Isteri Yang Sangat Mengongkong

Saya rasa sangat tertekan. Hal ini disebabkan isteri saya sangat-sangat mengawal pergerakan saya, biarpun masa saya bekerja.

Saya bekerja sebagai penyelia tapak di sebuah syarikat pembinaan yang agak terkenal di negeri saya.

Jadi tempat saya bekerja kadang-kadang memerlukan saya keluar untuk bertemu dengan orang kampung ataupun dengan jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan dengan kerja saya.

Kadang-kadang saya terpaksa keluar dari kawasan kerja saya tanpa memberitahu isteri tentang keberadaan saya. Ini kerana isteri saya sangat sensitif jika dapat tahu saya perlu bertemu dengan sesiapa saja kerana cemburu.

Biarpun orang yang saya perlu jumpa ialah lelaki. Hal ini terjadi kerana saya pernah melakukan hal yang sangat isteri saya tidak sangka-sangka, iaitu saya pernah menjalinkan hubungan dengan perempuan lain.

Tetapi saya sudah pun menyesali dan tidak melakukan perbuatan terkutuk itu lagi.

Biar macam mana pun saya sudah berkali-kali mengatakan saya menyesal perbuatan saya itu dan meminta maaf berkali-kali, isteri saya tetap tidak dapat memaafkan saya.

Saya sangat-sangat buntu kerana pekerjaan saya terganggu dengan sikap isteri saya yang sering bertengkar dengan saya apabila mendapati saya keluar dari kawasan bekerja hanya kerana perlu bertemu dengan orang yang mempunyai kaitan dengan tugasan saya.

Isteri saya bertambah sensitif apabila orang yang perlu saya temui ialah seorang perempuan.

Jadi apabila saya perlu keluar untuk melakukan tugasan saya, saya akan keluar tanpa memaklumkan isteri saya tentang keberadaan saya.

Tapi keadaan akan bertambah teruk apabila isteri saya secara tiba-tiba akan membuat panggilan video.

Kami akan bertengkar sehingga saya mengeluarkan kata-kata kesat kepada isteri saya.

Saya sangat sayang dengan isteri saya dan anak-anak saya. Saya cuba sedaya upaya saya untuk mengekalkan rumah tangga saya ini.

Tetapi saya tidak tahu sehingga mana saya boleh bertahan dengan keadaan emosi isteri saya yang sukar dijangka.

Saya memohon doa orang-orang yang membaca kisah saya ini supaya satu hari nanti isteri saya akan kembali memberi kepercayaan kepada saya lagi, dan saya tidak akan sekali-kali melukakan hati isteri lagi.

– robert grek (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

8 Comments

  1. pelik nau laki. Ko cari masalah, ko buat masalah, pastu kata bini sensitif pulak dah.. Bagi lah pakwe baru kat bini, so dia kongkong yang baru. Ko lepas bebas

  2. Kembalu kepada allah je bang.. ape berlaku sbb kita x taat pada allah.. jaga silat , allah akan ubah kehidupan kita

  3. Encik kena didik isteri encik.. Sy tau la, sy dulu pun sebijik perangai isteri encik. Lagi teruk, sy suka merajuk, mengamuk tak tentu pasal, kemas baju dlm luggage konon2 nak lari dari rumah. Call2 office dia. Benda2 ni utk kacau emosi suami sy supaya dia rasa bersalah selalu. Suami sy guna kuasa talaq dia, kalau sy buat hal tanpa sebab lagi, jatuh talaq. Kalau sy keluar rumah tanpa izin, jatuh talaq. Dan dia juga pinggirkan sy dari tempat tidur.. Memang sy rasa terseksa sgt. Tapi rumahtangga jadi aman lepastu. Sy akan fikir sgt mendalam sebelum sy buat apa2 yg melibatkan suami. Sy belajar utk hormat suami. Isteri encik kena belajar kawal emosi dia kalau dia betul2 nak pertahankan rumahtangga. Memang perempuan dikuasai emosi.
    Tapi encik hati2 la dgn kuasa talaq tu ye. Jangan terlepas cakap pula.
    Ni pengalaman sy, terpulang encik.

  4. tahan jela perangai wife mcmtu. sape suruh curang. fikir dlu sblm buat apa2 lepas ni. ada otak kan.

  5. cuba fikir , sebelum curang ada bini kaki kongkong? takkan
    so salah sape? salah ko ah. Benda dh ada bini sibuk nak cari betina lain , mana mau nye bini ko nak maafkan ko, klu bini ko tdo dgn laki lain , ko nk maafkan ke hah. Nth pape punya laki , ad otak tkleh fkir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *