Semalam aku terbaca kisah Isteri yang sunyi, (https://iiumc.com/isteri-yang-sunyi-2/).
Masa baca tu aku tergelak, tergelak kenapa? Sebab aku ingat itu confession aku. Aku dah lama rasa nak hantar kisah aku, tapi aku rasa kisah aku terlalu biasa.
Jadi bila terbaca kisah isteri yang sunyi tu, aku gembira sikit. Ada juga yang sama seperti aku. Bezanya, kami tiada anak. Maka bertambah-tambah la kesepian aku.
Sama seperti suami TT yang lepas, suami aku pun tiada, tapi bukan tiada kemana, ada cuma dunia dia hanyalah kerja dan games. Balik kerja, hujung minggu, masa lapang dia akan bermain game online.
Ayat yang dia selalu sebut bila aku merungut adalah. “Kan saya ada aja di rumah” iya, jasad sahaja ada. roh entah kemana. Kadang memang aku doakan agar rohnya pergi terus tak balik2. Hahaha.
Aku rasa salah aku juga sebab kami berkahwin. Sebab aku yang bagi kata putus, jika dia tak nak kahwin maka kami harus putus,
Mana tidaknya hubungan kami sebelum kahwin sahaja sudah 8 tahun, jadi aku taknak terus menunggu, sebab aku memang tak nampak effort dia untuk berkahwin masa itu.
Jadi aku bagi kata putus begitu, nah tiba-tiba ada duit dia untuk berkahwin dengan aku. Dalam setahun selepas aku cakap begitu kami kahwin.
Aku sangkakan dia betul-betul sayang dan telah pun buktikan yang dia memang nak berkahwin. Terharu sendiri aku masatu. Hahaha.
Tapi keindahan sebuah perkahwinan itu aku tak rasa. Masa tak sampai setahun berkahwin, jika bergaduh, dia akan cakap, “dulu awak yang nak sangat kahwin, saya dah jadi bagi kahwin kan”.
Kau rasa? Sedih tak sedih? Rasa macam dihina, kalau tahu memang belum bersedia nak kahwin kenapa kahwin, aku tanya. Dia jawab “sebab saya taknak putuskan hubungan kita”.
Kiranya dia kahwin dengan aku sebab itu sahaja, dan bukan sebab memang dia nak berkahwin dan telah bersedia untuk berkahwin.
Satu perangai suami aku yang paling buatkan aku jadi sedih dan sepi adalah, dia suka ‘bertanding’ dengan aku. Bertanding apa? Sini aku cerita.
1. Kalau aku sakit dan aku minta dia jaga (belikan ubat/letakkan kain sejuk di kepala/urut), dia akan cakap dia pun sakit juga tapi dia tak susahkan aku.
Padahal waktu itu memang aku saja yang sakit, dia tak sakit. Kalau waktu dia sakit aku urutkan walau dia tak minta. Belikan ubat, teman pergi klinik, aku jaga lah dia.
2. Kalau aku sedih dan aku ceritakan pada dia, dia akan cakap yang dia pun sedih dan ada masalah tapi dia tak cerita pada aku sebab taknak susahkan aku.
3. Bila aku marah dekat dia, dia akan marah aku balik dan dia akan cakap dia dah banyak bersabar dengan aku.
Jadi aku anggap dia suka nak bertanding dengan aku, dan sebenarnya dia selalu meremehkan perasaan aku. Seolah-olah apa yang aku rasa adalah benda kecil.
Selain itu, dia juga selalu buat aku rasa apa sahaja yang aku buat adalah salah.
Contoh, aku ajak keluar hujung minggu ke suatu tempat, dan tempat itu sesak. Dia akan marah2 dan merungut dan kemudian salahkan aku “Awaklah ni ajak keluar, duduk rumah lagi baiklah”.
Contoh kalau aku beli barang atau makanan, tapi makanan tu tak sedap atau barang tu rosak.
Dia akan salahkan aku dan cakap “awak ni memang tak tahu nak beli barang/makanan elok sikit ke? tahu bazirkan duit je” Padahal aku beli guna duit aku. Bukan duit dia pun.
Masuk tahun kedua perkahwinan, aku jadi malas nak bercakap atau meluah rasa dengan dia. Jadi aku buat hal sendiri, mula-mula aku buat hal sendiri dengan harapan dia berikan perhatian kembali.
Aku siap berangan yang dia akan memujuk aku, romantik2 dengan aku, suprise kan aku dengan hadiah, ternyata meleset sekali anganan aku. Sejak aku mula buat hal sendiri, dia pun buat hal sendiri.
Jadi rutin harian kami hanya akan bercakap benda biasa. “nak makan apa?” “balik pukul berapa harini ni” “si polan kirim salam” “bil2 dah bayar” “barang basah/kering dah habis” itu jelah.
Soal perasaan soal emosi memang ke tepi. Jangan tanya soal batin yang satu itu, aku malas nak cerita. Benda pun kalau berlaku sekejap je, tak berbaloi nak cerita.
Tahun kedua perkahwinan kami pun dah nak habis hujung tahun ni. Tapi aku sepi sesepinya. Itulah gatal sangat nak berlaki kan. Salah sendiri la. Hahaha.
So sama macam confessor sebelum ni, aku cuma nak cerai je. Orang kata awal-awal berkahwin indah-indah, tapi aku tak nampak mana yang indahnya.
Aku sepi. Ada suami macam tak ada. Sia-sia aku bazir masa 11 tahun (bercinta + kahwin) untuk orang yang salah.
Masa bercinta dulu, dia ada juga beria nak dengan aku, tak sangka lepas kahwin semua tu hilang. Pulak tu aku yang ajak kahwin. Jadi semua benda yang jadi kat aku ni memang salah aku sendiri la, hahaha.
Haih. Semoga isteri-isteri seperti kami ini bertabahlah.
Mana yang dah dapat suami yang baik, bertanggungjawab, hargai korang tu jaga la bebetul.
Jangan kau pulak buat masalah curang ke apa ke. Kalau tidak aku doakan lepas aku bercerai, suami kau yang baik tu jadi suami aku. Hahaha.
– Isteri Juga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit