memang mesra).

Dalam setahun, hanya 5x, itu pun paling lama 2 malam. Padahal jarak hanya sejam sahaja. Aku juga dimarah jika telefon parents terlalu lama. Sungguh tiada privacy dalam rumah mentua.

Aku menangis tiap kali sujud dan solat kerana aku tidak tahan dengan perkahwinan yang menyeksa jiwa.

Ibu bapa ku di kg, agak sedih mendengar kisahku, dan beberapa kali meminta aku balik ke kg. Tapi mungkin kerana mereka malu anaknya menjadi janda dan simpati kepada suami ku, mereka masih memberi peluang.

Orang tua sebolehnya ingin menyelamatkan perkahwinan. Aku banyak kali terfikir untuk meminum racun, kelar tangan dan macam macam. Kerana aku sudah penat dengan drama suami, juga orang sekeliling.

Suami ku juga mengugut jika aku tinggalkan dia, dia akan edit gambar aku dan buat aku malu, supaya tiada siapa ingin berkahwin dengan aku. Ya Allah, begitulah suami?

Hanya kakakku sahaja, ajak aku tinggal di KL bersama keluarganya,dan mencari pekerjaan disana, sekiranya aku bercerai. Keluarga ku kecil sahaja, hanya ada aku, ibu bapa dan akak ku sahaja.

Aku semakin lost contact dengan kawan-kawan dan sedara mara. Sering kali kenduri kahwin pun tidak dapat aku hadiri. Mentua aku melayan dengan baik, cuma jika aku cakap mengenai anak nya, pasti mereka menyalahkan aku kembali.

Patutkah aku terus bertahan dengan suami ku? Menunggu dia bekerja semula? Atau kalau aku file cerai, berjaya ke?

Aku tiada duit nak hire lawyer. Aku ada record perbualan antara aku n ibu bapa mentua yang menyatakan anak dia tidak bekerja setahun, salinan IC suami, sijil kahwin + taklik + no rujukan EPF suami. Tetapi aku masih tidak dapat, kata-kata makiannya.

Bukan mudah nak record. Cukup ke bukti aku tu? Sungguh aku tak nak digantung tak bertali. Adakah semua mahkamah di johor, ada penceraian Hakam?

Aku menderita, hidup aku ibarat tahanan, selama aku hidup dengannya, aku tinggal di bilik sempit, dan berkatil single, malah tilam yang berlekuk, suami langsung tiada usaha untuk memperbaiki kehidupan.

Sudah lebih 2 tahun aku bersabar. Aku kini wajah makin kusam dan kurus kerana aku tidak bahgia bersama suami yang dayus. Berbeza dengan rupa aku ketika bujang.

Terima kasih wahai pembaca. Aku perlu pendapat kepada sesiapa yang pernah alami nasib yang sama? Malu ke jika menjadi janda? Adakah suami begini akan berubah?

Aku semakin tawar hati, sudahlah ters3ksa zahir, batin juga ters3ksa.

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *