Isteri Yang Menjadi Pilihan, Bukan Menjadi Yang Utama

Usia perkahwinan aku dan suami lebih kurang 3 tahun. Dikurniakan anak perempuan yang sangat cantik kini berumur 9 bulan.

Sejak berkahwin, aku kerap makan hati dengan perlakuan keluarga mertua.

Jika ramai isteri diluar sana hanya perlu menjaga hati ibu mertua, tapi tidak aku. Aku perlu menjaga hati ibu mertua dan nenek kepada suamiku.

Aku bagaikan tersepit antara dua. Kadang aku rasa diri menjadi pilihan nombor 3 oleh suami. Setelah berkahwin, ibu mertuaku masih anggap suamiku perlu bertanggungjawab ke atas beliau

Nenek. Pernah sekali nenek call, bagitahu suami jari luka terkena pisau, call suami suruh balik tengok beliau. Ada juga call sebab remote tv rosak tak boleh tengok tv. Call suami untuk tolong.

Sedangkan suamiku ada keluarga sendiri untuk dia luangkan masa. Bila suami cakap tak dapat balik tengok, nenek mula bagi ayat sedih hati.

Mak mertua. Walaupun lepas berkahwin, masih menggangap suami perlu tanggungjawab atas beliau. Pernah ibu mertua sisihkan aku dri bercakap disebabkan suami tak ikut cakap beliau.

Nafkah. Dari awal kahwin, nafkah aku sama jumlah dengan duit bulanan yang suami aku beri ibu mertua iaitu RM150. Itupun aku dengar ibu mertua cakap tak cukup.

Suami. Kerap dengan telefon bimbit. Kadang tiada masa dengan anak dan isteri.

Nafkah batin. Kadang sebulan sekali. Itupun sebab aku ingatkan. Masa dia tengok dan sentuh telefon bimbit lagi banyak dari dia tengok dan sentuh aku.

Bukan aku tak pernah tegur. Setiap kali tegur memang akan bergaduh. Aku tak tahu perlu buat apa. Aku dah mula rasa tak bahagia.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *