Isteri Yang Rasa Terhina

Assalamualaikum. Saya Orkid. Saya tak pasti kalau luahan saya akan disiarkan atau tidak. Saya tiada medium lain untuk meluahkan walaupun saya ramai kawan dan ahli keluarga yang baik.

Saya malu sebab bagi saya perkara ini aib. Saya ingin meminta pandangan rakan2 yang sudah berkahwin disini. Yang belum berkahwin, boleh skip, hehe.

Saya baru berkahwin 5 bulan dengan pilihan hati saya yang sangat baik. Suami saya memang lelaki yang sempurna dari segi nafkah zahir, duit tak pernah berkira, bila saya sakit dia jaga dari A sampai Z.

Awal-awal perkahwinan memang agak dingin sebab suami saya tak pandai bermanis2.. saya yang ajar dia bagaimana saya mahu dilayan. Jadi sekarang dia sudah improve banyak dari segi layanan.

Saya suka dipeluk, dicium, diberi perhatian layaknya seorang wanita diperlakukan. Dekat luar pun suami saya banyak pimpin tangan saya dan layan saya seperti seorang puteri. Saya suka.

Suami saya tak pernah tinggi suara mahupun memukul saya. Alhamdulillah untuk semua ini.

Tapi perkara yang merungsingkan saya, sudah 5 bulan suami masih belum pernah ‘menyentuh’ saya. Walaupun kami tidur berpelukan tapi dia tak pernah ‘menyentuh’ saya.

Awal dahulu saya pernah suarakan hal ini tapi tiada jawapan. Dia cakap dia belum bersedia.

Saya check telefon dia, tiada apa yang mencurigakan. Waktu dia banyak dihabiskan dengan kerja dan saya sahaja. Dia bukan jenis melepak di luar bersama2 kawan2 dia walaupun dia ramai kawan.

Saya cuba pakai pakaian yang terdedah dirumah tapi dia masih buat selamba.

Saya sedar ‘aset’ saya tidak terlalu besar tapi saya masih seorang perempuan. Setiap kali saya datang period, saya rasa down sangat. Bukan saya terkejar untuk dapat anak, tapi saya juga ingin dibelai sebagai seorang isteri.

Maaf ya kawan-kawan kalau rasa luahan saya ni inappropiate. Saya buntu. Saya malu untuk melakukan hal yang lebih2. Tapi saya rasa down sangat.

Saya bekerja bidang professional, sibuk tapi masih ada masa untuk diperuntukkan buat suami saya.

Suami saya juga bekerja bidang professional tapi office hour. Saya sedih. Perkara ni buat saya rasa terhina sebab suami taknak ‘menyentuh’ saya.

Bukankah suami isteri rasa ghairah bila bersama? Kenapa suami saya tidak? Apa yang saya perlu lakukan atau kemana perlu saya tujukan masalah ini?

Terima kasih untuk nasihat dan pandangan yang baik dari anda semua.

– Orkid (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Kena ajar laa jugak yg ni kot. Dari A sampai Z. Yg lain2 tu awak dah ajar. Langkah ke 2 jumpa doktor utk pastikan kesihatan dlman dia. Langkah ke 3, jumpa ustaz.. mungkin kena sihir.

    • Kenapa awak x terus tanya dia soal ni? jangan biarkan ia berkudis dlm perkahwinan awak. Ia sangat x normal ya, 10 tahun lepas sy berkahwin. Malam pertama tu suami sy dah buat kerja tu, sy lepas mandi keluar bilik air, nah terpacak si burung dan memanggil² si bunga. kemungkinan ni ada 2 je

      1. masalah mati pucuk
      2. gay

  2. Dia mungkin ad masalah kesihatan kot yang dia sendiri pon tak tahu.

    Boleh lah pi jumpa doktor utk checkup.

  3. sebijik mcm kisah saya dulu dgn ex husband..jwpn dia sama, belum bersedia..suami u gay dik..sorry to say this

    • Aiyo kak. Jangan terus buat kesimpulan gitu. Banyak faktor yang buat suami atau istri tak bersedia nak disentuh. Saya rasa suami akk Orkid ni terlebih ‘blur’ so kena ajar dari A to Z. Lagipun bahasa cinta setiap manusia tu berbeza.
      Untuk akk Orkid, cuba bincang dari hati ke hati dengan suami akk. Make sure bahasa lembut n tak buat dia rasa terhina. Kena igt, Syaitan dan Iblis ni tak suka manusia menikah apalagi suami istri yang bersweet2. Akk baca bismillah, dan terus usaha untuk selamatkan pernikahan akk. Bimbing suami akk untuk cintakan akk seperti mana yg akk nak. Buatlah experiment. Lagipun ikatan pernikahan ni suci dan mulia di mata Allah. Apa2 yg akk buat dengan suami, semuanya akan membuahkan pahala dan kebaikan. Saya doakan akk bahagia bersama suami akk. Keep qawie, akk Orkid.

  4. 1) puan bawa suami jalani pemeriksaan kesihatan.manalh dia ada penyakit kencing manis yg buatkan suami puan lemah tenaga batin ka.jarang suami akan tolak bab nk bersama ni.
    2) bawa suami pi berubat dgn perubatan islam.manalh tau suami puan terkena sihir pemisah..
    sekadar pandangan sy…yg baik itu dari Allah.yg lemah dan khilaf tu kelemahan sy sendiri..

  5. tak masul akal laa zaman skrg masih ada lelaki blur pasal seks. samada gay or mmg belum ready nak together. antara 2 tu jelah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *