Isteri Yang Nusyuz

Assalamualaikum semua warga IIUM Confession. Nama aku Dahlia dan semestinya bukanlah nama yang sebenar.

Cerita yang aku nak sampaikan ini adalah berkenaan dengan diri aku. Ya, aku isteri yang nusyuz. Aku telah melakukan satu kesilapan yang sangat besar dalam hidup aku yaitu aku telah berlaku curang di belakang pengetahuan suami aku.

Sebelum tu aku nak minta maaf kalau luahan aku agak berterabur sebab aku tak pandai untuk mengarang.

Aku dan suami berkahwin pada zaman PKP dan kami belum dikurniakan zuriat. Hubungan aku dan suami baik-baik saja.

Suami aku adalah seorang suami yang baik, yang menjaga solatnya dan seorang yang bertanggungjawab. Cumanya suami aku ada sifat sedikit panas baran iaitu dia cepat melenting tentang hal-hal kecil. Benda ni kadang-kadang akan selalu menjadi punca pergaduhan kami.

Suami aku juga bukanlah seorang yang romantik contohnya yang berpegangan tangan isteri bila di luar, ucapkan ucapan cinta kepada isteri.

Boleh dikatakan sepanjang perkahwinan ni, kami lebih kepada teman serumah. Suami aku akan bagi duit perbelanjaan rumah dan akulah yang akan keluar ke pasar sendirian untuk beli barang-barang dapur.

Hal itu membuatkan kadang-kadang aku berasa sunyi dan dahagakan kasih sayang. Tapi aku tetap sayangkan suami aku sebab kami berkahwin pun atas dasar suka sama suka.

Sebelum ni, sepanjang perkahwinan kami, aku adalah seorang isteri yang sangat taat dan setia pada suami aku.

Untuk pengetahuan semua, fizikal aku seorang yang putih dan ada sedikit rupa. Bukan aku nak membangga diri, tapi ditempat kerja ramai yang tak percaya yang aku sudah berkahwin dan ramai lelaki-lelaki ditempat kerja yang cuba merisik untuk berkenalan denganku.

Selama ni, hati aku tak pernah sikit pun terusik ataupun goyah dengan godaan2 di tempat kerja, kerana aku tahu status aku sebagai isteri orang.

Tetapi semuanya hancur bilamana aku mulai rapat dengan seorang lelaki berstatus suami orang ditempat kerja yang aku namakan dia adalah Manggis.

Hubungan aku dan manggis sebelumnya adalah sekadar teman sekerja yang memerlukan untuk kami untuk bekerjasama.

Sebelum ni aku tak pernah ada apa-apa perasaan pada dia. Tapi berlawanan dengan Manggis yang dari awal memang menaruh perasaan pada aku sejak pandangan yang pertama katanya.

Kami berdua mula rapat bilamana kami sering berhubung tentang hal kerja dan lama kelamaan bersulam dengan gurauan senda yang akhirnya menimbulkan perasaan selesa dan suka terhadap dia.

Ya, salah aku sebab aku gagal menjaga batas pergaulan antara rakan sekerja. Perhubungan kami sangat singkat dan Manggis meluahkan perasaannya terhadap aku.

Aku berdosa dan khilaf sebab aku juga telah jatuh sayang terhadap dia. Manggis seorang lelaki yang baik dan dia selalu melayan dan memberikan kasih dan sayang yang selama ni aku tagihkan terhadap suami aku.

Aku sedar semua ni adalah dosa besar. Banyak kali aku cuba memutuskan hubungan dengan Manggis, tetapi Manggis tetap merayu rayu dan menangis kepadaku agar jangan tinggalkan dia. Dia betul-betul cintakan aku sampai ke tahap gila bayang.

Tahap serius perasaan Manggis pada aku sampai dia sanggup untuk meninggalkan keluarga dia semata-mata ingin berkahwin denganku dan hubungan kami diketahui oleh isteri si Manggis.

Isteri si Manggis aku namakan dia Mawar pernah telefon aku dan meluahkan suami dia dah tak macam yang suami dia yang dulu. Suami dia seperti orang gila bayang di rumah asyik memikirkan aku.

Aku buntu, dan serba salah sebab dah jadi perosak rumah tangga Manggis dan Mawar. Aku meminta maaf kepada Mawar dan berjanji untuk tidak mengganggu lagi rumah tangga mereka.

Tetapi, setiap hari di tempat kerja, Manggis akan datang dan merayu-rayu lagi dan lagi tanpa jemu agar aku tidak meninggalkan dia. Aku betul-betul buntu memikirkan cara untuk memutuskan hubungan dengan Manggis.

Aku ingin bertaubat. Aku dah tak nak teruskan lagi hubungan yang macam ni, tetapi semuanya jadi sulit bila mana Manggis terus terusan merayu untuk aku jangan tinggalkan dia sampai pernah mengugut untuk bunuh diri.

Aku buntu, aku takut keputusan aku akan menghancurkan Manggis atau hidup dia. Dalam masa yang sama aku dah tak nak hidup dalam gelumang dosa.

Aku cuma ingin memutuskan hubungan aku dengan manggis dan ingin kembali menjadi seorang isteri yang setia terhadap suami aku.

Aku takut untuk berterus terang benda ni kepada suami aku. Aku malu dengan diri aku sendiri sebab dah gagal jadi isteri yang baik. Aku gagal jaga maruah aku.

Aku tertanya-tanya, kalau aku bertaubat, akan diterimakah taubat aku. Masih layakkah aku untuk mengejar gelaran isteri yang solehah?

Aku buntu untuk keluar daripada semua ni.Aku cuma nak kehidupan aku yang dulu, yang tenang tanpa perasaan bersalah menghantui diri aku.

Bantu aku, aku tau aku akan dapat banyak kecaman daripada netizen tapi aku sendiri tak tahu cara untuk menghentikan semua ni. Aku takut kalau aku ambil keputusan tinggalkan Manggis, Manggis akan buat perkara di luar kawalan!

– Dahlia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

18 Comments

  1. kalau orang bantu pun bukan you nak buat. terang terang you tahu apa patut buat. tinggalkan si manggis tu. lantak la dia jadi apa. adehh. geram pulak pagi pagi ni. masing masing ada laki bini, tapi merenyam.

  2. awak berhenti je keja kat situ, terus keluaq dan jgn toleh belakang lagi, awak kena sedar, apa yg buat tu salah besar dan akan membinasakan banyak pihak, jadi sebelum awak dan org lain binasa, awak kena bertindak drastik dgn jgn lagi bekerja disitu, dan putuskan semua hubungan dgn skandal awak tu, jgn terpedaya pujuk rayu lelaki, memang camtu, nanti bila lelaki dh dapat, awak yg akan merana sendiri. percayalah nasihat saya ni…..

  3. Dahlia, u takut tinggalkan manggis sbb u takut dia expose kecurangan u pada your husband kan? Kalau you betul nak berubah, you patut tinggalkan aje manggis tu awal2, bukan still stay dgn dia atas dasar kesian.

    The aftermath, you kena tnggung lah, berani buat kan..

    Bab bertaubat tu, terima tak terima itu urusan Tuhan. Bertaubat dulu. Tinggalkan maksiat dan manggis. Jgn cakap soal taubat tu terima atau tak kalau benda berdosa tu sis syg nk tinggal – tau tak antara rukun taubat tu kna tinggal perkara berdosa & azam sungguh2 tak nak kembali pd bnd maksiat tu..

    Good luck la sis, doa byk2 supaya Allah bukak hati supaya buat benda betul walaupun benda tu bakal menyakitkan sis dan hidup sis takkan kembali spti sblm curang. that’s for sure.

  4. Hi awak,

    pertama awak ada darah keturunan penyondol

    ok kedua, awak TIADA OTAK

    memang awak kena terima 2 bende ni tau sebab apa ?

    pertama kalau awak tau awak tu isteri orang awal2 lagi awak dah jaga batas

    kedua.. awak tiada otak sebab tidak bagi tau dekat husban awak yang awak di ganggu di tempat kerja… so klu laki u tau.. ofcourse la laki u serang mamat miang tu & dia tak kacau awak dah.. but.. awak tak bagi tau pun dekat laki u tapi sebenarnye u pun suka juga dilayan dirayu2 dibelai2 dgn mamat miang tu kan ? cuma u dah kawin je.. klu bujang mesti dah terlondeh semua kah kah kah

    sekarang, isteri mamat miang tu dah tau, sy percaya mesti pengakirannya bercerai dan awaklah punca si anak2 kecik tu tiada kasih syg bapa dan mereka yang tak tau apa2 hidup meningkat dewasa dgn kesedihan dan dendam :)

    barua takde maruah punya bini. sian laki ko doh

  5. Kalau dh curang sampai ke fizikal kiss2 sex apa semua. Bagitau suami dan kalau kena cerai memang itu salah awak. Pulangkan ganti rugi hantaran n mahar. Biar duit tu suami cari bahagia lain sebab awak yg curang.

  6. Benda haram memang la sedap. Otu memang godaan syaitan.

    Kalau hubungan suami steri yang halal tu borimg dam cepat jemu. Awak dengan suami awak sama2 kena cari masa bersama

  7. berhenti kerja, cari kerja lain or abdikan diri kat laki sbb kau nak tebus dosa kan. xyah cite kat dia yg kau da curang.. layan dia mcm biasa or upgrade luar biasa.. tp masa tu kau kene la standby sebarang kemungkinan bila laki kau da tau nti

  8. hi sis, sebabkan sis dah dapat banyak kecaman, saya malas nak tambah lagi walaupun memang dari awal sis salah sebab takhalang benda ni berlaku contohnya berkeras je dengan manggis, tegaskan yang sis bini orang. but, what to do, happenED already.

    sis K E N A jauhkan diri dari Manggis. pindah kerja, tukar/lock nombor, delete social media ada dia, start your new life. whatever gonna happen in the future is NOT YOUR RESPONSIBILITY! kewajipan sis adalah SUAMI SIS DAN KELUARGA SIS. dumb enough kalau sis sibuk nak jaga hati dia tapi belakangkan dan curangkan suami. kalau nak juga, ko cerai jela sis, kesian suami ko.

  9. Sibuk kau nak kisah pasal manggis tu dah kenapa. Dah sah-sah dia laki orang dan kau tu isteri orang. Jangan lah perasan diri tu cantik kononnya. Lelaki-lekai yang cuba nak mengayat perempuan dah berlaki ni nak kat benda ‘tu” je sebenarnya kalau kau jenis melayan. Bertaubat la sebelum terjebak ke lembah yang lebih hina. Kalau nak berlaku curang juga minta suami lepaskan dan kahwin lah kau dengan manggis tu supaya tak buat dosa besar.

  10. pasal suami tak romantik pun curang. kalau dah tau suami tak romantik, yg dari awal gatal nak kahwin dgn dia dah kenapaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    • Kalau sayang sangat Manggis dan dah tak nak dengan suami, minta lah cerai dan jadi isteri kedua Manggis.
      Your husband deserves someone better.

  11. Jangan la jadi bodoh
    Awak tu bini orang
    Dia tu laki orang
    Haram

    Dia nak bunuh diri
    Pergi mampus la dia!

  12. Selalu perasaan bersalah datang setelah buat dosa besar,berani buat berani lah tanggung,sila undur diri secepatnya dari manggis yg tak guna tu sebelum syaitan bisik lagi jauh dan tambah dosa lagi.Atau jika tt dah miang sangat suruh aje suami kamu bernikah dengan wife manggis.
    Bertepuk sebelah tangan tak berbunyi,berhentilah kerja dan cari kerja lain dan jauh dari manggis ,sebab dah kahwin pastu buat dosa kenalah bagitahu suami apa yg berlaku,if not kifarah akan kena suami akn buat serupa nanti dan kamu tanggung pula akibatnya as simple as that!dunia berputar ya..bukan statik.
    Good luck

  13. Solat Taubat – mohon keampunan dari Allah
    Istighfar – biasakan diri dengan zikir beristighfar setiap kali ada terdetik terfikir berfikir berkhayal berimaginasi melakukan perkara yang HARAM!
    Mohon ampun dari suami ceritakan apa yang berlaku d pejabat ada gangguan.
    Pasangan suami isteri perlu senantiasa ada komunikasi yang neutral tidak saling menyalahkan tetapi cuba mencantikkan dan memperbaiki hubungan ke arah lebih baik, tidak ada rahsia kongsi rasa perlu ada memberi dan menerima dengan berlapang hari dada fikiran..
    Wallahua’lam

  14. Assalamualaikum puan, nasihat sy mcm ini iaitu awak kene berterus terang dengan suami dan jika awak belum terlanjur maka suami akan usaha selamatkan awak. Jangan dilayan lelaki tu sebab sy pun lelaki dan memang kaum kami kearah benda ‘tu’ sahaja. Awak dah ada suami yang baik walaupun xsempurna sebab itu memang hidup. Kata akhir iaitu selamat perkahwinan awak dan bukan selamatkan MANGGIS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *