Isteri Yang Nusyuz II

Assalamualaikum semua warga IIUM Confession. Aku Dahlia, Ini adalah sambungan daripada kisah aku sebelum ini, https://iiumc.com/isteri-yang-nusyuz/.

Sebelumnya aku nak mengucapkan terima kasih buat insan2 yang baik, yang komen memberi kan aku nasihat dan semangat buat aku untuk keluar dari jalan buntu ini.

Tak lupa juga buat netizen2 yang mengecam, aku terima semua kecaman sebab aku sedar perbuatan aku memang patut untuk dikutuk dan dikecam.

Aku juga sebelumnya pernah mengutuk dan mengkeji kepada orang yang berlaku curang kepada isteri atau suami masing-masing.

Tetapi, benarlah, kita akan diuji dengan apa yang kita ucapkan. Dan aku gagal dalam ujian tersebut. Tidak pernah terlintas difikiran aku sebelumnya untuk berlaku curang terhadap suami aku. Semuanya berlaku dan datang dengan secara tiba-tiba.

Benarlah syaitan itu akan selalu berusaha buatkan sebuah masjid untuk runtuh. Aku mendoakan semoga kalian semua tidak akan diuji dengan ujian perasaan yang macam aku.

Tujuan confession aku kali ini adalah untuk menjelaskan pertanyaan netizen tentang sejauh mana hubungan aku dan Manggis. Aku tidak mahu perkara ini menjadi fitnah buat kalian terhadap aku.

Hubungan aku dan manggis tidak pernah sampai ke ranjang katil atau sebagainya seperti yang dituduh. Kami hanya berhubung di tempat kerja sahaja.

Tapi aku jujur yang aku pernah keluar berdua bersama Manggis untuk makan tengah hari sebelum Manggis meluahkan perasaanya terhadap aku.

Manggis adalah seorang lelaki yang periang, kuat jenaka dan seorang yang mengambil berat membuatkan aku berasa selesa dan terjatuh suka terhadap dia.

Bila mana aku menyedari perasaan ini mula timbul, aku terus memutuskan untuk tidak berhubung dengan dia supaya mematikan perasaan ini. Itulah pertama kalinya Manggis datang merayu dan mencari aku untuk jangan tinggalkan dia.

Aku tekad dengan pendirian aku untuk menghentikan semua ini sebab aku tak nak disebabkan perasaan kami, banyak hati yang terluka.

Pada waktu aku meninggalkan Manggis, Manggis berubah menjadi seperti orang yang tak terurus. Setiap hari dia datang kerja dengan keadaan kusut dan datang merayu rayu kepadaku agar tidak tinggalkan dia sendirian.

Berbeza dengan penampilannya yang dahulu yang sentiasa kemas dan komited tentang kerja tetapi sekarang hanya keruh di air mukanya dan prestasi kerjanya juga merudum.

Walaupun begitu, aku masih dengan pendirian aku saat itu untuk menghentikan hubungan ini.

Disebabkan keputusan aku saat itu, Manggis dikejarkan ke hospital sebab darah bacaanya hampir 200 dan dia hampir pitam di tempat kerja. Doktor menasihatkannya agar tidak terlalu stress dan fikir yang berlebihan.

Saat itu, rasa bersalah menghantui diri aku untuk dia. Aku tersepit untuk membuat keputusan sama ada meninggalkan atau meneruskan hubungan ini sehingga Manggis sembuh.

Aku buntu untuk mencari jalan keluar daripada masalah ini.

Setelah sembuh, Manggis seperti biasa masih datang dan merayu-rayu menangis di depan aku agar tidak meninggalkan dia.

Dia sanggup untuk melakukan apa saja dan dicemuh semua orang ditempat kerja atau dari keluarganya sendiri asalkan aku bersama dengannya.

Dia memberi tahuku bahawa dia tidak pernah merasakan perasaan cinta yang seperti ini sebelumnya walaupun ketika bersama dengan isterinya.

Ini adalah pertama kali dalam hidupnya mencintai seseorang sedalam ini sejak pandangan yang pertamanya terhadap aku. Malah dia lebih sanggup mati daripada melepaskan aku dari genggamannya.

Dia berterus terang terhadap isteri dan keluarganya bahawa dia sanggup untuk menunggu aku sampai aku menerimanya. Aku terkejut dan dilema dengan pengakuaanya.

Mulanya aku juga tidak percaya dengan kata-kata yang dilontarkannya sampailah isterinya sendiri,

Mawar menelefonku dan memberitahuku yang suaminya sudah seperti orang yang gila bayang dan sentiasa mengurungkan diri di dalam bilik smpaikan tidak mahu makan atau bercakap.

Mawar mengaku dia berasa kecewa terhadap Manggis dan sanggup untuk mengundurkan diri jika itu yang terbaik.

Aku betul-betul tertekan dan dilema dengan segala perasaan yang datang bertubi-tubi di dalam benak fikiran ku. Aku berasa bersalah dengan semua orang, dengan suamiku, Manggis, dan juga Mawar.

Aku tidak tahu keputusan apa yang aku perlu ambil untuk keluar dari masalah ini. Terkadang aku rasa mahu saja aku lenyapkan diri dari muka bumi agar semua masalah akan selesai.

Manggis sanggup untuk berjumpa suamiku untuk berterus terang tentang hubungan ini tetapi aku masih tidak kuat untuk menempuh segala kemungkinan yang bakal berlaku.

Aku tidak mahu perkara buruk yang berlaku kedepannya akan menghancurkan hidup semua orang, sama ada suamiku, Manggis dan juga Mawar. Aku malu dan kecewa dengan diriku sendiri, disebabkan aku, hidup orang lain menjadi kucar kacir.

Jika aku berhenti kerja, suamiku tidak mampu untuk menampung kesemua perbelanjaan di dalam rumah kami. Aku harus membayar bulanan kereta dan separuh perbelanjaan/bil rumah setiap bulan.

Aku bekerja di syarikat yang agak ternama dengan gaji dan elaun yang agak lumayan. Jadi untuk berhenti kerja daripada syarikat ini, membuatkan aku sedikit ragu kerana ekonomi sekarang yang teruk dan ramai orang diberhentikan kerja.

Aku tak tahu hikmah disebalik ujian yang Allah berikan kali ini.

Setiap hari aku solat taubat dan berdoa supaya Allah membuang perasaan Ajnabi lain terhadap diriku selain suamiku. Dan aku juga sentiasa berdoa supaya Allah membuang perasaanku terhadap lelaki lain kecuali kepada suamiku.

Aku cuma mahu kehidupan aku yang dulu, menjadi isteri yang taat dan solehah untuk suamiku dan Manggis dan Mawar juga kembali bahagia di dalam rumah tangga mereka seperti sebelumnya. Aku Buntu!

– Dahlia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. Cinta terlarang adalah perangkap syaitan, samada kamu resign atau kamu terus akan menghadapi masalah ini, Manggis tak sepatutnya mencintai kamu sebab dua2 dah ada pasangan, ini akan meruntuhkan dua rumahtangga…

  2. blh pegi mampos. dah apesal masalah manggis masalah kau pulak?? benda kena move on, BERDOSA BESAR TAU KACAU ISTERI ORANG.. yg engkau oun bangang sgt asal? celah mana yg BOLEH nya.. lain lah klu ko tu x berlaki, adumak.. ko nk justify pulak salah ko ngn manggis.. kenot brain.. dh tu apa salah laki kau?? nk cerai MAN UP lah, kasi settle.. duk delay2 mende, terpaling cinta.. keji

    wei baran btl aku baca.. entah celah mana yg betul aku pun xpaham.. otak xleh hadam

    • Sedekahkan Al Fatihah utk manggis supaya hati dia Allah tenangkan dan buka mata hati dia

  3. dh la ko, dh buat dosa sebok nak doakan org lain tak diuji dgn perasaan mcm ko. g mam la, geram pulak aku, apepun sebab tu kita ni dh tahu bini org pandai la jaga batas, ko dh buat benda salah harap org doa baik2 dekat ko. so sorry sis. apepun semuanya pilihan diri sendiri. tak ckup kasih syg ko ni

  4. awak tak rasa Manggis tu psycho ke? bahaya tau awk orang gila bayang ni. jika saya ditempat awak dan dah cakap dengan manggis untuk tak nak teruskan hubungan tapi Manggis datang merayu-rayu sampai macam tu sekali, saya buat report polis atas gangguan. 1 benda awak kena tahu, kalau manggis masuk hospital ke apa ke, itu bukan masalah atau salah awk. awk tak ada tanggugjawab terhadap dia. Jadi nasihat saya, kalau betul awk pun nak tamatkan hubungan & tak nak melayan lagi dah, buat je report polis untuk lindungi diri awk di masa depan. orang gila bayang ni jangan dilayan sangat, takut terjadi apa -apa nanti. pernah dengar tak “aku tak dapat dia, tak ada orang boleh dapat dia”.? sila berhati-hati, jangan sampai memakan diri.

  5. Ujian apa ni ya Allah. Awak tau tak awak nak apa sekarang? Nak tenang bukan? Duit boleh dicari. Tukar kerja, InsyaAllah dipermudahkan jalan kalau niat betul nak baiki keadaan. Percaya Allah SWT akan mudahkan jalan untuk kita kembali padaNya.

  6. mcm ni lah.. nak nasihat pun tak guna.. jadi tak seronok plak citer ni takde sambungan nanti 😂

    dear dahlia yg cantik.. erkkkk 😏

    awak bercerai.. lepas tu kawin lah dengan manggis hehe 😘

    pastu awak hidup dgn die plak.. pastukan awak confess la kat sini ape jadi plak jika awak memilih manggis 🥰

    sy pun nak tau ape akan jadi jika memilih manggis. adakah awak akan bahagia atau sebaliknya ? 🤔

    menanti part III … peace 😁

  7. Nak bagitau je laa ye.

    Ada orang terdekat cenggini. Yang paling kesian tahu tak sape?
    Anak dorang. Hidup dengan bapak tak guna. Malu nak mampus ada bapak pangkat ketua pengarah tapi tergila² kan bini orang.
    Dan bini orang tu seronok laa eh ada orang gilakan dia. Lepas 7 tahun mereyam, kahwin juga merpati sejoli ni. Agak² happy tak mereka bila dah kahwin?
    Macam gila je dua². Hidup takut dengan bayang² sendiri. Kesian.
    Jadi jangan layan nafsu sangat. Fikir sikit orang sekeliling yang bakal korang aniaya.

  8. Berbahagialah ahli2 syurga yang terdiri daripada lelaki dan wanita. Kerana tetap hatinya dengan perintah Allah.

    Kita telah diingatkan untuk menjaga diri daripada neraka. Untuk ingatan kepada saya dan puan juga.

    Alangkah rugi kita jika hidup 60 tahun tapi akhirnya berada dalam golongan kiri.

    Cegahlah daripada lebih besar kerosakan. Jangan khianat kepada suami puan walaupun kurangnya hanya 10 peratus. Puan perlu keras hati terhadap perkara maksiat, sepertimana puan menjaga diri sebelum berkahwin.

    Mintalah tukar department dan jika perlu tukar pekerjaan. Elakkan terus daripada bertemu, blok semua channel. Dalam masa yang sama pupuk semula komunikasi dan rasa sayang kepada suami kerana beliau lebih berhak ke atas puan.

    Semoga puan tidak meletakkan diri dalam kebinasaan. Pelihara maruah puan sebagai seorang wanita dan isteri serta anak kepada keluarga

    Salam hormat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *